Showing posts with label gamelan. Show all posts
Showing posts with label gamelan. Show all posts

04 November 2011

| Cuti-Cuti Bali : Tarian Barong, Monumen Perjuangan Rakyat Bali,Pantai Seminyak |


Tarian Barong

Salam...

Hari ke-4, pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak tengok Tarian Barong. Ini merupakan salah satu tarian yang wajib ditonton di Bali. Lagi satu tarian adalah Tarian Kechak yang biasanya diaadakan pada waktu petang. Pergi berdua je sebab Harimi & Azizi dah tengok. Jadinya kami pergi berdua je. Tempat Tarian Barong ni di Denpasar, Dari rumah Andre lebih kurang 30 minit je. Harga tiket dia kalau tak salah Rp 80k.

Kebaikan menentang kejahatan

Sedikit latar belakang Tarian Barong

Tari Barong adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Wujud kebajikan dilakonkan oleh Barong, yaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan dimainkan oleh Rangda, yaitu sosok yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya.

sumber : veyrha.blogspot  

Persembahan ni ambil masa dalam 1 jam lebih. Menarik juga, cumanya ada beberapa pelakonnya agak kaku ketika membuat persembahan. Persembahan ini diiringi dengan alunan gamelan, tiupan seruling dan gesekan rebab (kalau tak salah la) Lepas habis persembahan, sempat la bergambar dengan Barong buat kenang-kenangan. 

Kumpulan Gamelan yang mengiringi persembahan

Cucuk betul-betul ni ya...

Bersama salah seorang pemain gamelan

Kami dengan kostum Barong

Kemudian kami ke Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Ini merupakan muzium yang memaparkan bagaimana Indonesia secara umumnya dan Bali secara khususnya mencapai kemerdekaan dari penjajah. Terdapat beberapa tingkat dan antara barang pameran di sini adalah gambar-gambar lama, senjata-senjata yang digunakan dan patung-patung kecil yang di buat berdasarkan sejarah dan kehidupan masyarakat Bali. Di sini ada satu menara yang boleh melihat keseluruhan Denpasar. Bayaran masuk cuma Rp10k dan Rp1k untuk bawa masuk kamera.
Pintu masuk Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Masyarakat Bali dahulu

Menentang tentera  Belanda

Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Denpasar dari menara Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Monumen Perjuangan Rakyat Bali


Dari sini kami pergi makan tengahari. Misi hari ni nak cari bebek goreng. Kami makan di Kedai Cak Mar. Di Bali, sangat senang mencari kedai menjual bebek atau itik. Kalau kat KL, susah nak jumpa kecuali itik gantung. huhuhuhu. Sedap... sambal dia pedas giler = sambal setan.

Bebek Goreng

Set Bebek Goreng bersama sambal setan

Lepas lunch kami ke pantai pulak. Dah hari ke-4, baru la dapat pergi pantai. Kami ke pantai Seminyak. Memandangkan masih panas lagi, kami duduk-duduk sambil baca buku sambil menikmati angin pantai yang sangat kuat. Ombak sangat kuat dan besar. Mungkin ada gempa susulan kat laut kot. Tak ramai yang mandi laut. Kebanyakkannya berjemur je. Tak pun setakat main ombak kat tepi pantai je. Kami pun sama. Tak berani nak berenang jauh. Setakat main-main dengan ombak. Pasir pantai dia agak kehitaman sikit. Mungkin disebabkan lahar dari gunung berapi kot. Ingatkan nak tunggu sun set, tapi nasib tak menyebelahi kami. Petang tu, awan banyak pula. 

to be continue...

Pantai Seminyak, Bali

Ombak besarrrrrr giler

Senja di Pantai Seminyak, Bali


Nota Kaki
1.  Minggu Akreditasi Hospital yang memeningkan kepala.
2.  Semalam hantar kitty pi injek. Melayang Rm100 utk 2 ekor.
3.  Besok nak balik kampung... Yeayyyy...

21 April 2011

| MPO Jam Busters with Rhythm in Bronze |



Salam...

