Showing posts with label kenali ubat anda. Show all posts
Showing posts with label kenali ubat anda. Show all posts

23 August 2010

| Ubat-Ubatan dan Puasa |

Salam...

Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu kita berpuasa. So, kali ni nak share sikit camne nak makan ubat mase berpuasa. Di harap sedikit sebanyak membantu la.

ubat-ubatan/mende2 lain yg mana kalau guna, batal puasa (nih ikut mazhab Syafie):
  • ubat titis hidung (narist.)
  • ubat titis teilnga (aurist.)
  • inhaler/nasal spray
  • suppositori/enema (yg duk masukkan dlm lubang dubur tuh.. utk sembelit, etc)
  • pesari (pessary) (ikut vaginal route.. cth: clotrimazole pessary)
  • prosedur2 lain (endoscopy, etc)
dikatakan BATAL kerana masuk dlm rongga badan.

ada pendapat lain mengenai penggunaan inhaler ketika berpuasa. Sila klik link dibawah untuk bacaan lanjut (thanks to zeela gojes for the info)

yg tak batal:
  • ubat titis mata (gutt.)
  • suntikan insulin/fondaparinux/pape arr yg ikut subcutaneous route
  • GTN (bwh lidah/sublingual)
  • hemodialisis (HD), dialisis peritoneal (PD)
Jadinya, camner nak makan ubat kalau puasa? Hurmmm... sila teruskan bacaan anda.

Cara pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa (oral)

1. od (sekali sehari) - kebanyakan ubat lain la..
  • pilih masa yg sesuai utk diri sendiri (sama ada berbuka/bersahur)
  • amalkan pd masa yg tetap spjg bulan Ramadhan.
2. bd (2 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali slps bersahur
3. bd (2 kali sehari) - sebelum makan - cth: bisacodyl, gliclazide, gemfibrozil, enalapril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps makan ubat yea.
  • sekali stgh jam sblm bersahur
4. tds (3 kali sehari) - selepas makan
  • sekali slps berbuka
  • sekali pd tgh malam (sebelum tidur) - makan sket arr sblm makan ubat yea.
  • sekali slps bersahur
5. tds (3 kali sehari) - sebelum makan - cth: nifedipine, isosorbide dinitrate, captopril
  • sekali sewaktu berbuka (makan ubat + kurma + minum air) - makan stgh jam slps berbuka
  • sekali sblm tidur (tgh malam)
  • sekali stgh jam sblm bersahur
6. qid (4 kali sehari)
  • sila bincang dgn doktor2 anda tentang keperluan menukar pengambilan ubat (mungkin kena tukar ubat/tukar kekerapan pengambilan ubat.. bergantung arr)
  • ataupun jika tak sesuai/keadaan memerlukan pt tuh on ubat tersebut qid jugak.., mungkin terpaksa arr diorg tak puasa. :)
Ni apa yang aku tahu la. Kalau ada pape yang tak betul, boleh la betulkan ye. Selamat berpuasa..

(credit to Rashidah, PRP HKL)

30 July 2009

_| Melayan Budak-Budak |_


Salam semua...

Entri kali ni, aku buat dekat kampung. Kenapa? Sebab hari ni aku off. Hantar adik aku pi interview kerja kat Lembaga Getah Malaysia, Kota Tinggi. Kesian dia, sebab aku dia sampai lambat. Bukan aku sengaja. Perut pagi2 dah meragam. Tensen btol. Nasib baik sempat sampai sebelum interview habis. huhuhuhu.. Berbalik kepada tajuk. Melayan budak-budak mana? Bebudak SMK Sg Abong kat Muar. Kami di jemput untuk mengadakan pameran dan ceramah kerjaya sempena Minggu kerjaya sekolah tu. Sampai2 pagi tu, aku dah kagum. Apa tak nya, dua bijik heli mendarat kat sekolah tu. Satu dari Unit Udara PDRM, satu lagi dari Tentera Udara diRaja Malaysia. Selain dari kami (Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar) pelbagai unit dari PDRM dan Angkatan Tentera ada buat pameran. Sangat kagum sebab sekolah harian biasa, dapat buat minggu kerjaya yg begitu sukses. Layanan cikgu2nya pun 'first class'. Pameran seperti biasa la, tunjuk ubat-ubat yg tak boleh digunakan, camne nak kenal hologram dan pameran dari hospital(kerjaya). Ceramah pulak, pasal kerjaya dalam farmasi ler. Cuma sedikit hangin bila slot kami yg sepatutnya mula jam 11.30pagi ditunda sampai kul 12.30 tgh sebab TLDM tak reti nak berhenti. huhuhuhu...

