Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

17 August 2009

[setem]


salam.....


"Setem.... jilat, lekat, pos"

tak sangka, objek ni pun bleh dijadikan citer. huhuhuhu... Filem arahan Kabir Bahtia dan lakonan Afdlin Shauki n the gang, memang best. Filem ngan genre yang jarang di buat di Malaysia iaitu komedi aksi. Aksi2 dalam citer ni mmg best dan kelakar habis.

Secara ringkasnya, citer bermula apabila sekeping SETEM yang dicipta puluhan tahun dulu oleh seorang pembuat jam di Melaka atas arahan Gabenor Melaka pada ketika itu. Malangnya terdapat kesilapan pada setem tersebut yang di jumpai oleh Gabenor India. Oleh kerana berasa sangat malu, Gabenor Melaka membuang setem tersebut dan dikutip oleh cucunya. Maka, setelah sekian lamanya, setem tersebut di bawa semula ke Melaka oleh waris gaabenor untuk dipamerkan. Setem yang bernilai RM4 juta ini (sebab cuma ada satu jer) menarik perhatian beberapa pihak iaitu geng anak yatim, geng thosai, geng piranha, geng bakso dan yang teraniaya. Derang semua ni nak curi setem ni dan nak jual kat pasaran gelap. Macam2 cara derang nak dapatkan setem ni sampai la derang bertembung antara satu dengan lain. Apa yg derang tak tau, waris gabenor ada rancangan sendiri. Setem yg di sangkanya berharga tu sebenarnya tak de harga pon. Setem tu setem palsu. Si waris ni dah insurans kan setem ni dan kalu hilang/dicuri dia bleh la tuntut insurans. Oleh kerana rase marah dan terhina, musuh-musuh ni (geng anak yatim, geng thosai, geng bakso dan yang teraniaya) bersatu dan buat rancangan untuk mengenakan balik waris ni. sampai part ni rase dah klimaks dah. sekali.... citer belum lagi habis. memula ingat akan ader setem2. Rupanya masih bersambung. Geng anak yatim meneruskan pencarian setem yang asli di Melaka. Kat melaka derang jumpa cucu saudara pembuat setem itu. Tapi, yang tinggal cuma pencetak setem yg dah berkurun lama. Tengah derang belek2 pencetak tuh, terjumpa setem yg dicari2 dilekatkan kat kompartmen dalam pencetak tu. So... duit2 tu di bagi sama-rata termasukla pada geng bakso yang dah balik indon dah....

Moral of the story, dengan bekerjasama kita bleh buat apa saja. So pada sesapa yang belum tengok, cepat2 la pergi panggong, beli tiket dan tengok sendiri. Serius tak rugi beb....

17 July 2009

_| Avada Kedavra |_


Salam semua....

Hari ni aku bangun awal sket dr hari2 biasa kalau aku keje malam. Hari ni ade mission. Nak pi tengok movie Harry Potter yang baru je ditayangkan. Bersemangat sungguh... tapi tak de la cam mase mde2 dlu. Mase 'Chamber of Secret' kot. Mase tu masih belajar lagi. Punya la bersemangat nak tgk, first day tayangan kat KLCC. Pintu TGV tu tak bka lagi, org dah beratur sampai ke area lift. Sampai2 depan kaunter, yg tinggal seat depan skali. Sudahnya mendongak sepanjanjang citer. huhuhuhu... Tapi pastu tgk lagi skali sebab tak puas hati....

Kul 10.30 bru aku gerak dari umah. Nak tgk movie kul 11 am. Seb baik la CS tuh dekat je. Sempat la aku bli tiket, bli makanan (x sempat nak sarapan). Masuk2 panggung, iklan pun tak start lagi. Nih yg best wayang kat CS. Memang start lambat. so tak payah terkejar2 sangat.... huhuhuhu...

Sikit review pasal movie... Harry Potter and The Halfblood Prince. Jalan cerita dia same je dengan apa yg ada dalam buku. Bagi aku penterjemahannya dari buku yg sangat tebal, ke movie berjaya la. Jalan ceritanya tak lari sangat. Cumanya, kalu nak bandingkan dengan Goblet of Fire, kali ni kurang aksi sikit. So macam agak lembab la penceritaannya. Tapi apa yg aku perasan, kali ni dia tumpukan more pada feeling2. Cintan cintun gitu. Just nice la derang masukkan unsur romance dalam mase kegelapan nih. Paling sedih, Dumbledore mati ngan spell Avada kedavra kat tangan Snape. Hurmmmm... Kalu sesapa yg ikut Harry Potter ni, apatah lagi dah baca buku dia berulang2 kali, mungkin rase sedikit tak puas. Tp itu la cabarannya memfilemkan cerita dari buku. Banyak yg kene buang. Tapi aku tetap puas hati la.... Tak sabar nak tgk lagi. Bukan pe, screen kat CS tak bape bersih. So ada sikit ganguan la. Lagi satu, ada la parents yg bodoh bawa anak yg tak reti diam. Mengganggu konsentrasi sangat. Nak je luku kepala budak tuh. huhuhuhu....


Nota Kaki
1. Hari yang ceria dirosakkan dengan berita tak best. Claim lambat masuk sebab ada pegawai tuh banyak songeh. Kalau la bleh guna spell avda kedavra tuh.

