Showing posts with label Semerah Padi. Show all posts
Showing posts with label Semerah Padi. Show all posts

04 January 2012

Review Teater Semerah Padi

Assalamualaikum...

Dua minggu lepas aku dan beberapa orang teman sempat menyaksikan teater Semerah Padi di Istana Budaya. Kami beli tiket yang agak murah, jadi dapat la tempat duduk yang tak berapa menarik. Nasib menyebelahi kami sebab penonton tak ramai hari tu. Jadi kami pindah tempat yang lebih menarik. Tak tau mana silapnya. Mungkin sebab promosi yang agak kurang atau barisan pelakonya yang kurang popular.

Persembahan yang sepatutnya bermula jam 8.30 malam dimulakan sedikit lewat kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi kami suspect VVIP sampai lambat. Tapi tak de la lambat mana pun. Sinopsis teater ni boleh baca kat sini. Untuk persembahan hari tersebut, watak Dara dilakonkan oleh 'understudy' Abby Nadzri bukannya Jue Aziz seperti yang aku nyatakan dalam entri lepas..

Persembahan dimulakan dengan lagu seperti dalam cerita asal. Semua pelakon menyanyikan secara 'live'. Cumanya latar muzik adalah menggunakan minus one, bukan 'live music'. Sedikit kecewa. Suara masing-masing ok2 je. Tak de la wow sangat. Dari segi penghayatan watak oleh pelakon-pelakon ni aku rasa watak Aduka lakonan Khir Rahman dan Borek lakonan Opie Zami yang paling menonjol. Alunan suara Khir menanyikan lagu serta melaungkan azan sangat merdu. Watak antagonis yang dibawa oleh Opie yang kita  tahu sebagai pelawak juga amat menjadi.  Watak Dara lakonan Abby Nadzri agak lemah. Namun begitu lontaran suara dia agak baik untuk teater. Lain-lain pelakon, biasa-biasa je.

Bagi aku adegan paling menarik adalah ketika Borek membelasah Dara. Sangat-sangat real ok. Borek memijak-mijak kepala dan badan Dara tanpa belas kasihan. Siap sepak-sepak tu. Memang tabik la kat Opie dan Abby. Aksi perang pulak bagi aku agak mengecewakan. Teater Melayu yang menampilkan cerita melayu klasik, tetapi pencak silat yang ditunjukkan oleh para pelakonnya kurang meyakinkan aku. Sangat nampak tak real. 

Props yang digunakan tak segah teater-teater sebelum ni. Seperti lain-lain teater, props digunakan dengan baik. Perubahan dari satu babak ke satu babak agak kemas. Cumanya bunyi roda pada props ketika props dibawa keluar masuk agak mengganggu. Mungkin kami duduk dekat dengan pentas, jadinya aku dengar dengan jelas. Props paling wow bagi aku ialah gua. Produksi menggunakan kanvas yang dicetak dengan gambar batu gua dan digantungkan membentuk gua. Setiap perubahan props akan diselangi dengan babak di depan pentas ataupun aksi-aksi 'NAFSU' yang digambarkan dengan makhluk-makhluk pelik. 'Nafsu-nafsu' ini melakukan aksi-aksi seram dan akrobatik manakala ketua 'NAFSU' akan menyuarakan apa yang terpendam dalam hati/perasaan pelakon. 

Teater Semerah Padi juga ada menggunakan efek cahaya dan projektor. Semasa adegan kebakaran di kampung, mereka memancarkan gambar api di props dan ia kelihatan seperti terbakar. 

Secara keseluruhannya, teater Semerah Padi ni biasa-biasa je. Sebelum ni pernah juga menonton teater yang diadaptasi dari cerita klasik iaitu Seri Mersing. Bagi aku, Teater Seri Mersing lagi best.

Salah satu babak dalam Teater Semerah Padi. Ehsan dari Sinar Harian...

Nota Kaki
1. Kali ni tak de gambar. Lepas kerja terus pi Istana Budaya, malas nak bawa kamera pi kerja.
2. Terima Kasih pada kawan-kawan yang join.



