29 January 2009

.::singapura part 2::.

Lagi gambar-gambar di Kota Singa....

Jambatan yang menghubungkan Singapura dengan Pulau Sentosa. Tapi aku tak lalu pun, sebab pergi balik naik cable car.....


Dua tempat ni dekat dengan tempat makan, dekat juga dengan 'station cable car'. Taman Rama-rama n serangga ni betul-betul sebelah kedai tempat kami lunch. Harga tiket masuk dalam $10, tapi aku tak masuk. Tak cukup masa.... Imbiah Lookout ni tempat orang lepak2. kat area ni ada air pancut yang comel2... tapi lupa nak snap gambo... =p


Lori lama ni plak kat depan muzium 'Image of Singapore'. Rasanya tiket masuk $10. Seperti biasa la, sekadar amik gambo kat luar. ramai giler orang kat dataran ni. Bunga pun cantik2. tak tau la selalu mmg ada bunga or sebab ada pesta flora kat sini


Back ground ni pun dari bunga gak. Kene take turn (beratur) untuk amik gambo. Ada photog yang jaga, siap tolong amikkan skali. Kalu nak gambo yang dia amik, kene bayo la. rasenya sekeping $10 kot. Cam tak berbaloi je. Baik aku snap guna D60 aku. huhuhuhuhu....

Monumen ni ada kat Pulau Sentosa. Sangat besar dan boleh di panjat. Kalau tengok betul-betul, boleh nampak ada orang kat atas kepala singa tu. Tapi aku tak masuk dalam sebab letih dah jalan.... =p

Itik-itik yang comel ini ada kat bawah singa tuh. Dibuat dari bunga....



Nampak real tak kerbau dalam kolam tuh. Padahal patung je. Model-model tak bergaji aku kali ni, Kak Amie ngan Kak Laila. Dua-dua opismate aku. Pantang aku angkat kamera, terus je pose. huhuhuhu....

Dah puas berjalan (bergambar =p) balik semula ke cable car. Nak pergi Vivo city plak....
Ni kat depan Vivo city yang senyap sunyi. Kebanyakan kedai dah tutup, sebab masing-masing balik awal untuk makan besar. So kami just jalan-jalan je.... Tak sah kalu aku tak lompat-lompat... Huhuhuhu.... cam budak kecik je... =p

Dari Vivo City, naik MRT ke Bugis Road. Bi kira dah nak balik la ni. Kat sini ada tempat orang jual-jual barang cam kat Petaling Street. Baju, t-shirt, jam, cenderamata dll.... Dari sini ke taxi stand utuk masuk Malaysia cuma 10 minit jalan kaki.

Seronok cti2 kali ni, walaupun kelam kabut sket. Yang bestnya, most pic aku snap guna Manual Mode. Dah terer sket la. Walaupun kekadang lupa nak adjust, tak tengok metering. Ada la yang underexposed, overexposed (betul ke aku eja), tp kira ok la untuk newbie cam aku. Next visit, nak explore Pulau Sentosa, pegi Bird Park, Geylang... tapi ntah bila..... =p

thanks to model-model aku semasa kat kota singa. Upah derang cuma gambar-gambar yang aku amik untuk menjeleskan budak-budak opis yang lain.

28 January 2009

.::singapura::.

Minggu ni, banyak cuti. Cuti CNY la. Tapi aku tak berapa cuti pun. Cuti Sabtu ngan Ahad je. Isnin ngan Selasa aku kene keje kat port stulang. Tak best betul. Dalam mase tu, sempat gak aku p singapura. Jalan2 yang tak dirancang. huhuhu... kebetulan dah buat passport (masa bday aku haritu, kira hadiah utk diri sendiri la). Jumaat mgu lepas aku EL. Pagi2 bangun tidur je, rase sakit kepala yg amat. Aku bgtau bos, aku EL. Bos kate ok. Petang sket, mase on the way nak balik kampung, Kak Laila telefon. Kak laila ni kerani kat opis aku. Dia ajak aku pi Singapura ngan Kak Amie. Plannya pegi hari Ahad la sebab aku dah otw nak balik Kluang.

