27 August 2010

| Jom Bayar Zakat Fitrah |



Salam...

Sempena Bulan Ramadhan ni, aku nak share sikit pasal Zakat Fitrah. Selamat membaca...

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

** Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  1. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  2. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  3. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu yang paling Afdhal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT

Zakat boleh dibayar kepada mana-mana amil yang berdaftar di kaunter-kaunter zakat seluruh negara. Sempena bulan Ramadhan ini, kaunter-kaunter zakat turut dibuka di masjid2, pusat membeli belah dan banyak lagi. Kaedah bayaran melalui SMS dan atas talian juga telah dilaksanakan di beberapa negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Fitrah dan lain-lain zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam sila layari laman web e.zakat

**Maklumat tambahan dari penbiru

Tapi menurut buku - Indahnya Hidup Bersyariat, Karangan Dato' Ismail Kamus, ada sedikit perbezaannya...

Wajib - Selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan. yakni 29 atau 30 ramadhan.

Sunat (yakni digalakkan, afdal) - Selepas solat subuh (yakni pg 1 syawal) sehingga sebelum mengerjakan solat sunat aidilfitri.

Harus (yakni dibolehkan) - Dari awal ramadhan sehingga akhir bulan ramadhan.

Haram - Selepas solat sunat aidilfitri.

Nota: kalau kita melalui amil (pemungut zakat), eloklah dibayar/dikeluar awal. Insyallah, pihak amil boleh sampaikan wang/beras zakat kepada golongan yang layak menerima secepat mungkin, yakni sebelum tibanya 1 syawal :)


Selamat menjalani ibadah zakat.

Nota Kaki

1. Oleh kerana tahun ni dah keje kat KL, so kene bayar RM7.00
2. Entri dibuat di ofis lama. Ada kes bicara, tapi dah siap awal. Pegawai lain ada mmeeting, so amik kesempatan la.
3. Cuti panjang sampai 31/8. Bestnya dapat berbuka kat kampung.

23 August 2010

| Ubat-Ubatan dan Puasa |

Salam...

Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu kita berpuasa. So, kali ni nak share sikit camne nak makan ubat mase berpuasa. Di harap sedikit sebanyak membantu la.

ubat-ubatan/mende2 lain yg mana kalau guna, batal puasa (nih ikut mazhab Syafie):
  • ubat titis hidung (narist.)
  • ubat titis teilnga (aurist.)
  • inhaler/nasal spray
  • suppositori/enema (yg duk masukkan dlm lubang dubur tuh.. utk sembelit, etc)
  • pesari (pessary) (ikut vaginal route.. cth: clotrimazole pessary)
  • prosedur2 lain (endoscopy, etc)
dikatakan BATAL kerana masuk dlm rongga badan.

ada pendapat lain mengenai penggunaan inhaler ketika berpuasa. Sila klik link dibawah untuk bacaan lanjut (thanks to zeela gojes for the info)

yg tak batal:
  • ubat titis mata (gutt.)
  • suntikan insulin/fondaparinux/pape arr yg ikut subcutaneous route
  • GTN (bwh lidah/sublingual)
  • hemodialisis (HD), dialisis peritoneal (PD)
Jadinya, camner nak makan ubat kalau puasa? Hurmmm... sila teruskan bacaan anda.

Cara pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa (oral)

1. od (sekali sehari) - kebanyakan ubat lain la..
  • pilih masa yg sesuai utk diri sendiri (sama ada berbuka/bersahur)
  • amalkan pd masa yg tetap spjg bulan Ramadhan.
2. bd (2 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali slps bersahur
3. bd (2 kali sehari) - sebelum makan - cth: bisacodyl, gliclazide, gemfibrozil, enalapril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps makan ubat yea.
  • sekali stgh jam sblm bersahur
4. tds (3 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali pd tgh malam (sebelum tidur) - makan sket arr sblm makan ubat yea.
  • sekali slps bersahur
5. tds (3 kali sehari) - sebelum makan - cth: nifedipine, isosorbide dinitrate, captopril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps berbuka
  • sekali sblm tidur (tgh malam)
  • sekali stgh jam sblm bersahur
6. qid (4 kali sehari)
  • sila bincang dgn doktor2 anda tentang keperluan menukar pengambilan ubat (mungkin kena tukar ubat/tukar kekerapan pengambilan ubat.. bergantung arr)
  • ataupun jika tak sesuai/keadaan memerlukan pt tuh on ubat tersebut qid jugak.., mungkin terpaksa arr diorg tak puasa. :)
Ni apa yang aku tahu la. Kalau ada pape yang tak betul, boleh la betulkan ye. Selamat berpuasa..