17 December 2011

| Semerah Padi |

Assalamualaikum....


Jom tengok teater? Kali ni cerita Semerah Padi yang akan di persembahkan di Istana Budaya bermula 22/12 hingga 31/12. Rasanya ini merupakan persembahan penutup di Istana Budaya untuk tahun ini. Rancangnya nak tengok 29/12, lepas cuti panjang balik kampung. Jadi untuk entri kali ni, saya coretkan (copy paste dr web Istana Budaya) sedikit latar belakang teater ini. 

Sinopsis

Inilah ceritera tentang keteguhan seorang wakil sultan yang acap dipanggil Penghulu atau 'Merah' menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah 'mukim padi' (mukim kecil). Se-Merah Padi itu sebuah mukim yang terletak di sebuah negeri dalam gugusan pulau-pulau Melayu pada zaman awal kedatangan Islam ke Nusantara.

Tok Penghulu (atau Dato' Merah) sentiasa tekal berpegang kepada ajaran Islam. Dua pendekarnya, Aduka dan Taruna bersahabat baik. Kedua-dua pemuda yang menjadi pengapit kanan dan kiri itu ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang dan peraturan mengikut hukum hakam Islam. Tanpa diketahui Tok Penghulu, anak gadisnya Dara, diam-diam mencintai Aduka. Sudah menjadi tradisi, Tok Penghulu mengikat Dara dengan Taruna dalam ikatan pertunangan. Lantaran Dara tidak sanggup menderhaka kepada ayahnya dan Aduka yang enggan melukakan hati Taruna, percintaan sepasang remaja itu putus.

Pada suatu ketika, tatkala negara mereka diserang lanun, Taruna dihantar oleh Tok Penghulu untuk berkhidmat kepada baginda sultan yang memerintah negara. Sepeninggalan Taruna, Kampung Se-Merah Padi diserang Borek dan gengnya. Dara diculik Borek. Aduka diperintahkan oleh Tok Penghulu untuk memburu Borek dan menyelamatkan Dara. Dalam usaha untuk menyelamatkan Dara, pasangan yang pernah bercinta ini menghadapi kemelut jiwa yang hebat lantaran mendapati perasaan cinta mereka masih membara lalu terjadilah kejadian yang tidak disangka-sangka

Aduka ditunggangi rasa bersalah kerana terperangkap di antara 'kesucian dan dosa'. Konflik memuncak sesudah Taruna pulang dari medan perang. Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Apakah Tok Penghulu sanggup melaksanakan hukum Islam kepada keluarganya sendiri? Apakah pergolakan Se-Merah Padi seterusnya? Mampukah Tok Penghulu, Aduka dan Taruna berpegang teguh kepada hukum daripada kitabullah? 

Saksikanlah... 

Pelakon:

Khir Rahman - Aduka
Jue Aziz – Dara
Fauzi Nawawi - Taruna
Datuk Baharuddin Hj Omar - Tok Penghulu
Baby Erin - Galak
Bohari Ibrahim - Jejaka
Opie Zami - Borek
Azizah Mahzan - Emak Dara
Azlan Komeng - Kelana
A Efendy Zasdar - Bapak Taruna
Roszilawati Ab Rahim - Emak Aduka
Siti Habsah - Emak Taruna
Ash Fizam (AF) - Kachiwa

Tenaga Produksi

Penerbit - Nora Aisyah Binti Abdul Razak
Penerbit Bersama - Zizie Izette Samad
Pengarah - Rosdeen Bin Suboh
Penulis Skrip - Rahimah Muda
Pengarah Muzik - Datuk Suhaimi Mohd Zain


Tiket berharga RM30, RM50, RM150, RM180, RM200 dan boleh didapati di kauter tiket Istana Budaya atau boleh beli secara on-line di tiket2u.biz. Nanti dah tengok baru bleh review teater ni. 

Selamat menonton....