Assalamualaikum....
Jom tengok teater? Kali ni cerita Semerah Padi yang akan di persembahkan di Istana Budaya bermula 22/12 hingga 31/12. Rasanya ini merupakan persembahan penutup di Istana Budaya untuk tahun ini. Rancangnya nak tengok 29/12, lepas cuti panjang balik kampung. Jadi untuk entri kali ni, saya coretkan (copy paste dr web Istana Budaya) sedikit latar belakang teater ini.
Sinopsis
Inilah
ceritera tentang keteguhan seorang wakil sultan yang acap dipanggil Penghulu
atau 'Merah' menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah 'mukim
padi' (mukim kecil). Se-Merah Padi itu sebuah mukim yang terletak di sebuah
negeri dalam gugusan pulau-pulau Melayu pada zaman awal kedatangan Islam ke
Nusantara.
Tok Penghulu (atau Dato' Merah) sentiasa tekal berpegang
kepada ajaran Islam. Dua pendekarnya, Aduka dan Taruna bersahabat baik.
Kedua-dua pemuda yang menjadi pengapit kanan dan kiri itu ditugaskan untuk
melaksanakan undang-undang dan peraturan mengikut hukum hakam Islam. Tanpa
diketahui Tok Penghulu, anak gadisnya Dara, diam-diam mencintai Aduka. Sudah
menjadi tradisi, Tok Penghulu mengikat Dara dengan Taruna dalam ikatan
pertunangan. Lantaran Dara tidak sanggup menderhaka kepada ayahnya dan Aduka
yang enggan melukakan hati Taruna, percintaan sepasang remaja itu putus.
Pada suatu ketika, tatkala negara mereka diserang lanun,
Taruna dihantar oleh Tok Penghulu untuk berkhidmat kepada baginda sultan yang
memerintah negara. Sepeninggalan Taruna, Kampung Se-Merah Padi diserang Borek
dan gengnya. Dara diculik Borek. Aduka diperintahkan oleh Tok Penghulu untuk
memburu Borek dan menyelamatkan Dara. Dalam usaha untuk menyelamatkan Dara,
pasangan yang pernah bercinta ini menghadapi kemelut jiwa yang hebat lantaran
mendapati perasaan cinta mereka masih membara lalu terjadilah kejadian yang
tidak disangka-sangka
Aduka ditunggangi rasa bersalah kerana terperangkap di antara
'kesucian dan dosa'. Konflik memuncak sesudah Taruna pulang dari medan perang.
Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Apakah Tok Penghulu sanggup melaksanakan
hukum Islam kepada keluarganya sendiri? Apakah pergolakan Se-Merah Padi
seterusnya? Mampukah Tok Penghulu, Aduka dan Taruna berpegang teguh kepada
hukum daripada kitabullah?
Saksikanlah...
Pelakon:
Khir Rahman -
Aduka
Jue Aziz –
Dara
Fauzi Nawawi -
Taruna
Datuk
Baharuddin Hj Omar - Tok Penghulu
Baby Erin -
Galak
Bohari Ibrahim
- Jejaka
Opie Zami -
Borek
Azizah Mahzan -
Emak Dara
Azlan Komeng -
Kelana
A Efendy
Zasdar - Bapak Taruna
Roszilawati Ab
Rahim - Emak Aduka
Siti Habsah -
Emak Taruna
Ash Fizam (AF)
- Kachiwa
Tenaga
Produksi
Penerbit -
Nora Aisyah Binti Abdul Razak
Penerbit
Bersama - Zizie Izette Samad
Pengarah -
Rosdeen Bin Suboh
Penulis Skrip
- Rahimah Muda
Pengarah Muzik - Datuk
Suhaimi Mohd Zain
Tiket berharga RM30, RM50, RM150, RM180, RM200 dan boleh didapati di kauter tiket Istana Budaya atau boleh beli secara on-line di tiket2u.biz. Nanti dah tengok baru bleh review teater ni.
Selamat menonton....
2 comments:
untunglah dekat dgn istana budaya~
sangat untung yer...
Post a Comment