Showing posts with label Siti di Alam Fantasi. Show all posts
Showing posts with label Siti di Alam Fantasi. Show all posts

27 December 2010

| Selalu Berkasih Sayang, Sepanjang Hayat akan diKenang |


DSC_0568


Salam...

"Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang"

Ayat tersebut merupakan antara dialog dalam teater Siti di Alam Fantasi. Teater muzikal yang berdurasi lebih kurang 2 jam setengah ini sangat menarik dan patut di tonton. Di persembahkan dalam bentuk muzikal dan komedi tidak bermakna sesuatu persembahan tu kosong. Bagi saya, teater Siti di Alam Fantasi ni memberikan mesej yang berguna kepada kanak-kanak khususnya dan kepada semua penonton secara umumnya.

Saya sempat menonton persembahan ini di Istana Budaya pada hari Sabtu yg lepas bersama rakan-rakan yang juga pernah mempersembahkan teater muzikal ini semasa di kolej dulu. Kalau dulu, kami lah yang berlakon, mencari dana, membuat costume dan props, kali ni kami sekadar menonton dan mengimbau kembali kenangan dulu2. Seronok sekali sekala berkumpul ramai-ramai bersama kawan-kawan lama (walaupun ada yang jumpa hari2).

Berbalik kepada teater Siti di Alam Fantasi. Di awal persembahan, saya agak kecewa. Mengapa? Dalam jangkaan saya, teater ini di lakonkan sepenuhnya oleh kanak-kanak. Tetapi, diaawal persembahan, pelakon2 dewasa yang melakonkan watak rakan-rakan Siti. Mamat dan Siti (di alam nyata) yang sepatutnya dilakonkan oleh kanak-kanak juga dilakonkan oleh orang dewasa. Bila masuk babak kedua dan seterusnya baru kebanyakan watak dilakonkan oleh kanak-kanak seperti geng lebah, geng lipas, geng kelip-kelip, geng katak dan banyak lagi. Oh, lupa nak bagi tau. Bagi sesapa yang tak baca entri sebelum ni, Siti di Alam Fantasi ni macam cerita Alice in The Wonderland dimana semua binatang dan tumbuhan boleh berkata-kata dan mempunya saiz yang sama dengan manusia.

Cerita bermula apabila geliga sakti kepunyaan Siti (lakonan Liyana Jasmay) yang sombong dicuri oleh Bayang-bayang hitam. Kemudian Ayah Siti dan rakan-rakannya disumpah menjadi batu dan Siti diselamatkan oleh Mamat (lakonan Ebi Yus). Mereka kemudiannya dibawa ke alam fantasi oleh satu kuasa di mana Siti ditugaskan mencari geliga sakti. Di alam fantasi ini, Siti dan Mamat berjumpa dengan Pokok (lakonan Johan Raja Lawak) yang kemudiannya bersama-sama mengembara di alam fantasi. Oleh kerana sifat sombong dan bongkak Siti, dia bertukar menjadi separa keldai (bertelinga, kaki dan ekor keldai). Untuk kembali ke dirinya yang sebenar, Siti mesti menyedari kesilapannya dan tidak sombong-sombong. Sepanjang pengembaraan, mereke berjumpa dengan pelbagai ragam haiwan seperti Lipas, Ulat Bulu, Kelip-Kelip, Katak, Lebah, Burung Bayan, Labah-Labah dan Ikan Duyung Mereka juga sentiasa dikejar oleh Sesumpah yang di takuti oleh seluruh warga alam fantasi. Binatang-binatang ini ada yang membantu dan ada juga yang menggangu pengembaraan mereka. Akhirnya dengan bantuan binatang-binatang ini terutamanya oleh Sesumpah, Siti berjaya menemui Geliga Sakti kepuyaannya disamping mendapat pengajaran iaitu Selalu Berkasih Sayang, Sepanjang Hayat akan di Kenang.

