29 August 2009

[Potong Saga~so funny]

Salam...

Aku nak kongsi filem pendek yang sangat2 kelakar ni ngan korang. Ketawa terbahak2 aku tgk video ni tadi...huhuhuhuh..... Enjoy....

28 August 2009

[dah tujuh hari]

salam...

Sedar tak sedar dah 7 hari dah berpuasa. Dalam 7 hari ni, 2 hari berbuka kat kampung. Bakinya akuberbka kat JB. Minggu ni aku keje malam. Jadinya urusan membeli juadah berbuka ni, aku serahkan pada housemate aku yg baik hati. So far dah makan Nasi Lemak Kukus dengan ayam goreng berempah (sedap), Nasi Kerabu ayam percik (kureng sket dr taun2 lepas), Lontong Kering (bolehlaaa) ngan Nasi Ambang (best). Untuk sahur plak, kami tak rajin nak masak. Jadinya makan je la apa yg ada cam roti, oat ngan kurma. Tengok la kau rajin,nak start masak next week.

Weekend ni macam2 aktiviti dah dirancan. Maklumla cuti panjang. Besok ada majlisberbuka puasa bersama-sama rakan SMSTJ. So far yang dah kompem nak datangada la dalam 15 orang. Kira ok la tuh kan. Nanti2 aku update dengan gambar sekali. Pastu berangkat ke KL utk shoping raya. huhuhuhu. Nantii ada la berbuka bersama rakan2. Sukanya.....

OK la, selamat berpuasa utk semua. Hayatilagu 'Hrapan Ramadhan' dar Raihan dan Man Bai



Nota Kaki
1. Minggu ni cuma bertarawih lepas keje. Maklumla keje malam.
2. Berazam nak terawikh penuh....

20 August 2009

[Salam Ramadhan]

Salam....

Ramadhan datang lagi. Sudahkah kita bersedia utk melalui bulan yg mulia ini? Harap2 dah sedia la ye. Tadi penyimpan mohor2 besar dah announce kat TV, 1 Ramadhan tahun ni jatuh pada hari sabtu, 22 Ogos 2009. Ini bermakna malam sok dah start solat Tarawikh. Bermakna, sok lepas keje, kene terus balik kg le. Malamnya nak p masjid ngan mak ngan adik2 aku.

K la, sempena kedatangan Ramadhan al mubarak ni, aku nak minta ampun dan maaf kepada semua kawan2 dan sesapa yg ada baca blog aku yg tak seberapa nih (ada ke org baca?). Maafkan andai ada tersilap kata, tersalah laku yg aku buat secara sengaja atau tidak. Halalkan makan minum dan segala hutang piutang. Sesapa yg ada aku hutang, sila la tuntut ye, aku kekadang buat2 lupa terlupa. Maklum la, dah lanjut usia berumur. Semoga puasa tahun ni memberi nafas baru kepada kita semua.

enjoy video kat bawah ni. Tapi abaikan ucapan yg last skali tu ek. Lambat lagi...




Salam Ramadhan.....

Nota Kaki
1. Malas nak p meeting sok pagi....
2. Weekend masa puasa ni dah dirancang ngan baik. Buka puasa bersama rakan2 dan keluarga.
3. Next week ada rakaman kat RTM

18 August 2009

[stress di opis???]

kalau dah stress atau mengantuk sangat kat opis
amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..

ikut la arahan betul2...

[]

ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


[]
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


[]
wa..wa.. aaa

[]
gerak kekanan kemudian ke kiri..

[]

gerak ke kiri kemudian ke kanan

[]
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


[]
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

[]
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


[]
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


[]
buat secara aggresive pula...
jan gan peduli apa orang lain kata..


[]
hilangkan semua stress...

[]
pusingkan kepala...


[]
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


[]
akhir sekali
buat joget kucing...

kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur kat surau...
AMALKAN CARA HIDUP SIHAT……………..

17 August 2009

[setem]


salam.....


"Setem.... jilat, lekat, pos"

tak sangka, objek ni pun bleh dijadikan citer. huhuhuhu... Filem arahan Kabir Bahtia dan lakonan Afdlin Shauki n the gang, memang best. Filem ngan genre yang jarang di buat di Malaysia iaitu komedi aksi. Aksi2 dalam citer ni mmg best dan kelakar habis.

