Showing posts with label Orkestra Tradisional Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Orkestra Tradisional Malaysia. Show all posts

31 October 2011

| Konsert Orkestra Tradisional Malaysia : Malaysian Diversity |

Orkestra Tradisional Malaysia
Salam...

Selingan jap dari entri cuti-cuti Bali. Semalam sempat tengok Konsert Orkestra Tradisional Malaysia di Dewan Philharmonik Petronas, KLCC. Konsert ini adalah sempena KLCC Seni Festival. Ini merupakan konsert ke-2 Orkestra Tradisional Malaysia aku dapat tengok dan juga kali kedua menjejakkan kaki ke MPO. Konsert pertama masa pelancaran Orkestra Tradisional Malaysia tahun lepas. 

Harga Tiket RM 48 (selepas diskaun sbb staff Petronas belikan)
Orkestra Tradisional Malaysia menampilkan ahli muzik yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia yang mengalunkan kepelbagaian alat muzik tradisional seperti rebab, gambus, serunai, sape, erhu, gouhu, sitar, caklempong serta gamelan berpadanan dengan tema konsert ; 'Malaysian Diversity'.  Drum set untuk orkestra ini juga merupakan gabungan geduk, rebana, rebana ubi dan beberapa gendang lagi yang menyerupai drum set modern. Namun begitu terdapat beberapa alat muzik modern digabungkan sekali untuk menambahkan keharmonian dan kemerduan Orkestra Tradisional Malaysia ini.

Sebelum persembahan di Dewan Filharmonik Malaysia, KLCC

Seramai 49 pemuzik yang di ketuai oleh konduktor, Mohd Yazid Zakaria mempersembahkan 15 buah lagu yang mencakupi elemen muzik 1 Malaysia. Pilihan lagu bukan sahaja lagu-lagu tradisional, malahan lagu-lagu kontemporari termasuklah lagu-lagu dari negara luar. Persembahan dibahagikan kepada 4 segmen dan diacarakan oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Segmen pertama dimulakan dengan Overture : Star yang menunjukkan setiap alat muzik yang dimainkan untuk OTM. Kemudian diikuti dengan lagu Teratai , Pak Ngah Balik (dinyanyikan oleh Norihan Saif), Medley Lagu Asli (Dondang Sayang, Empat Dara dan Zapin Budi) dan Mudik Arau. Lagu Mudik Arau yang merupakan lagu tradisional Negeri Sembilan disampaikan dengan duet Caklempong oleh Razzidy Abdul Razak dan Rosman Mohd Roslan. Persembahan duet mereka amat menarik kerana rentak lagu ini yang sangat laju dan cara mereka memainkan caklempong amat pantas dan menarik.

Pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia
Untuk segmen kedua, OTM mengiringi beberapa penyanyi untuk lagu-lagu yang lebih kontemporari. jaclyn Victor menyanyikan 2 lagu iaitu 'Somewhere' dan Joget Kenangan Manis dan Iqwal  menyampaikan lagu Corazon Espinado. Bagi saya untuk lagu 'Somewhere', muzik OTM sedikit tenggelam berbanding suara Jac yang sangat memukau. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada penggubah lagu ini kerana berjaya memodenkan OTM melalui lagu ini. Untuk lagu Joget Kenangan Manis dan 'Corazon Espinado' gubahan lagunya menjadi. Nyanyain Jac dan Iqwal juga amat bagus walaupun Jac mengalami sakit tekak. 

Pemuzik dan alat yang dimainkan 
Persembahan diteruskan dengan Medley Santubong dan Sayang Kinabalu (soloist : Leslie anak Eli yang memainkan Sape) dan Joget Irish for Sitar (soloist : Kumaresan yang memainkan Sitar). Jac sekali lagi tampil dengan lagu 'Rolling in The Deep' dan Gemilang. Sangat meremang bila mendengar Jac menyanyikan lagu berhantunya, Gemilang sambil diiringi alunan muzik OTM yang sangan masuk. Bravo to OTM dan Jac.