Makan-makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awur. tempat wajib pergi kalu ade kerja kat muar. menu : Siakap stim, sotonggoreng tpung, kerang rebus, lala masak sambal, sayur = RM42


pelik nama hotel ni. Hotel baru kat Muar. harga pun murah....


penat melayan bebudak n cikgu2. Kesian efi sorang2 mase aku bg talk.

Talk kerjaya Farmasi. Kesian bebudak ni, didera dgo talk sampai kul 1.30 pm. Seb baik Pharmacist n Dietition punya talk best... =p

pameran Tentera. contoh2 periuk api.

pameran PDRM. pistol n senapang....

sesi bergambar ngan heli & motor trafik


Nota Kaki
1. Pas pameran makan mee bandong muar kat Tanjung Agas. Siap tapau bwa balik jb.
2. Pagi2 perut meragam sebab mee bandung pedas sangat. kesian aku....
3. Sila la jemput kami lagi tahun depan ye cikgu...


10 July 2009

_| Jalan-jalan Kg Orang Asli |_




Salam semua..... Kemalasan yang amat sangat untuk mengupdate blog ni. Aku tak tau la, camner org bleh update blog tiap2 hari. Ade tu, sehari sampai 2,3 entri. Cukup rajin.... Mungkin sebab aku banyak wat benda sampingan cam tgk tv, main Mafia War kat fesbuk, baca komik online, baca blog orang lain. Tula keje tiap2 hari lepas balik keje. Blog sendiri terbengkalai.... huuhuhuh

Hmmm... weekend lepas, aku join pameran sempena Kembara Mahkota Johor, Jelajah Pedalaman. TMJ ni rajin berjalan. Tiap2 tahun ada aktiviti dia. Kalau tak silap aku yg tahun ni dah edisi ke 11 kot. Ada banyak edisi. Yang biasa2, ada Jelajah Pulau. Yang terbaru ni, jelajah pedalaman. Pergi kampung2 orang asli sekitar Johor. Program start 4-7 Julai lepas. Kali ni ofis aku dijemput untuk buat pameran. Seperti biasa la, aku jugak yg kne pergi. Nak wat camner... SYMP....

Kalau nak diikutkan, kami kene wat dua pameran. Satu kat Mersing, satu lagi kat Kota Tinggi. Tapi aku pergi yg kat Mersing je. Lagi satu team lain yg pergi. Kami berempat (dayah, tuhfah ngan driver) gerak ke Mersing petang Jumaat. Bermalam di mersing dulu. Sampai Mersing dalam kul 6.30 pm. Lepas check in bilik, lepak2 jap p cari makan la. huhuhuhu... Kami makan kat satu kedai makan kat tepi pantai Mersing, Sally's Place. Tempat ni unik sket. Kenapa aku cakap unik, nnti aku citer eh...

tempat makan yg best....

Keesokan harinya, seawal pukul 9.00am dah berkumpul kat Pejabat Kesihatan Mersing. Pergi ke tempat kejadian, Kg Tanah Abang, Mersing dengan org pejabat kesihatan skali. Perjalanan dari Mersing ke Tanah Abang dalam sejam lebih je. Jalan nak masuk pun ok, dah berturap. So takde la sejauh macam mase pameran kat Kg Peta, tahun lepas. (tp bukan aku yg pergi la) Sampai2 je, terus set up booth pameran. Nak dijadikan cerita, tempat terhad la plak. ada 3 jabatan yg buat pameran termasuk satu untuk saringan kesihatan. Khemah yg ada cuma dua je. Bincang punya bincang, dapat la sorang sket. Cukup la sekadar nak letak contoh2 ubat, poster2 yg berkaitan ngan pamplet2. Tempat sangat la panas. Dekat tepi padang dan tak de kipas. Seb baik la ktaorg pakai t-shirt je. sian tgk org2 lain yg pakai uniform, baju batik. huhuhuhu....

ubat2... sape mau beli...

sibuk melayan pelanggan....

tuhfah n dayah mencuba hobi baru...

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tak dela tengah hari pun. Dalam pkul 3 lebih angin dah mula bertiup kencang. Ala, ni angin biasa je ni kot (aku berkata dalam hati) Mase nih cma aku ngan Izudin je ada. Tuhfah ngan Dayah buat aktiviti sampingan. Berkarya katenya. Semakin lama angin semakin kuat. Tiba-tiba khemah kami terangkat. Bergerak jauh plak tuh, ada la dekat 1m. Board tempat letak poster abih jatuh. Pamplet2 habis berterbangan. Board org kesihatan lagi la kesian, sampai tercabut2. Kami apa lagi, terus kemas2 barang, lipat board, simpan2 apa yang patut. Mase tuh dalam pukul 5 lbh. Rombongan tak sampai2 lagi. Lepas hujan reda sikit, pasukan penyelamat sampai. Derang betulkan balik khemah, letak ke kedudukan asal. Oleh sebab TMJ nak datang ke setiap booth, so kne la siap2 apa yang patut. Aku buat keputusan untuk pamerkan contoh ubat ngan pamplet2 jer. Poster tak payah tunjuk. kang kalu ribut lagi susah la plak.
berkemas cam nak balik... lepas ribut reda...

