Showing posts with label apa-apa saja. Show all posts
Showing posts with label apa-apa saja. Show all posts

27 March 2012

My Generation

Assalamualaikum...

Lama dah tak update blog ni. Penyakit M kali ni kene sangat lama. Bukan tu je, ganguan-ganguan dari anasir-anasir lain seperti mukabuku, 9gag, tv, kucing sangat kuat. Memang tak berjaya nak tangkis. Malam ni tergerak nak update leas tengok vc dari youtube pasal My Generation. Comel sungguh video yang derang buat. Semua aktiviti yang ada dalam tu, aku penah buat. Dan aku rasa banyak lagi yang tak ditunjukkan pun aku buat. So, just enjoy the VC. Untuk bebudak yg lahir tahun 80an dan skolah masa tahun 90an, korang mesti senyum sorang-sorang bila tengok VC nih. Enjoy....

05 February 2012

Salam Maulidurrasul

Assalamualaikum...

Salam Maulidurrasul. Mari kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..




The Chosen One by Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah

Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah

Chorus

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me

Chorus

Lyrics: Bara Kherigi
Melody & Arrangement: Maher Zain
© Awakening Records 2010

20 January 2012

It's My Birthday

Assalamualaikum...


Happy Birtday to me. Tahun ni dah masuk 3 series. Tu je nak cakap. Okbai

09 January 2012

Fibox

Assalamualaikum

Apa tu Fibox? Fibox ni adalah shoutbox tempat pembaca blog tinggalkan jejak atau komen. Ada sesetengah pembaca yang lebih suka tinggalkan komen kat sini berbanding kat entri yang kita buat. Sebelum ni aku guna shoutmix. Memandangkan Shout mix dah kene bayar, so alternatif lain adalah Fibox.

Camne nak dapatkannya? Senang je.

1. Pergi kat laman web dia, www.fibox.ws/


2. Pastu daftar kat situ. Fibox akan hantar ke e-mail kita.


3. Pergi pada e-mail korang, klik pada link yang dia bagi.
4. Masukkan e-mail dan pasword korang, klik 'continue'
5. Bagi nama 'shout box' korang, klik 'continue'.
6. Klik 'Settings'. Pastu korang bleh ubah 'shoutbox korang ikut citarasa memasing.


6. Dah puas hati, 'copy html code' dia dan 'paste' pada blog korang.


7. Fibox sedia untuk digunakan.

Selamat mencuba


20 November 2011

| 20112011 |

Salam...

Tarikh hari ni cantik...

20-11-2011

Sekian...

Nota Kaki
1. Kitty ni dah RIP... :(
2. Minggu depan tak de generator... yeay...

22 May 2011

| 'Lay Out' Baru |

Salam....

Ta daaaaa... Ok tak 'lay out' baru blog ni? fefeeling ramai yg baca. Dah lama rasanya guna 'lay out' sebelum ni. Bukan apa, takut jadi macam sebelum ni. Bila tukar 'lay out' semua 'widget' hilang. Dah jadi satu kerja nak letak balik 'widget2' ni.

Memula tu nak amik 'lay out' dari sumber luar. Ada la pilih dua tiga yang berkenan. Dah down load pun. Tetiba terasa nak godek2 design sedia ada kat blogspot. Sekali ada templet yang cantik. Apa yang bestnya, kita boleh tukar ikut citarasa kita sendiri.



Jadinya, sekarang lagi banyak pilihan untuk template blogspot.

1. Pergi je ke 'Dashboard',
2. klik pada 'design',
3. pilih template yang kita nak,
4. tukar 'background' dan boleh tengok camne rupa blog baru kat bawah tu.

Kalau rase nak tukar font, warna tulisan dll, klik pada 'advanced' dan boleh tukar ikut citarasa sendiri. Senang kan. Dah siap tu jangan lupa la pulak klik pada 'Apply to blog'. Karang tak pasal-pasal dapat penat je. huhuhuhu...

Rasanya benda ni dah lama, cuma aku je yang baru perasan. Pada sesapa yang baru tau cam aku, boleh la cuba. Berbaloi-baloi.

Adiosss...

Nota Kaki
1. Masih lagi berhutang entri Krabi.
2. Malas nak edit gambar untuk masuk dalam blog.
3. Besok dah kerja... Waaaaaaaa... tapi bos tak de, yessssss

12 May 2011

| Blogpress Application |


Salam...