Apakah Rhythm in Bronze ni? Apa kaitan dia dengan MPO? Kalau korang nak tau, Rhythm in Bronze atau lebih dikenali dengan RIB merupakan kumpulan gamelan. Bukan sebarang kumpulan gamelan tau? RIB memainkan alat muzik tradisional ini dengan kaedah dan cara baru. Kombinasi antara gamelan, suara dan alat muzik moden memberikan nafas baru dalam persembahan gamelan. Kalau dulu gamelan cuma dimainkan dalam upacara-upacara tertentu sahaja, sekarang ni dah boleh masuk Malaysian Philharmonic Orchestra lagi.

Kenapa tetiba tulis pasal RIB ni? Bukan apa, petang tadi, aku berkesempatan menyaksikan persembahan RIB ni dekat MPO. Tau pasal persembahan derang pun melalui FB. Tu pun setelah terbaca post derang kat FB. Nasib baik la sempat beli tiket. Lepas kerja tadi terus pergi KLCC, jumpa Edu ngan Pijon kat sana. Thanks to kawan Pijon sebab tolong belikan tiket untuk kami. Harga tiket cuma RM 10, tapi persembahan mereka memang tak ternilai. Kolaborasi Ribbers dan pemuzik MPO sangat menarik. Memula tu risau gak bawa kawan-kawan yang tak biasa dengan muzik gamelan ni, tapi bila RIB dah start main, kerisauan itu hilang bila derang bgtau yang show ni sangat best.

Persembahan RIB ini berkonsepkan pengembaraan di sekitar Nusantara melalui muzik gamelan. Semua lagu-lagu yang dibawa merupakan lagu-lagu tradisional yang digubah semula menjadikannya lebih kontemporari. Penonton dibawa ke Tanah Jawa melalui 2 lagu iaitu Kesatria dan Jauhkan Bibirmu Sayang. Lemah gemalai lagu dan cara Ribbers bermain gamelan sangat menarik. Kemudian penonton dihiburkan dengan alunan muzik dari Sunda melalui Dina Jendela dan Sapi Lulungan. Seterusya penonton dibawa ke Bali dengan rentak yang lebih rancak dengan lagu Sekar Anyar dan Lagu Untuk Teman Lama. Sangat kagum melihat Ribbers bermain dengar rentak yang sangat laju. Rasanya kalau aku yang kene main, mau 6 bulan baru boleh perform. Kemudian penonton dibawa ke Malaya dengan lagu Togok dan Drunken Fire Fly (Kunang-kunang Mabuk). Kedua-dua lagu tradisional ini digubah semula tanpa menghilangkan keaslian muzik asal lagu tersebut. Ketika RIB memainkan lagu-lagu ini, baru perasan memang terdapat perbezaan yang jelas antara Gamelan Melayu dengan Gamelan dari Indonesia. Persembahan diakhiri dengan medley lagu kontemporari iaitu Ten Cent dan Race.

Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton. Walaupun pengacara telah mengumumkan tamat persembahan, semua penonton masih lagi duduk ditempat masing-masing. Sudahnya, Ribbers buat lagi satu persembahan iaitu Lagu Untuk Teman Lama. Yang menariknya lagu ini (selain dalam rentak yang sangat laju), bonang dimainkan oleh 2 orang secara serentak.

Apa yang uniknya Ribbers ni, mereka terdiri dari berbilang kaum. Sangat kagum bila tengok orang bukan Melayu memainkan alat muzik tradisional melayu dengan sangat baik. Mereka bukan sahaja bermain gamelan, malah turut menyanyi untuk sesetengah lagu. Cara mereka bermain sangat-sangat menarik. Dan yang paling unik, semua ahli Ribbers boleh bermain semua alat gamelan. Boleh dikatakan mereka bertukar main alat pada setiap lagu. Nak tau lebih lanjut pasal Rhythm in Bronze ni boleh pi SINI dan SINI. Khabarnya mereka akan buat lagi satu konsert, tapi bukan dalam masa terdekat ni la. Hujung tahun kalau tak silap. So, tungguuuuu......

Ribbers dan Pemuzik MPO

01 February 2010

|Cak Doh Gong by Asuhan Seni (Gamelan)|

Salam....