So hari Ahad tu, kami bertiga bergerak dari umah dalam kul 11. Aku amik Kak Laila dulu sebab kereta dia breakdown. Plan asal nak naik keretapi dari Danga City Mall. Oleh sebab masing2 tak tau, so kami pun pergi la ke bus stand lama. Kat sana memang tempat teksi untuk ke Singapura. Sampi2 je, p tukar duit dlu. Aku tukar RM450. Dapat la $184.50. Ok la. Bukan nak beli apa pun kat sana. Cuma nak jalan-jalan je, tengok tempat orang. Pastu, kene isi borang putih. Borang ni akan diserahkan pada pihak Imigresen nanti. Borang ni minta je kat kaunter teksi kat situ. Sewa teksi dari JB ke Singapura adalah RM40 satu teksi. So kalu penuh 4 orang, sorang cuma kena bayar RM 10 je.

Dari JB ke Singapura dekat je. Alhamdulillah, hari aku pergi tu tak jem sangat kat tambak. Mayb orang dah start cuti kot. Ini la first time aku lalu tambak. Selalunnya tengok je dari cafe kat opis. hahahaha.... Teksi berhenti kat Rhocor Road (betul ke aku eja ni). Pastu kami jalan ke Bugis Road untuk naik MRT. ni pun tanya pakcik drebar teksi tuh. oleh sebab first time sampai, ktaorg buat keputusan untuk naik cab je pergi ke Orchad Rd. Dr Bugis Rd ke Orchard Rd cuma kene $8.40. Kat sana p shoping2 sket. Apa yg berkenan dihati. Aku beli perfume je $63.

orcard road...

Dari Orchard, kami naik teksi lagi ke Sentosa. Tapi driver teksi tu cadangkan peri ke sentosa naik cable car kat Mount Faber. Dekat Mount Faber ni, bleh nampak hampir semua Singapura. Tapi ktaorg tak explore sangat. sebab nak cepat. Tambang cable car adalah $13 untuk dua hala. memandangkan kami dah sampai kat atas, so plannya balik naik cable car juga, tapi turun kat vivo city. Cantik la pemandanga dari cable car. air laut yang bersih. tak macam kat tambak tu. mungkin kat sini air dia mengalir, compare kat tambak tu yang tersekat kat tengah2.

Sampai Sentosa, kami makan dulu. pastu jalan2 jap area sentosa. Tp tak sampai beach dia pun. sebab dah penat n dah lambat. lain kali la. dari sentosa, kami pergi ke Vivo city. Mase tu dah pukul 5 lebih. Most kedai dah tutup sebab CNY. So, kami pun bertolak ke Bugis Rd, naik MRT. Kat Bugis Rd, pusing2 jap cari souvinir. Pastu jalan ke Rochor Rd utk amik teksi balik ke Malaysia. Sekali lagi, Alhamdulillah, tambak tak jem. kejap je dah sampai JB. Lepas ni bleh la pergi lagi. Tp kene pergi awal sket. Banyak lagi tempat kat sentosa tu yg aku tak explore....

Some pictures at Singapura..... Enjoice....

...Mount Faber...

cable car...

...sentosa station...

vivo city(view from cable car)

p/s-gambar lain akan di upload nanti....

26 January 2009

.::mini reunion::.

Lama nya dah tak merapu dalam blog. hahahah. Bukan pe, lately ni bz sket kat opis. Pastu, balik umah dah penat. Malas nak merepek dalam blog (walaupun p jenguk blog orang lain). Hari ni, baru la free sket. Sebenarnya tengah keje ni. Sebab tak de keje, so bleh la merepek jap...

