31 December 2009

|Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010|

Salam....

2009 bakal melabuhkan tirainya kurang 2 jam je lagi. 2010 pun bakal menjenguk kita. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinyer? Hurmmm... harap-harap begitulah... dan ini adalah entri ke-100 untuk blog aku. Tak sangka ragin gak aku update blog ni erk... Harap2 tahun depan lagi rajin la aku update blog ni..

2009 mmg banyak tinggalkan pengalaman. Tapi apa yang berlaku sudah berlalu. So harapan 2010 akan lebih cemerlang dan gemilang... Best of luck from me.... Happy New Year 2010....


27 December 2009

|Gema Zafana 2009|


Salam....

Apekebenda Gema Zafana nih? Hurm, buat sesapa yang tak tahu, Gema Zafana ni merupakan satu persembahan Tarian Zapin yg dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor di Istana Budaya yang bermula dari 26/12/2009 hingga 29/12/2009. Persembahan yang berlangsung selama 3 jam terasa begitu sekejap dek tarian zapin, nyanyian lagu2 asli/ghazal serta persembahan muzik yang sangat MANTAP dan BERTENAGA dari penari, penyayi dan pemuzik. Memang berbaloi-baloi datang tengok semalam. Sebagai anak jati Johor, aku sangat banggan dengan persembahan semalam.

Sebelum aku membebel lagi, elokla aku citer sket latar belakang Tarian Zapin ni. Menurut wikipedia:

Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

Johor merupakan antara negeri yang memartabatkan Tarian Zapin ini. Tarian Zapin kini menjadi salah satu acara yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi sekitar ngeri johor. Ada juga sesetengah daerah yang mempersembahkan tarian zapin ini ketika majlis perkahwinan. Tarian Zapin disertai oleh semua generasi tak kira muda atau tua. Tidak ketinggalan kanak-kanak yang merupakan pewaris budaya. Usaha Yayasan Warisan Johor memartabatkan Tarian Zapin ini diharap dapat membuka mata masyarakat terhadap Warisan Budaya Melayu.

Berbalik kepada persembahan yag aku pi tengok semalam. Persembahan dimulakan dengan nyanyian dari Papa Rock, Ramli Sarip dengan diiringi terain zapin la.. Kami dapat lihat dengan sangat jelas sebab duduk kat depan sekali. Dapat tengok tarian plus dapat tgk musician main. sangat kagum. Secara kasarnya persembahan semalam ada jalan ceritanya. Ia menunjukkan bagaimana tarian zapin dapat dipersembahkan tak kira tempat dan masa serta tujuan. Ia di bahagikan mengikut beberapa segmen iaitu masyarakat biasa dan di Istana dan yg terakhir sekali Zapin Kontemporari.

Bermula dengan sambutan ketika memotong jambul, berkhatan, majlis persandingan dan juga majlis keagamaan untuk masyarakat biasa. Kemudian upacara2 di Istana serta persembahan diraja. Segmen2 di kampung sangat menarik bagi aku. Zapin yang lebih santai dan menghiburkan. Dengan gerak tari yang menarik dan mimik muka penari yang membuatkan aku tertawa. Segmen2 di istana pula lebih serius dan teratur. Pelbagai jenis tarian zapin seperti Zapin Putar Alam, Zapin Lenga Batu 28, Zapin Sri Bunian, Zapin Pekajang, Zapin Tenglu, Zapin Padang Sari Zapin Sarawak dan Zapin Terengganu dipersemabahkan. Lagu-lagu yang disampaikan juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan adalah lagu-lagu asli lama. Lagu-lagu terkini terutamanya nyanyian Papa Rock juga turut di muatkan. Kebanyakan penyanyi adalah dari YWJ sendiri.

Oleh sebab persembahan terlalu panjang, dia dibahagi kepada dua segmen. Ada rehat sekejap kat tengah2. Memandangkan seat depan sekali kosong, kitaorang pindah duduk lagi depan. Disamping dapat tgk tarian dengan lebih jelas, kita org dapat mengitai pemuzik main. Segmen lepas rehat ni lebih formal dan ke arah Zapin Kontemporari. Rentak semakin rancak dan tarian semakin menarik. Kesemua penari yang dibahagi kepada 2 kumpulan saling bertukar ganti menarikan rentak lagu yang dialunkan. Sangat la kagum. Derang bleh menari dengan sangat laju tanpa berlaga antara satu sama lain. Ada juga segmen Satu Malaysia dimana Tarian India Dan Tarian China dipersembahkan. Di akhir persembahan, pentas dibuka kepada penonton utk turut menari bersama2. Malam semalam, Menteri Besar Johor turut hadir memeriahkan persembahan terakhir. Beliau dan isteri turut sama naik kepentas untuk menari bersama org ramai dan penari2 Gema Zafana.

So overall performance sangat best. Tak rugi datang tgk. Tarian yang meletop, muzik yang sangat best (aku suka tgk live orkestra), nyanyian pun best jugak. Harap-harap Gema Zafana ni jadi acara tahunan le. Tapi kalu nak ikutkan kalendar IB yg dah kuar, cam tak de je tahun depan. So buat sapa2 yang belum tgk, sila la meramaikan istana budaya pada 28 dan 29 December 2009. Tiket boleh didapati di Tiket2u.biz.

Sedikit video dari tahun 2004




Sedikit Gambar semasa persembahan semalam yg sempat aku curi2 amik...

Pemuzik YWJ

Penari cilik sedang beraksi...

Papa Rock

Pak Menteri Besar Johor Menari sama...

24 December 2009

|Sawang|

Salam....

Dah lama dah blog ditinggalkan tanpa posting2 terkini. Kemalasan melanda di samping aktiviti lain seperti masak-memasak dan berperang di mukabuku, layan citer budak2 kat satu mangga dan yg terkini duk melayan kucing2 ku, thom ngan mell. Akhirnya berjaya gak aku bawak diacing ni ke KL...

Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan aku kerja kat KL. Banyak menda baru aku belajar, ramai kawan baru aku kenal. Seronok kerja kat sini. yela, suasana beru, kerja baru, kawan2 dan kenalan pon baru. Waktu kerja start kul 7.30am. So seawal 6.45am aku dah gerak dari umah. Kalu dulu 7.45am baru aku gerak. Meredah jalan Yap Kuan Seng setiap pagi... Seb baik masuk keje awal, so tak de la jem sangat. Balik pun 4.30pm dah keluar. Biasanya aku terus balik umah. So dalam 5.15pm dah sampai umah. Aktiviti lepas tu, golek2 depan tv sampai la tertdur... huhuhuh....

Kerja baru, tempat baru, tapi aktiviti jalan2 tetap juga. Beberapa event yg aku tak sempat ak update, Jalan2 car makan @ Perlis, Mencari kedinginan @ Cameron Highland dan Reunion SMSTJ 99ners @ Redang. Tu nanti2 la aku update. Gambar banyak kat lappy. Ni update blog dari komp di tempat kerja. Hari ni adalah hari berehat2 sebab tak de kes. Skali skala update dr hospital bleh la. lagipun bos ku tiada... huhuhuhu....

|Jodoh|

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right
dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya,
bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada.`