|
Tarian Barong |
Salam...
Hari ke-4, pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak tengok Tarian Barong. Ini merupakan salah satu tarian yang wajib ditonton di Bali. Lagi satu tarian adalah Tarian Kechak yang biasanya diaadakan pada waktu petang. Pergi berdua je sebab Harimi & Azizi dah tengok. Jadinya kami pergi berdua je. Tempat Tarian Barong ni di Denpasar, Dari rumah Andre lebih kurang 30 minit je. Harga tiket dia kalau tak salah Rp 80k.
|
Kebaikan menentang kejahatan |
Sedikit latar belakang Tarian Barong
Tari Barong adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Wujud kebajikan dilakonkan oleh Barong, yaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan dimainkan oleh Rangda, yaitu sosok yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya.
Persembahan ni ambil masa dalam 1 jam lebih. Menarik juga, cumanya ada beberapa pelakonnya agak kaku ketika membuat persembahan. Persembahan ini diiringi dengan alunan gamelan, tiupan seruling dan gesekan rebab (kalau tak salah la) Lepas habis persembahan, sempat la bergambar dengan Barong buat kenang-kenangan.
|
Kumpulan Gamelan yang mengiringi persembahan |
|
Cucuk betul-betul ni ya... |
|
Bersama salah seorang pemain gamelan |
|
Kami dengan kostum Barong |
Kemudian kami ke Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Ini merupakan muzium yang memaparkan bagaimana Indonesia secara umumnya dan Bali secara khususnya mencapai kemerdekaan dari penjajah. Terdapat beberapa tingkat dan antara barang pameran di sini adalah gambar-gambar lama, senjata-senjata yang digunakan dan patung-patung kecil yang di buat berdasarkan sejarah dan kehidupan masyarakat Bali. Di sini ada satu menara yang boleh melihat keseluruhan Denpasar. Bayaran masuk cuma Rp10k dan Rp1k untuk bawa masuk kamera.
|
Pintu masuk Monumen Perjuangan Rakyat Bali |
|
Masyarakat Bali dahulu |
|
Menentang tentera Belanda |
|
Monumen Perjuangan Rakyat Bali |
|
Denpasar dari menara Monumen Perjuangan Rakyat Bali |
|
Monumen Perjuangan Rakyat Bali |
Dari sini kami pergi makan tengahari. Misi hari ni nak cari bebek goreng. Kami makan di Kedai Cak Mar. Di Bali, sangat senang mencari kedai menjual bebek atau itik. Kalau kat KL, susah nak jumpa kecuali itik gantung. huhuhuhu. Sedap... sambal dia pedas giler = sambal setan.
|
Bebek Goreng |
|
Set Bebek Goreng bersama sambal setan |
Lepas lunch kami ke pantai pulak. Dah hari ke-4, baru la dapat pergi pantai. Kami ke pantai Seminyak. Memandangkan masih panas lagi, kami duduk-duduk sambil baca buku sambil menikmati angin pantai yang sangat kuat. Ombak sangat kuat dan besar. Mungkin ada gempa susulan kat laut kot. Tak ramai yang mandi laut. Kebanyakkannya berjemur je. Tak pun setakat main ombak kat tepi pantai je. Kami pun sama. Tak berani nak berenang jauh. Setakat main-main dengan ombak. Pasir pantai dia agak kehitaman sikit. Mungkin disebabkan lahar dari gunung berapi kot. Ingatkan nak tunggu sun set, tapi nasib tak menyebelahi kami. Petang tu, awan banyak pula.
to be continue...
|
Pantai Seminyak, Bali |
|
Ombak besarrrrrr giler |
|
Senja di Pantai Seminyak, Bali |
Nota Kaki
1. Minggu Akreditasi Hospital yang memeningkan kepala.
2. Semalam hantar kitty pi injek. Melayang Rm100 utk 2 ekor.
3. Besok nak balik kampung... Yeayyyy...