Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

04 December 2011

| Cuti-Cuti Bali : Sun Set at Bali |

Sun Set @ German beach, Bali
Salam...

Selama 6 hari di Bali, satu hari je berjaya amik gambar matahari terbenam. Tu pun hari ke 5, lepas hantar Azizi ke Lapangan Terbang Ngurah Rai. Kebetulan nampak matahari yang sangat cantik, kami minta pak supir bawa kami ke pantai terdekat. Punya la risau pak supir takut kami tak sempat amik gambar 'sun set', sampai je tepi pantai, dia suruh kami lari cepat-cepat. Tapi memang betul pun, dalam masa tak sampai 5 minit, matahari dah terbenam. Sempat la juga amik gambar di Pantai German, Bali.

Sun Set @ German beach, Bali 
Sun Set @ German beach, Bali

Sun Set @ German beach, Bali

Matahari hilang dalam masa tak sampai 10 minit


Senja di Bali

Bot Nelayan @ Bali

PM paling best, Remy



Next Vacay please? huhuhuh...



Hari terakhir di Bali, kami tak berjalan jauh. Pagi ke Pasar Seni Sukawati untuk ambil barang yang tempah tempoh hari dan cari cenderahati untuk kawan-kawan kat KL dan untuk diri sendiri. Barangan di sini jauh lebih murah berbanding di pusat bandar dan yang penting kene pandai tawar menawar. Memandanagkan duit Rp dah tak banyak, so beli apa yg penting je. Kalau ikutkan hati nak borong lukisan banyak-banyak. huhuhuhu.

Dari Pasar Seni Sukawati, kami kembali ke pusat bandar untuk makan tengahari dan kemudiannya lepak-lepak di tepi pantai sementara menunggu kapal terbang pada jam 5 petang. Lebih kurang pukul 3 pm, kami pergi ke Lapangan Terbang Ngurah Rai untuk 'check in'. Oleh kerana kami dah buat 'on line check in' urusan di kaunter tidak lama. Bayaran cukai di Bali agak tinggi berbanding di lapangan terbang yang lain di Indonesia iaitu Rp150k. So pastikan asingkan awal-awal takut money changer tak buka lagi terutamanya untuk penerbangan awal pagi.

Pesawat AA kali ni tak lewat (padahal dah delay sebelum kami bercuti lagi. Flight asal jam 8.30am). Tepat jam 5 petang dah berlepas dan dalam pukul 7.15 malam kami dah sampai LCCT. Secara keseluruhannya, cuti kali ni adalah yang paling best. Kenapa? Sebabnya cuti-cuti yang paling lama, banyak tempat pergi, dapat tangkap banyak gambar yang cantik-cantik dan dapat jimat banyak. Huhuhuhu... Total belanja dalam 1k lebih je utk 6 hari termasuk makan, peninapan, kenderaan dan duit belanja. Many thanks to Pak Andre, kawan Remy kat Bali yang jadi host kami. Kat sini je kami dah jimat banyak untuk penginapan dan kenderaan. Rasanya kalau pergi sendiri, 1k belum tentu cukup utk 6 hari.


ikj

02 December 2011

| Cuti-Cuti Bali : Garuda Wisnu Kencana Cultural Park, Pantai Padang-Padang & Ulu Watu |

Pura di hujung tebing @ Uluwatu
Salam

Sambung balik cerita cuti-cuti Bali. Lama dah ditinggalkan. Hari ke-5 di Bali kami ke daerah Nusa Dua. Orang kata pantai-pantai kat sana cantik. Destinasi pertama kami, Garuda Wisnu Kencana Cultural Park.

