Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

19 January 2012

Anak Bulus Baru

Mya n Mell Jr
Assalamualaikum...

Hari Selasa lepas, Mya selamat melahirkan 7 ekor baby bulus. Dia mula beranak dalam pukul 10pm. Petang tu, balik dari kerja aku tidur. Sedar dalam pukul 9pm, aku keluar bilik. Si Mya ni duk sibuk ke hulu, ke hilir sambil mengiau-ngiau. Aku rasa dah sampai masa dah Mya nak beranak. So, aku masukkan dia dalam kotak yang memang dah sediakan lama dah. Memula tu dia tak nak duduk dalam kotak tu. So terpaksa la tunggu kat luar kotak sambil belai-belai dia sampai la keluar anak kucding pertama. Bila satu dah keluar, Mya stay dsalam kotak tu.


Beberapa jam selepas dilahirkan.

Sebelum masuk tidur, 4 ekor keluar. Semua putih-putih belaka. Aku ingat dah habis, jadinya tinggal la masuk tidur. Besok paginya bila aku tengok dalam kotak tu, ada 7 ekor. Wow... Banyaknya Mya beranak. Tapi malangnya seekor dah RIP masa tu. Belum keras lagi, tapi dah tak bergerak.  Mungkin Mya tak sempat nak jilat muka anak dia sebab penat sangat meneran. Sedih, tapi tak pe ada lagi 6 ekor. Banyak tu.

Malam semalam aku perasan ada seekor lagi yang nampak cam tak bape nak kuat. Cuba gak suakan kat puting Mya, tapi tak de respon. Petang tadi balik dah RIP juga. :( Hopefully yang baki ni hidup la semua. Dah ramai yang tempah. huhuhu... Kali ni nampak cam teruk sikit Mya beranak. Rasenya lebih 10 jam gak kot. Habis bulu-bulu dia yg putih melepak tu jadi warna lain.


Dah bersih dijilat...

Nota Kaki
1.  Terpaksa bawa Mell balik kampung lagi. Biar duk kampung lama sikit.
2.  Harap-harap semua hidup dengan sihat.
3.  Mya dah start bawa lari anak dia, sorok bawah cage. Sian anak2 bulus kesejukan sebab tak de lapik.

21 December 2011

| Wordless Wednesday : Cat's Flirting |

Assalamualaikum...

07 December 2011

| Wordless Wednesday : Terbongkang |

Salam...

terbongkang

18 November 2011

| Mell in The House |

Salam...

Lama dah tak update pasal Mell. Siapa yang ikut blog ni dari dulu mesti tau. Mell, kucing parsi pertama yang aku bawa datang KL. Ada la dalam 2 tahun Mell jadi kucing metropolitan. Tapi sejak Mya dapat anak hasil prrkongsian hidup mereka berdua, Mell aku hantar duduk kampung. Hasilnya, 5 ekor kucing kat kampung mengandung. 4 dah selamat melahirkan anak-anak kucing yang comel-comel. Mak aku pulak yang menjerit. Apa taknya, sekarang dia sorang-sorang kene jaga sebab adik bongsu aku dapat masuk UiTM. Jangan risau ye mak, bekalan makanan untuk diacing akan sentiasa mencukupi.

Anak-anak Mya pun dah besar sekarang. Tu yang bawa Mell balik KL. Nak bagi diacing mengawan. Tak larat dengar Mya merengek cari jantan. Tengah-tengah malam pun mengiau cari jantan. Dah la kucing makcik bawah suka ngorat tepi dapur. Kalau hensem cam Mell tak pe la. Ni semua tak hensem. Huhuhuhu...

Ok la, tu je nak citer. Actually nak tepek je gambar Mell since ada orang tanya mana gambar wordless wednesday. Tapi cam pelik pulak kalau tajuk dia wordless saturday. Huhuhu...

Mell tengah tidur...

12 May 2011

| MIA |

IMG_1516

Salam...