Semalam baru je download semula application ni. Sebelum ni dah pernah dowload, tapi ter'delete' pulak. Tension je... Bukan pe, app ni kene bayar. Tu yang sedikit ralat tu. Tapi tak pe, yang penting sekarang boleh blogging dimana-mana, bila-bila masa. Bukan x de yg free, tapi yang ni je boleh upload gambar, upload video, link ngan facebook dan twitter.

Yang bestnya app ni, kalau tak de 3g or wifi pun still boleh guna. Karang je apa yang nak ditulis, pastu save as a draft. Bila dah bleh online, post je la. Application ni bukan boleh gak guna utk wordpress, tumblr, joomla dan banyak lagi.

Happy Blogging... Adios...

- Posted using BlogPress from my iPhone

09 May 2011

| M.A.L.A.S |


Salam....

Sindrom atau penyakit M datang lagi. Dah berhabuk bersawang blog ni. Bukan tak de citer, tapi M.A.L.A.S. yang teramat. Aktiviti lepas kerja habis kat depan tv sambil layan mell sambil baca komik online. So tunggu je la cerita-cerita tertangguh seperti cuti2 krabi, new kitty in the house, cerita aku pi us taun lepas, dll lagi.

Ok la, nak pi gosok baju pastu gosok gigi, pastu tidur.

adiosssss....

21 February 2011

| Patah Kaki |


Assalamualaikum...

Sape yang patah kaki? Teruk ke? Huhuhuhuhu.... Aku yang patah kaki sebenarnya. Bukan patah cedera tapi patah sebab tak de kereta. Oggy masuk sepital. Masuk lama plak tu. Alaaaa, kes yang bon**t dia yang kene cium tu. (sila baca sini)

Kalau nak ikutkan dah agak lama la sebenarnya. tapi tak dan nak settle kan dokumen2 yg kene amik kat balai polis. Pastu nak kene cari masa plak nak hantar kereta ke servis centre. Tak nak la hantar kedai tepi2 jalan. Alang-alang wat claim kat 3rd party, baik pi tempat yang betul.

Jadinya, setelah dapat semua dokumen (report polis, keputusan sapa yg salah, report polis 3rd party, gambar bon**t oggy), makanya oggy telah selamat di hantar ke workshop. Yang tak bestnya, lama plak tu. Dalam 23 hari maksimum. Maknanya dalam masa 23 hari bermula hari ni, aku tak de kereta. Pi kerje jalan kaki, naik LRT & jalan kaki. Balik kerja pun jalan kaki, naik LRT & jalan kaki (rumah-stesen LRT-HKL-stesen LRT-rumah). Takde pasar malam, tak de jogging kat Tasik Permaisuri, tak de shopping kat JJ/SOGO. Waaaaaaaaaa......

Ok la, nak tidur awal. Sok kene bangun lebih awal untuk berkejar ke LRT.

08 February 2011

| Insomnia |

ihsan : En Google
Salam...

Smenjak dua menjak ni, rasa agak sukar untuk tidur pada waktu malam. Kalau masuk bilik tu, golek2 atas katil sampai pukul 3 pagi pun tak tidur lagi. Ni semua gara-gara kerja malam hari Jumaat lepas. Akibatnya kitar tidur dah berubah. Badan dah terbiasa tidur siang dan berjaga malam.

Semalam masuk kerja dengan tak cukup tidur. Dah macam zomba dah. Pagi masih boleh tahan lagi lepas minum nescafe secawan. Masuk tengahari, badan dah tunjuk simptom-simptom tak cukup tidur. Badan rasa sakit-sakit, nausea atau rase nak muntah dan rasa sangat letih. Nasib baik memang dah rancang awal untuk half day sebab nak amik report polis kat Polis Trafik Jalan Bandar. Lepas selesai kat Balai, terus balik rumah dan tidur. Dapat lena dalam 2 jam la jugak. Tak boleh lama-lama takut tak boleh tidur malam pulak. Alhamdulillah, malam tadi dalam pukul 2 pagi dah lena.