2 minggu lepas, batch aku (pharmacy UKM class of 2005) wat mini reunion. Memang betul2 mini, sebab yg datang cuma 9 org je. (ada la yg bawa famili n bakal famili). Kami lunch kat Restoren Nelayan, Titiwangsa. Hanya beberapa meter dari kolej ktaorg dulu. PM kali ni, cik Ita. Sebenarnya kebetulan dia n beberapa budak ni nak g bandung, so sebelum pg tu, kumpul la sesapa yang ada. Mereka yg hadir, Ita, Aca, Mas, Ida, Shikin (n future famili), Pinor, Duang (tinggal wife sorang2 kat umah), Nurul (n din, din jr, adik nurul) n aku. Ktaorg open 2 table. kira ok la for the first time.

Banyak la citer2 lama yg kuar. Citer2 di tempat keje, projek2 terkini. Maklumla, ada yg keje kat hospital, klinik kesihatan n enforcement. Retail Phahrmacy? akan datang. Pn Nurul mayb nak buka kedai sendiri (good luck to her). bila kumpul2 cam ni, teringat masa student dulu. sebab, hampir tiap taun kami wat jamuan/bbq n macam2 la. Maklum la, kebanyakan budak2 pharmacy ni duk kolej (kami aktif2 belaka =p). Lama gak la ktaorg borak. Sampai kul 3 lebih. pastu sesi bergambar la. huhuhuh... maklum la ada 2 org DSLR user (me n aca). Aku betul2 terbakar ngan aca, sebab dia dah ada prime lens (bila la nak ada sendiri). Gambo amik ngan prime lens mmg cantik giler. jeles aku....

the dishes... (sodap)

Pas majlis, aku terus rush balik JB. nak kejar AJL malam tuh. My prediction almost correct. MUH-Juara keseluruhan & pemenang kategori Pop Rock, Faizal Tahir-Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik, pemenang kategori Balada, Fara Wahida- Pemenang kategori Ethnik Kreatif.say cheeseeeee

20 January 2009

|Ulang Tahun yg ke 27|



HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO atengbest...
HAPPY BIRTHDAY TO ME...

19 January 2009

.::shopping oh shopping::.

Weekend hr tuh aku p kl. Tujuan asalnya nak join mini reunion utk batch Pharmacy UKM05 ngan g practise gamelan. Tapi tau-tau je la. Bila dah sampai KL tuh, macam2aktiviti yang tak dirancang dibuat. Lagi-lagi shoping. Apa ingt orang lelaki tak suka shopping ke?huhuhu....

aksi2 pemain yg tak pro...

kasut yg cantek....

Plan cuma nak main boling je kat times square hari Sabtu tuh. Edu, pijon ngan shah join skali. Monc datang lewat sket. Ada temujanji lain. Lepas abih tuh, teman Monc cari barang kat Padini (Pavillion). tetiba aku plak yang ter shoping. Kat Padini beli t shirt sehelai. Pastu g Sungai Wang plak. Masuk ROMP, nampak jeans yang mmg aku dah lama nak beli. Apa lagi, try la satu. patu try lagi satu short. Akhirnya aku beli dua2 tambah lagi tali pinggang. huhuhuhu... Sungguh best. Walaupun duit habis, tapi rase puas bila dapat shoping sakan. Kesudahannya pukul 8 baru balik.

hasil tangkapan.... =p

Tapi aktiviti belum habis disitu. Malam tuh tgk wayang citer 'Bed Time Story' kat Pavillion. Aku suka la cerita ni. Kreatif n kelakar. Dia gabungkan realiti dengan fantasi. Watak paling aku suka, si guinie pig yang comel itu...

17 January 2009

.::bowling oh bowling::.

