10 April 2009

::cuti-cuti malaysia-Tioman(part 1)::

Kali ni aku nak citer trip aku p Tioman plak. Trip ni bulan lepas sebenarnya (20-23 Mac 2009). Tapi mood utk menulis tak sampai lagi. Huhuhuhu... lagipun banyak sangat gambar2 chantek yg nak dipilih. So takes time sket la (alasan semata).

Untuk trip kali nih, aku p ngan jr2 mase kat kolej dulu. Tapi bukan budak2 farmasi la. Nak wat camner. Aku lagi baik dengan budak2 course lain dari budak course sendiri. Takde yg satu kepala, kecuali Adam, kawan aku tgk wayang. hahahahaha. PM (project manager) kali ni, rosmizan aka mocot. Then Edu, Pijon, dari KL, Farid dr pilah n Yazid dr endau. Kami naik feri dari jeti Mersing. Bayaran... murah je. RM 300 (255 + 15 (surcharge cuti sek) + 5 ( marine pass fee) + 18 (snorkel gear) = 293) untuk pakej 3 hari 2 malam. Ni termasukla feri pergi balik, makan (2 bfast, 1 pack lunch, 1 dinner & 1 dinner bbq), triple sharing room, 1 day snorkeling trip, marine pass fee, snorkel gear dan makanan2 ringan n berat.

Aku gerak dari JB kul 9.00 malam. Memula plan nak gerak lepas keje. Tapi memandangkan jalan tebrau tu jem yg teramat, aku pun gerak malam. Sepanjang jalan aku tawakal je. Maklum la, jalan kota tinggi-mersing tu sunyi dan gelap. Kenderaan pun tak banyak. Pulak tu, jalan dia tak bengkang-bengkok. Nak speeding pun susah. Dalam kul 12.00am aku sampai Endau. Plannya berkumpul dulu umah Yazid, then baru gerak ke Mersing. FYI, feri kami gerak kul 3.00am. Memula dgo dari monc, cam tak percaya. Ada ke feri gerak malam2 buta. Rombongan dari KL sampai dalam kul 1.30am. Lepak2 jap, pastu gerak ke Mersing. Cadangnya nak makan dlu kat mersing sebelum naik feri. Tp apakan daya, semua kedai dah tutup. Sian derang, dah la tak diner lagi. Kelaparan.... Sib baik ada kedai jual makanan ringan. Ada la roti, jajan2 ngan biskut.

kat jeti mersing.... pukul 3 pagi....

bukti org ramai di pagi hari.....

Kat jeti mersing tu, dah ramai org tunggu. Aku ingat tak ramai org naik feri pagi2 ni, ramai juga rupanya. Maybe cuti skolah kowt. Naik2 feri je, terus cari port untuk tdo. Maklum la, tak tdo g. Lebih kurang kul 5.30am kami sampai kat Jeti Kg Genting, Tioman. Di jeti, kak tikah, orang yg menguruskan percutian kami di Tioman dah tunggu. Kami duk kat 'Sun Beach Resort'. Sampai resort je, Tikah bagi sket briefing ngan pas kunci bilik. Bilik dia okay la. Cukup selesa la utk tidur n berehat2. Dapat je jumpa katil, kami terus sambung balik tdo yg terganggu tadi.....

ZZZZzzzzzzz.......

challet kami untuk 2 hari...

bilik tidur... bawah tu buleh tarik kuar lagi satu tilam....

to be continue..........

3 comments:

Mohd Hafizd said...

hmmm..mcm best jer...teringin nk g gak pulau2 nih

WanYgBest said...

bestnyer p tioman!! teringat kebersihan air lautnyer....tp kmpg yg kitorg dok tu, byk biawak & kera...huhuhu

..blindart.. said...

hafizd-buleh saje.... bukan maha pun... mmg best...

wan-pergi tak ajak....