Kali ni nak citer pasal MIA. Bukan 'missing in action' ye, tapi kucing baru kat rumah. Mia ni kucing kawan aku. Kawan aku ni baru dapat baby dan baby dia x bape sihat. So dia nak bagi kucing2 dia yang comel2 kat orang. Memula dia nak bagi anak2 Mia, tapi tetiba mak dia dah kidnap anak2 mia bawa balik kg. So dia bg la mia kat aku.

Mia ni kucing betina, so suka la Mell. Sejak hari pertama lagi dah cuba ngorat. Tapi cam tak berjaya je. Maklum la, baru dapat kitty. Lagi pun Mia nampak cam memilih sikit. Maklum la cantik. Bulu putih melepak. Hari2 kerjanya grooming je.

Dah seminggu lebih Mia kat umah aku, tapi masih tak ok lagi ngan Mell. Pantang jumpa, mesti nak gaduh. Mell tak de la buat apa sangat pun. Mia je yg lebih2. Kadang2 sampai terberak2 Mia sebab kene kacau ngan Mell. So terpaksa la gilir2 duk luar. Lagi2 kalau nak kuar rumah. Kalau Mell kat luar, Mia dalam cage dan vise versa. Tak pun Mia simpan dalam bilik.

Tak sabar nak dapat kitty baru. Cepat2 la buat projek eh Mia n Mell. Huhuhuhu...

IMG_1515

Malu2 kucing


IMG_1522

Lepak...


IMG_1523

Putih melepak

29 March 2011

| Catsitter |

DSC_0231

Salam...

Ada ke perkataan ni? huhuhuhu... kalau baby sitter ada, cat sitter pun ada jugak la kan? Dah lama rasenya tak citer pasal kucing2 kesayangan saya. Buat masa ni Mell ngan Miki tak de kat KL. Seekor kat kampung, seekor lagi kat Melaka. Yang ada kat KL ni Rockie, Marie ngan Dodie. Tambah seekor lagi Charcoal. Tapi Charcoal ni kawan punya. Jadi catsitter jap sebab dia tak ready nak bele kucing lagi.

Rockie, Marie ngan Dodie ni sama umur. Dalam 3 bulan. Skang ni tengah masa nakal nya. Berkejar2 satu rumah, semua tempat nak di panjat. Memula diacing berempat, tapi seekor mati. Sedih. Rokie ngan Marie sama warna, hitam legam. Nak bezakan pun susah. Melainkan tengok bon**t diacing, sebab seekor jantan dan seekor betina. Lagi satu kat perut si Marie ni ada bulu2 putih. Tenang bila balik rumah dari tempat kerja yang stress tu bila diacing main kejar2 dan datang bermanja-manja ngan kita.

Charcoal ni pulak baru je jaga dalam sebulan. Umur dalam 6 bulan, tapi besar gila sebab pure breed kot. Masa memula tu memang sombong. Nak pegang punya la susah. Kene main kejar2 dulu baru dapat pegang. Lagi satu suka panjat-panjat gril nak keluar dari rumah. Almaklumla masa ngan tuan lama duk rumah teres dan bebas keluar masuk rumah.

3 beradik ni jaga sekejap je. Next trip balik kampung, tinggal diacing ngan adik, pastu bawa balik Miki n Mell. Rindu plak kat diaorang.


DSC_0234
Charcoal aka Arang

DSC_0253
Rockie

DSC_0240
Marie

DSC_0241
Doddie

15 November 2010

| New Kitty in The House |

Salam...

Lama dah rasanya tak update pasal kucing. Banyak sebenarnya berlaku pada Mell n frens. Tapi kali ni nak cerita pasal kucing yang kat kampung.

Malam semalam, sampai kampung dalam kul 10 pm (saya cuti seminggu. wooohoooo). Sampai2 je terus hantar Mell masuk kandang. Sekarang tak boleh biarkan dia kat luar kalau kat kampung. Nanti dia melilau pastu tak tau jalan balik. Masa nak masukkan Mell tu, terdengar suara anak kucing mengiau-ngiau. Ada kucing beranak ke? Dah la mase tu tak bawa lampu suluh. Tak nampak apa la. Lepas selamat masukkan Mell, amik lampu suluh dan mula cari. Suluh punya suluh, jumpa 2 ekor kitty yang masih basah lagi kat atas tanah. Seekor lagi tergantung sebab uri dia tersangkut kat paku. Seekor lagi jumpa dalam kandang. Mak kucing (si kudut) buat tak tau je kat anak2 dia. Biasanya kat kandang diacing ni banyak semut. Nasib baik malam tu gerimis sikit. So tak de la kitty2 ni kene hurung semut.

