10 July 2009
_| Jalan-jalan Kg Orang Asli |_
Salam semua..... Kemalasan yang amat sangat untuk mengupdate blog ni. Aku tak tau la, camner org bleh update blog tiap2 hari. Ade tu, sehari sampai 2,3 entri. Cukup rajin.... Mungkin sebab aku banyak wat benda sampingan cam tgk tv, main Mafia War kat fesbuk, baca komik online, baca blog orang lain. Tula keje tiap2 hari lepas balik keje. Blog sendiri terbengkalai.... huuhuhuh
Hmmm... weekend lepas, aku join pameran sempena Kembara Mahkota Johor, Jelajah Pedalaman. TMJ ni rajin berjalan. Tiap2 tahun ada aktiviti dia. Kalau tak silap aku yg tahun ni dah edisi ke 11 kot. Ada banyak edisi. Yang biasa2, ada Jelajah Pulau. Yang terbaru ni, jelajah pedalaman. Pergi kampung2 orang asli sekitar Johor. Program start 4-7 Julai lepas. Kali ni ofis aku dijemput untuk buat pameran. Seperti biasa la, aku jugak yg kne pergi. Nak wat camner... SYMP....
Kalau nak diikutkan, kami kene wat dua pameran. Satu kat Mersing, satu lagi kat Kota Tinggi. Tapi aku pergi yg kat Mersing je. Lagi satu team lain yg pergi. Kami berempat (dayah, tuhfah ngan driver) gerak ke Mersing petang Jumaat. Bermalam di mersing dulu. Sampai Mersing dalam kul 6.30 pm. Lepas check in bilik, lepak2 jap p cari makan la. huhuhuhu... Kami makan kat satu kedai makan kat tepi pantai Mersing, Sally's Place. Tempat ni unik sket. Kenapa aku cakap unik, nnti aku citer eh...
Keesokan harinya, seawal pukul 9.00am dah berkumpul kat Pejabat Kesihatan Mersing. Pergi ke tempat kejadian, Kg Tanah Abang, Mersing dengan org pejabat kesihatan skali. Perjalanan dari Mersing ke Tanah Abang dalam sejam lebih je. Jalan nak masuk pun ok, dah berturap. So takde la sejauh macam mase pameran kat Kg Peta, tahun lepas. (tp bukan aku yg pergi la) Sampai2 je, terus set up booth pameran. Nak dijadikan cerita, tempat terhad la plak. ada 3 jabatan yg buat pameran termasuk satu untuk saringan kesihatan. Khemah yg ada cuma dua je. Bincang punya bincang, dapat la sorang sket. Cukup la sekadar nak letak contoh2 ubat, poster2 yg berkaitan ngan pamplet2. Tempat sangat la panas. Dekat tepi padang dan tak de kipas. Seb baik la ktaorg pakai t-shirt je. sian tgk org2 lain yg pakai uniform, baju batik. huhuhuhu....
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tak dela tengah hari pun. Dalam pkul 3 lebih angin dah mula bertiup kencang. Ala, ni angin biasa je ni kot (aku berkata dalam hati) Mase nih cma aku ngan Izudin je ada. Tuhfah ngan Dayah buat aktiviti sampingan. Berkarya katenya. Semakin lama angin semakin kuat. Tiba-tiba khemah kami terangkat. Bergerak jauh plak tuh, ada la dekat 1m. Board tempat letak poster abih jatuh. Pamplet2 habis berterbangan. Board org kesihatan lagi la kesian, sampai tercabut2. Kami apa lagi, terus kemas2 barang, lipat board, simpan2 apa yang patut. Mase tuh dalam pukul 5 lbh. Rombongan tak sampai2 lagi. Lepas hujan reda sikit, pasukan penyelamat sampai. Derang betulkan balik khemah, letak ke kedudukan asal. Oleh sebab TMJ nak datang ke setiap booth, so kne la siap2 apa yang patut. Aku buat keputusan untuk pamerkan contoh ubat ngan pamplet2 jer. Poster tak payah tunjuk. kang kalu ribut lagi susah la plak.
Rombongan sampai dalam kul 6.00 pm baru rombongan sampai. Tp TMJ tak mencemar duli pun. Gering katenya. Raja Muda Tengku Ismail Ibrahim je yg datang melawat dari satu booth ke satu booth. Pastu ada la sikit majlis rasmi, sikit penyampaian sumbangan kepada org2 kampung. Kemudian sikit acara sukan. Tuh pun tarik tali ngan bola sepak je kot. Raja Muda tak main pon. Tgk dari tepi je. Dalam kul 7.00 pm, acara selesai. Lepas isi perut, kemas2 barang terus cabut. 2 jam lebih perjalanan dari Kg Tanah Abang ke JB. Balik kami ikut Bandar Tenggara. Jalan dia cantik sket la dr Jalan Kota Tinggi-Mersing. Sebab, ada org mabuk. huhuhuhu. Sepanjang minggu ni, aku keje kat Pejabat di Pasir Gudang. Keje tak de la bz maner, tp duk sibuk baca komik. huhuhuhu. Tu pun masih lagi ade org kacau, nak mnta wat pameran lagi weekend nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SYMP tu benda apa?
xplorer- symp=saya yg menurut perintah....
Post a Comment