Lama dah tak update pasal gamelan. Kali ni aku nak share ngan semua hasil persembahan bebudak Asuhan Seni. Dah lama try nak amik video, tp tak penah kesampaian. Semalam, masa praktis kat Istana Budaya, aku telah memaksa Cha Cha yg tak men (sebab dia dah join OTM) utk amik video mase kitaorg praktis. Sempat rakam 3 lagu je, dan aku baru sempat upload satu je kat youtube. Lama giler nak tunggu abih upload.

So terima lah persembahan yg tak seberapa dari kami.... (aku pakai bju hijau dlm video nih)



Nota Kaki

1. Praktis ni untuk malam perasmian Orkestra Tradisional Malaysia yang akan membuat persembahan kat Istana Budaya pada 5 dan 6 Feb 2010. So jemput la datang beramai2.

2. Besok cuti... yeay... Kalu ada mase, aku upload lagi 1 video.

29 June 2009

|| weekend with remy n chacha ||

Seperti biasa, minggu2 aku penuh ngan aktiviti jalan2. huhuhuhu.... tu je la keje aku. wekend tak lekat di JB. Kalu tak balik kg, aku p kl. KL tuh dah jadi cam kg no-2 aku. Weekends ni bermula ngan sesi Dialog Farmasi Johor anjuran opis aku. Semua pharmacist kat Johor datang untuk berkongsi idea dan masalah derang terutamany farmasi2 swasta. Buat dkat New York Hotel, Johor Bahru. Tak macam taun2 sudah, taun ni aku jadi AJK kecik je. Tahun2 lepas aku yg kene handle semua. Tapi ok la, beluh rileks2. Huhuhuhu... Dialog mula kul 8.30 pagi sampai la kul 2.30 ptg. Start ngan AGM MPS bahagian Johor, pastu sesi dialog, pastu ada 2 talk utk CPD pastu makan. Makan dia just ok je la. Tak sesedap 2 tahun lepas aku buat kat The Zon. Macam2 masalah berlaku sebelum dialog ni. Yang pastinya, layanan dan kerjasama pihak hotel mmg sangat2 kurang bagus. Aku tak terlibat secara langsung, cuma dengar citer dari bebudak ni je. So, tk bleh la citer lelebih. Habis dialog je, aku terus bersiap2 utk p KL.

Big Bos menjawab persoalan....

Pi KL kali ni, aku tak keseorangan. Aishah ngan adik dia tumpang skali. Kebetulan dia nak blik kampung. Kte ayah dia penuh n septutnya dia naik bas. Nak dijadikan citer, ayah dia lup nk bli tiket. Seb baik aku ada bgtau ku nak naik KL, so dia tumpang aku sampai Nilai. Turunkan dia kat RNR Nilai. Tak best driving hari tu. Bukan sebab bawa orang or sebab Oggy, tapi sebab kat highway tu banyak sangat kte. So tak bleh la bawa lelaju. bawa secara berhemah. huhuhuhu. Sampai Cheras dalm kul 8.00 malam. Singgah p beli makanan. Tuan rumah tak bape sihat. So kene la tolong. Pas makan2 terus tdo, sebab sok pagi kene bangun awal. Ada show gamelan kat Ampang.

Hari Ahad plak, seawal pukul 8.30 pg dah gerak ke Istana Budaya. Singgah kg baru dulu amik cha cha. Sampai IB Cikgu, Abg, Wahyun, Rashid ngan fendi dah sampai. Derang dah keluar2kan alat2 yg nak di bawa. Lori je tak sampai2. Tak lama tuh, Kak Wawa ngan Faizah pun sampai. Maksu timah sampai bila semua barang dah upload dalam lori. Seb baik mak buyung, di maafkan la. huhuhuhu... Lupa nak bagi tau. Kitaorng main kat umah Ita, salah sorang anak murid cikgu. Dia ni jr aku tapi kos lain. Ni 2nd performance dari asuhan seni. First prformance hr sabtu hr tu. Tapi x-uia ngan bdak uia j yg main. Sebab, wed staf uia gak. lagi pun ktaorg ada komitmen sendiri. huhuhuhu...

alatan yg bakal di punggah....