Lepas kutip semua kitty yg masih basah tu, keringkan ngan tuala. Pastu guna vacuum cleaner yg bleh kuarkan udara panas utk keringkan bulu2 kitty (mak aku tak pakai hair dryer). Kitty yang masih bersambung ngan uri tu, aku potong. Pastu start bagi kat mak dia. Boleh plak si Kudut ni buat bodoh je. Tak nak jilat2 or susukan anak dia. Terpaksa la masukkan dia dalam cage kecik bersama kitty2 tu. Then guide kitty2 tu kat susu Kudut. Tu pon kitty2 ni masih tak jumpa lagi. Ada la dalam sejam gak. Bila dah ada progress sket, tinggalkan dan tawakal je la. Kalau nak hidup, hidup la korang.

Pagi tadi bila bangun tido, keempat2 aktif. Si Kudut ni siap pindahkan anak dia kat port baru lagi. SO 3 ekor hitam, seekor putih. Nampak gayanya cam bulu panjang. Kita tunggu je la nanti ye.


anak kucing comel


white amongs the black...

07 April 2010

|Kisah Kucing|

Salam...

Nak kongsi video yang comel ni.... Semoga terhibur...



10 February 2010

| Termenung |

Salam....

10/02/10, cantek kan tarikh hari nih. Tapi aku paling suke tarikh ni 20012001, birthday aku tahun 01. hahahaha... Berbalik pd tajuk. Termenung, sape yg termenung? Kucing2 aku ler. Apa? Ingat manusia jer yg bleh termenung tak caya tgk gambar kat bawah. so enjoy la gamba2 kucing2 ku yg comel2 ini....

stokin pun termenung sampai lentok2


kaler yang ku sangka betina... rupa2nyer jantan


sentot tengah termenung... kucing jantan yg pengecut...

bukti sentot yg penakut... kaler tak buat pape pon...


poteh... saje je letak gambar ni wp tak de kaitan ngan tajuk...

Nota Kaki
1. Dapat berita dr adikku, Taik Lalat (DSH) dah beranak. Tak tau la baby dia DSLH ke DSH...
2. Cik Tam yg mak aku pinjamkan kat kawan dia pon dah beranak 3 ekor....
3. Cik Intan-tak de citer baru pasal mell la, kecuali suka mengganggu aku ketika online. huhuhuh... ada citer baru pasal Mell aku update yer...

01 February 2010

|Kene Dera|

Salam....

Bukti 1

DSC_0650



Bukti 2

DSC_0645


Mangsa, of coz la aku. Mase kene tuh memang berdarah2 tak berhenti. Berlari2 aku pi toilet. Cari first aid kit, nak cari plaster, tp tak jumpa. So terpaksa la tekan ngan kain je sampai darah tu berhenti. Siapa punya kerja?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Budak ini....

DSC_0631
buat muka tak bersalah...


DSC_0635
seb baik la ko comel...


DSC_0640
bersedia utk beraksi lagi...



Semua gara2 nak bagi dia wangi la. huhuhuhu... Semalam aku mandikan si Mell ni. Malam2 plak tuh. Sebab dah busuk sangat. Hosmate aku pun dah bising2. Oleh kerana dia ada hair dryer, so aku mandikan la budak kecik ni. Masa nak blow bulu dia la nih aku kene cakar. Abih calar balar. Yang tangan kanan tu la yg agak dalam jugak. Tu tak masuk kaki aku yg dijadikan tempat dia main terkam2 dikala aku tengah baring sambil online. huuhuhu... Rupa2nya budak kecik ni takut ngan udara panas dr hair dryer tuh. Pelik n tak biasa kot. Takpe, lepas ni kalu nak keringkan bulu dia, aku ikat dua2 kaki dia... HAHAHAHAHAHAHA (gelak kejam)

Nota Kaki

1. Anak cik poteh dah mati seekor, so skang tgl dua je kitten.
2. Bercadang nak trade one of anak cik potehngan member aku. Nak bagi baka baru/kaler kat umah.
3. Besok kije... malsnyer.....

