17 June 2009

|| Mana Setangginya? ||


Mana Setangginya? Apa tu? Ni merupakan teater yg sedang dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Baru2 ni (15/06/09) kebetulan aku masih di KL, berkesempatan untuk tengok teater ni. Ni teater kedua aku tgk tahun ni lepas PGLM. Lagi pun dapat tiket free. Sanggup tu balik JB malam, semata2 nak tgk teater ni. Plan asal, lepas abih keje kat Subang terus nak cabut balik JB. Nak di jadikan cerita, mase lunch ngan edu, pij ngan Cha Cha, Abg Ed (cikgu gamelan ktaorg kat IB merangkap komposer bersama utk teater ni) telefon bg tau ada tiket free untuk show malam ni. So lepas lunch, balik umah, tido2 dlu sebelum g IB. Aku gerak ngan edu dr cherasmpastu amik cha cha kat Kg Baru. Sampai IB dalam 7.45pm. Shah dah sampai dah. Pijon sampai lambat sket. Pastu dapatkan tiket dari Abg Ed aka cikgu. Teater start kul 8.30pm. Sebelum masuk, pij kene tegur sebab pakai round neck. (lain kali pakai baju berkolar ye dik, kate akak yg jaga pintu masuk) huhuhuhuh... Sebelum teater start, seperti biasa la, sesi amik gambo.

mana cikgu nih.....

cha cha, pij, me, edu

me, edu, shah, cha cha


Teater ni agak berat sebenarnya. Bak kata cikgu, seberat 50 kg. hahahaha.... Memula tuh memang tak paham langsung. Tapi semakin mase berjalan, semakin aku paham, apa yg cuba nak disampaikan oleh penulisnya. Karya Sasterawan negara, Datuk Noordin Hassan ni dipentaskan selama seminggu lebih (13-21 Jun 2009). Dilakonkan oleh pelakon2 terkenal dan yg tak aku kenal seperti Tony Eusoff, Azizah Mahzan, Shaharudin Thamby dan Mohd Nor Fatih (hanya sekadar menyebut beberapa nama). Semua pelakon dapat membawakan watak dengan sangat baik kecuali heroinnya, cam kureng sket. Pelakon2 extra pon dapat menghidupkan suasana dan jalan cerita. Aku suka watak penari yg macam lalang (tak tetap ngan pendirian, kejap sokong yg baik, kejap sokong yg jahat) dan menggayakan apa yg diceritakan oleh pelakon utama.

antara babak dalam teater...

Bagi aku secara keseluruhannya teater ni boleh tahan la. Ofcoz la tak bleh tandingi PGLM. Tapi olahan pengarah sangat menarik. Dimulakan dengan tarian yang sangat abstrak, kemudian ada sesi muzikal sket, pastu ada unsur monolog sket. Pengarah juga cuba tonjolkan unsur2 mistik dan magik dalam teater kali nih. Muzik dalam teater ni sangat best, bukan sebab cikgu yg buat, tp memang best. Lagi satu aku suka sebab dia buat 'live music' n aku ska orkestra. Props dia pun setanding dengan PGLM. Dan yg best, ada aksi terbang2 si pari-pari.

koreographer yg cantek....

Apa setanggi tu? Apa yg aku paham dari teater hari tu, Setanggi merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan bau yang sangat harum. Setanggi banyak kegunaannya dari pucuk daunnya yang dikatakan buleh dibuat ubat, sehingga ke akarnya yang boleh dibuat jamu. Tapi ada maksud tersirat dalam citer ni.

Secara kasarnya, ia mengisahkan sebuah kaum yang lupakan nikmat yang diberikan oleh Tuhan dan melakukan perkara2 yang bertentangan. Akhirnya kaum tersebut mendapat bala. Nak tau citer sepenuhnya, kene la tgk sendiri kat Istana Budaya. Tiket murah je. Kalau tak sempat, bleh la baca ulasan di sini. Overall aku bagi 3.5 bintang.

2 comments:

Pa'eja said...

Lawa ar gmbr. Tp... cmane leh dpt tgkp gmbr tu? Bkn xleg amek gmbr ke?

..blindart.. said...

gambar 2 bawah tu, cari kat tenet....