Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

22 May 2011

| 'Lay Out' Baru |

Salam....

Ta daaaaa... Ok tak 'lay out' baru blog ni? fefeeling ramai yg baca. Dah lama rasanya guna 'lay out' sebelum ni. Bukan apa, takut jadi macam sebelum ni. Bila tukar 'lay out' semua 'widget' hilang. Dah jadi satu kerja nak letak balik 'widget2' ni.

Memula tu nak amik 'lay out' dari sumber luar. Ada la pilih dua tiga yang berkenan. Dah down load pun. Tetiba terasa nak godek2 design sedia ada kat blogspot. Sekali ada templet yang cantik. Apa yang bestnya, kita boleh tukar ikut citarasa kita sendiri.



Jadinya, sekarang lagi banyak pilihan untuk template blogspot.

1. Pergi je ke 'Dashboard',
2. klik pada 'design',
3. pilih template yang kita nak,
4. tukar 'background' dan boleh tengok camne rupa blog baru kat bawah tu.

Kalau rase nak tukar font, warna tulisan dll, klik pada 'advanced' dan boleh tukar ikut citarasa sendiri. Senang kan. Dah siap tu jangan lupa la pulak klik pada 'Apply to blog'. Karang tak pasal-pasal dapat penat je. huhuhuhu...

Rasanya benda ni dah lama, cuma aku je yang baru perasan. Pada sesapa yang baru tau cam aku, boleh la cuba. Berbaloi-baloi.

Adiosss...

Nota Kaki
1. Masih lagi berhutang entri Krabi.
2. Malas nak edit gambar untuk masuk dalam blog.
3. Besok dah kerja... Waaaaaaaa... tapi bos tak de, yessssss

21 May 2011

| ContengConteng |

Salam...

Hajat dihati nak update trip pi Krabi. Tapi 'terblog hopping' plak dan tersampai ke satu blog yang comel dan kreatif ini "CONTENGCONTENG"


(sila kilik gambar untuk pi blog dia)

Kenapa contengconteng? Bak kata penulis blog ni, dia suka buat buku contengconteng masa sekolah dulu. Dalam buku contengconteng tu, macam-macam contengan ada. Bagi penulis, kebanyakannya dalam bentuk tulisan. Kalau di ingatkan balik, memang mase sekolah rendah dulu memang akan ada satu buku contengconteng. Biasanya guna buku tahun lepas yang banyak lagi tak habis. Dalam tu macam-macam contengan ada. Benda-benda mengarut yang tak de kaitan dengan pembelajaran. Nama pun benda-benda mengarutkan. Huhuhuhu...

Berbalik kepada blog CONTENGCONTENG, penulis guna pendekatan yang sama macam buku contengconteng, cumanya sekarang dia conteng dalam kertas 'post it' atau memo pad, pastu di muat naik gambar tu dalam blog dia. Aku rase satu menda yang kreatif la. Dan kebanyakan post dia macam ada kaitan ngan aku, cam citer dia zaman kecik2, citer2 pasal kucing dia. BTW, contengan dia memang cantik.

Sesapa yang rajin, sila la pi blog CONTENGCONTENG. Kalau tak silap, dia ada versi buku jugak. Dah 2 series dah dia buat. Congrates to Fadhli Hamdan on your interesting blog...

Adiossss....