27 June 2010

| Kembara Mahkota Johor |

Salam...

Kembara Mahkota Johor kembali lagi. Acara tahunan ini sering mendapat sambutan dari rakyat negeri Johor. Acara yang dimulakan sejak tahun 2001 ini sedikit sebanyak mendekatkan hubungan Istana dengan rakyat jelata.

Sedikit latarbelakang KMJ

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.
Sumber :Laman web rasmi KMJ

Untuk edisi tahun ini, KMJ menggunakan keretapi yang dipandu sendiri oleh Baginda Sultan akan singgah di 10 stesyen keretapi dari Stesyen JB Central hingga ke Stesyen Gemas. Kembara ini bermula dari 26-28 Jun 2010. Ini merupakan kali kedua penulis dapat menghadiri KMJ. Tahun lepas ketika KMJ : Jelajah Pendalaman (klik sini utk baca), penulis bertugas di tapak pameran Kenali Ubat Anda, KKM. Tahun ini pula, penulis membawa ibu dan anak buah bersama. Pekan Rengam antara pekan bertuah kerana menjadi tempat persinggahan Baginda Sultan dan keluarga. Pekan yang biasanya sunyi menjadi meriah dengan pelbagai acara sempena KMJ tahun ini.

Ketibaan keretapi yang di pandu oleh Sultan Ibrahim pada jam 2.00 petang di sambut meriah oleh rakyat jelata. Seterusnya baginda mengadili pertandingan masakan dan turut serta dalam memasak Gulai Kawah untuk hidangan makan. Kemudian Baginda mengadili pertandingan tarik tali dan seterusnya upacara lelongan basikal yang pernah di naiki oleh Baginda. Selepas melawat ke tapak pameran dan santap hidangan tengahhari, Baginda Sultan dan rombongan meneruskan perjalanan ke Stesyen Kluang.

Kembara Mahkota Johor ini sering dinantikan oleh rakyat jelata. Yela, bukan selalu kita dapat bertemu dengan Baginda Sultan dan keluarga. Peluang yang ada digunakan sebaiknya. Secara tidak langsung, kawasan yang dilawati oleh KMJ mendapat sedikit pembangunan.

Sedikt gambar ketika Kembara Mahkota Johor 2010 di Rengam yang sempat dirakam.

menanti kehadiran rombongan KMJ


Keretapi yang di pandu oleh Baginda, Tanjung Kupang


Sultan Ibrahim mengadili pertandingan tarik tali


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail


Pameran Vespa

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

Tunku Ismail beraksi

Kerabat di Raja Johor

26 June 2010

| Gerhana Bulan |

Gerhana Bulan malam tadi... cahaya lagi satu tu flare ye, bukan bulan tu ada dua...

Salam...

Senja tadi penulis sempat tengok gerhana bulan. Terima kasih kat Kiera sebab update pasal gerhana ni kat mukabuku. Kali terakhir penulis tengok gerhana bulan tahun 2008. Masa tu dalam perjalanan nak tawan puncak Kinabalu. Ingat lagi, dalam kedinginan malam kami bergerak dari Laban Rata menuju ke puncak. Masa tu pukul 2.30 pagi. Bulan sangat terang. tetiba sampai halfway baru perasan yang cahaya semakin gelap. Ingatkan mendung, bila tengok ke langit bulan dah makin hilang. Bila dah nak dekat ke puncak, jadi gelap gelita la.

Apa tu gerhana? Untuk sesapa yang tak tahu, gerhana adalah satu fenomena astronomi. Terdapat dua jenis gerhana iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan.

gerhana matahari

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.


Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

kedudukan bulan, bumi dan matahari semasa gerhana bulan


fasa gerhana bulan

sumber: en. Wiki

Gerhana bulan yang akan datang adalah pada 21 DIS 2010 dan gerhana matahari pula 11 Julai 2010. Tak pasti la pulak kita kat Malaysia ni nanti dapat tengok kedua2 gerhana ni.

Nota Kaki
1. Anak-anak kucing tengah baring sebelah. suke...
2. Lagi seminggu nak berangkat pi OSU. Satu hapa barang pon tak packing lagi.
3. Balik kg sebab anto Mell dan adik2. Cian diacing kene cuti sebulan ka kg.

21 June 2010

| Jalan-jalan Cari Makan : Bagan Lalang |



layan sunset dulu...


Subhanallah... sungguh cantik...

Salam...