(credit to Rashidah, PRP HKL)

15 August 2010

| I am Muslim |
































10 August 2010

| Niat Puasa |

Salam Ramadhan...

Ramadhan datang lagi. Sudahkah kita bersedia untuk melaluinya? Hurmmm... Tepuk dada, tanya Iman. Ok la, untuk permulaan Ramadhan ni, penulis nak sikit berkenaan niat puasa. Niat Puasa perlu dilafazkan setiap malam. Cukup sekadar dalam bahasa yang kita sendiri fahami.

Lafaz niat ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Selamat Menjalani Ibadat Puasa...

04 August 2010

| I'm going home.... |

Salam....

Dah lebih 12 jam duk dalam kapal. Flight Columbus-LAX amik masa dalam 4 jam. Bertolak dalam pukul 1900. Tpi bila sampai LA baru pkl 2000. Bukan apa, sebab perbezaan masa dalam 3 jam. Tu yg cam mengong sket tuh. Huhuhu..

Flight MAS dari LA bertolak kul 0030. So ada la dalam 4 jam tggu kat LAX. Sempat la tgk2 kdai duty free dia. Tapi harga lbh kurang je ngan kat luar. Lpas pusing2 kejap, aku lpak kat lounge utk bisness class. So ada la dia sediakan makanan, free wifi, tv dll. Tapi makanan dia x sebest lounge kat KLIA. Tapi ok la, dapat makan free. Wifi dia agak lembab sket. Tu yg x dapat nak update pape masa kat LAX. Dalam kul 0000 aku dah boarding. X sabar2 nak tido. Ye la, kalau ikutkan masa kat columbus dah pkl 0300 pagi. Seb baik la aku ni burung hantu. Huhuhu...

Dalam flight, baru je nak lelap mata, derang dah serve makanan utk late supper. Huh, terbantut jadual tido aku. So sementara tggu diaorang serve makanan, aku layan movie la. Banyak plak tu movie yg aku terlepas ada. So dari LAX ke taiwan, sempat la tengok 3 movie. Nnti nak sambung lagi. Dapat tgk 2 lagi movie pon jadi la.

Bila naik flight ni, aku ada masalah sket nak normalise ear preassure mase flight naik ngan landing terutamanya mase naik Delta tadi. Ngan MAS ok sket. X de la seksa sangat. At least, bila aku telan air liur je dah ok dah. Mase naik delta td sampai kene hembus nafas sambil tutup hidung utk normalkan tekanan dalam telinga. Bila dah landing pun masih rasa tak selesa lagi. Hurm... Mayb Delta turun/naik cepat sangat kot. Tapi x pe, next time kene make sure bawa gula2 or air.

Hurm... Dah x sabar2 nak balik KL. Rasenya malam ni kalau larat terus balik Kluang kot. Windu kat Mell. Lagi satu sebab, skang ni tengah musim buah. Rambutan ngan pulasan kat kg tu dah memangil2 aku. Gambar2 mase kat Ohio ngan Washington nanti2 la aku upload. Hopefully lappy aku dah siap repair dah.

6 jam lagi, insyaallah smpi klia... Doakan aku selamat sampi ke Kl...

Adios...

03 August 2010

| Last day @ Columbus |

Salam...

Pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan aku kat US. Rase cam kejap je mase berlalu. Hari ni hari terakhir kat Columbus, Ohio. Dalam mase kurang sejam lagi aku akan naik flight ke LAX sebelum meneruskan penerbangan ke Malaysia. Amik kesempatan update blog yg dah bersawang ni.

Dalam masa sebulan ni sempat la ronda2 Columbus. X sewa kereta pon sebab x konfiden nak drive kat us ni. So, pi jalan2 naik bas je. Mujur la sistem bas dia ok. On time je. So bleh la plan kalu nak keluar. Biasanya amik 1 day pass harga USD4. Ngan pass ni bleh naik mana2 bas. So senang sket.

Sebelum datang macam2 tempat plan nak pg. Tp apakan daya, ada sedikit masalah. Tapi at least sempat gak pi Washington. Dapat la jalan2 area DC tu. Sebab mase limited, so banyak dtg, tgk dan amik gambar je. Gambar2 nnti akan diupload bila smpi KL. Lappy adik aku ada problem sket. Lappy sendiri plak masuk sepital. Huhuhuh....

Ok la... Jumpa lagi dalam masa 22 jam lagi kat KLIA. Columbus-LAX=4 jam. Transit kat LAX untuk 4 jam sebelum naik MAS lagi 18 jam. Fuhhh... Letih duduk... Dijangka sampai KLIA pada 4/8/2010 @ 1230. Doakan aku selamat dalam perjalanan yang panjang... Adioss...