Sampi umah Ita dalam kul 10.30 pg. Susun2 barang, wat sound check sekali, pastu makan la. Kami antara org terawal makan. huhuhuhu... Makanan n lauk dia sedap. Wahyun sampai tambah 2 kali. huhuhuhu. Pas makan, get ready nak main. Kali ni aku main saron baron. Tak confident lagi nak main gambang. Mak Su yg main gambang. Pastu aku main gong, pastu main peking plak. huhuhuhu... main tukar2. Lama gak la kami main. Semua lagu2 tradisional. Tapi kali ni tak main secara berterusan la. Di selang seli ngan lagu2 biasa oleh DJ bertugas. So tak de la penat cam mase main kat Shah Alam dulu. Cuma panas je la. Main kat open air la katekan. Tapi seronot la. Lama dah tak perform. Walaupun dah selalu praktis, tapi perasaan mase perform tuh lain. dan yg penting, puas bila org cam kagum tgk kita main. hahahaha. Habis main dalam kul 3 lebih. lepas pengantin habis makan beradab. Lepas kemas2 apa yg patut, aku ngan cha cha, cabut dulu. tak tunggu utk angkut barang naik lori. Pemalas betulkan aku nih. huhuhuhuhu...

rehat jap....

pose lagi....

dan lagi....


Asuhan Seni, Muzik Tradisional-Gamelan

Sampai Cheras dalam kul 5 ptg. Pastu tdo sampai la kul 8 lebih. Bangun2 je harimi ajak p makan. Mandi2 jap, solat terus p Kg Baru. Amik cha cha kat umah dia, pastu jalan2 cari makan. Plan asal nak makan Nasi Kerabu. Tapi tak jumpa. So kami pun memutuskan untuk makan Kat Restoren Soraya. Aku ngan Cha Cha makan nasi air, harimi plak makan mee celup. Pastu tambah lagi ngan kerang bakar n pulut mangga yg sedap. Pas makan, p cari kopi plak kat OTWC. Sebenarnya nak tunggu Lat. Dia nak bagi gambar mase kat Sipadan dari kamera si Edy. Lepas habis trnfer gambor, balik la... huhuhuh... sebab si harimi keje, aku je yg masih coti.

me n Remy....

nasi air, mee celup, kerang bakar yg best....

lepak kat OTWC plak....

Tadi plak, aku cha cha ngan harimi p tgk Tramsformer. pasal ni, nnti2 la aku review. Gambo pun nnti2 la upload. ni update dekat kg. Sok masih lagi cuti... plan nak p tangkak, cari kain buat baju raya....

Lagi gambar di Facebook dan Picasa

PS-sesapa yg berminat nak dapatkan khidmat kami (gamelan) bleh la contact aku eh....

29 March 2009

~bermain dalam gelap~


Hari ni hari yang sangat panjang.... Pagi2 dah sibuk kat umah kazen aku, tolong2 apa yg patut utk wed dia. Lepas Zohor je, aku larik ke KL. Malam ada show gamelan kat Pasific KL sempena dinner Konferens Optometri. otw tu ada la dalm 5 eksiden aku jumpa. 2 ke arah utara, yg lain ke arah selatan. Jem gila... lagi2 mase kat seremban tu. kereta ngan apa ntah. aku pun tak berapa perasan. maklumla, mind dok pk lagu yg nak main malam ni. dah la lama tak praktis. huhuhu...

sampai2 kl je dalam kul 6. pusing2 cari parking area hotel. tp semua full sebab hari last persidangan umno. tensen je kene menapak jauh. dah la bayo mahal parking (RM 10), pastu kene bawa baju melayu plak tuh. (hape la aku, asyik duk komplen je). Sampai2 kat Pacific Ballroom, tempat diner tuh, derang semua dah abih sound chek. Oleh kerana aku datang dari jauh, so cikgu main lg satu round utk gimik session. Mereka2 yg main adalah azwa-bonang, Semah-Gambang, Chacha-Saron Peking, aku ngan Atem-Saron Baron, As-Kenong (yg dimodified dr Bonang), Cikgu Ku Zahir-Gendang, Abang (anak cikgu)-Gong.

