14 July 2009

_|Tazkirah Bulan Ini : Kaabah x nak bergerak |_

Salam semua. kali nak nak kongsi apa yg aku dapat kat email beberapa hari lepas. Satu artikel pasal titian As-sirat dan kaabah. As-sirat merupakan jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan
melintasinya.


Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi
orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.


Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.


Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


How nice kan ... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah dan beruntung utk mereka2 yg dah pergi dan selalu pergi. Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu diri sendiri untuk ke Mekah dan..sila2kanlah menjadi tetamu Allah sementara usia masih muda....


2 comments:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

jom datang!~

..blindart.. said...

Insyaallah.... ko bkan nak blk msia dah ke?