Salam
Dah berkurun dah cerita Krabi tak bersambung. Penyakit M datang melanda sejak akhir-akhir ni. Ada sesiapa tahu ubat penyakit M ni. Pharmacist pun tak jumpa lagi ubat paling mujarab. huhuhuhu...
naik gajah |
Bagi makan gajah |
Dari 'Elephant Camp', kami ke 'Tiger Cave Temple'. Sedikit pasal kuil ni.
Located 9 kilometres from Krabi Town, Wat Tham Sua or 'Tiger Cave' is one of the most famous caves in the area. It is part of a temple complex where monks live and worship within a maze of natural caves surrounded by lush jungle. Inside one of the caves are what appears to be tiger paw prints embedded in the stone.
Wat Tham Sua teaches a form of Buddhism called Vipassana (insightful meditation), which is based on the teachings of the earliest Buddhist texts and is also a famous meditation retreat (see temples).
The main tourist attraction however, is the 1,272 step climb up a limestone tower to see the 'footprint of the Buddha'. It's not an easy climb especially in the heat, but you will be rewarded at the top with stunning 360° views of the surrounding countryside and the Andaman Sea.
Read more: Krabi Temples - Everything you need to know about Temples in Krabi http://www.krabi-hotels.com/seedo/temples.htm#ixzz1Qm6le7ER
Tapi kami tak panjat sampai puncak dia. Tak larat. Kami ikut trail yg tak berapa mencabar untuk tengok gua-gua kat sini dan rumah-rumah sami kat sini. Tapi tercungap2 gak la nak panjat tangga-tangga dia. Rumah-rumah sami ni dibina dekat ngan kaki bukit berdekatan gua-gua tempat derang bertapa. Gua-gua dia pulak agak besar. Lepas puas bergambar, kami bertolak ke tempat seterusnya, Thung Tied Emerald Pool.
Rumah-rumah sami di lereng bukit |
Tiger Cave Temple, Thailand |
sami tgh lepak2 minum coke |
Emerald Pool merupakan kolam semulajadi yang bewarna emerald. Warna dia pelik sebab alga dan bakteria yang ada kat kolam ni. Kolam yang seluas lebih kurang 25 meter (diameter) ni juga boleh dimasuki. masa kami sampai, agak ramai juga pengunjung yang mandi-manda. Alang-alang dah sampai, kami pun mandi la jugak memandangkan jarak kolam ni dengan pintu masuk dia hampir 2km. Penat jugak la jalan sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Dasar kolam ni agak licin memandangkan banyak alga di permukaannya. Terdapat lagi satu kolam iaitu Blue Pool. Tapi jauh sangat, tak larat nak jalan.
Selepas makan di gerai berdekatan, kami ke destinasi seterusnya, hot spring di Klong Tham Thermal Waterfall. Air terjun disini, lain daripada yang lain kerana airnya panas. Jeramnya telah dibina dengan 'kolam-kolam' dimana pengunjung dapat berendam. Jadi sempatla juga berendam menghilangkan lelah setelah banyak berjalan. Kemudian kami balik ke hotel untuk berehat sebelum sambung aktiviti sebelah malam pulak.
Jalan lagi ke Hot Spring... |
Jeram Air Panas |
Cari minum petang |
Pada sebelah malamnnya, kami ke Pasar Malam di Krabi Town. Terdapat pelbagai barang dijual di sini. Pelbagai makanan tradisi Thailand, barang-barang kraftangan, baju, kasut, jam dan macam-macam lagi la. Di pasar malam ni sempat la jugak cari ole-ole untuk dibawa pulang. Kedai menjual makanan halal tak banyak pilihan. Tapi ada la beberapa gerai. Dah puas jalan, kami pulang ke Aonang untuk sambung misi mencari ole-ole.
Bebudak main muzik tradisional |
Shoppinggggg |
handmade keychain |
patung yg merelakan dirinya diconteng |
Hari terakhir di Krabi adalah aktiviti bebas. Di sebelah pagi, kami berjalan-jalan di pantai Aonang menikmati hari-hari terakhir di Krabi. Ada yang sambung shopping. Almaklumla harga barang boleh tahan murahnya. Dalam pukul 12 pm, van yang membawa kami tiba. Perjalanan balik mengambil masa hampir 7 jam. Sampai di Padang Besar dah malam. Kedai-kedai pun dah tutup. Tak sempat nak shopping. Huhuhuhu....
lepak2 tepi pantai... syiokkkk.... |
Nak baca part 1, sila klik SINI
Nak baca part 2, sila klik SINI
Nota Kaki
1. Entri yang dah lama didraf, tapi tak sempat nak masukkan gambar.2. Akan cuba update trip Bali ASAP.
3. Bila ek next cuti2? huhuhuh....
2 comments:
thank you so much for the lovely and informative post i've ever read!
it helps me alot...
You are most welcome...
Post a Comment