Yang menariknya, show kali ni, kami main dalam gelap. Demi menunjukkan sokongan kepada 'earth hour campaign', separuh mase majlis dalam keadaan gelap. Hanya diterangi cahaya lilin dan cahaya dr LCD monitor. Bayangkan la main dalam gelap, cam syok sendiri pun ada gak. Nak dijadikan cerita, mase tengah syok2 main tuh, aku terketuk lilin yg aku letak atas saron aku. Lilin tuh jatuh, n bekas dia jatuh kat atem yg duduk depan aku. Sib baik tak terbakar. klu tak haru biru gak. huhuhu... dan aku main pun hancus gak. Bdak2 ni semua perasan aku main silap. (nota yg chacha buat kecik sangat, tak nampak)

Lepas abih function, orang yg handle utk event kali nih ada amik contact no cikgu. Pasni, banyak la projek masuk. huhuhuhu. Sket gambo mase event. gambo kurng sket, sbb gna Nique aku bg adik aku gna utk snap pic wed cousin aku... enjoice....

chacha, semah & atem....

gamelan set dr UKM... lama dah tak main...

Cikgu tgh khusyuk ketuk gendang....
selepas lampu dibuka.... lega....


19 March 2009

~aktiviti hujung minggu 2~

Hari ahad lepas, hari melepak2 ngan bebudak gamelan. Pagi2 dah g menyumbangkan suara kat redbox, Sogo ngan chacha n Marin. Memula rase cam malas nak join, tapi chacha paksa aku datang. huhuhuhu... Terpaksa la datang gak. Sempat la nyanyi 3/4 lagu. Abih karaoke, terus g IB. Ada latihan gamelan. Prepare utk buat show mse Opto konferens hujung bulan ni. Aku pun tak sure g bleh join ke tidak. Cousin aku kawen hari sabtu tuh. Tapi bebudak ni paksa aku dtg gak. terpaksa la aku melarikan diri dari rewang petang tuh. huhuhuhu.... sory anis....

BTW, tak ramai pun yg dtg praktis, aku, cha atem marin ngan 2 org budak UIAM. Main lagu2 lama je. So, rasenya takde masalah kot. Tapi, sape main apa, tak sure g. aku tak kisah pun main pape. Stakat, gong, kenong sgan, baron tu buleh je main. huhuhuhu... cam teriak la plak... Lepas tu, kami (termasuk cikgu) pergi ke destinasi seterusnya. Time square utk main boling. Awal2 je dah ada problem. Lane kami ada masalah. Pastu, bkannya derang nak tukar ke lane lain. Nak juga suh kami main kat lane tuh. Ada la dalam 20 min. Bila halfway main, lane prob g. Lagi la lama.. Cikgu pe lagi.. Hangin satu badan. Semua org dia saound suh betulkan. Siap bgtau, kalu 5 min lagi tak ok, kta minta duit balik... menakutkan....

Abih main boling dalam kul 6.30pm. Pergi IB smula utk amik kete. Pastu p kacau Pij kat KLCC. Sebelum tuh kami diner dlu. Lama gak la lepak kedai spek tmpt Pij keje. Sampai kedai nak tutup. Sabar je pij layan ktaorg, cek mata la, try spek la. Belinya tak... huhuhuhu... (tgu eh pij,bulan ni budget ku lari....)

lepas practise gamelan di IB

Bowling@timesquare....

Dinner @KLCC (KFC jer)

09 December 2008

Aku dan gamelan....

Aku memang suka seni sejak dulu lagi terutamanya muzik. Kenapa? Aku pun tak tau. Maybe memang dari darah daging aku kot. Arwah abah aku bgtau, arwah atuk aku penah men muzik. Muzik-muzik tradisional la, cam muzik2 untuk kuda kepang, gendang, kompang. Arwah abah plak ajor budak2 kampun main kompang. Aku je tak penah blajo dr dia.