Sedikit info berkenaan dengan insomnia yang diambil dari Ensiklopedia Petua Melayu Lama:

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 - 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-gejala
  • Kesukaran untuk tidur.
  • Tidur yang putus-putus atau resah.
  • Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
  • Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
  • Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Punca-punca
  • Tekanan dan kerisauan
  • Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising
  • dan kotor, sejuk atau panas.
  • Persekitaran baru – contoh: Berpindah ke rumah baru.
  • Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
  • Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
  • Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang
  • pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
  • Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.

Apa Yang Harus Dibuat?
  1. Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
  2. Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
  3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
  4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
  5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.
  6. Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
  7. Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
  8. Baca sebuah buku yang membosankan.
  9. Dengar muzik yang lembut.
  10. Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.
  11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.


Apa yang boleh dilakukan oleh doktor?
  • Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
  • Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
  • Ubat tidur, jika perlu.
  • Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur.

02 January 2011

| Good Bye 2010, Hello 2011 |


Salam....

Entri pertama untuk tahun 2011. Rasenya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untik pembaca blog ni (ada ke yang baca?). Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Pastikan buku yang baru ni penuh dengan perkara-perkara yang baik hendaknya.

Statistik Blog 2010

1. Follower bertambah jadi 36 0rang
2. Bilangan entri cuma 55 je (sangat malas nak update blog)
3. Bulan paling banyak entri - Februari
4. Bulan paling malas sikit entri - September (sibuk beraya)
5. Bilangan pelawat dah 8705 (bila nak jejak 10000 nih)
6. Entri paling banyak komen - Jalan2 Cari Pasal : Putrajaya, 11 komen
7. Entri paling banyak view - Kembara Mahkota Johor, 378 page view
8. Duit kat Nuffnang - RM18.25 je...

Happy New Year!!!!

Nota Kaki
1. Selamat Ulang Tahun yang ke 25 buat adik kesayangan Nur Ernainee Wakiran. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
2. Besok dah kene mula bangun awal pagi untuk elak jem. Lambat 5 minit belum tentu dapat punch card kul 7.30

12 December 2010

| Bontot Oggy kene Cium |



Salam...

Siapa Oggy? Siapa yang sanggup cium bontot? huhuhuhu... Oggy ni kereta My Vi kesayangan. Hari Khamis lepas, sedang relaks2 memandu balik dari hospital, ada la sorang budak ni langgar aku. Tak ada angin tak ada ribut, tetiba je rasa kereta aku bergegar. Masa tu dekat ngan simpang empat dekat Institut Pediatrik HKL. Lampu isyarat bertukar merah, so tekan la break.

Bila keluar dari Oggy je, budak tu dok marah-marah aku kata aku break secara mengejut. What the h**l???? Dik, saya drive slow je ye. Lagi pun dekat ngan lampu isyarat. Takkan la saya ni bodoh bijak sangat nak drive laju2 pastu tekan break. Ke awak yang ikut saya rapat-rapat sambil guna telefon bimbit? Tapi itu bukan dialog yang aku luahkan la. huhuhuhu... Aku kan baik. Budak tu terus marah-marah sambil telefon mak ayah dia. Lepas tu telefon semua geng dia suruh datang ke tempat kejadian nak gertak aku. Aku pulak nak telefon sape? Dah la time balik kerja. Mesti la semua orang sibuk nak balik dah. Silap-silap dah ada atas motor. Berdebar jugak la.

Masa dia duk telefon semua orang tu, sempat la saya snap gambar kereta dia depan dan belakang. Nak dapatkan no pendaftaran dia. Senang nanti nak buat report. Tak lama lepas tu sorang lelaki datang. Rupanya bapa budak tu. Dia nampak aku pakai name tag HKL, so dia cool sikit, sebab dia pun staff HKL. Pas bapa dia tengok keadaan kereta, aku rasa bapa budak tu tau tu salah anak dia. Sah-sah la dia yang langgar aku dari belakang. Dekat ngan lampu isyarat plak tu. Jadinya dia minta no telefon aku dan akan telefon kemudian. Anak dia yang bodoh bijak tu dah gila meroyan. Siap nak hempok aku ngan topi keledar bapa dia lagi. Lepas dapat no bapa dia, aku terus blah. Tak nak la menyebabkan jem kat jalan yang dah sedia jem tu. Maklum la peak hour.

