24 June 2009

|| my best friend weddings ||

Dah lama sebenarnya nak update pasal wed kawan2 aku. Tapi tak sempat. huhuhuhu... bz ngan menda lain. Sementara ada masa nih, nak update sket la pasal kawen2 yg aku sempat p mase musim kawen cuti skolah hari tu.

Majlis pertama, wed Ida n pasangannya Eddy kat kempas. Tarikh 060609. Aku p ngan Jeli, Mozac ngan Dilin. Tapi derang dari Muar la. Jumpa kat kempas. Mase sampai sana, Linda dah siap makan n dah nak balik dah. Sampai agak awal gak la. Dalam kul 1 lebih. Tp yang agak pelik, orang cam tak ramai sangat. Biasanya kalu p dalam kul 1 nih, org sangat ramai, nak cari tempat duduk pun susah. Hmmmmmm.... mayb banyak majlis yg sama kot hari tuh. Makanan kat sini kureng sket. Nasi dia sangat2 pero kata org jawa. Kering sangat. lauk dia pun tak bape sedap. tak lama pastu, Faiz Rahmat ngan hubby dia pun sampai. Zam pun ada gak. Jumpa dia kejup je. Pengantin bersanding lambat. Penat ktaorg tunggu kat luar, terus masuk dalam. Buat cam umah sendiri. huhuhuhu.... Dalam kul 3.30 ptg gak la baru pengantin bersanding. Lambat sebab derang nikah lambat. Lepas dapat amik gambo, kami pun cabut p kluang plak. P majlis Nanue. Marah Ida sebab kitaorg blah awal. Nak wat camner, sape suh sanding lambat sangat.


mengunyah je budak dua nih... mozac n dilin

penat tunggu kat luar, masuk dalam plak

faiz n hubby...

seri pengantin.... mozac amik berkat...

setelah lama kami tunggu... tahniah...

Lepas majlis kat kempas, kami terus p kluang. Wed Nanu ngan hubbynya yg merupakan junior kami. Adik dorm aku mase form 5. Dua2 cikgu. Sampai dalam kul 4.30 ptg. Org dah tak ramai dah. Pengantin pun dah tukar baju dah. Sampai2, masuk jumpa pengantin, baru p makan. Makanan dia boleh tahan la sedapnya. Suke semuanya. Tapi aku sorang je makan. Yg lain diet kot. huhuhuhuhu... Mase nak balik tuh, sorang satu dapat bonjrot (berkat @ bekal @ makanan). Banyak plak tuh. lauk dia sama cam apa yg di hidangkan. Jarang dah skang majlis kawen org bagi bonjrot. Paling2 pun door gift je. (mase ni aku lpa nak kuarkan kamera, so x de la gambo)

Lagi satu wedding, dua minggu lepas. Ipin n Sha, kat Pagoh. Aku drive dr KL. janji ngan Mozac jmpa kat tol Pagoh. Sesampai kat tol Pagoh, dia pun baru sampai. Baru je nak gerak, fariz tepon n bgtau dia pun dah nak sampai. So kami pun tunggu la. Konvoi dari JB ramai gak. 5 kereta kot. So konvoi ke batu 23, pagoh. Fariz, Ijad, Moktot, Kamen, Fatui, Apen, Lokman, Kompot, Hashim, keloi ngan lokman. Mase sampai tuh, Daing dah ada dah. Jauh gak umah dia dr umah Halim. Sampai sana, hujan renyai2. Tak lebat mana pon, tp bleh tahan la. Orang masih ramai mase kami sampai. Pengantin pun baru je nak makan. Snap2 sket gambo, pastu cari tempat makan. Khemah dia kecik, so kene berebut. Lapar beb... Makanan kat sini, buleh tahan la sedapnya. Tengah makan, Rafiz, Boleng n aweknya pun sampai. Abih makan, lepak2 jap, amik gambo ngan pengantin n kami bertolak balik. Sebelum balik tuh, singgah kat RNR Pagoh. Dah lama tak kumpul ramai2 cam ni. Lepak pagoh, borak2, makan2, minum2, update pe yg patut, tukar2 no telefon. dalam kul 6 gak la kami bersurai, kembali ke pangkal jalan. Aku je yg naik KL balik. Dah macam jd org KL plak. huhuhuhu....

contoh suami mithali...

gaya bebas....

with ipin n sha...

makan2 @rnr pagoh


group photo of stj 99ners


PS - Pasni wedding Emi plak kat Seremban. Kalu tak de pape, leh la datang.
PSS - lagi gambar di Facebook dan Picasa

4 comments:

WanYgBest said...

ateng..aku kwin oct ni, ko dtg tau...eh...abg aku yg kwin...silap2...hahahaha...

3oct kat subang, 10oct kat ijok...dtgla..ko pun tau umah aku kat ne kan...aku balik 1oct, balik bristol 16oct...so, klu ko dtg, leh la kita bereunion...hehehe

..blindart.. said...

terkezut aku.... hmmm... tgk la kalu ada kelapangan. Penah sampai, tp tak hingat la wan. dlu org yg bawa. aku duk diam2 je dalam kete tuh...

g_mulan said...

waaaa..aku terlepas sumenye...masa wedd ida n nanue aku kat n9...mase wedd ipin aku sibuk prepare tuk g induksi (assignment byk lorrrr)...rugi je kan...kalo tak bole jumpa2...xpela...mayb next time kan?

..blindart.. said...

yup... next time, wed emi kot yg terdekat...