Pengarah Siti di Alam Fantasi membuat sedikit perubahan dari skrip asal. Beberapa watak baru diwujudkan dan ada watak lama yang tiada. Watak Andan digantikan dengan Pokok manakala geng Tikus diganti dengan geng Duyung. Pengarah juga mewujudkan watak baru iaitu Putera Raja yang disumpah menjadi sesumpah. Bagi saya, teater ini menarik kerana watak Mamat dan Pokok yang sentiasa membuatkan penonton tidak kering gusi. Dialog spontan mereka berjaya menghidupkan teater ini disamping menutup kelemahan watak Siti. Seperti biasa, props, background serta costume sangat cantik. Untuk persembahan kali ini, penggunaan "lighting" dan laser amat unik dan cantik. Namun begitu muzik untuk persembahan kali ini adalah secara playback bukan secara live. Bagi saya teater ini akan menjadi lebih menarik jika 80% pelakon adalah kanak-kanak terutamanya watak utama. Namun mungkin kerana kekangan masa (difahamkan teater ini menggantikan Muzikal Budak Kampong), produksi terpaksa mengambil Pelakon dewasa. Pujian diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya menjadikan teater ini kelihatan comel.

Untuk teater kali ini saya berikan 7.5/10. Rasanya ini merupakan penutup persembahan untuk tahun ini. Kepada yang belum lagi menonton, bolehla datang ke Istana Budaya kerana persembahan akan berlangsung hingga 31 Dis ini.



DSC_0589
Geng Lipas yang nakal

DSC_0604
Geng Lebah yang comel

DSC_0607
Geng Kelip2 yang baik hati

DSC_0615
Burung Bayan, Sesumpah, Perempuan Sihir, Ratu Labah2

DSC_0621
Geng katak lincah

DSC_0627
Geng Duyung dan Ikan

DSC_0649
Para pelakon Siti di Alam Fantasi

DSC_0674
Vee yg Vouge

DSC_0676
Mamat oleh Ebi Yus

DSC_0678
Pokok oleh Johan Raja Lawak

DSC_0682
Siti oleh Liyana Jasmay

DSC_0689
Bersama Pengarah Siti di Alam Fantasi

DSC_0696
Antara rakan-rakan yg hadir sama (Shah, Farid, Fairus, Rosmizan, Hafizun)

DSC_0707
me & Poster Siti di Alam Fantasi

12 December 2010

| Siti di Alam Fantasi |


Salam...

Teater Muzikal lagi. Kali ni cerita Siti di Alam Fantasi. Kalau tak silap, ini kali ke-2 Istana Budaya mementaskan teater ni. Masa kat kolej dulu pun kitaorang penah mementaskannya. Masa tu banyak sangat tentangan dari pihak2 tertentu. Biasalah, kat KTSN tu. Banyak menda x bleh buat. Lupakan citer lama tu. Ok, Siti di Alam Fantasi akan di pentaskan di Istana Budaya bermula 22/12 hingga 31/12/2010. Kalau tak salah, teater ini menggantikan Muzikal Budak Kampung yang diadaptasi dari komik lukisan dan karangan Dato' Lat yang ditangguhkan ke tahun hadapan.

Sedikit sinopsis teater ini...

Siti merupakan seorang budak perempuan yang cantik tetapi sombong. Tuan Malim meraikan harijadi Siti dan di dalam majlis itu satu bayang besar mencuri geliga keturunannya. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah.

Mamat, anak tukang Kebun dan Andan pembantu rumah berjaya menyelamatkan Siti. Gergasi batu membuka rahsia bahwa kekayaan datang daripada tuah geliga itu, jika tidak dicari kelak papa kedana hingga tujuh keturunan. Lalu menelan mereka bertiga. Di situ mulalah pengembaraan mereka bertiga.

Pengembaraan Siti, Mamat dan Andan ditempuhi dengan pelbagai rintangan. Sepanjang perjalanan mencari geliga mereka bertemu dengan Si Lipas yang pengotor, Sesumpah yang jahat, burung Bayan yang baik hati, Si Kelip Api penyuluh jalan, Ulat Bulu yang nakal, Labah-labah yang lapar, Katak yang hodoh dan Tikus yang tamak haloba.

Akhirnya mereka bertemu dengan Naga Si Pencuri Geliga. Adakah Siti berjaya mendapatkan batu geliga tersebut? Kalau nak tahu, kene la saksikan sendiri Teater Muzikal Siti di Alam Fantasi di Istana Budaya. Persembahan akan bermula pada 22 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010. Tiket-tiket sudah mula di jual di kaunter tiket Istana Budaya. Kalau agak2 malas nak ke Istana Budaya, boleh gak beli secara online di sini.

Tiket dah siap2 beli dah. Tengok ngan geng2 yang pernah sama-sama menjayakan teater ni masa zaman muda remaja dulu. Tak sabar rasanya...