Dah lama rasenya tak buat entri pasal makan-makan. Kali ni sekali lagi penulis berpelung makan-makan kat Bagan Lalang, Sepang. Kali ni pergi ngan member2 MA kat HKL. Kami bertolak lepas kerja dalam pukul 4.30 ptg hari Jumaat yang lepas. Sampai di Bagan Lalang dalam jam 6.30 petang. Fuhhhh... Jauh jalan tuh. Seb baik orang lain yang drive. huhuhuhu...


the restaurant

Kali ni kami pi makan kat Restoran Bagan Lalang Sea View. Kedai pertama kat area Bagan Lalang. Masa kami sampai, tak ramai lagi pelanggan. Awal lagi pon. Tapi tu la mase yang sesuai. Pilihan ikan dan hasil laut masih banyak. Lepas solat Asar kat surau yang disediakan, kami pun pergi 'memancing' hasil laut yang bakal masuk ke perut. Sementara tunggu hidangan siap dimasak, penulis sempat menikmati keindahan matahari terbenam kat tepi pantai. Dah lama rasenya tak lepak-lepak tepi pantai sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Malangnya Nique tak ikut. Lupa nak bawa.

pilih2 ikan... fresh dari laut...

Dalam lebih kurang 45 minit, hidangan pun siap. Makanan yang dipesan adalah seperti gambar di bawah. Enjoy la yer... huhuhuhu..

air tembikai laici


caya tak 3 org je yg makan nih....


sotong bakar


sotong goreng tepung


udang sambal


lokan masak halia


sambal kicap.... nyum2...


jenahak tiga rasa


siakap stim halia


Banyakkan kami makan. huhuhuhu... Memang masing2 pelahap. Penulis lebih banyak ratah lauk dari makan nasi. Rugi la bayar mahal-mahal, tapi tak makan banyak. Rase hidangan kat kedai ni memang mabeles. Sangat sedap berbanding kedai yang pernah pergi sebelum ni. (sila klik sini untuk baca entri sebelum ini). Harganya pun sangat murah. Hidangan untuk 6 orang (tapi dimakan oleh 3 orang) cuma dalam RM170. So sesapa yang nak pi makan kat Bagan Lalang, boleh cuba restoren ni.

muka2 pelahap

Selamat Makan....

20 June 2010

| Kita The Musical |


Salam....

Hari Khamis yang lepas, penulis (nak jadi sopan sikit, tiru stail Reds) berpeluang menyaksikan satu persembahan teater muzikal di Istana Budaya. Itu pun kawan penulis ajak pada saat-saat akhir. Kami dapat tiket percuma sebab Cikgu Gamelan kami merupakan antara pemuzik yang mengiringi persembahan teater tersebut. Yang kami sangat tak sangka, dapat tiket VIP. Memula tu rase sangat bangga la. Tapi mase makan kat Cafe IB tu, ramai pulak yang pegang tiket VIP. Rupa-rupanya malam tersebut persembahan untuk jemputan sahaja. Tapi ada gak yang tak de tiket duk tunggu-tunggu kat luar. Kalau ada tempat kosong, baru la derang bleh masuk.

tiket vip tuh... huhuhuhu

Berbalik kepada teater 'Kita The Musical' ni. Teater ni cuba menangkat konsep 1 Malaysia yang di perkenalkan oleh PM. Teater ini menggunakan 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Tapi hampir 70% menggunakan Bahasa Inggeris.

Mengisahkan kehidupan 3 sekawan berlainan bangsa dan berlainan agama dan budaya iaitu Rahman (Hafiz AF 7), Cheong (Eric Lin Jian Hui) dan Ganesh (Michael Rao). Namun begitu mereka disatukan dengan satu persamaan iaitu MUZIK. Kisah yang berlatarkan tahun 1970 an, bermula apabila Rahman, Cheong dan Ganesh menyertai pasukan pancaragam sekolah mereka. Namun begitu, Ganesh yang merupakan anggota baru dibuli oleh anggota2 lama. Cheong dan Rahman membantu Ganesh dari dibuli. Dari situ bermulalah persahabatan mereka mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Rahman merupakan anak seorang penghulu yang sangat patriotik. Namun begitu, ayahnya meninggal dunia pada malam sambutan kemerdekaan. Bapa Cheong pula seorang peniaga yang berasal dari China dan sangat ingin kembali ke negara kelahirannya. Namun Cheong yang dilahirkan di Malaysia merasakan, tanah tumpah darahnya adalah di sini dan tidak mahu mengikut ayahnya pulang. Ganesh pula tinggal bersama neneknya yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan wang untuk mengubati penyakitnya. Untuk membantu nenek Ganesh, mereka bertiga memasuki pertandingan nyanyian yang menawarkan sejumlah wang. Mereka menamakan kumpulan mereka 'KITA'. Setelah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya mereka berjaya ke peringkat akhir. Ingin tahu samaada mereka menang atau tidak, kene la tonton teater ' Kita The Musical ' yang bermula dari 17 hingga 27 Jun ini di Istana Budaya.