Sedikit berkenaan GWK dari En. Wiki

Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (bahasa Inggris: Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkat GWK, adalah sebuah taman wisata di bagian selatan pulau Bali. Taman wisata ini terletak di tanjung Nusa Dua, Kabupaten Badung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar, ibu kotaprovinsi Bali. Di areal taman budaya ini, direncanakan akan didirikan sebuah landmark atau maskot Bali, yakni patung berukuran raksasa Dewa Wisnu yang sedang menunggangi tunggangannya, Garuda, setinggi 12 meter.[1]
Area Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana berada di ketinggian 146 meter di atas permukaan tanah atau 263 meter di atas permukaan laut.[1]
Di kawasan itu terdapat juga Patung Garuda yang tepat di belakang Plaza Wisnu adalah Garuda Plaza di mana patung setinggi 18 meter Garuda ditempatkan sementara. Pada saat ini, Garuda Plaza menjadi titik fokus dari sebuah lorong besar pilar berukir batu kapur yang mencakup lebih dari 4000 meter persegi luas ruang terbuka yaitu Lotus Pond. Pilar-pilar batu kapur kolosal dan monumental patung Lotus Pond Garuda membuat ruang yang sangat eksotis. Dengan kapasitas ruangan yang mampu menampung hingga 7000 orang, Lotus Pond telah mendapatkan reputasi yang baik sebagai tempat sempurna untuk mengadakan acara besar dan internasional.
Terdapat juga patung tangan Wisnu yang merupakan bagian dari patung Dewa Wisnu. Ini merupakan salah satu langkah lebih dekat untuk menyelesaikan patung Garuda Wisnu Kencana lengkap. Karya ini ditempatkan sementara di daerah Tirta Agung.


Patung Garuda @ Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
Cerita di sebalik patung


Patung Wisnu Kencana @ Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
Plaza Wisnu

Patung Wisnu dari jauh

Garuda Wisnu story

Selain dari patung gergasi dewa Wisnu dan Garuda, GWK juga terdapat pentas di mana persembahan tarian Kechak di jalankan. Namunbegitu, Tarian Kechak hanya akan di persembahkan pada waktu petang. Tapi, sempat juga la melihat pemuzik mereka membuat latihan gamelan. Sangat kagum melihat cara mereka bermain Gamelan. Dalam ni ada gak kedai cenderamata. Tapi tak beli, tengok-tengok je.

Dari GWK, kami ke Pantai Padang-Padang. Terdapat banyak pantai di Nusa Dua ni dan pantai-pantai di sini lebih cantik berbanding di Seminyak atau Legian. Maksud aku, pasir dia lagi putih. Rancangan asal memang nak mandi-manda, tapi ombak kuat sangat. Ada satu masa tu, ombak sangat kuat sampai ke tempat orang tengah berjemur. Habis semua barang di landa badai. Jadinya kami lepak-lepak tepi pantai sambil cuci mata.
Pantai Padang-Padang, Nusa Dua

Ada upacara lagi

Ombak besar & kuat gila


Kemudian kami ke Ulu Watu Temple pula. Pura ni tak berapa jauh dari Pantai Padang-Padang. Ulu Watu ni terletak di hujung Bali. Puranya dibina di tebing tinggi mengadap Indian Ocean. Bayaran masuk untuk pura di Ulu Watu ni cuma RP3000 je. Semua pelawat dikehendaki memakai lilitan kain kuning di pinggang dan mana-mana pelawat yang berpakaian kurang sopan (berseluar pendek) dikehendaki memakai sarung. Seperti kebanyakan pura di Bali, Ulu Watu juga terdapat banyak monyet. Kebanyakan monyet-monyet disini menghidapi masal obesiti. Semua gemuk-gemuk terutamanya monyet jantan. Berhati-hati dengan barang yang dibawa terutamanya makanan. Monyet-monyet ini akan merampas dari tangan anda. Pegang dengan kuat barang-barang atau tinggalkan sahaja dalam kereta. Kalau nak bagi makanan, di dalam pura terdapat penjaja yang menjual kacang. Pemandangan di pura ini sangat cantik terutamanya pemandangan ketika ombak kuat menghempas tebing. Kalau dapat datang waktu senja, mesti lagi cantik.

