26 June 2010

| Gerhana Bulan |

Gerhana Bulan malam tadi... cahaya lagi satu tu flare ye, bukan bulan tu ada dua...

Salam...

Senja tadi penulis sempat tengok gerhana bulan. Terima kasih kat Kiera sebab update pasal gerhana ni kat mukabuku. Kali terakhir penulis tengok gerhana bulan tahun 2008. Masa tu dalam perjalanan nak tawan puncak Kinabalu. Ingat lagi, dalam kedinginan malam kami bergerak dari Laban Rata menuju ke puncak. Masa tu pukul 2.30 pagi. Bulan sangat terang. tetiba sampai halfway baru perasan yang cahaya semakin gelap. Ingatkan mendung, bila tengok ke langit bulan dah makin hilang. Bila dah nak dekat ke puncak, jadi gelap gelita la.

Apa tu gerhana? Untuk sesapa yang tak tahu, gerhana adalah satu fenomena astronomi. Terdapat dua jenis gerhana iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan.

gerhana matahari

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.


Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

kedudukan bulan, bumi dan matahari semasa gerhana bulan


fasa gerhana bulan

sumber: en. Wiki

Gerhana bulan yang akan datang adalah pada 21 DIS 2010 dan gerhana matahari pula 11 Julai 2010. Tak pasti la pulak kita kat Malaysia ni nanti dapat tengok kedua2 gerhana ni.

Nota Kaki
1. Anak-anak kucing tengah baring sebelah. suke...
2. Lagi seminggu nak berangkat pi OSU. Satu hapa barang pon tak packing lagi.
3. Balik kg sebab anto Mell dan adik2. Cian diacing kene cuti sebulan ka kg.