Cikgu Gamelan saya, En Ku Zahir Ku Ahmad dan kawan saya, Noraishah Kasim
Untuk segmen terakhir, lagu pertama adalah Medley P.Ramle yang terdiri dari Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Hoi Ho Ya Hoi. Apa yang menariknya, pemuzik OTM sendiri menyanyikan lagu Hoi Ho Ya Hoi sambil konduktor mengajak penonton menyanyikan bersama. Diikuti dengan medley asean yang menampilkan lagu-lagu dari Thailand (Sebai-Sebai), Brunei (Adai-Adai), Singapura (Tanjung Katung), Filipina (tak ingat tajuk) dan Indonesia (Begawan Solo). Persembahan diakhiri dengan lagu Bahbola yang merupakan lagu orang asli. Untuk lagu ini sekumpulan masyarakat orang asli dari Pahang turut sama membuat persembahan .

Sepanjang dua jam persembahan konsert Orkestra Tradisional Malaysia ini rasa sangat sekejap. Sepanjang persembahan, kaki turut sama menghentak mengikut muzik yang dimainkan. Terasa rindu saat bermain orkestra semasa di SMSTJ dulu. Gubahan muzik yang ditampilkan sangat menarik terutamanya Medley P.Ramlee dan Medley Asean. Untuk lagu 'Somewhere' dan 'Rolling in The Deep', banyak ruang boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan tersebut. Walaubagaimanapun jika dibandingkan dengan persembahan di Istana Budaya tahun lepas, persembahan di Istana Budaya lebih menarik. Mungkin disebabkan jumlah pemuzik semasa di Istana Budaya lebih ramai. Secara keseluruhannya persembahan mencapai tahap antarabangsa. Tidak malu jika OTM ini dibawa ke luar negara. Tahniah sekali lagi untuk Istana Budaya kerana berjaya mewujudkan OTM ini. Tak sabar untuk melihat persembahan seterusnya dari mereka.

Nota Kaki
1. MPO memperkenalkan 'dress code' baru iaitu 'smart casual'. Jadinya tak perlu la berkot atau berbaju batik sekarang.
2.  Baru lepas tengok persembahan zapin oleh YWJ. Sok2 update ye.
3.  Gambar kebanyakannya amik dari poster kat luar je kecuali gambar tiket ngan gambar dalam dewan. Itu pun sebelum kene sound ngan pekerja DFP. huhuhuh...

08 February 2010

|Orkestra Tradisional Malaysia|

Salam...

Tiga hari berturut-turut aku pi tengok persembahan OTM ni kat Istana Budaya. Khamis pi tgk preview (rase sangat menyesal sebab tak bawa kamera sebab bleh amik gambar suka hati mase tuh), Jumaat mase pelancaran n wat persembahan kat lobi, Sabtu temankan kawan aku pi tgk. Very the obses kan aku ni. Huhuhuhu. Ye la, sape lagi yang nak sokong warisan budaya kita kalu bukan kita sendiri. Betul tak? Yang bestnya setiap hari persembahan derang jadi makin best. Yang paling best adalah mase hari sabtu.

Sedikit latar belakang mengenai Orkestra Tradisional Malaysia...

Orkestra Tradisional Malaysia ialah sebuah orkestra yang ditubuhkan apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah mula menyedari tentang perlunya penubuhan sebuah Orkestra Tradisional yang terdiri daripada gabungan pelbagai alat muzik berbilang bangsa Malaysia bagi meningkatkan mutu pentadbiran dan kualiti muzik tradisional setaraf dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan sedia ada.

Pada tahun April 2007 seorang pegawai kebudayaan yang mempunyai latarbelakang kelulusan muzik daripada Akademi Seni Kebangsaan (Bahizal Abu Bakar) telah dihantar untuk menjalani kursus sambil belajar di Orkestra Tradisional Korea, National Theater of Korea bagi mengkaji sistem pembangunan muzik tradisional yang digunakan di sana. Sekembalinya beliau daripada menyertai kursus tersebut pada Oktober 2007 beliau telah membawa bersama sistem yang digunakan di sana dan seterusnya mencadangkan penubuhan sebuah Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada penyertaan berbilang kaum Malaysia. Cadangan ini telah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan pada Januari 2008, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama penggiat muzik tradisional pada 20-21 Januari 2008 di Awana Hotel Genting bagi merealisasikan penubuhan sebuah Orkestra Tradisional Malaysia.