Pada pendapat penulis, jalan cerita teater ini sangat biasa. Tapi apa yang cuba ditonjolkan dalam teater ini, iaitu sikap bantu membantu dan tolak ansur dalam hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum ini berjaya disampaikan. Lirik-lirik lagu yang digunakan dalam teater ini juga agak kurang menarik berbanding teater muzikal yang pernah penulis tonton. Bait-bait lirik seperti dialog biasa yang cuba disampaikan dalam bentuk lagu. Namun begitu susunan muzik serta gerak tari yang dipersembahkan sangat menarik. Sistem bunyi di Istana Budaya juga semakin baik. Namun begitu, ada satu perkara yang menganggu penulis semasa menonton teater ini. Pergerakan props semasa petukaran babak kurang lancar. Ada ketikanya ia mengambil masa yang agak lama. Ini sedikit sebanyak menganggu tumpuan penonton.

Ketiga-tiga tunjang utama teater ini merupakan pelakon baru yang mempunyai bakat besar dalam seni teater. Namun begitu lakonan dan nyanyian mereka amat memberangsangkan. Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman seperti Dato' Jalaludin Hasan, Lim Cheng Hock, Sukania Vernugopal dan Norsiah Mohd Yatim yang berjaya menghidupkan teater ini.

Kepada yang ingin menonton teater ini, boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Istana Budaya atau secara online Axcess Ticket. Hopefully you all will enjoy the show....

18 June 2010

|"Ada duit? Minta ayah sedikit"|

Salam....

Kali nak kongsi cerita yang aku dapat dr email... Sama2 kita ambil iktibar dari kisah di bawah...

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

17 June 2010

|5 tahun 1 hari|

Salam....Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun rupanya aku menjadi penjawat awam. Banyak benda aku dah belajar dan banyak lagi benda aku kene amik tahu. Maklumla lagi 28 tahun kene berkhidmat... Insyaallah.....

5 tahun dulu, jadi housemen (PRP=provisional registered pharmacist) kat Hospital Sultanah Aminah. Setahun kat sana, macam2 aku belajar pasal ubat. Mase student dulu bukannyer x blaja, tp situasi nye berbeza. Mase student study utk exam, bila dah kerja, study utk memajukan diri sendiri.

Seronok jadi prp kat HSA dlu. Mungkin sebab kami first batch, so jadi cam bahan uji kaji pon ada gak. Yang best nye, staff terutamanya PPF (penolong pegawai farmasi) sangat baik dan x kedekut ilmu. Ada la satu dua yg kureng. Tapi kebanyakkannya best.

Habis je PRP, terus join Penguatkuasa Farmasi. Mase ni kije mmg sangat lain. X terbayang pon kije2 sebagai Penguatkuasa Farmasi mase study dlu. Secara umumnya kerja kat sini adalah berkaitan dengan undang2 yang termaktub dalam Akta Racun 1952 dan peraturan2nya dan Akta Dadah Berbahaya 1984 dan peraturan2nya. Kalau penah baca kat surat khabar pasal rampasan ubat kat kedai2 or kilang2, haaa tu adalah sebahagian kecil kerja kat Enforcement la tuh.

Tu cerita lama. Sekarang ni aku dah pindah balik ke Hospital. Dah 8 bulan lebih aku kerja sebagai Pegawai Farmasi di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur. Walaupon kije kat hospital, tapi tugas2nya lain sket dari pharmacist yang lain. Nanti kalau aku rajin, aku terangkan dengan lebih jelas pasal kerja kat Nuclear Medicine ni. Apa yang seronoknya, lepas aku join NM ni, dapat tawaran pi attachmen kat oversea. Yuuuhoooo.... Tu yang paling best tu. Kalu tak de apa aral, Insyaallah awal bulan 7 ni akan start. Wish me luck...

K la. Dah berpinar mata aku type entri kali ni. Maklumla guna application dalam iPhone. Lappy rosak, so terpaksa la guna apa yg ada. Nak buat entri guna komputer kat opis, x best la plak. Bilik sekali ngan boss. Kantoi kalu wat mende lain. Huhuhu....

SYMP