Berbalik pada citer aku, kat skolah rendah (SKSKR) aku ska sgt main rekoder. Bila masuk sek menengah (SMSTJ, Kuala Pilah) persatuan yg aku join adalah Brass Band. Aku men trumpet. Seronok btul rasenya. bila ada event je bleh ponteng kelas untuk practis. huhuhuh.. Bila kat UKM (kampus KL), aku men gamelan plak. Tuh pun mase 3rd year. Sebelum tuh tak jumpa geng2 yg minat sekali.

Camner bleh join gamelan? Mase tu, kolej aku (KTSN) wat karnival kat tasik titiwangsa. Aku jadi salah sorang ajk nya (maklumla, org ska menyebuk) Kelab kebudayaan kolej wat pameran pasal gamelan. so derang mempamerkan la alat2 gemelan kat dataran kat tasik tuh. alat gamelan tuh pinjam dari bangi la. aku cambiasa la, menyibukkan diri. pastu tetiba derang ajak skali men. mase tu pukul gong je. huhuhuhu. Mase tuh juga la ktaorg jumpa cikgu gamelan ktaorg, En Ku Zahir yg merupakan musician kat Istana Budaya. mase tu dia bawa anak dia utk masuk petandingan mewarna kot. aku pun tak hingat. dan2 je dia ajor kami teknik yg betul. mase tuh Kak Tim (main bonang) ala2 ketua la. sebelum ni, dia yg ajo. tuh pun bawa ajaran sesat. huhuhuhu... geng2 lain sawit men gendang, semah men gambang, atem ngan caca main peking, marin main saron barung dan aku main gong. bayangkan la, baru practis petang tuh, malam tuh terus wat show. huhuhuhuh... huru hara aku men. padahal main gong je....

sesi latihan kat IB

Start dr tuh la, ktaorg berguru ngan cikgu Ku Zahir, kat IB. tu pun memula derang tak ingat aku. aku tau derang ada kelas kat sana pun dari harimi. mase nih lagi ramai yg join. Gong-omar (kekadang pijon, kekadang shah), kenong-pijat, demong-aku n harimi, sarun barong- marin ngan sape ntah (tak hingat nama dia), peking-cha cha n atem, gambang-semah, bonang-mak su timah, gendang-sawit. ktaorg kira anak murid pertama cikgu la, dan dr ktaorg la wujud program Asuhan Seni kat IB tuh (yg aku tak dapat join, sbb aku keje kat JB.... Sedey). blajo lagu2 tradisional cam timang burung, ayak2, togok dan banyak lagi. lagu2 kontemp aku tak sempat blajo. baru2 ni je test main. tuh aku citer lain kali eh. Best main ngan derang. mase kelas asyik gelak2 je. huhuhuhu... cikgu yg serius pun jd sporting.

alat yang aku main(demong)

Show... Tak banyak mana pun. stakat show kat kolej je. kalu dlu, ada program je, budak nasyid perform (aku penah gak jd penasyid kolej). Bila gp kami dah establish, paper program je pgl ktaorg. bebudak len penah men utk show luar cam kat terengganu, putrajaya (mase persidangan APEC ke NAM). mase nih aku dah keje kat jb. so terbantut la sket. aku penah join 2 kali je. show mase pameran kat balai seni (program seni untuk semua kot) ngan Anual Dinner Menara Optometri. baru2 ni cikgu ajak untuk main kat satu majlis kahwin kat Wisma MBSA shah alam. bebudak ukm yg join haritu aku, semah, cha cha ngan mak su. yang lain dua orang budak uia, azwa ngan asiah (tak ingt nama dia), cikgu ngan anak dia (Ku nazarudin) ngan badrul (budak asuhan seni). main utk 2 jam... lenguh kaki dan tangan. tapi best, dapat lepaskan gian dan rindu main gamelan. kalaula tahun depan boleh join aktiviti yang cikgu plan.... bestnya.....

show di MBSA Shah Alam

Gamelan, Seni Warisan Bangsa.....

GAMELAN merupakan sejenis alat muzik tradisional warisan budaya yang banyak ditemui di seluruh Nusantara. Gamelan berasal daripada perkataan gamel (Jawa Kuno) yang bermakna bermain, dipukul atau palu untuk menghasilkan bunyi-bunyian.

