30 November 2011

| Wordless Wednesday : Shimy2 Lepak |

Salam....
Shimmy2 the cute kitty


Nota Kaki
1. Ini entri ke 200. Wooohooo...
2. Mlm ni nak tengok Puss in Boots...

27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Salam

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433
Masjid Tengku Zaharah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Terapung

20 November 2011

| 20112011 |

Salam...

Tarikh hari ni cantik...

20-11-2011

Sekian...

Nota Kaki
1. Kitty ni dah RIP... :(
2. Minggu depan tak de generator... yeay...

| Sun Set @ Port Dickson |

Salam

Weekend ni ada Seminar in Nuclear Medicine anjuran Hospital Pulau Pinang. Ni kali pertama dapat join seminar ni. Sebelum-sebelum ni pernah buat, cuma tak tercalon je. Lokasi kali ni kat Glory Beach Resort, Port Dickson. Taknak la citer pasal seminar ni. Tak menarik mana pun. Cuma nak share gambar-gambar sunset yg tak nampak sun dia kat PD. Tapi gambar semua diambil dan diedit guna iphone 3gs je. Nique2 terlupa nak bawa. Glory Beach Resort pun ada bekerjasama dengan Jabatan Perikanan dalam pemuliharaan penyu. Ada 'Turtle Hatchery' kat tepi pantai. Pastu ada juga kolam yang penuh dengan anak-anak penyu. Katanya buat kajian pasal pemakanan anak-anak penyu.

Pantai @ Glory Beach Resort, Port Dickson
Sunset @ Port Dickson
Sunset @ Port Dickson
Sunset @ Port Dickson
Turtle Sanctuary, Port Dickson
Mural penyu

18 November 2011

| Mell in The House |

Salam...

Lama dah tak update pasal Mell. Siapa yang ikut blog ni dari dulu mesti tau. Mell, kucing parsi pertama yang aku bawa datang KL. Ada la dalam 2 tahun Mell jadi kucing metropolitan. Tapi sejak Mya dapat anak hasil prrkongsian hidup mereka berdua, Mell aku hantar duduk kampung. Hasilnya, 5 ekor kucing kat kampung mengandung. 4 dah selamat melahirkan anak-anak kucing yang comel-comel. Mak aku pulak yang menjerit. Apa taknya, sekarang dia sorang-sorang kene jaga sebab adik bongsu aku dapat masuk UiTM. Jangan risau ye mak, bekalan makanan untuk diacing akan sentiasa mencukupi.

Anak-anak Mya pun dah besar sekarang. Tu yang bawa Mell balik KL. Nak bagi diacing mengawan. Tak larat dengar Mya merengek cari jantan. Tengah-tengah malam pun mengiau cari jantan. Dah la kucing makcik bawah suka ngorat tepi dapur. Kalau hensem cam Mell tak pe la. Ni semua tak hensem. Huhuhuhu...

Ok la, tu je nak citer. Actually nak tepek je gambar Mell since ada orang tanya mana gambar wordless wednesday. Tapi cam pelik pulak kalau tajuk dia wordless saturday. Huhuhu...

Mell tengah tidur...

04 November 2011

| Cuti-Cuti Bali : Tarian Barong, Monumen Perjuangan Rakyat Bali,Pantai Seminyak |


Tarian Barong

Salam...

Hari ke-4, pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak tengok Tarian Barong. Ini merupakan salah satu tarian yang wajib ditonton di Bali. Lagi satu tarian adalah Tarian Kechak yang biasanya diaadakan pada waktu petang. Pergi berdua je sebab Harimi & Azizi dah tengok. Jadinya kami pergi berdua je. Tempat Tarian Barong ni di Denpasar, Dari rumah Andre lebih kurang 30 minit je. Harga tiket dia kalau tak salah Rp 80k.

Kebaikan menentang kejahatan

Sedikit latar belakang Tarian Barong

Tari Barong adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Wujud kebajikan dilakonkan oleh Barong, yaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan dimainkan oleh Rangda, yaitu sosok yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya.

sumber : veyrha.blogspot  

Persembahan ni ambil masa dalam 1 jam lebih. Menarik juga, cumanya ada beberapa pelakonnya agak kaku ketika membuat persembahan. Persembahan ini diiringi dengan alunan gamelan, tiupan seruling dan gesekan rebab (kalau tak salah la) Lepas habis persembahan, sempat la bergambar dengan Barong buat kenang-kenangan. 

Kumpulan Gamelan yang mengiringi persembahan

Cucuk betul-betul ni ya...

Bersama salah seorang pemain gamelan

Kami dengan kostum Barong

Kemudian kami ke Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Ini merupakan muzium yang memaparkan bagaimana Indonesia secara umumnya dan Bali secara khususnya mencapai kemerdekaan dari penjajah. Terdapat beberapa tingkat dan antara barang pameran di sini adalah gambar-gambar lama, senjata-senjata yang digunakan dan patung-patung kecil yang di buat berdasarkan sejarah dan kehidupan masyarakat Bali. Di sini ada satu menara yang boleh melihat keseluruhan Denpasar. Bayaran masuk cuma Rp10k dan Rp1k untuk bawa masuk kamera.
Pintu masuk Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Masyarakat Bali dahulu

Menentang tentera  Belanda

Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Denpasar dari menara Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Monumen Perjuangan Rakyat Bali


Dari sini kami pergi makan tengahari. Misi hari ni nak cari bebek goreng. Kami makan di Kedai Cak Mar. Di Bali, sangat senang mencari kedai menjual bebek atau itik. Kalau kat KL, susah nak jumpa kecuali itik gantung. huhuhuhu. Sedap... sambal dia pedas giler = sambal setan.

Bebek Goreng

Set Bebek Goreng bersama sambal setan

Lepas lunch kami ke pantai pulak. Dah hari ke-4, baru la dapat pergi pantai. Kami ke pantai Seminyak. Memandangkan masih panas lagi, kami duduk-duduk sambil baca buku sambil menikmati angin pantai yang sangat kuat. Ombak sangat kuat dan besar. Mungkin ada gempa susulan kat laut kot. Tak ramai yang mandi laut. Kebanyakkannya berjemur je. Tak pun setakat main ombak kat tepi pantai je. Kami pun sama. Tak berani nak berenang jauh. Setakat main-main dengan ombak. Pasir pantai dia agak kehitaman sikit. Mungkin disebabkan lahar dari gunung berapi kot. Ingatkan nak tunggu sun set, tapi nasib tak menyebelahi kami. Petang tu, awan banyak pula. 

to be continue...

Pantai Seminyak, Bali

Ombak besarrrrrr giler

Senja di Pantai Seminyak, Bali


Nota Kaki
1.  Minggu Akreditasi Hospital yang memeningkan kepala.
2.  Semalam hantar kitty pi injek. Melayang Rm100 utk 2 ekor.
3.  Besok nak balik kampung... Yeayyyy...