Perkara penting perlu tahu sebelum masuk ke Uluwatu

Laut @ Uluwatu

Tebing yang sangat tinggi, ombak kuat

Pura di tebing tinggi @ Uluwatu

kene panjat banyakkkkk tangga cam ni


bleh plak monyet ni melepak kat bahu aku

Monyet yg pandai mandi/berenang... ko boleh?
Dah puas bergambar, kami makan tengah hari dan balik ke rumah Pak Andre. Azizi balik petang tu, jadinya amik barang dia sebelum kami lepak-lepak di Pantai Seminyak. Hari ke 5 ni agak bertuah sebab kami berjaya melihat matahari terbenam di Pantai German. Itu pun setelah menghatar Azizi ke Lapangan Terbang. Dari kereta kami berlari-lari kerana matahari hampir terbenam. Sempat la ambil beberapa keping gambar. Sebelah malamnya pula, kami makan di Discovery Shopping Mall. Makan ala-ala western. Dah jemu makan makanan Indonesia. huhuhuhu...



04 November 2011

| Cuti-Cuti Bali : Tarian Barong, Monumen Perjuangan Rakyat Bali,Pantai Seminyak |


Tarian Barong

Salam...

Hari ke-4, pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak tengok Tarian Barong. Ini merupakan salah satu tarian yang wajib ditonton di Bali. Lagi satu tarian adalah Tarian Kechak yang biasanya diaadakan pada waktu petang. Pergi berdua je sebab Harimi & Azizi dah tengok. Jadinya kami pergi berdua je. Tempat Tarian Barong ni di Denpasar, Dari rumah Andre lebih kurang 30 minit je. Harga tiket dia kalau tak salah Rp 80k.

Kebaikan menentang kejahatan

Sedikit latar belakang Tarian Barong

Tari Barong adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Wujud kebajikan dilakonkan oleh Barong, yaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan dimainkan oleh Rangda, yaitu sosok yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya.

sumber : veyrha.blogspot  

Persembahan ni ambil masa dalam 1 jam lebih. Menarik juga, cumanya ada beberapa pelakonnya agak kaku ketika membuat persembahan. Persembahan ini diiringi dengan alunan gamelan, tiupan seruling dan gesekan rebab (kalau tak salah la) Lepas habis persembahan, sempat la bergambar dengan Barong buat kenang-kenangan. 

Kumpulan Gamelan yang mengiringi persembahan

Cucuk betul-betul ni ya...

Bersama salah seorang pemain gamelan

Kami dengan kostum Barong

Kemudian kami ke Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Ini merupakan muzium yang memaparkan bagaimana Indonesia secara umumnya dan Bali secara khususnya mencapai kemerdekaan dari penjajah. Terdapat beberapa tingkat dan antara barang pameran di sini adalah gambar-gambar lama, senjata-senjata yang digunakan dan patung-patung kecil yang di buat berdasarkan sejarah dan kehidupan masyarakat Bali. Di sini ada satu menara yang boleh melihat keseluruhan Denpasar. Bayaran masuk cuma Rp10k dan Rp1k untuk bawa masuk kamera.
Pintu masuk Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Masyarakat Bali dahulu

Menentang tentera  Belanda

Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Denpasar dari menara Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Monumen Perjuangan Rakyat Bali


Dari sini kami pergi makan tengahari. Misi hari ni nak cari bebek goreng. Kami makan di Kedai Cak Mar. Di Bali, sangat senang mencari kedai menjual bebek atau itik. Kalau kat KL, susah nak jumpa kecuali itik gantung. huhuhuhu. Sedap... sambal dia pedas giler = sambal setan.

Bebek Goreng

Set Bebek Goreng bersama sambal setan

Lepas lunch kami ke pantai pulak. Dah hari ke-4, baru la dapat pergi pantai. Kami ke pantai Seminyak. Memandangkan masih panas lagi, kami duduk-duduk sambil baca buku sambil menikmati angin pantai yang sangat kuat. Ombak sangat kuat dan besar. Mungkin ada gempa susulan kat laut kot. Tak ramai yang mandi laut. Kebanyakkannya berjemur je. Tak pun setakat main ombak kat tepi pantai je. Kami pun sama. Tak berani nak berenang jauh. Setakat main-main dengan ombak. Pasir pantai dia agak kehitaman sikit. Mungkin disebabkan lahar dari gunung berapi kot. Ingatkan nak tunggu sun set, tapi nasib tak menyebelahi kami. Petang tu, awan banyak pula. 

to be continue...