Rombongan sampai dalam kul 6.00 pm baru rombongan sampai. Tp TMJ tak mencemar duli pun. Gering katenya. Raja Muda Tengku Ismail Ibrahim je yg datang melawat dari satu booth ke satu booth. Pastu ada la sikit majlis rasmi, sikit penyampaian sumbangan kepada org2 kampung. Kemudian sikit acara sukan. Tuh pun tarik tali ngan bola sepak je kot. Raja Muda tak main pon. Tgk dari tepi je. Dalam kul 7.00 pm, acara selesai. Lepas isi perut, kemas2 barang terus cabut. 2 jam lebih perjalanan dari Kg Tanah Abang ke JB. Balik kami ikut Bandar Tenggara. Jalan dia cantik sket la dr Jalan Kota Tinggi-Mersing. Sebab, ada org mabuk. huhuhuhu. Sepanjang minggu ni, aku keje kat Pejabat di Pasir Gudang. Keje tak de la bz maner, tp duk sibuk baca komik. huhuhuhu. Tu pun masih lagi ade org kacau, nak mnta wat pameran lagi weekend nih.

ketibaan Tengku Ismail...

dayah duk explain pada Tengku

group photo... tuhfah n dayah dgn hasil kerja di kg Tanah Abang

Nota Kaki
1. Minggu ni kerja kat Pasir Gudang... sangat benci meredah jem tiap2 pagi...
2. Sat g nak gerak ke KL. Ader org nak belanja makan besar...
3. Aku sukeeee.. kenapa? nanti2 aku update...

23 March 2009

~kursus TOT~

Minggu ni ada kursus 'training of trainer' untuk kempen anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi....Opis aku yg anjurkan... Jadi urusetia yg tak bape setia. huhuhuhu... sebab aku bnyk bz ngan mende lain mase sblum kursus... update 'cuti-cuti malaysia-tioman' akan di selesaikan nnti2. nak mengedit n memilih gambar. Banyak sangat gambo...

23 February 2009

...Know Your Pharmacist...


Hari Ahad yang lepas, ofis aku bersama MPS cawangan Johor mengadakan satu kempen 'Know Your Pharmacist' di Plaza Angsana, Johor Bahru. Objektif kempen ini adalah untuk memberitahu masyarakat fungsi pharmacist dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat. Memandangkan kami ni Pharmacist, so perkara yang di titik beratkan adalah mengenai ubat. Itu sememangnya sinonim bagi masyarakat. huhuhuhu....

Kempen yang bermula seawal jam 10 pagi mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari orang ramai. Aktiviti yang dijalankan adalah pameran mengenai kenali ubat-ubat anda, kenali ubat-ubat berdaftar, kaunseling farmasi, pemeriksaan kesihatan serta kempen derma darah. Ada juga beberapa syarikat farmaseutikal yang mengadakan jualan produk-produk supplement kesihatan dengan harga diskaun yang sangat menarik. Tapi aku tak beli papepun. huhuhuhu. Aku tak derma darah di atas sebab-sebab tertentu. Bukan takut darah okay... aku dah 5 kali derma darah. Tapi sejak 'perkara itu' berlaku, aku dah tak buleh derma darah. Sedeh sangat....

By the way... kempen kali atau lebih kepada 'road show' ni agak berjaya. Booth kami sediakan 100 hadiah untuk kuiz. Belum pukul 4 pm, semua hadiah dah abih. So maknanya lebih 100 orang la yg datang booth kami. Bilangan yang derma darah pun agak memberangsangkan. Orang hoppital target cuma 50 orang je, tp yang derma dalam 80 orang. Lagi satu, aku seperti biasa la, jadi photographer tak bertauliah. huhuhu....

pengunjung yang hadir dalam road show kali ni

booth penguatkuasa farmasi

Bos besar ditemuramah oleh emcee pada hari tersebut, Zila dan Ihsan (thanks guys. tanpa korang, tak meriah program kali ni)

acara jigsaw puzzle yang di adakan semasa program

tenaga kerja yang berusaha keras menjayakan road show 'know your pharmacist'