Jumaat. 16/01/2009. Apa istimewanya tarikh ni? Takde pape yang special pun. Cuma tiap2 hari Jumaat, opis aku ada meeting. Tp hari ni dari pagi sampai la ke petang. pagi ada presentation CPE, pastu bos aku membebel sampai kul 12.30. tak lunch aku hr ni. balik umah makan megi je. sedeh....
pastu ptg sambung lak meeting NFA. yang aku sakit hatinya, dah nak kul 5, baru la boss besar masuk. pastu ada la orang tuh yang tanya mcm2. dah meeting drag sampai kul 5.20. dah la aku nak g kl. sakit hati betul aku.menyumpah2 je. huhuhuhu...

apa aku wat kat kl? tuh nextime aku citer. hari ni nak citer pasal boling. sapa tak suka men boling. btul tak. dari last year lagi, si pinor beriya2 mengajak budak2 opis men boling. wat cam monthly game. konon2 tiap-tiap bulan la main. hmmmm.... tapi, sampai dia pindah, tak menjadi menda tuh. bila dia dah pindah, ada plak yg menyambung cadangan tuh. nampaknya ada la sambutan. so far dah dua kali ktaorg main. mase first time tuh, cma 6 orang je main. tp second time hari tuh, 12 orang main. seronok gak la, sekali-skala kumpul bebudak opis dan tak citer pasal keje (macam la katr opis tuh duk citer pasal keje je :) ). kami main kat Danga City Mall. kat JB. dekat je dari umah aku. tak sampai 5 minit pun naik keta. yg best nya main kat sini sebab murah. satu game rm 3 (sebelum kul 6). sewa kasut plak rm2 je. so berbaloi la kan....

terer ke aku main? tak de la terer mana pun. stakat main suka2 je. melepaskan geram n release tension masa baling bola tuh. hahahahah.... tp semalam aku wat keje gile. plan mgu ni tak jadi, sebab tetiba last minit ramai yg kene outstation. tp keje aku abis awal semalam. aku pun membaling la sorang2. siap main 3 game lagi. dan aku wat score paling tinggi penah aku buat. 197. tapi 2 game lepas tuh jatuh merudum. huhuhuhu... tp maintain lebih 100 la. gambar2 akan diupload nnti. aku update guna laptop kawan aku kat kl. gamba2 semua dalam laptop aku, kat jb.

12 January 2009

jom boikot...

Copy from my frens sms....

Coca-Cola, Huggies, River Island, Mc Donald,Clinuque, Disney, Donna Karan, Starbusks, GAP, Garnier, Perrier, Kotex, Sanex, Jo MalloneLancome, Libbys, Tchibo,Loreal, marks & Spencer, Kleenex, Maybelline, Nestle, Vittel, Revlon, Wonderbra.

Antara barang/jenama yang bagi duit hasil keuntungan mereka pada ISRAEL. Berhenti beli barang-barang ini dan barangi keluaran US of A. Harap usaha yg sekecil ini dapat membatu warga Palastine yang sedang bermandikan darah. Doakan la keamanan kembali di bumi palastine.

Sedikit bahan bacaan dari blog yasmin ahmad : important-article-about-lies-western

06 January 2009

aku dan kucing.....

"Comelnya, nak sekor bleh...." ni lah ucapan yang selalu aku dgo bila orang datang umah aku kat kampung. tapi agak malang bagi derang sebab adik2 aku ada kat kampung. so derang akan bagi seribu satu alasan untuk tak bagi kucing nih. sayang ok... bela dari kecik lagi. manja2 plak tuh. so cute....

Apa itu kucing? dari Wikipedia "The cat (Felis catus), also known as thedomestic cat or house cat to distinguish it from other felines , is a small predatory carnivorous species of crepuscular mammal that is valued by humans for its companionship and its ability to hunt vermin, snakes and scorpions. It has been associated with humans for at least 9,500 years."

