lambat sungguh aku mengupdate.... bz sket... ngan kerja, ngan jalan2.... Ok la, aku sambung balik cerita di Langkawi.....
Hari ke-3 di Langkawi... Pagi-pagi lagi kawan aku dah bangun. Nak Tengok pemandangan katanya. Aku malas nak sebab aku tau, tak nampak sunrise dari pantai tempat kami duduk. Lagipun aku bukan 'morning type person'. huhuhuhu... Lepas mandi, kemas-kemas barang, kami p sarapan kat kedai makan dekat2 chalet. Barang2 semua simpan dalam kereta dan terus check out.
Dalam puku 9.00 am, pakcik yang akan bawa pergi 'Island Hopping' sampai dengan van nya. Untuk Island Hopping ni, kene bayar RM 40. Tapi kalau booking kat challet, dapat murah RM 5. Kami di bawa ke tepi pantai (jeti) dekat je dengan chalet kami. Kat sana dah ramai orang tunggu. Dalam kul 9.30am, baru la dapat naik bot. Satu bot 9 orang boleh naik. memandangkan kami cuma bertiga, kene la share dengan orang lain.
Destinasi pertama, Pulau Dayang Bunting. Kat area nih, banyak monyet. So, kalu bawa makanan tu, simpan la dalam beg. Jangan la letak dalam plastik beg dan jinjing. Monyet2 ni akan rampas dari tangan kita. Ada la beberapa orang yang tak bernasib baik. Dari jeti nak ke tasik Dayang Bunting ni, agak jauh gak la. Kena panjat tangga sket. Dah la penat semalam tak abih lagi. Letih..... Seb baik la tak payah bawa beg besar cam panjat kinabalu. Tasik Dayan Bunting ni agak besar gak la. Kat sini buleh mandi manda, berkayak or naik paddle boat (manual or with solar power). Sesapa yang nak terjun tu, bawa la life jacket dari boat. Kalau tak, kene bayar RM5 untuk sewa life jacket. Tapi aku tgak mandi pown. Celup2 kaki n sebuk amik gambo....
Tasik Dayang Bunting (sangat dekat dengan laut, tp air dia tak masin pun)
benteng yang memisahkan air laut ngan air tasik...
Dalam 1/2 jam kat situ, naik balik boat. Pergi ke kawasan Eagle Feeding. Bagi makan burung2 helang. Tak seperti yang aku bayangkan... Rupanya eagle feeding ni, kita campak makanan (kulit ayam) ke laut, pastu tunggu la helang2 ni datang menyambar. Ingatkan kita bagi ngan tangan. Hhuhuhuhu,.... Btw, nice view n new experiance... Pastu kami pergi ke destinasi terakhir. Pantai Beras Basah. Kat sini bleh mandi manda la. Pantainya bersih, airnya pun jernih. Tapi aku tak mandi pon. Tak bawa baju basahan. Sedikit menyesal la juga. Ye la, dah tau nak p pantai, tak bawa baju xtra. So just duduk2 menikmati keindahan pantai je la. sambil membaca 'ayat-ayat cinta'. Huhuhuhu....benteng yang memisahkan air laut ngan air tasik...
aksi seorang photog...
Pantai Beras Basah
Pantai Beras Basah
Aktiviti ni abih dalam kul 1 pm. Sampai jeti, kami terus ke challet untuk amik kereta. Dari sini, kami ke pekan kuah untuk shoping coklat. Rambang mata membeli coklat. huhuhuh... pastu, cari kedai makan untuk lunch.
Pastu meneruskan perjalanan ke sebelah utara langkawi. Pi pantai tanjung rhu yang banyak omputih. Pi Pantai Pasir Hitam, yang dah jadi putih pantainya. Then pergi ke Air Terjun Durian Peranginan. Air dia tak bape banyak, sebab musim panas. Tapi air dia sangat sejuk tak macam air terjun kat Telaga Tujuh. Kami panjat sampai atas skali. Mandi kat kolam paling atas. Privasi sket... Pastu p kolam air hangat... tp under renovation. Galeri Perdana, cuma lalu je... sebab mengejar masa nak naik feri kul 6.00 pm.
Pastu meneruskan perjalanan ke sebelah utara langkawi. Pi pantai tanjung rhu yang banyak omputih. Pi Pantai Pasir Hitam, yang dah jadi putih pantainya. Then pergi ke Air Terjun Durian Peranginan. Air dia tak bape banyak, sebab musim panas. Tapi air dia sangat sejuk tak macam air terjun kat Telaga Tujuh. Kami panjat sampai atas skali. Mandi kat kolam paling atas. Privasi sket... Pastu p kolam air hangat... tp under renovation. Galeri Perdana, cuma lalu je... sebab mengejar masa nak naik feri kul 6.00 pm.