Pada 7-11 Mei 2008, Orkestra Tradisional Malaysia telah mengadakan persembahan bersempena program Titian Budaya di Esplanade Singapura. Seterusnya pada Disember 2008, En Mohd Yazid Zakaria telah dilantik sebagai konduktor pertama Orkestra Tradisional ini. Kini pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan telah merancang untuk melancarkan Orkestra Tradisional Malaysia secara rasmi pada tahun 2009.

Sumber: Wikipedia

Setelah beberapa kali di tangguhkan, akhirnya Pelancaran Orkestra Tradisional Malaysia ini berlangsung pada 5/2/2010 yang lalu. Pelancaran dirasmikan sendiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim. Persembahan pada malam tersebut dibahagi kepada beberapa segmen. Antara artis yang turut serta dalam persembahan adalah Jamal Abdillah (Gadis Melayu dan Kehebatan Cinta), Ikwal (Corazon Espanoda), Asmidar (Medley Phantom of the Opera, Kehebatan Cinta) dan beberapa artis yang aku tak kenal. (lupa plak nak amik buku program dia). Dua persembahan instrumental pon sangat best, medley Lagu2 Asean dan Medley Puteri Santubong dan Gunung Kinabalu (kalu ada masa nnti aku post 2 lagu ni). Sangat2 kagum dengan komposer yang dapat mengubah lagu2 kontemporari ini untuk dimainkan dengan alat-alat musik Tradisional ini.

Asuhan Seni sebenarnya terlibat secara tidak langsung mase pelancaran OTM ni. Kita orang wat persembahan mase first day kat Lobi Istana Budaya sementara menanti ketibaan VIP. Bukan selalu dapat main kat IB. Dapat main kat lobi pon jadi la. Mana tau satu hari nnti dapat main kat Panggung Sari. Malam tu semua pakai serba putih. Nampak suci sangat. Hahahaha... Kami sempat la main 4 lagu sebelum Pak Menteri sampai. Satu lagu Cak Doh Gong yang sangat susah itu dan beberapa lagu gamelan tradisional. Sangat best wat persembahan malam tuh. Pas tu masuk ler tgk persembahan OTM kat dalam. 3 org dari budak Asuahan Seni terlibat sebagai pemuzik OTM malam tuh termasuk la cikgu kami En Ku Zahir Ku Ahmad atau lebih glamer dengan panggila Abg Ed. Tumpang bangga dengan korang.

Lepas habis tuh, pe lagi, sesi amik gambar la. cam tak biasa kan. huhuhuhu... Mase tuh ramai lagi yang berkumpul kat Lobi tu. So, masing2 amik tempat la kat alat2 sendiri. Tetiba semua org duk pandang kami dengan harapan kitaorg akan main la. Huhuhuhu... masing2 jadi serba salah. Sebab kalu nak ikutkan kitaorg cma main mase opening je. Tapi sebab dah ramai yg minta, kami pon main le beberapa lagu. Cikgu tak tau ni. hahahaha... Seb baik dia tak mengamuk. Minta ampun ye Abg Ed. Lain kali kami buat camtu lagi... hahahaha... Tapi memang satu pengalaman yang sangat seronok dapat bermain depan orang ramai. hurmmmm... ntah bile le dapat main lagi cam ni.



bersedia untuk beraksi....

Asuhan Seni.... Cak Doh Gong satu...

khusyuk nyer masing2...

percussion team

berdiri: din, zam, abang, rashid, zul, wira, Abg Ed (cikgu), ahmad, fandi, mael, me, wahyun
duduk: roha. atiqah, yana, wahida, marina, kawan yana (x hengat la nama awak)


Nota Kaki
1. Gambar lain akan di update kemudian. FLICKR buat masalah la plak...
2. Kerja, kerja, kerja... wiken ni pon kene kerja... :)