Kucing baka atau 'breed cat' adalah kucing-kucing yang ada sijil. biasanya sangat la mahal. Contohnya Abysinnian, somalis, persian dan siamese. (sumber : cat forum-what breed is my cat)

Kucing tempatan (domestic cat) @ kucing kampung pulak terbahagi kepada 3 jenis.
  1. DSH (Domestic ShortHair) = Kucing tempatan berbulu pendek
  2. DSLH (Domestic Semi-LongHair) = Kucing tempatan berbulu separa panjang
  3. DLH (Domestic LongHair) = Kucing tempatan berbulu panjang

Famili aku mmg suka kucing. dari arwah atuk aku, sampai la anak buah aku. kalu jumpa kucing tuh, habis la dipeluk cium. sampaikan orang2 yang tak suka kucing pelik, bila kitaorang duk peluk cium kucing2 ni. seingat aku, first kucing yang famili aku bela, arwah atuk yang bagi. kucing jantan. kaler oren, ekor kontot. ktaorng panggil 'nyit'. dia ni abah aku dah mandulkan. sian dia. memula mak aku mmg tak suka. tp dah abah aku ngan anak2 dia ska, dia lama2 jadi tak kisah. Nyit paling ska tdo kat atas badan orang. pantang nampak orang baring, mula la dia panjat atas badan. dah la gemuk, kekadang leh sesak nafas dibuatnya. Nyit umur dia panjang. sampai berbelas tahun. dekat 18-19 tahun umur dia, mase dia mati. mati pun sebab sakit. sampai tak bleh bangun. sian dia...

Kucing bulu panjang (DSLH) plak mula bela, dapat dari makcik aku. abah aku amik je dr dia. huhuhuh... tapi tak semua jadi. umur derang tak panjang. :(... tapi start tahun 2003 kalu tak silap, akak aku bawa dari umah mak mertua dia. induk yang tengah bunting. dari induk tu lah bertambah biak, sampai la skang. hari ni, kat umah tu ada 14 ekor kucing semuanya. 3 ekor DSH yang lain DSLH. banyakkan... dalam sebulan tuh, dekat 200 abih utk makanan derang. aku belikan IAMS utk derang. besanya IAMS ni akan ditambah dengan nasi nisbah 1:1. hasilnya sangat memuaskan. bulu derang berkilat, tak gugur dan makin gebu2. suka aku... dulu bagi ikan ngan nasi. tp ada yang ngada2. kalu makan nasi ngan ikan, mula la jadi lembik. cirit-birit.. sian tgk. kalu bg friskies plak, bulu derang gugur. so far IAMS is the best.. wp kopak sket duit aku.. tp tak pe la. yg penting, bila balik kg, aku leh main2 ngan kucing2 aku yg banyak. hahahaha...

kalau sapa2 tak tau, kucing yang ada 3 kaler adalah kucing betina. jarang2 kucing jantan ada 3 kaler. kalau tak percaya, cuba cek kucing2 korang or kucing2 yang banyak bersepah2 kat kedai makan. ni pun nenek aku yang bgtau. memula cam tak caya, betul ke apa yg nenek aku bgtau nih. so aku perati la sendiri, kucing yang ada. memang betul. tp baru je tadi aku terbaca kat satu blog, penjelasan terperinci dari pandangan sains kenapa hanya kucing betina ada 3 kaler. kalu nak tau dengan lebih lanjut boleh baca kat blog Leokid's Life-Kucing! . nak baca lagi pasal kucing, leh tgk blog nukilan Abu Saif di www.saifulislam.com

kat bawah ni antara gambar2 kucing aku. enjoice..... =p

nenen time....


semuanya comel....

cats fight...

comelnya....

si gebu...

makan time....

01 January 2009

aku dan tahun baru...

selamat tahun baru dan salam maal hijrah pada semua... setahun lagi kita masuk ke tahun yg baru. ini bermakna setahun lagi umur kita bertambah. hmmmm.... dah tua jugak aku ni ek. kalu kawen, dah dapat anak dah. huhuhuhuh.....

azam tahun baru? hmmmm... ntah la. aku jarang buat azam. aku lebih ska ikut pada keadaan dan masa. paling2 pun target apa yang aku nak buat, nak pergi untuk tahun ni. tapi untuk tahun ni, aku berazam nak start simpan duit bnyak. sebelum2 nih tak penah simpan (kecuali simpan ikut takaful). lagi.... nak belajar pasal photograaphy banyak2. nak gunakan nique aku sepenuhnya.
OK.... sampai entry seterusnya....

.....adios.....