15 May 2011

| Krabi : The Journey Begin |

DSC_0334

Salam...

Entri kali ni nak cerita pasal cuti2 ke Krabi, Thailand bulan lepas. Lambat gile mood nak menulis ni datang. Takpe la, janji aku update kan. Kepada cik fira n cik travel junkie lady, sorry la, lambat sket post ni ek.

Cuti-cuti kali ni dirancang oleh kawan yang baik hati yang kerja kat Perlis. Kalau dia plan pape, kita orang mesti tak risau. Mesti detail dan ok. Yang penting duit bayar. Untuk trip kali ni, kami pergi 10 orang. Beberapa hari sebelum pi Krabi tu dah risau sebab selatan Thailand hujan lebat dan banjir teruk. Dah la nak pi ikut darat, risau pulak jalan tutup. Tapi Alhamdulillah, beberapa hari sebelum nak pi hujan dah berhenti dan banjir dah surut.

Rancangannya gerak dari KL-Kangar (by car) then Padang Besar-Krabi (by charted van). Kami gerak dari KL lepas kerja hari Khamis. Dalam pukul 9 pm gerak, sampai Kangar dalam kul 3 pagi. Aku drive dari KL sampai la ke tol Alor Setar Utara. Pastu baru co-driver sambung drive ke Kangar. Malam first tu tidur kat homestay. Murah je, satu bilik RM 55 share 3 orang. Bebudak pompuan tidur umah member yg kat Kangar tu.

Seawal pukul 7.30 am dah gerak pi sarapan, pastu pi Padang Besar. Kat sana van sewa dah tunggu dah. Sewa RM1200 untuk pergi dan balik Krabi. So satu kepala dalam RM120 je la. First stop kat imigresen Padang Besar. Lepas selesai urusan kami cari money changer. Rate dia tak banyak beza ngak kat Perlis. Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Krabi. Oleh kerana penat drive semalam tak habis lagi, masing-masing tidur. Sampai la berhenti kat Trang. Kat sini cam RnR la. Ada toilet, tempoat solat, restoren, kedai2. Kami berhenti makan tengahhari sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi.


DSC_0113
Imigresen Padang Besar

DSC_0139
Makan mee celup je...


Sampai Krabi dalam pukul 4 pm. Tu pun setelah campur sesat2 la. huhuhuhu. Kami duduk di Ben's House, Krabi. Jarak hotel dengan Aonang Beach agak jauh jugak la. Dalam 10 minit jalan kaki. Tapi kalau naik tut2 kejap je. Bilik sangat besar. Ada tv (semua dalam bahasa siam), mini fridge dan yang paling penting ada air cond. Lepas rehat sekejap, kami pi pantai untuk tengok keadaan Aonang Beach.


DSC_0173
Ben's House, Aonang

DSC_0865
penuh tangan ngan beg

DSC_0184
katil besar... best...

DSC_0186
tv n mini fridge

DSC_0189
ada beranda...

Kawasan Aonang Beach tak de la luas mana. Ada la dalam 2 km gak kot jalan. Pantai dia bersih, tapi ada area yang banyak bot sama ada bot nelayan atau bot laju yang bawa pelancong ke pulau2 berdekatan. dekat tepi jalan berdekatan pantai pulak ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai jenis barang terutamanya cenderamata. Kalau nak tahu, kat sini selang 50 meter ada satu kedai farmasi. Tapi semua jenis yang kecik-kecik la. Kedai jual cenderamata memang banyak. Harga, boleh tahan la. Murah kalau pandai tawar-menawar. Restoren dan kedai-kedai makan pun banyak. Nak cari makanan halal pun tak susah sebab kat sini ramai gak la Muslim. So untuk makam malam, kami pi kedai makan yang di suggest oleh sorang pharmacist kat sana. Makanan dia sangat best. Dapat rasa masakan thailand yang betul2 ori.


DSC_0900
Kedai2 kat Aonang Beach

DSC_0931
Shopping lite2 je

DSC_0280
Pose beramai2...

DSC_0219
Aonang Beach, Krabi

DSC_0292
Sun Set @ Aonang Beach, Krabi

DSC_0307
Sun Set 2 @ Aonang Beach, Krabi

DSC_0973
tempat dinner.. gambar makanan tak sempat nak snap sebab lapar sangat

Lepas makan, sambung balik jalan-jalan sebelum balik hotel dan tidur untuk sesi 'island hopping' keesokkan harinya. Nak tengok gambar lain sila ke SINI.


DSC_9066
Photog in action

3 comments:

WanYgBest said...

perrghhh...mmg bebaloi pegi becuti ngan ko ni teng...gambar sume mantap2...good work!

Gil Ra Im said...

gambar lompat2 memang epik. hehe.

citer krabi ni mcm tak abes lagik jer. nnti sambung la lagi.. huhu~

..blindart.. said...

WYB-mana de. Biasa2 je ni. Org lain ada lg cun. Ni gambar2 amatur je

GRI-yup... Since first start jalan2, mesti ada amik gambar lompat2. Tunggu eh sambungan dia malam ni.