Pantai Seminyak, Bali

Ombak besarrrrrr giler

Senja di Pantai Seminyak, Bali


Nota Kaki
1.  Minggu Akreditasi Hospital yang memeningkan kepala.
2.  Semalam hantar kitty pi injek. Melayang Rm100 utk 2 ekor.
3.  Besok nak balik kampung... Yeayyyy...

28 October 2011

| Cuti-cuti Bali : Water Rafting, Tegallang Paddy Terrace, Pasar Ubud & Pasar Seni Sukawati |

YjjiSym
Water Rafting at Sungai Ayang, Ubud

Salam

Hari ke 3 di Bali dimulakan dengan sarapan pagi. Pagi-pagi lagi dah makan nasi. Lauk penuh plak tu. huhuhuhu... Tak pernah dibuatnya kat malaysia. Rancangan untuk hari ini, water rafting, shopping sourvinir, tengok padi bukit dan makan seafood yg best.

Sarapan pelbagai lauk. Semua ayam

Lepas sarapan, kami terus bertolak ke Sungai Ayang, Ubud untuk aktiviti water rafting. Ini merupakan pengalaman pertama pi water rafting. Seronok, teruja, semua perasaan ada. Perjalanan dari Kuta ke Ubud mengambil masa sejam juga la. Sambil-sambil tu, menikmati pemandangan sepanjang jalan. Sawah bendang banyak sepanjang jalan. Ada yang baru tanam, ada yang baru berbuah dan ada yg baru dituai.

Sampai je ke SOBEK, kami terus ke kaunter untuk dapatkan tiket. Harga tiket dia agak mahal Rp300k untuk tempatan dan Rp700k untuk pelancong. Jadinya kami serahkan pada Andre untuk buat bayaran. Dapat murah sikit. Lepas buat bayaran, sesi gambar-gambar sambil pakai kelengkapan untuk water rafting. Dari SOBEK ke tempat permulaan amat la jauh. Kene turun tangga. ada la dalam 15 minit menuruni tangga batu. Penat weh... Nasib baik mengurut kat Bali ni murah, boleh la mengurut selalu.

Sobek, The Adveture Specialists

ready to water rafting

Lepas shot brief dari staff Sobek, perjalanan pun bermula. Sangat seronok, mendayung ikut arahan staff Sobek yang turut serta. Arus Sungai Ayang tak berapa deras. Ok la untuk yang baru cuba. Terlompat-lompat jugak la dalam boat tu. Sambil-sambil tu, sempat gak menikmati keindahan dan kedamaian rimba di kiri dan kanan sungai. Terdapat ukiran yang cantik di kiri dan kanan jeram. Batu-batu di ukir dengan kisah Ramayana, sangat halus dan sangat cantik. Menurut staff Sobek, ukiran tersebut bukan ukiran lama, tapi diukir pada abad ini untuk menarik kehadiran pelancung.

Sepanjang perjalanan hampir 2km ni, kami berhenti seketika di pertengahan untuk sesi bergambar. Sambil-sambil tu, kalau ada bot lain yang lalu, kami akan main simbah-simbah air. Sesi water rafting ni amik mase hampir 2 jam. Sebelum sampai ke hujung perjalanan, kami terjun dari bot dan berenag ke tempat penamat. Air jeram sangat sejuk. Rasa segar walaupun penat mendayung tadi. Lepas ni boleh cuba lagi. Tapi tak de la kat Bali, cuba cari kat Malaysia pulak. Ada sesapa tahu kat mana?

Posing kejap atas batu

main simbah-simbah air

panjat tangga lagi... sigh...

Selepas makan tengahari (termasuk dalam pakej), kami ke Pasar Ubud pulak. Pasar Ubud. Pasar Ubud ni banyak jual hasil kraftangan masyarakat bali. Cakap je nak apa, semua ada. Dari key chain, patung, ukiran sehingga ke lukisan. Cantik-cantik pulak tu. Harga barangan disini agak murah berbanding di Kuta atau Seminyak atau di Legian. Rambang mata. Kat sini sempat la beli lukisan yang besar dan tak tau nak gantung kat mana. Huhuhuhu... Barang-barang lain survey je dulu sebab kawan bagi tau kat Skawati lagi murah.