Seni gamelan Melayu di Malaysia dipercayai berasal dari kerajaan Riau-Lingga di Johor dan seterusnya diperkenalkan di Pahang dan akhir sekali ke Terengganu. Skill yang digunakan dalam gamelan melayu ialah pentatonic slendro. Gamelan dikasifikasikan sebagai idiofon dan tergolong dalam genre tradisi.

Alat-alat muzik gamelan melayu terdiri daripada 7 alat utama. Iaitu Bonang, Gambang, Saron Pekin, Saron Barong, Kenong, Gendang dan Gong. Not dalam gamelan adalah
1, 2, 3, 5, 6, i = B flet, C, D, F, G, B flet


BONANG

Bonang juga dikenali sebagai Keromong dan diperbuat daripada campuran tembaga dan timah (perunggu). Terdapat dua jenis bonang iaitu Bonang Barung dan Bonang Penerus. Kedua-duanya terdiri dari 10 gong kecil yg disusun dalam dua barisan. Baris atas dipanggil sebagai Lanang (lelaki dalam bahasa jawa) dan baris bawah dipanggil sebagai Wedok (perempuan dalam bahasa jawa). Ia berbeza dari segi saiz dan pic dimana penerus mempunyai saiz yang lebih kecil dan pic yang lebih tinggi berbanding Barung. Bonang berfungsi untuk memainkan melodi dalam satu-satu lagu. Teknik yang digunakan dalam bonang ialah teknik serentak, bertingkah dan berbunga.

GAMBANG

Gambang pula terdiri daripada 17 hingga 21 bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema. Ia menyerupai Xylophone. Gambang dimainkan dengan menggunakan dua alat pengetuk yang berbentuk bundar dengan tangkai pemegang dibuat dari tanduk kerbau yang dikecilkan sehingga dapat melentur.

SARON PEKING


Saron Pekin juga dikenali sebagai Saron penerus. Peranannya menggandakan melodi pokok dimana ia di ketuk sebnayak 2 kali. Terdiri daripada bilah-bilah yang kecil dan tebal yang diperbuat daripada perunggu. Teknik yang digunakan ialah teknik pendam dan tingkah (bersama-sama Saron Baron). Alat penukulnya diperbuat daripada tanduk kerbau. Berbeza dengan Saron Baron, Saron Peking mempunyai pic yang tinggi.

SARON BARONG


Saron Barong terdiri dari bilah yang nipis dan lebar. Diperbuat daripada perunggu dan penukulnya pula daripada kayu yang lembut. Teknik yang digunakan ialah teknik pendam dan tingkah (bersama-sama Saron Baron). Berbeza dengan Saron Peking, Saron Baron mempunyai pic yang rendah dan diketuk sekali.

KENONG

Kenong juga dikenali sebagai alat kolotomik atau penentu fasa. Kenong diperbuat dari perunggu dan diketuk sekali di hujung setiap fasa/frame lagu. Ia seperti gong, tapi dalam saiz yang kecil sedikit dan diletakkan seperti bonang.

GONG
Gong gamelan terbahagi kepada dua iaitu gong agung dan gong suwukan. Gong agung diperbuat daripada pe
runggu dan menerbitkan suara overtune.

GENDANG

Gendang adalah sebagai penyokong irama dalam esemble gamelan melayu, merupakan jenis Gendang muka dan berbentuk seperti tempayan. Permukaan besar direnggangkan dengan belulang lembu manakala permukaan kecil dengan belulang kambing.

Dahulu, Gamelan banyak dimainkan ketika adat istadat di istana raja. Namun pada hari ini, gamelan dimainkan di majlis-majlis rasmi seperti konvokasyen, perasmian sesuatu acara serta di majlis perkahwinan. Lagu yang dimainkan juga bukan sekadar lagu tradisional sahaja. Lagu-lagu kontemporari juga boleh diperdengarkan melalui alatan gamelan.

Untuk mengetahui bagaimana gamelan dibuat, bolehla pergi ke link dibawah:

Perusahaan Gamelan