Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

02 May 2013

Busan : Jagalchi Market, Taejongdae Park & Masjid Busan

Assalamualaikum...

Hari ke 7 & ke 8 kami ke Busan pulak. Dari Seoul ke Busan kami naik bas. FOC ok, sempena tahun melawat Korea. Tiket kene tempah online, pastu print out je tiket dia. Perjalanan dari Seoul ke Busan amik masa dalam 4 jam. Sepanjang jalan, aku tido je. huhuhuh..

Sampai di Busan, kami terus cari hotel. Banyak hotel budget kat area Busan ni. Kene explore sikit la. Kami pergi survey dua tiga hotel je. Lepas check in, rehat kejap, lepas tu kami cari tempat untuk makan tengah hari. Arah tuju kami, Jagalchi Market. Jagalchi Market ni merupakan pasar basah. Banyak hasil laut dijual kat sini sebab Busan ni terletak di tepi pantai. Banyak kedai menjual makanan laut. Uniknya Korea ni, kedai-kedai makan hanya jual beberapa jenis makanan. Kalau makanan laut tu, memang makanan laut je yang dijual. Tapi untuk orang yang was-was, cari je kedai halal, ada tapi susah nak jumpa.

Pasar basah Jagalchi
Fresh dari akuarium...
The King Crab
King crab masak stim. Sedap hingga menjilat jari.
Our big lunch. 
Untuk makan tengah hari, kami makan besar. Semua jenis makanan laut kami pilih. Memandangkan 'dong' kami masih berbaki banyak, kami tambah dengan seekor 'King Crab'. Sangat sedap woooo... Rugi tak beli 2 ekor. Dah kenyang, pusing pasar jap, pastu kami balik semula ke area hotel. Sebelum balik bilik, singgah pantai sekejap. Tak de apa pun sebab dah malam masa kami sampai.

Kat mana-mana ada mrt, bila la m'sia nak ada semua nih.
Pantai Busan
Pagi esoknya kami sambung jalan keTaejongdae Park. Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Terdapat sebuah ruma api di Taejongdae Park. Di bawah rumah api di resort ini adalah batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat. Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau, dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil 'Hujan Taejong' itu. 

Taejongdae Park
Trem @ Taejongdae Park
akhirnya dapat duduk dengan tenang
Di Taejongdae Park ni ada disediakan trem. Untuk yang tak berapa rajin nak jalan, boleh la naik trem ni. Ada 7 hentian di sepanjang jalan. Pengunjung boleh turun di setiap hentian dan tunggu trem berikutnya untuk meneruskan perjalanan.

Kami jalan halfway ke puncak. Trem penuh memanjang.
Taejongdae Park 
View @ Taejongdae Park
Tak igt apa nama patung ni
Ajumma2 ni selamba je jalan kaki panjat bukit
Dari Taejongdae Park, kami meneruskan misi mencari kedai makan yang menjual daging halal di. Dah seminggu tak makan daging atau ayam. Salin lagi kesian, sebulan tak makan daging. Kami pergi ke Masjid Busan. Biasanya kat kawasan masjid mesti ada kedai makan halal. Makan tengah hari kami di Cappodocia, Turkish Kebap House. Cappodocia ni betul-betul sebelah Masjid Busan. Kami order set yang ada nasi, ayam, daging dan kambing. Lengkap semua ada. Harga tak payah tanya la. Agak mahal, tapi berbaloi-baloi. Lepas makan, kami solat dan meneruskan perjalanan ke Gyeongju.

Cappodocia, Tirkish Kebab House, Busan
our first meat meal after 1 week

Masjid Busan


15 November 2012

Cuti-cuti Korea : KL - Incheon - Jeju

our route : Incheon - Jeju - Seoul - Busan - Gyeongju -Seoul

Salam...

Kali ni nak story pasal perjalanan ke Korea pulak. Seperti biasa, tiket dibeli masa promo AA setahun yang lalu. Kami dapat dalam RM700 plus2. Thanks AA, now everyone can fly. Iklan jap. Huhuhu...

Untuk trip kali ni, kami pergi berlima. Style backpackers. Aku, Lat, Ku  & Oyeen dari KL. Salin (tour guide merangkap perancang segala2) dah tunggu kat Pulau Jeju. Dia pi awal seminggu sebab bawa kawan dia dulu. Lepas kawan dia balik, baru sambung jalan dengan kami.

Sampai LCCT agak lewat sikit. Tapi tak de la lewat sangat. Lepas check in terus masuk boarding. Tak sempat nak sarapan. Padahal dah preorder Nasi Lemak Pak Nasir. Huhuhu. Tepat kul 9 flight berlepas. Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit. Lupa nak bagi tau, nak ke Korea ni tak perlu buat visa. Cukup ngan passport. yang penting tak kene black list sebab tak bayar PTPTPu

Tiba di Incheon International Airport jam 4.30 petang waktu tempatan. Masa kat Korea ni sejam lebih awal dari di Malaysia. Sesampai je kami terus cepat2 untuk check out sebab nak kejar flight dari Gimpo ke Jeju pulak. Takut tak sempat sebab Salin bagitau untuk urusan kat imigresen dan kastam akan ambil masa. Flight ke Jeju ni kene naik dari Airport Gimpo, lebih kurang 30 minit naik train.

