16 April 2009

::cuti-cuti malaysia-tioman (part 3 )::


Hari kedua plak, pergi island hopping. Kul 9 pagi, lepas sarapan kami terus tunggu boat kat jeti. Dia bawak g 4 tempat. 3 tempat untuk snorkeling. Satu g pegi shopping. First destination, kat pulau Rengis (kalu tak silap aku la). Ada la dalam 30 minit naik boat. Tapi boat tak stop kat area pantai, jauh sket. hmmmm... tak sabar2 nak terjun. Apa taknya, tgk air yg membiru itew. Ngan ikan2 yg berenang2... terasa macam dipangil2 plak. huhuhuh... Tapi, bila dah turun, aku sedikit keciwa. Coral dia tak secantik kat redang... ikan2 dia pun tak banyak cam redang.... mungkin kat sini je kot, tempat lain mungkin best (aku berbisik sendiri) *cam wat novel plak*.... dalam sejam je kat sini. Pastu g tempat lain. Kat pulau yg sama gak. Cuma ada pantai yg sangat cantik. Pantai Pasir Putih kot kalu tak silap aku. kat sini, kami makan lunch yg ditapau n mandi laut/snorkeling lagi. Kali ni much better la dr first pit stop. Tapi still tak boleh kalahkan redang. Dalam sejam kat sini, p plak Marine Park (yg tak de pape). Dah la masuk tu kene bayo, ikan tak banyak, coral pun nan adooo. Ada la nemo beberapa ekor. Nak compare ngan marine park kat Redang, much2 better sana. Coral2 kat sini cam masih baru. sebabnya nampak banyak tukun tiruan kat tempat ni.

Pantai Pasir Putih (kot... tak hingat nama dia)

Marine Park, Tioman

ikan + tukun @ Marine Park

Selepas aktiviti snorkling yg agak mengecewakan (mungkin aku expect, tioman lg best dr redang), destinasi seterusnya Kampung Salang. Tempat ni cam pekan sket la. Yg paling menarik perhatian aku, terusan ala2 venice. Tempat teksi2 air berlabuh. Shoping la apa yg patut utk dibawa balik. Jangan tak tau, kat sini pun ada The Zon tau. huhuhuhu.... aku beli t-shirt utk adik2 n akak2, n abg2 aku (aku kan adik yg baik). bnayk la gak abih. huhuhu... tak pe, skali skala. selalu2 tak bleh la. Bankrup aku. Dalam sejam lebih kat Kg Salang ni. Sempat la snap beberapa gambo. Then balik semula ke Kampung Genting n sambung mandi manda....

Aktiviti sebelah malam bbq... yummy.... sungguh sedap seafood yg dibakar dan dimakan panas2. Ada ikan, ayam, sotong, udang.... Banyak gak aku makan.... tak hengat dunia.... huhuhu..... yela, bukan aku yg bakar pun. Tunggu je tadah pinggan. huhuhuhu... Masa makan ni, tikah bgtau yg ktaorg boleh balik pagi kalu nak. So, kami pun decide utk balik lg awal dr mase sebenar. Ye la, bebudak kl nak drive jauh, aku plak nak drive balik JB.

Sok pagi2 lepas bfast, ktaorg terus tunggu kat kedai area jeti. Ye la, feri sepatutnya kul 11.45 pagi. kene la tunggu awal2. Nak dijadikan citer, feri sampai lambat. Dekat pukul 2 baru la satu feri sampai. Tu pun dah penuh... (fyi, feri amik org kat tempat lain dulu, kg genting yang last sekali). So, kene la tunggu 2nd feri. Orang2 yg dah tunggu lama mula la naik hangin. Yela, tiket kami spatutnya kul 4 ptg. Tapi kami wat tak tau je. Sib baik mase tuh tikah ada, so tak de la risau sangat. Untuk 2nd feri, tikah mmg dah siap2 panggil org yg duk kat Sun Beach Resort tunggu kat tanga tuh. @nd feri pun agak penuh. boleh masuk dalam 30 org je. Yg menunggu ada la lbh 70 org. huhuhuhuh.... Nasib la labu..... bila masuk je dah tak de seat. Tpaksa la berdiri je. Tapi tak bleh tahan beb. Last2 aku duk bersila je kat atas lantai. Lantak la. Asal aku leh rehat sket.... Sampai kat jeti Mersing dalam kul 5 pm. Lepas makan2 sket, terus drive balik jb... Sampai ada la dalam kul 8 pm.... huh... penat sungguh... tapi sangat best. tak sabar nak g trip seterusnya..... =p




2 comments:

thesweetlittlecat said...

subhanallah!
cantiknye lah kan laut die!
masih tak tercemar!
ni buat aku pun nk g sana ni!

..blindart.. said...

mari2....