Showing posts with label bowling. Show all posts
Showing posts with label bowling. Show all posts

19 March 2009

~aktiviti hujung minggu 2~

Hari ahad lepas, hari melepak2 ngan bebudak gamelan. Pagi2 dah g menyumbangkan suara kat redbox, Sogo ngan chacha n Marin. Memula rase cam malas nak join, tapi chacha paksa aku datang. huhuhuhu... Terpaksa la datang gak. Sempat la nyanyi 3/4 lagu. Abih karaoke, terus g IB. Ada latihan gamelan. Prepare utk buat show mse Opto konferens hujung bulan ni. Aku pun tak sure g bleh join ke tidak. Cousin aku kawen hari sabtu tuh. Tapi bebudak ni paksa aku dtg gak. terpaksa la aku melarikan diri dari rewang petang tuh. huhuhuhu.... sory anis....

BTW, tak ramai pun yg dtg praktis, aku, cha atem marin ngan 2 org budak UIAM. Main lagu2 lama je. So, rasenya takde masalah kot. Tapi, sape main apa, tak sure g. aku tak kisah pun main pape. Stakat, gong, kenong sgan, baron tu buleh je main. huhuhuhu... cam teriak la plak... Lepas tu, kami (termasuk cikgu) pergi ke destinasi seterusnya. Time square utk main boling. Awal2 je dah ada problem. Lane kami ada masalah. Pastu, bkannya derang nak tukar ke lane lain. Nak juga suh kami main kat lane tuh. Ada la dalam 20 min. Bila halfway main, lane prob g. Lagi la lama.. Cikgu pe lagi.. Hangin satu badan. Semua org dia saound suh betulkan. Siap bgtau, kalu 5 min lagi tak ok, kta minta duit balik... menakutkan....

Abih main boling dalam kul 6.30pm. Pergi IB smula utk amik kete. Pastu p kacau Pij kat KLCC. Sebelum tuh kami diner dlu. Lama gak la lepak kedai spek tmpt Pij keje. Sampai kedai nak tutup. Sabar je pij layan ktaorg, cek mata la, try spek la. Belinya tak... huhuhuhu... (tgu eh pij,bulan ni budget ku lari....)

lepas practise gamelan di IB

Bowling@timesquare....

Dinner @KLCC (KFC jer)

19 January 2009

.::shopping oh shopping::.

Weekend hr tuh aku p kl. Tujuan asalnya nak join mini reunion utk batch Pharmacy UKM05 ngan g practise gamelan. Tapi tau-tau je la. Bila dah sampai KL tuh, macam2aktiviti yang tak dirancang dibuat. Lagi-lagi shoping. Apa ingt orang lelaki tak suka shopping ke?huhuhu....

aksi2 pemain yg tak pro...

kasut yg cantek....

Plan cuma nak main boling je kat times square hari Sabtu tuh. Edu, pijon ngan shah join skali. Monc datang lewat sket. Ada temujanji lain. Lepas abih tuh, teman Monc cari barang kat Padini (Pavillion). tetiba aku plak yang ter shoping. Kat Padini beli t shirt sehelai. Pastu g Sungai Wang plak. Masuk ROMP, nampak jeans yang mmg aku dah lama nak beli. Apa lagi, try la satu. patu try lagi satu short. Akhirnya aku beli dua2 tambah lagi tali pinggang. huhuhuhu... Sungguh best. Walaupun duit habis, tapi rase puas bila dapat shoping sakan. Kesudahannya pukul 8 baru balik.

hasil tangkapan.... =p

Tapi aktiviti belum habis disitu. Malam tuh tgk wayang citer 'Bed Time Story' kat Pavillion. Aku suka la cerita ni. Kreatif n kelakar. Dia gabungkan realiti dengan fantasi. Watak paling aku suka, si guinie pig yang comel itu...

17 January 2009

.::bowling oh bowling::.

Jumaat. 16/01/2009. Apa istimewanya tarikh ni? Takde pape yang special pun. Cuma tiap2 hari Jumaat, opis aku ada meeting. Tp hari ni dari pagi sampai la ke petang. pagi ada presentation CPE, pastu bos aku membebel sampai kul 12.30. tak lunch aku hr ni. balik umah makan megi je. sedeh....
pastu ptg sambung lak meeting NFA. yang aku sakit hatinya, dah nak kul 5, baru la boss besar masuk. pastu ada la orang tuh yang tanya mcm2. dah meeting drag sampai kul 5.20. dah la aku nak g kl. sakit hati betul aku.menyumpah2 je. huhuhuhu...

apa aku wat kat kl? tuh nextime aku citer. hari ni nak citer pasal boling. sapa tak suka men boling. btul tak. dari last year lagi, si pinor beriya2 mengajak budak2 opis men boling. wat cam monthly game. konon2 tiap-tiap bulan la main. hmmmm.... tapi, sampai dia pindah, tak menjadi menda tuh. bila dia dah pindah, ada plak yg menyambung cadangan tuh. nampaknya ada la sambutan. so far dah dua kali ktaorg main. mase first time tuh, cma 6 orang je main. tp second time hari tuh, 12 orang main. seronok gak la, sekali-skala kumpul bebudak opis dan tak citer pasal keje (macam la katr opis tuh duk citer pasal keje je :) ). kami main kat Danga City Mall. kat JB. dekat je dari umah aku. tak sampai 5 minit pun naik keta. yg best nya main kat sini sebab murah. satu game rm 3 (sebelum kul 6). sewa kasut plak rm2 je. so berbaloi la kan....

terer ke aku main? tak de la terer mana pun. stakat main suka2 je. melepaskan geram n release tension masa baling bola tuh. hahahahah.... tp semalam aku wat keje gile. plan mgu ni tak jadi, sebab tetiba last minit ramai yg kene outstation. tp keje aku abis awal semalam. aku pun membaling la sorang2. siap main 3 game lagi. dan aku wat score paling tinggi penah aku buat. 197. tapi 2 game lepas tuh jatuh merudum. huhuhuhu... tp maintain lebih 100 la. gambar2 akan diupload nnti. aku update guna laptop kawan aku kat kl. gamba2 semua dalam laptop aku, kat jb.