28 January 2009

.::singapura::.

Minggu ni, banyak cuti. Cuti CNY la. Tapi aku tak berapa cuti pun. Cuti Sabtu ngan Ahad je. Isnin ngan Selasa aku kene keje kat port stulang. Tak best betul. Dalam mase tu, sempat gak aku p singapura. Jalan2 yang tak dirancang. huhuhu... kebetulan dah buat passport (masa bday aku haritu, kira hadiah utk diri sendiri la). Jumaat mgu lepas aku EL. Pagi2 bangun tidur je, rase sakit kepala yg amat. Aku bgtau bos, aku EL. Bos kate ok. Petang sket, mase on the way nak balik kampung, Kak Laila telefon. Kak laila ni kerani kat opis aku. Dia ajak aku pi Singapura ngan Kak Amie. Plannya pegi hari Ahad la sebab aku dah otw nak balik Kluang.

So hari Ahad tu, kami bertiga bergerak dari umah dalam kul 11. Aku amik Kak Laila dulu sebab kereta dia breakdown. Plan asal nak naik keretapi dari Danga City Mall. Oleh sebab masing2 tak tau, so kami pun pergi la ke bus stand lama. Kat sana memang tempat teksi untuk ke Singapura. Sampi2 je, p tukar duit dlu. Aku tukar RM450. Dapat la $184.50. Ok la. Bukan nak beli apa pun kat sana. Cuma nak jalan-jalan je, tengok tempat orang. Pastu, kene isi borang putih. Borang ni akan diserahkan pada pihak Imigresen nanti. Borang ni minta je kat kaunter teksi kat situ. Sewa teksi dari JB ke Singapura adalah RM40 satu teksi. So kalu penuh 4 orang, sorang cuma kena bayar RM 10 je.

Dari JB ke Singapura dekat je. Alhamdulillah, hari aku pergi tu tak jem sangat kat tambak. Mayb orang dah start cuti kot. Ini la first time aku lalu tambak. Selalunnya tengok je dari cafe kat opis. hahahaha.... Teksi berhenti kat Rhocor Road (betul ke aku eja ni). Pastu kami jalan ke Bugis Road untuk naik MRT. ni pun tanya pakcik drebar teksi tuh. oleh sebab first time sampai, ktaorg buat keputusan untuk naik cab je pergi ke Orchad Rd. Dr Bugis Rd ke Orchard Rd cuma kene $8.40. Kat sana p shoping2 sket. Apa yg berkenan dihati. Aku beli perfume je $63.

orcard road...

Dari Orchard, kami naik teksi lagi ke Sentosa. Tapi driver teksi tu cadangkan peri ke sentosa naik cable car kat Mount Faber. Dekat Mount Faber ni, bleh nampak hampir semua Singapura. Tapi ktaorg tak explore sangat. sebab nak cepat. Tambang cable car adalah $13 untuk dua hala. memandangkan kami dah sampai kat atas, so plannya balik naik cable car juga, tapi turun kat vivo city. Cantik la pemandanga dari cable car. air laut yang bersih. tak macam kat tambak tu. mungkin kat sini air dia mengalir, compare kat tambak tu yang tersekat kat tengah2.

Sampai Sentosa, kami makan dulu. pastu jalan2 jap area sentosa. Tp tak sampai beach dia pun. sebab dah penat n dah lambat. lain kali la. dari sentosa, kami pergi ke Vivo city. Mase tu dah pukul 5 lebih. Most kedai dah tutup sebab CNY. So, kami pun bertolak ke Bugis Rd, naik MRT. Kat Bugis Rd, pusing2 jap cari souvinir. Pastu jalan ke Rochor Rd utk amik teksi balik ke Malaysia. Sekali lagi, Alhamdulillah, tambak tak jem. kejap je dah sampai JB. Lepas ni bleh la pergi lagi. Tp kene pergi awal sket. Banyak lagi tempat kat sentosa tu yg aku tak explore....

Some pictures at Singapura..... Enjoice....

...Mount Faber...

cable car...

...sentosa station...

vivo city(view from cable car)

p/s-gambar lain akan di upload nanti....

3 comments:

Nanie Harris said...

Oh! sy dari dulu nk gi singapore tp x berkesempatan...passport dh lama buat... :(

atengbest said...

hmmmm....
takpe, next time kita buat outing kat singapura... area sentosa banyak tempat cantik...
tapi tak sempat upload gambo...
tunggu..... =p

Anonymous said...

Exact phrase