Secara ringkasnya, citer bermula apabila sekeping SETEM yang dicipta puluhan tahun dulu oleh seorang pembuat jam di Melaka atas arahan Gabenor Melaka pada ketika itu. Malangnya terdapat kesilapan pada setem tersebut yang di jumpai oleh Gabenor India. Oleh kerana berasa sangat malu, Gabenor Melaka membuang setem tersebut dan dikutip oleh cucunya. Maka, setelah sekian lamanya, setem tersebut di bawa semula ke Melaka oleh waris gaabenor untuk dipamerkan. Setem yang bernilai RM4 juta ini (sebab cuma ada satu jer) menarik perhatian beberapa pihak iaitu geng anak yatim, geng thosai, geng piranha, geng bakso dan yang teraniaya. Derang semua ni nak curi setem ni dan nak jual kat pasaran gelap. Macam2 cara derang nak dapatkan setem ni sampai la derang bertembung antara satu dengan lain. Apa yg derang tak tau, waris gabenor ada rancangan sendiri. Setem yg di sangkanya berharga tu sebenarnya tak de harga pon. Setem tu setem palsu. Si waris ni dah insurans kan setem ni dan kalu hilang/dicuri dia bleh la tuntut insurans. Oleh kerana rase marah dan terhina, musuh-musuh ni (geng anak yatim, geng thosai, geng bakso dan yang teraniaya) bersatu dan buat rancangan untuk mengenakan balik waris ni. sampai part ni rase dah klimaks dah. sekali.... citer belum lagi habis. memula ingat akan ader setem2. Rupanya masih bersambung. Geng anak yatim meneruskan pencarian setem yang asli di Melaka. Kat melaka derang jumpa cucu saudara pembuat setem itu. Tapi, yang tinggal cuma pencetak setem yg dah berkurun lama. Tengah derang belek2 pencetak tuh, terjumpa setem yg dicari2 dilekatkan kat kompartmen dalam pencetak tu. So... duit2 tu di bagi sama-rata termasukla pada geng bakso yang dah balik indon dah....

Moral of the story, dengan bekerjasama kita bleh buat apa saja. So pada sesapa yang belum tengok, cepat2 la pergi panggong, beli tiket dan tengok sendiri. Serius tak rugi beb....

14 August 2009

[Hari yg panjang]

salam semua.....

Hari nih aku amik EL. Selesaikan apa yg patut lepas apa yg terjadi Isnin lepas. Pagi2 lagi aku dah bgtau bos, tak dtg keje hari ni. Sebenarnya dah bgtau dah nak EL hari nih, tp bgtau kat bos len. Maklum la, opis aku ada banyak bos.

Secara ringkasnya apa yg aku wat hari ni
8.45 am - bertolak ke JPN di wisma
9.00 am - Sampai JPN. Sistem off line. Amik no giliran n isi borang.
9.10 am - Sistem masih off line. tglkan JPN. berjalan ke KWSP untuk amik borang keluarkan duit.
9.40 am - Call JPN. Sistem dah ok. Sambung buat IC
11.00 am - IC sementara siap. Pi CIMB kat jalan segget.
11.30 am - CIMB ATM card siap. Jalan pi Maybak City Square plak.
12.15 am - Maybank ATM card siap. Makan, solat, rehat jap.
3.00 pm - Ke JPJ utk wat Lesen. Ada abg/akak yg baik hati tulung. tak sampai 30 min dah siap.
3.30 pm - Ke Jusco, Tebrau City. tgk wayang (citer setem... best), shoping sket, makan
9.30 pm - Smpi rumah
sekarang - sedang mengupdate blog...

Banyak gak abis duit utk urusan2 nih. IC= RM110, Kad ATM= RM 12 x 2, Lesen = RM 20. ni tak msk urusan CC. Hurm... Pengajaran utk diri sendiri. Jgn keluarkan barang2 dalam toilet lepas nih.

10 August 2009

[cuai]

salam....

Hari ni hari yg kurang baik utk aku. Bengkel Peluang Kerjaya Pasca Khidmat Wajib bg Pegawai Farmasi yg sepatutnya menyeronokkan dan banyak memberi input, jd hambar bagi aku. Kenapa seronok, sebab dapat jumpa kawan2 lama n tak payah keje. Ku sangka seronok sampai ke petang, rupanya sedih di tengahhari... wallet aku dan segala isi dalamnya dan hp sonny ericsson dan kunci kereta hilang kat PICC Putrajaya... Waaaaaaaaa..... sedeh dan terkedu aku. Camner bleh hilang???? Sebab aku cuai kot.....

