10 August 2010

| Niat Puasa |

Salam Ramadhan...

Ramadhan datang lagi. Sudahkah kita bersedia untuk melaluinya? Hurmmm... Tepuk dada, tanya Iman. Ok la, untuk permulaan Ramadhan ni, penulis nak sikit berkenaan niat puasa. Niat Puasa perlu dilafazkan setiap malam. Cukup sekadar dalam bahasa yang kita sendiri fahami.

Lafaz niat ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Selamat Menjalani Ibadat Puasa...

1 comment:

Syaheema Hamidon said...

selamar berpuasa..

ps: 'bunuh' kucing sendiri yek dekat2 nk puasa ni, huhu..