Alhamdulillah, Urusan kat imigresen dan kastam amik masa dalam lebih kurang sejam je. Banyak flight sampai serentak. Nasib baik AA antara yang terawal sampai. Tapi kena jalan jauhhhhhhh baru la sampai ke imigresen check out. Dari departure hall kami kene ke Airport Railway pula. Kalau tak de direction dari Salin, rasanya amik masa la juga. Direction bergambar yg di whatsapp memang banyak membantu. Tapi rasanya kalau tengok signage pun boleh jumpa gak. Tiket train dari Incheon ke Gimpo cuma ₩4000. Boleh beli kat kaunter atau machine. Kalau nak senang beli je kat kaunter.


Di Incheon International Airport

Kami sampai ke Gimpo agak awal. Terus ke kaunter Eastar Jet untuk chek in beg. EJ ni macam AA la jugak. Syarikat penerbangan tambang murah. Tiket ke Jeju Salin dah belikan awal2. Pi je kaunter, tunjuk iterinary dan pasport je. Flight boarding pukul 7.55 malam. Sementara tunggu boarding tu, posing2 dulu la kat airport. Perjalanan ke Jeju amik masa dalam sejam. Sampai kat Jeju dalam pukul 9.15 malam. Salin dah tunggu kat balai ketibaan. Terus kami naik bas untuk ke bacpackers. Naik bas dalam sejam la juga.

@ Gimpo Airport

Di Jeju kami menginap di Jeju Hiking Inn untuk 3 hari 3 malam. Harga untuk dalam ₩54k. Bilik dia tak de la besar mana. Takde katil, cuma ada tilam yg boleh tipat/gulung sebab kami ambil yg paling murah. Percutian budget la katakan. Ok la la setakat nak lelapkan mata, bukan nak honeymoon pun. Dalam bilik ada toilet yg ber'bath tub', tv (yg kebanyakannya berbahasa korea), kipas, air cond, mini fridge & heather. Yang paling penting ada 'free wifi'. Backpackers ni pun ada dapur, bilik komputer, free laundry (letak je kat washing machine, malam dah siap berlipat kat lobi). Owner dia pun fasih berbahasa Inggeris. So tak de masalah komunikasi. Kalau setakat nak minta tolong carikan teksi, takde masalah. Kami tiba dah lewat malam. Lepas makan maggi dan roti bersama serunding, minum milo 3 in 1dan mandi kami terus tidur. Penat naik turun flight. Sekian laporan hari pertama.

Senyum gembira dah sampai Jeju

Bilik ala orang Korea dulu-dulu

LCD tv, mini fridge dan meja comel. Sangat basic

Jeju Hiking Inn, Jeju Island

Jeju Hiking Inn roof top.

dapur



14 November 2012

Short trip Kuala Terengganu 2 : Pulau Kapas

Assalamualaikum...

Bersawang habis blog ni. Lama sungguh tak jenguk & update. Banyak bahan nak dikongsi, cumanya tak sempat nak mencuri masa. Sebelum buka cerita pasal Korea, sambung dulu cerita kat Terengganu eh.

Hari kedua di Kuala Terengganu, kami ke Pulau Kapas. Rancangan nak ke pulau memang dari awal tahun buat. Nak pi Perhentian, tapi asyik batal je. Since Pulau Kapas dekat je dari tanah besar (6km), one day trip pun cukup. Untuk ke Pulau Kapas, kene naik jeti di Marang. Sewa bot laju dalam RM30-RM50 untuk pergi balik. Tengok skil korang tawar menawar la. Kalau rasa nak bermalam kat sana pun boleh cari pakej-pakej menarik kat jeti Marang.

Perjalanan dari jeti ke pulau tak sampai 15 minit pun. Sampai di sana, kami sewa satu bilik di Makcik Gemuk Beach Resort untuk letak barang. Kelakar kan nama dia. huhuhu.. Kat Pulau Kapas ni tak banyak resort. Ada la dalam 5 resort. Ok la, tak ramai sangat orang. Mungkin masa kami pergi, hari bekerja dan bukan peak hour.

Lepas tukar baju dan simpan barang, kami terus ke pantai. Pantai Pulau Kapas tak besar mana. Cuma ada beberapa kawasan je yg ada resort. Dari satu pantai ke satu pantai dihubungkan dengan jambatan sebab pantai2 ni dipisahkan dengan batu-batu. Kebanyakan resort ada menawarkan khidmat sewa alatan untuk snorkling. Jadinya kami sewa je kat Resort Makcik Gemuk. Kami juga amik pakej 'island hopping'. Sebenarnya lebih pada pantai hopping. Murah je pun RM30 dengan sewa alatan snorkling.