2. Tetiba rase sentap ngan bos2 di opis.

30 March 2009

~TALENTIME~


Sebuah karya yang sangat menarik dari Yasmin Ahmad . Aku tengok citer ni hari ahad lepas dengan Semah & Edu kat GSC, Pavillion. Plan hari tu memang nak wat moviethon. Nak tengok sampai malam. Tp aku ngan semah kene balik jauh. So tengok cerita je. Rancangan asal nak tgk kat KLCC, tayangan kul 11 pg. Oleh kerana kelambatan kami bersiap, plan pun turut berubah tempat ke pavillion. Tp kami tgk 2 movie je, Talentime ngan Confessions of a Shoppoholic. Dua-dua cerita aku suka, tapi talentime paling best...

Cerita ni penuh dengan emosi. First part of the story, aku semah ngan edu ketawa melekek2 tengok aksi2 yg klaka semasa audition dan gelagat keluarga melor. 2nd path, duk jiwang2 plak. Pastu masuk scene sedih2. The best part is cerita ni abih betul2 kat klimaks. Memang mantap. macam citer2 Yasmin sebelum2 ni, talentime menggambarkan keunikan negara kita sebenarnya dan disampaikan secara jujur. Rase cam dekat betul ngan kehidupan kita sehari2. Pengarah bukan hanya tertumpu kepada sesebuah kaum atau agama, tapi menggabungkan kesemua kaum, agama dan budaya dalam satu cerita. Pengarah berjaya menunjukkan betapa masyarakat malaysia dapat bertoleransi antara satu sama lain untuk hidup aman dan harmoni.

Sinopsis sket pasal citer ni....

Mengisahkan satu pertandingan Talentime yang di anjurkan di sebuah sekolah. Penggerak utama adalah Cikgu Adibah (Adibah Noor) yang menjadi tulang belakang pertandingan ini. Selepas di uji bakat oleh Cikgu Adibah dan lain2 cikgu (ala2 OIAM), 7 peserta dipilih untuk pertandingan akhir. Dari sini la cerita mula dikembangkan melalui 3 peserta dan seorang driver (setiap peserta yang layak ke pertandingan akhir akan di jemput dan dihantar oleh pelajar untuk menjalani sesi latihan).

Hafiz-seorang pelajar yang baru beberapa bulan berpindah ke sekolah ini. Bernyanyi sambil bermain gitar untuk pertandingan. Lagu yang dibawa diciptanya sendiri dan inspirasi dari ibunya yang merupakan penghidap kanser tahap terakhir. Dicemburui oleh Kahoe kerana bijak dan sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas.

Kahoe-seorang pelajar yang dulunya merupakan 'top student' sebelum kehadiran Hafiz. Bermain Erhu, sebuah alat muzik tradisional cina. Bapanya sering memberi tekanan kepadanya untuk menjadi yang terbaik.

Melor-Anak kacukan melayu-inggeris. Mempunyai 2 orang adik yang berlainan watak. Bermain piano dan menyanyi untuk pertandingan ini. Suka mengarang puisi pendek. Keluarga Melor penuh dengan warna warni.

Mahesh-Pelajar yang mengalami masalah pertuturan dan pendengaran. Ibunya sedikit tertekan dengan kematian pakciknya yang merupakan satu-satunya adik lelakinya. Menjadi 'driver' kepada Melor. Kakaknya (Jaclyn Victor) suka membulinya.

Pengajaran yang boleh aku amik...
1. Sayangi dan hormati ibu anda sementara dia masih lagi bernafas.
2. Jangan tinggalkan solat, walaupun terlantar sakit.
3. Jangan menuduh sebaranga tanpa usul periksa.
4. Hormati agama dan budaya kaum lain.
5. Cemburu itu bagus dalam konteks ingin maju dan berjaya.
6. Hargai sahabat anda.

Apa yang best bagi aku....
1. Cerita ni mengingatkan aku zaman belajar kat skolah dulu. (tido masa exam)
2. Lokasi2 yang dipilih sangat menunjukkan keadaan sebenar rakyat malaysia.
3. Lagu-lagu dalam citer semuanya best. (termasuk la satu lagu tamil)
4. Pelakon baru yang mampu mejiwai watak masing. (cuma pamela je yg pelat cinanya agak kuat)

Overall dari 10 bintang aku bg 9 1/2 bintang
Filem Melayu Wajib Tonton tahun ini... =p

19 January 2009

.::shopping oh shopping::.

Weekend hr tuh aku p kl. Tujuan asalnya nak join mini reunion utk batch Pharmacy UKM05 ngan g practise gamelan. Tapi tau-tau je la. Bila dah sampai KL tuh, macam2aktiviti yang tak dirancang dibuat. Lagi-lagi shoping. Apa ingt orang lelaki tak suka shopping ke?huhuhu....

aksi2 pemain yg tak pro...

kasut yg cantek....

Plan cuma nak main boling je kat times square hari Sabtu tuh. Edu, pijon ngan shah join skali. Monc datang lewat sket. Ada temujanji lain. Lepas abih tuh, teman Monc cari barang kat Padini (Pavillion). tetiba aku plak yang ter shoping. Kat Padini beli t shirt sehelai. Pastu g Sungai Wang plak. Masuk ROMP, nampak jeans yang mmg aku dah lama nak beli. Apa lagi, try la satu. patu try lagi satu short. Akhirnya aku beli dua2 tambah lagi tali pinggang. huhuhuhu... Sungguh best. Walaupun duit habis, tapi rase puas bila dapat shoping sakan. Kesudahannya pukul 8 baru balik.

hasil tangkapan.... =p

Tapi aktiviti belum habis disitu. Malam tuh tgk wayang citer 'Bed Time Story' kat Pavillion. Aku suka la cerita ni. Kreatif n kelakar. Dia gabungkan realiti dengan fantasi. Watak paling aku suka, si guinie pig yang comel itu...