Sampai pekan kuah dalam kul 5.15 pm. Pi bergambar kejap kat dataran Lang, yg ada helang besar. Cam tak sah kalu p Langkawi kalau tak bergambar kat sini. huhuhuhu.... Pi kaunter untuk pulang kereta. Derang charge extra RM30 sebab lebih masa (sepatutnya kene hantar sebelum pukul 1 pm). Waktu kat pemeriksaan kastam, one of my friends kene cukai on chochlate. Sebab bawa banyak sangat kot. Aku seb baik tak kene. Maybe kastam yg cek kawan aku tuh, budak baru kowt. Tu yang skema tuh. Cukai sepatutnya 30% of total amount, dan syarat dia kene lebih 48 jam kat Langkawi. Klu kurang 48 jam kene cukai. Tp dia kenekan rm 20 je. So lainkali, kalu nak bawa balik coklat bnyk2, simpan dalam beg. huhuhuhu...
Feri sampai lambat sket. dalm 6.30 pm gak la. Baru 15 min bergerak, enjin buat hal plak. Satu enjin rosak, cuma satu je yg function. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai 1 jam, dah jadi 2 jam. Sampai Jeti Kuala Perlis, abg Zaen dah tunggu. Plan asalnya nak terus balik Penang, disebabkan lewat, so tdo semalaman lagi kat Perlis....
Besoknya dalam kul 8, kami bergerak ke Buterworth. Sampai Butterworh, rehat2 kejap, pastu sambung lagi jalan2. Kali ni abg zaen yg kat Penang (Abg Lan) bawa kami pusing2 Pulau. Tak ke mana sangat pon, sebab dah penat. Pusing2 dalam kereta je. Lepas diner n solat, Abg Lan hantar kami ke airport Bayan Lepas. Flight kul 10 malam... Kali ni flight tak delay, n sampai awal... sampai JB dalam kul 11.30 pm... terus tidur....
so budget bagi cuti2 kali ni (tak termasuk makan dan shopping)
Tiket bas JB-Butterworth - RM 65
Duit Minyak - RM 50
Penginapan - RM 27 (satu bilik RM80/night)
Tiket Feri -RM 36 (pergi balik)
Kereta - RM 33 ( RM 60/24 hr + RM 20 for extra hour)
Cable Car - RM 15 (for My Card holder)
Island Hopping - RM 40
Flight Tiket Bayan lepas JB - RM 136 (sebab booking lambat=padan muka aku)
9 comments:
bestnyerr... lawa2 gamba ko...leh wat poskad... **credit o the photographer...of course to the camera too**
comeyla monyet2 tuh...kui2
tq wan...
me=the photographer
nique=the camera
comel2 gak, tp nakal tak hingat...
amboi...nique?? nikon la tuh... aku yer laptop nama oshi...hp plak nama abg eric...hehehhee **mode prasan cam org sibuk nak tau...kui2***
owwhhh...nakal ker?? ape diorg buat?? cube merampas nique ko kot...hehehe...klu aku jd nyet tu pun aku akan wat pekara yg sama...
oshi=toshiba ke?
abg eric aku pun ada satu...
huhuhuh....
nyet tak skan nique...
dia ska makanan...
lg satu dia ska kacau orang yg takot...
ngan aku nyet tak bape brani... aku nak pegang dianyet lari...
wah bestnya.. aku tak pegi lagi tempat2 yang pegi ni kecuali kat tempat beli coklat tu.. huhu.. aku akan tanam angan2 mesti sampai tempat2 ko jalan tu.. ;p
best2....
jom p lagi...
huhuhuhu....
padan muka kena tiket flight mahal.. lain kali booking awal2.. hehe =p
btw, aku mcm syok pulak tgk ko asik berjalan. tp mcm teringin nak pi kolam air panas.. kat mana eh ade?
btw.. gamba2 yg ko capture semakin menarik & cantik2.. ade improvement dah.. lepasni boleh la buat job amik gamba org kawin joint venture dgn adik aku.. hehe
tq cik zila....
rasenya batu pahat/segamat ada kot...
aku pun tak sure...
dah lama pegang nique, kene la makin cantik...
nak lawan adik ko..
huhuhuh....
Post a Comment