21 January 2010

|Anak2 Cik Poteh|


Salam....

Entri ke-2 utk hari ni... huhuhuh... terlebih rajin plak... K la, dah sebulan lebih (19/12/2009) jugak Poteh selamat melahirkan anak... Kucin ni kalu nak beranak, dia lain sket, sibuk cari tempat... Semua bilik dia masuk, semua almari dia akan teroka. So kalu nampak kucing betina yg sedang mengandung sibuk panjat2 almari/masuk dalam laci, kene la take note. Pastikan bilik sentiasa tutup. Paling tak pon almari kene tutup, kalau nasib tak baik diacing ni akan beranak atas kain baju korang. Lagi satu, stand by la kotak n selalu2 la masukkan diacing ni dalam kotak.

Anak poteh kali ni 3 ekor. Seekor jantan, lagi 2 betina. Kaler semua macam dia. Sebelum2 ni, anak2 dia tak penah jadi. Asyik mati je. Poteh tak bape pandai jaga anak. Niat mmg nak mandulkan je dia nih. Tapi belum sempat nak anto ke vet, dah bunting dah. Kali ni tgk dia sangat la pandai menjaga anak2 dia. Cuma yg tak laratnye asyik duk pindahkan anak2 dia dr satu bilik ke satu bilik..

Malas la nak bebel panjang2... korang tgk je la gamba poteh dan anak2nye yg aku sempat amik mase balik kg baru2 nih.
cik Poteh...

lala ke lili ke lulu????

kasih ibu...

the three musketeers
Nota Kaki

1. Selasa lepas bawa 5 ekor kucing (termasuk la Poteh) g Vet gomen kat Kluang untuk dapatkan suntikan 3 in 1 (kurap, kutu dan cacing kot). Diacing2 ni dilanda wabak kurap. Sian tgk diacing tergaru2...

2. Mak aku pinjamkan 2 ekor kucing betina kami kat kawan dia. Sedeh jugak... Hopefully diacing tak melarikan diri atau di kidnapp...

17 January 2010

|Mell di KL|

Salam....

Ni first entri tahun 2010. Malas tol nak hupdate belog lately. Walaupun umah dah masuk streamyx. Skang kul 1.47am. Tak dapat nak lelap lagi. Sambil berbelog, sambil layan anas koq kat utube...

Berbalik pada tajuk. Mell skang dah ada kat KL dah. Sape Mell nih? Mell kucin aku la. Dah dekat 2 bulan jugak la. So far behave la kucing aku yang sekor ni. Cuma ada la beberapa kejadian kencing dekat kasut hosmate aku. Hahaha... mengamuk dia. Seb baik tak dicampaknya Mell ke bawah. Sebenarnya aku bawa dua ekor kucing ke KL, Thom (kaler kelabu) ngan Mell (putih). Tapi ade org kidnap dia. Cian Mell tinggal sorang2 je. Seb baik tak giler dia. huhuhuhu...

K la, Enjoy gambar2 Mell kat KL..

grooming tyme...

pose atas peha....

tempat favret lepak....

lagi satu tempat favret lepak...

kandang yg besar utk diacing seekor...
Nota Kaki

1. Gambar lain nnti dulu la yer. flickr lambat pulak hari nih..
2. Sok (hari ni kul 1.00 pm) ada kelas gamelan. pastu baru le balik kluang (cuti 18-20/1). Org2 Kluang, tggu aku... huhuhu..
3. Kucing2 dikampung kene wabak kurap. Hari Isnin or Selasa nak bawa diacing gi Vet utk dapatkan 3 in 1 injection. (termasuklah Mell)