Pantai Pulau Kapas ni macam pantai-pantai lain kat perairan terengganu. Putih dan bersih dengan pasir halussss. Sangat suka. Walaupun batu karang dia tak secantik Pulau Redang atau Pulau Perhentian, tapi ikan-ikan kat sini banyak juga. Yang paling best, senang gila nak jumpa Nemo. Banyak anemone kat sini. Lepas gian la juga dapat snorkle, mandi pantai, berendam dan berjemur. Huhuhuhu. Dalam pukul 2, kami balik semula ke resort dan bersiap-siap untuk balik ke tanah besar.

Kesimpulannya, percutian tak dirancang kali ni best. Dapat jalan-jalan, lepak2 pulau, shopping baju batik dan yang penting dapat makan banyak. huhuhu... Enjoy the picture...

Jeti Marang

Jeti Marang
Peta Pulau Kapas, Terengganu

Makcik Gemuk Beach Resort, Pulau Kapas
Bilik-bilik kat Makcik Gemuk Beach Resort

Tempat sewa alat-alat snorkle
 
Harga perkhidmatan yg ditawarkan. Berpatutan la.

Pantai Pulau Kapas

Pantai Pulau Kapas
Pantai Pulau Kapas
relaxing...
me @ Pulau Kapas Terengganu

laluan/jambatan yang menyambungkan satu pantai ke pantai yg lain

Jeti @ Pulau Kapas, Terengganu

Ikan @ Jeti

wajib makan kalau ke KT





30 April 2012

Short Trip to Kuala Terengganu 1

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak jalan-jalan. Kali terakhir pun ntah bila. Tu yang modal nak update blog takde (alasan semata-mata). Tengah bulan lepas aku dengan tak sengajanya terpergi ke Kuala Terengganu. Sebenarnya ni cuti yang tak dirancang. Kawan aku, Remy bagitau yang dia nak balik kampung tapi tak tau nak naik drive ke atau naik bas. Tetiba terpikir nak ikut dia balik kampung. Bukan kali pertama pun, sebelum ni pernah gak pi rumah dia. Tapi saja gatal. 

Kami bertolak hari Jumaat dalam pukul 4 petang. Aku ambil 'time off' petang tu since banyak sangat kerja hari minggu dan tak boleh claim duit. Kesian kami kan. Tapi untungnya bebila kalau kerja dah selesai, boleh ambil 'time off'. Kami singgah ke Bentung dulu amik kawan lagi sorang sebelum teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sampai dalam pukul 10 malam dan kami makannnnnn. Makanan laut segar memang best.

Keesokkan harinya selepas sarapan Nasi Dagang yang maveles, kami ke Pasar Payang. Misi mencari baju batik. Aku kan tipikal gomen servent, kene la ada baju batik untuk dipakai hari Khamis. Kat Pasar Payang ni, macam-macam ada. Kalau duit banyak, kompem tak cukup tangan nak pegang barang yang dibeli. So bila nak ke sini kena la rancang siap-siap, takut terlebih belanja. Tapi selalunya memang terlebih pun. Hahaha... Lepas dapat 2 pasang baju batik, kaftan & kain batik untuk mak ngan adik beradik. Mak aku pulak kirim 'ceta'an muruku'. Dulu kat umah ada yg buat dari kayu, tapi cari kat sini tak de. Yang ada dari tembaga. Belikan je la dari takde langsung.

semua ada kat sini....


Soft toys yg comel2...
Makcik-makcik jual makanan duduk kat atas... 
keropok keping... macam-macam jenis ada.

Baju Batik... Gambar ni je sempat ambik... lain2 sibuk pilih baju...
Kain Batik Terengganu.

Sebelah petang pulak kami ke Taman Tamadun Islam. Nak naik river cruise dia. Sampai sana cuma kami bertiga je yang nak naik. Tapi minimum kene ada 4 orang. Kene la tunggu sekejap. Dalam 15 minit tunggu tak ada orang, jadi kami tanya, kalau bayar untuk 4 orang boleh jalan tak. Derang kata ok. Masa kami siap-siap nak naik, datang satu famili nak naik juga. Rezeki kami, jimat sikit. Bayaran RM 15 sorang kot. Perjalanan dalam masa 40 minit menyusuri sungai Kuala Terengganu. Perancangan untuk masa depan, derang nak buat sampai ke Pulau Kapas.


Taman Tamadun Islam River Cruise

Sekitar TTI

Kincir air yang mengangkut air ke TTI

Antara replika masjid di TTI

Masjid Kristal TTI

Peta TTI

Petang plan nak caari sotong celup tepung, tapi dah lewat sangat. So kami lalu je tepi pantai menghirup bayu petang di Kuala Terengganu....