Nak dijadikan cerita, mak budak tu telefon bila saya sampai rumah. Nak settle luar katanya, tapi pi bengkel yg dia tau. Cakap ngan makcik tu, tunggu saya bincang ngan kawan saya dulu. Almaklumlah tak penah terlibat dalam kemalangan sebelum ni. Lepas berbincang ngan kawan-kawan yang ada pengalaman, derang nasihatkan buat je laporan polis pastu claim kat insurans dia ataupon settle luar tapi kene buat kat perodua. So aku telefon la balik dan bagitau mak budak tu. Makcik tu tetap nak menangkan anak dia dan kata aku salah dan tak nak claim insurans. Bila aku tanya betul-betul, rupanya anak dia masih lesen P lagi. Padan la beriya nak settle luar. So dah setuju, pagi-pagi besok, pi Perodua dan check kerosakan. Kalau setakat rosak luaran je, buat kat bengkel lain. Tapi kalau rosak benda lain kene buat kat Perodua. Aku pon setuju la.

Nak dijadikan cerita lagi, dah siap-siap nak tidor, dia telefon dan bagi tau dia nak wat report polis je. What the h**l!!!! Aku dah nak tidor ni, baru ko telefon la. Kenapa tak bagitau besok pagi yang ko dah buat report? Sekali lagi hati aku je yang cakap. Aku pon cepat2 pi Balai Polis Trafik, Jalan Bandar untuk buat report. Nak mendahului dia katanya. Lepas buat report, jumpa pulak Pegawai penyiasat trafik, Sarjan Aman rasanya. Dia baca report tu, pastu dia bagi slip untuk amik gambar. Dia kata tak payah susah-susah. Bawa slip yang dia bagi tu, pi memana bengkel/perodua, nanti derang tau la apa nak buat. Sebelum tu, dia suruh aku telefon budak tu, suh dia datang buat report malam tu jugak.

Oleh kerana masa datang tu naik kereta kawan aku, terpaksa la balik Cheras dan datang balik balai untuk amik gambar. Masa sampai tu kebetulan budak tu dah siap buat report dan nak amik gambar jugak. Tapi aku buat tak tau je, lepas selesai proses amik gambar, dengan tak pandang muka budak tu dan parents dia, aku terus je blah. huhuhuhu...

Teruk ke kereta aku? sikit je pon, tapi risau gak kalau bumper tu dah tak cangkuk betul. Karang tak pasal2 tengah memandu tetiba bumper tu jatuh. Minggu depan baru nak pi perodua. Tu je la ceritanya. Tapi berbulu juga la. Sebab salah orang lain, kereta aku jadi mangsa. Dah la tak nak mengaku kesalahan dia, pastu nak salahkan aku pulak. Hurm.... Tapi bersyukur, cuma kereta je yang cedera, pemandunya ok je.


kereta dia... Agak teruk gak la...

kereta saya... sikit je... alhamdulillah

10 November 2010

| 10 Things You Should Know About A True Blue Johorean |


Salam...

Baca artikel ni dari muka buku... Rasenya dari groups Kawan Kota Tinggi..


1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :
  • Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah” Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
  • Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
  • Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
  • Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
  • Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”
  • roti perata – roti canai
  • semangka -tembikai
  • epok2 -karipap

Sekadar berkongsi mungkin ramai yang tahu tapi x perasan...

Nota Kaki
Nak tau lagi banyak vocab orang Johor, bleh jengok blok Kucing Goreng Gemok

09 September 2010

| Salam Aidilfitri |


Salam...

Selamat tinggal Ramadhan, Ahlan wa sahlan ya Syawal... Sedar tak sedar dah sebula kita berpuasa. Besok semua muslimin muslimat akan merayakan Syawal. So camner persediaan utk raya besok? Rumah dah kemas? Juadah raya dah siap masak? Baju raya dah siap gosok? Kuih raya dah di isi? Yang paling penting, duit raya dah masuk dalam sampul?

Di kesempatan ini, nak minta ampun dan maaf dari hujung kuman rambut, hingga hujung daki kaki (pinjam ayat Fendi UIA) pada kawan-kawan x-SKSKR, x-SMSTJ, x-KMM, x-UKM, kawan2 pharmacist, kawan2 ofis CPFJohor, kawan2 di HKL, kawan2 di mukabuku dan kawan2 bloggers. Halalkan makan-minum, kalau ada hutang tuntut la segera. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu satu makna kepada kita semua.

Dah sebulan kita diet, hopefully diet dapat diteruskan sepanjang Syawal ni ye... OK la, nak sambung kemas rumah yang masih bersepah nih... Selamat Hari Raya Aidilfitri....