Baru je 3 ceramah, perut aku dah buat hal dah. Pe lagi, lawatan berjumpa Cik Toi la. Biasanya kalu kat opis, semua barang dalam poket aku tinggalkan atas meje. Sebab ni kursuskan, so aku angkut la semua barang yg ada p jumpa Cik Toi. Nak di jadikan citer, Cik Toi yg ada bukan yg jenis cangkung tp yg jenis duduk. Rase tak selesa bila ada barang dalam poket suar. So, aku kuarkan la segala benda yg ada dalam poket seluar aku. Aku letak semuanya kat blakang aku (kat blakang Cik Toi tuh ada tempat letak barang). Ntah kenapa ntah, kali ni lawatan aku lama sket. Agaknya makan banyak sangat kot semalam. Sampai aku sempat berangan2. huhuhuhu.... Dah siap2 cuci apa yg patut tu, aku kuar la masuk balik dalam dewan. Sampai tempat duduk je, aku raba poket. 'alamak.... aku tggl barang2 dgn Cik Toi'. Aku cepat2 bgn, patah balik. tp bila sampai dalam tuh, barang2 dah takde. Tapi aku masih lagi tenang. Ntah la kenapa, aku pun tak sure. Maybe aku pk yg datang tuh semua gaji ribu.... Takkan la nak amik wallet org lain kot.

Mase rehat kul 10 am, aku jumpa urusetia kot2 ada insan yg baik hati pulangkan barang2 aku pada derang. Tapi malangnya takde. Derang pun tolong tanyakan makcik2 cleaner ngan pengurusan PICC. Aku plak p makan. Lapar beb... tak sempat nak sarap kat rumah najah pagi td. Pastu wat muka cool je. Bila ceramah dah start balik, aku pinjam HP Duang. Nak try call. Kot2 la orang yg 'jumpa' HP aku jawab. Nannnn adoooo... Jumpa Aini, mnta no Pie. Derang cam terkejut bla bgtau aku hilang barang2 di atas. Pas dapat no, aku pun call Pie (housemate aku), mnta bantuan. Mnta dia deliver kunci aku. Sempat lagi pesan bawa CC yg ada kat umah nga BBand dia. huhuhuhu... Tgk dia bleh tulun plak. Pastu aku call dreba opis, En Sham, dia kate ok jer. Sementara tunggu En Sham sampai (dia dr Alamanda nak ke KKM, bawa KPP p meeting), aku jumpa recieptionist kat lobi PICC, bgtau apa yg berlaku n mnta org2 dia tolong tgk2kan kereta aku. Pastu org pegurusan/security ada dtg tanya2 pe yg berlaku.

Sesampai nya En Sham, aku pun terus bgtau apa terjadi, n kami terus gerak balik ke Johor. En Sham bawa cam org giler. 160 km per hour Jumpa Pie kat Yong Peng Utara dalam kul 2.15 pm. Sempat pau pie RM50. huhuhuhuhu... Pastu pecut balik ke Putrajaya. OTW tuh hujan la plak, so tak sempat la sampai dalam mase yg sepatutnya. KPP yg sorang tuh dah call byk kali. Sampai Opis telefon, terpaksa la aku bgtau perkara sebenar. So tak de la dia marah2.

Sampai2 PICC majlis dah abih dah pun. Tgl bebudak Johor je kat situ. Sorry la kawan2 eh.... benda nak jadi, bkan aku sengaja. Pastu, aku p amik kete, pindah barang2 dalam kereta aku, cari Balai Polis plak. Kenapa pindah barang? Sebab aku sambung kursus kat JKWPKL&PJ. tapi duk kat Cititel. Lepas wat report, terus gerak ke Cititel. OTW tu, sibuk telefon bank2 yg berkenaan utk block CC aku ngan ATM card. Thanks to Zuhra n Ng CT sbb tolong carikan contact number utk dihubungi. Siap bagi guna HP lagi. Terharu aku.... Untuk makan malam mase kursus ni, terpaksa la mnta loan dari derang gak. (dinner not provided since kursus only untill 5pm). Mase aku taip kisah duka ni, perasaan masih terkedu lagi. Nak kate sedeh, ntahla, cam tak jer. Ke aku yg takde perasaan. Tapi rasenya aku dah bleh terima apa yg terjadi. lagi sekali TQ pada rakan2 yg membantu. Tak sangka, ramai gak yg sayang kat aku (tetiba rase sedeh) huhuhuhu....

Nota Kaki
1. Normal ke tak rase pape bla barang hilang?
2. Kene cari HP baru. x bleh hidup tanpa HP.
3. Update perlis ngan hulu langat kene tunda sket, bnyk kerja2 di opis perlu bawa balik lpas ni

06 August 2009

[Cuma 2 Tahun Solat]

Usia yang kita ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun






12 jam siang hari

12 jam malam hari

24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:

18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi..

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam

Dalam waktu 50 tahun :

waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah...amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!

Ingatlah negeri kita…Akhirat