Pasar Ubud

pelbagai kraf ada

Patung kucing kiut

Lukisan
Ada dua tingkat. Tapi kami pi bawah je...
Dari pasar Ubud, kami teruskan perjalanan ke Tegalang. Di sini ada pemandangan padi bukit yang sangat cantik. Petak padi betingkat-tingkat di lereng bukit. Mana nak dapat pemandangan camni kat Malaysia. Memang sesuatu yang unik. Padi dia pun tak memerlukan air yang banyak. Untuk amik gambar dari atas, tak memerlukan bayaran. Tapi kalau nak turun ke sawah, kene bayar Rp5k. Di Tegalang ni sekejap je sebab mengejar masa untuk ke Pasarseni Sukawati.

Tegallang Terrace Paddy Field, Bali

Padi bertingkat-tingkat

Padi di lereng bukit
Dalam perjalanan dari Tegalang ke Sukawati, terdapat gerai-gerai menjual produk-produk seni. Harga di sini memang lagi murah kerana kebanyakan barang dihasilkan disini. Barang-barang di Kuta juga mereka perolehi dari sini. Sempat singgah sekejap, sebab kawan nak beli labah-labah yang besar.
Hasil kraftangan. boleh dibuat ole2
Labah-labah besarrrrrrr punya
Sampai Pasar Seni Sukawati dalam pukul 5pm lebih. Kedai-kedai pun dah hampir tutup. Barang-barang di sini lebih kurang sama dengan barang-barang di Pasar Ubud. Tetapi harga jauh lebih murah. Untuk barang-barang macam keychain dan fridge magnet, ada dijual dalam 'bulk'. so boleh dapat lagi murah berbanding kalau beli satu2. Harga lukisan di sini pun lagi murah. Agak menyesal beli kat Pasar Ubud. Tapi dari segi kualiti, lukisan di Ubud lagi berkualiti. Tapi kalau setakat nak beli dan tak kisah pasal kualiti lukisan, baik beli kat sini je. Cantik dan banyak pilihan. Macam-macam saiz ada. Tapi kene pandai tawar menawar. Tanya dulu berapa harga, pastu tawar sampai 70%. Biasanya boleh dapat sampai 50% dari harga asal. Kalau dia tak nak bagi juga, cakap je nak pi beli tempat lain. Kalau pergi pagi biasanya senang nak menawar. Pelanggan pertama biasanya akan jadi pelaris ikut kepercayaan mereka. Jadinya, mereka akan cuba jual juga. Masa kat sni tak beli apa-apa pun. Sebabnya banyak kedai dah tutup dan kami akan ke sini lagi sebab ada kawan tempah barang untuk buat hantaran. 
Pasar Seni Sukawati
Deretan kedai di Sukawati
Sebelah malamnya pulak, sesudah magrib, kami pergi ke Jimbaran. Jimbaran ni terkenal dengan makanan lautnya yang sedap. Antara tempat wajib makan kalau ke bali. Jimbaran ni kat tepi pantai. Kami makan pun kat tepi pantai. Meja hujung sekali berdekatan dengan laut. Memang best la layan deruan ombak dan bayu laut. Wah, cam bahasa karangan plak. Makanan kat sini memang sedap. Tapi harga boleh tahan mahalnya. Kalau mereka tahu kita bukan warga tempatan, lagi la mahal. Terpaksa la berlakon jadi orang Bali. Lepas makan, ronda-ronda bandar dan balik tidur. Sampai bersambung untuk bahagian seterusnya....


Jimbaran Bay Cafe

Makan tepi pantai. Nampak tak ombak besar tu...

Ahli rombongan.

Nota Kaki

1.  Malam ni nak tengok Persembahan Orkestra Tradisional Malaysia kat Malaysian Philharmonic Orchestra sempena Festival Seni KLCC 2011. Kalau rajin nanti aku update pasal tu.
2. Baru je tukar lay out blog. Bagi besar sket, so bleh letak gambar besar2. Korang rase ok tak?
3. Besok kene 'on-call'... :(rewe