23 August 2010

| Ubat-Ubatan dan Puasa |

Salam...

Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu kita berpuasa. So, kali ni nak share sikit camne nak makan ubat mase berpuasa. Di harap sedikit sebanyak membantu la.

ubat-ubatan/mende2 lain yg mana kalau guna, batal puasa (nih ikut mazhab Syafie):
  • ubat titis hidung (narist.)
  • ubat titis teilnga (aurist.)
  • inhaler/nasal spray
  • suppositori/enema (yg duk masukkan dlm lubang dubur tuh.. utk sembelit, etc)
  • pesari (pessary) (ikut vaginal route.. cth: clotrimazole pessary)
  • prosedur2 lain (endoscopy, etc)
dikatakan BATAL kerana masuk dlm rongga badan.

ada pendapat lain mengenai penggunaan inhaler ketika berpuasa. Sila klik link dibawah untuk bacaan lanjut (thanks to zeela gojes for the info)

yg tak batal:
  • ubat titis mata (gutt.)
  • suntikan insulin/fondaparinux/pape arr yg ikut subcutaneous route
  • GTN (bwh lidah/sublingual)
  • hemodialisis (HD), dialisis peritoneal (PD)
Jadinya, camner nak makan ubat kalau puasa? Hurmmm... sila teruskan bacaan anda.

Cara pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa (oral)

1. od (sekali sehari) - kebanyakan ubat lain la..
  • pilih masa yg sesuai utk diri sendiri (sama ada berbuka/bersahur)
  • amalkan pd masa yg tetap spjg bulan Ramadhan.
2. bd (2 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali slps bersahur
3. bd (2 kali sehari) - sebelum makan - cth: bisacodyl, gliclazide, gemfibrozil, enalapril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps makan ubat yea.
  • sekali stgh jam sblm bersahur
4. tds (3 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali pd tgh malam (sebelum tidur) - makan sket arr sblm makan ubat yea.
  • sekali slps bersahur
5. tds (3 kali sehari) - sebelum makan - cth: nifedipine, isosorbide dinitrate, captopril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps berbuka
  • sekali sblm tidur (tgh malam)
  • sekali stgh jam sblm bersahur
6. qid (4 kali sehari)
  • sila bincang dgn doktor2 anda tentang keperluan menukar pengambilan ubat (mungkin kena tukar ubat/tukar kekerapan pengambilan ubat.. bergantung arr)
  • ataupun jika tak sesuai/keadaan memerlukan pt tuh on ubat tersebut qid jugak.., mungkin terpaksa arr diorg tak puasa. :)
Ni apa yang aku tahu la. Kalau ada pape yang tak betul, boleh la betulkan ye. Selamat berpuasa..

(credit to Rashidah, PRP HKL)

20 July 2010

| Kursus Farmasi Nuklear @ OSUMC |

senja @ Ohio... ni dalam kul 8 malam...

Salam…

Dah masuk 3rd week kat US ni… Jet Lag pon dah hilang. Tu pon amik masa seminggu jugak. Yela, kat Malaysia siang, kat sini malam. Tu yang bengong sket tu. Blog pun tak terudate sebab balik bilik je membuta. Huhuhuhu. Pagi2 plak dah amik kopi utk bertahan masa kat hospital.



Lupa nak bagitau, kat sini aku duk kat University Plaza Hotel. Bilik boleh tahan besar dan selesa. Tu yang duk memerap je dalam bilik. Bukan per, skang ni summer. Panas sangat ka luar tuh. Suhu cam lebih kurang kat KL, tapinya sangat la kering. Abih kulit mengelupas. Tak penah2 aku pakai moisturaiser sebelum pi keje, kat sini terpaksa pakai. Kalu tak kulit sangat2 kering sampai mengelupas.

katil besar... puas golek2...

antara meja study dan tv... tv la yg selalu aku guna... huhuhuh...

