28 February 2010

|Jalan2 Cari Makan : Bagan Lalang|



Salam...

Seperti biasa, kami memang suka buat kerja gile. Makan punya pasal, sampai Bagan Lalang kitaorg pergi. Tetibe je rase nak makan seafood tempat jauh2. Orang kata best, tapi sorang pon dari kami tak penah sampai. Plan asal nak tgk sunset kat sana. Tapi biasa ler, plan hanya tinggal plan saja. Last2 kami gerak kul 6.00 ptg gak. Tgk sunset dalam kereta je la gamaknyer.

Untuk yang tak tau, Bagan Lalang ni kat daerah Sepang. Nama lain dia Sepang Gold Coast. Kat sana ada banyakkkkkk kedai makan seafood. Maklum la, tepi pantai. Keadaan pantai dia tak tau la cantek ke tak. Sebab sampai malam kan, gelap dah... huhuhu... Ada satu kawasan tu, dia khususkan utk perkhemahan. So sesapa yg rase nak berkhemah tuh, bleh la bawa khemah... Nak makan pun senang. Bertentangan dengan tapak perkhemahan tuh ada medan selera.

So tempat yg dituju, Kedai Makan Sri Bagan. Kedai dia paling hujung skali. Apa yg membezakan kedai ni ngan kedai2 lain, ada satu kawasan tempat makannya dibina atas air. Tapi oleh sebab kami datang "awal" sangat, so dapat duk kat tempat biasa2 je. Cara nak order kat sini, kita kene pilih hasil laut dia sendiri. Cam nak beli ikan kat pasar. Pastu bagi tau dia nak masak apa. Kitaorang pilih kerapu masak stim, sotong goreng tepong, pepahat masak berlada, kerang bakar ngan pari bakar (tapi pari bakar derang lupa nak bagi). Masa menunggu nya agak lama juga la. mungkin sebab malam tuh ramai sangat orang kot. Seb baik diaorang sediakan snack (kerepek ubi). So, ada la mende utk di kunyah2.

muka org2 kelaparan...

pilih2 ikan...

kerang bakar with sambal kicap n air asam...

sotong goreng tepung...

pepahat masak berlada...

siakap stim...

tak sampai 15 min, semua dah licin....

Harga semua dalam RM 140. Rase dia buleh tahan la. Takde la sedap sangat. Ikan dia rase cam tak berapa segar. Tapi untuk tekak yg tak berapa nak cerewet sangat cam aku ni kira sedap la. Paling aku suka pepahat masak sambal dia. Mabeles.... sebelum ni aku penah rase kat Kuching. Kira ni 2nd time la aku makan. Lepas perut dah kenyang pe lagi, sesi berposing la. Pi jalan ngan bebudak ni, memang tak sah kalu tak amik gamba. Seb baik bawa tripod, dapat gak aku bergambar skali.

atas batu tepi pantai...

jgn main2, kat gold coast tuh...

area ni memang cantik... kalu dapat amik gambar waktu petang, mmg cun....

pose kat pokok buluh plak...

Nota Kaki
1. Gambar2 diambil guna lens 50mm.
2. Banyak lagi gambar kat FACEBOOK
3. Ada 2 hari lagi cuti... Nak wat pe ek?

2 comments:

admin said...

menarik shot yang last tu..

..blindart.. said...

tq..