Rutin harian aku kat sini, seawal jam 7.00 pagi dah ada kat Ohio State University Medical Centre. Maklumla datang sini untuk kursus 'Nuclear Pharmacy Certificate Program' bukan bercuti-cuti. Tapi sambil2 tu adala jalan2 tengok tempat orang. huhuhuh... Pi OSUMC tumpang kete salah seorang peserta kursus. Kali ni ramai sket. Ada 6 orang termasuk kami dari Malaysia. Setiap pagi attach kat unit2 yang ada guna Nuclear Medicine. Tengok apa derang buat n camner handle ubat-ubat yang ada radioaktif. Pukul 10 ada kelas. Pastu lunch dan sambung lgi kelas sampai pukul 3 ptg. Balik hotel kne study n buat homework plak. Pastu tidur. Hurmmm…. Dah macam waktu undergrad plak dulu mase klinikal attachment kat HUKM. OSUMC berkali2 ganda lagi canggih dari HKL. Huhuhuhu…. Kalau la dapat kije kat sini….

Ohio State University, Columbus.


TLD ring & TLD batch... sape yg kije ngan radiasi msti tau....


Laminar Flow dalam hot lab

Makanan tak jadi masalah sangat kat sini. Sebelah hotel ada kedai Bangla jual makanan halal. Nasi pon ada jual gak. Kalau nak rase yg lain, kene jalan jauh sket. Ada lagi satu kedai Afghan. Tapi tak penah rase lagi. Kat kafe hospital plak ada banyak pilihan. Ada tuna salad, tuna sandwich, seafood pasta, veggie pizza. Portion dia besar plak tu. Kadang-kadang tapau separuh bawa balik hotel utk dinner. Duit lebih bleh bli menda lain. huhuhuhu….

Ok la… nak pi sambung study n wat homework. Nanti2 aku update jalan-jalan pi Bandar Columbus plak…

11 April 2010

|The bath tub test|

Salam...

Got this from my email.... Enjoys...

During a visit to the mental asylum, I asked the director how do
you determine whether or not a patient should be institutionalised.

"Well," said the director, "we fill up a bathtub, then we offer a teaspoon, a teacup and a bucket to the patient and ask him or her to empty the bathtub.."

"Oh, I understand," I said. "A normal person would use the bucket because it's bigger than the spoon or the teacup."

"No.." said the director, "A normal person would pull the plug.

Do you want a bed near the window?"

07 April 2010

|Kisah Kucing|

Salam...

Nak kongsi video yang comel ni.... Semoga terhibur...



15 March 2010

|Not Feeling Very Well|

DSC_0011

Salam...

Tak bape sihat since friday. X pi klinik pon. Self medication je. Stok ubat masih cukup kat umah. So makan je ubat. Tapi hari ni much2 better la. Terpaksa gagahkan diri masuk lab. Dah la Generator tak sampai hari ni. Memang panas hati. Tengok balik gambar2 sipadan rase tenang sikit. Miss Sipadan so much. Dah la trip p Perhentian di tunda ke tarikh lain yang tak tau biler. Hurmmm.... Nasib la Labuuuuu....


Nota Kaki
1. Tahniah untuk En Ijad atas pernikahannya semalam di Bentong, Pahang. Gambar nanti2 la aku upload.
2. Cik Kudut beranak lagi.... tak sabar nak balik kg...
3. Anak Taik Lalat yg palin ensem baru je mati.... sedeh....

12 February 2010

| Pekak |

Pernahkah anda mengalami situasi ini?


dan situasi ini?



Jika anda selalu mengalami salah satu atau kedua-dua situasi di atas, ini bermakna anda PEKAK. Pekak atau deaf dalam bahasa omputih bermaksud tidak dapat mendengar sebarang bunyi. Tapi ada bermacam2 jenis pekak. nak tahu lebih lanjut, sila la klik link di bawah:




Cik puan punya belog merupakan bestfren aku mase kat UKM KL dulu. Skang pon masih bff gak. Cumanya tak de la selalu lepak sama2 macam mase study dulu. Dia skang amik Phd kat Bristol dalam bidang Audiologi. Balik tahun depan nanti dah ada title dr ler. Aku, ntah biler nak dapat title tuh. hahahah... So nak tau lebih lanjut pasal kurang pendengaran ataupun bahasa kasarnya PEKAK, boleh le klik link tadi yer.


Nota Kaki
1. Aku kadang2 pekak gak. Tapi selalunya buat2 pekak lagi2 mase bos tengah membebel. hahahaha
2. Besok kene kerja. Waaaaaa..... nak balik kampung, nak jumpa kucing2 aku yg lain mak ngan adik2 ku...