Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

17 April 2009

::Pemandangan Terindah~Tioman::

lagi, gambar2 menarik di tioman... enjoy.....

jeti @ Kampung Genting, Tioman


Our resort, Sun Beach Resort


Scenery @ kg Genting, Tioman


Kampung Salang, Tioman


Batu di tepi pantai


Anak2 ikan


pulau2 dr pantai mersing

16 April 2009

::Sun Set @ Tioman::

beberapa gambar matahari terbenam di Pulau Tioman..... enjoy..... =p

18 February 2009

...Puteri Gunung Ledang The Musical...


Teater yang aku memang nak tengok dari 1st season lagi. Tapi ada je halangannya. At last, Sabtu lepas (14/2/2009) dapat gak aku tengok. Tiket beli awal gila. Masa dia tak iklankan lagi. huhuhuh... Semangat tak semangat nak tengok PGLM ni. Sabtu tu aku tengok ngan Edu, ChaCha & Atem. Plan asal Marin join skali. Tapi dia ada hal, tu yang ajak edu tu. By the way, thanks to ChaCha kerana blanja kami tgk PGLM kali ni. Lain kali buleh blanja lagi.

Kami beli tiket yang paling murah. So duduk pun kat atas skali la. sangat jauh dari stage. Tapi still boleh nampak semua. Teater start tepat2 jam 8.00 pm. Tapi aku ngan Edu sampai lambat sket. Susah nak cari parking. Kebetulan ada event lain kat perkarangan IB tu. Tensen je. Nasib baik tak terlepas pape. Cuma terlepas nyanyi lagu negaraku je. huhuhuhu.... Teater ni ada 2 sesi. First halft tu cerita kat Majapahit. Camner Hang Tuah bleh jumpa Puteri. Camner Sultan tolong Majapahit. Camner abg puteri janji nak kawenkan dia ngan Sultan. Suara n nyanyian most of the actor sangat2 la bagus dan jelas. Tapi paling aku kagum suara Stephen, yang boleh manyaingi bunyi muzik yang kuat. Lagi satu, props2 yang digunakan sangat2 la cantik dan kreatif. Satu2 props tu (gunung-ganang) digunakan dalam bermacam2 scene dengan bermacam2 cara. Baik mase kat majapahit, mahu pun kat Melaka.

Antara 1st ngan 2nd part, ada rehat 20 minit. Then sambung balik... Babak kat Melaka/Gunung Ledang. Masa ni la banyak kelainan dari teater2 yang penah aku tengok. Dia ada masukkan unsur-unsur magik. Nenek kebayan buleh hilang. Nenek kebayan bertukar jadi Puteri. Memang sangat2 best. Selain dari lagu-lagunya yang sedap, koreographer dia pun sangat best. Bermacam2 unsur tarian dimasukkan. Bukan je tarian tradisional, tarian kontemporari pun ada. Paling suka masa babak Sultan Melaka menari.

Dalam kul 11.30pm, teater pun abih. Tapi sangat menyesal sebab tak bawa Nique. Sian Nique, duk dalam kereta je. Sebab ramai gak yang bawa kamera. Sangat-sangat la frust. Lepas abih je, kami terus beransur. Singgah Mc D, sebab kelaparan tak sempat dinner.

Besoknya pulak, aktiviti pinky day, berbaju pink menonoton Pink Panther 2... sikit gambar2 mase g KL hari tu.... enjoice....

kat KLCC after lunch di Nandos

09 December 2008

Gamelan, Seni Warisan Bangsa.....

GAMELAN merupakan sejenis alat muzik tradisional warisan budaya yang banyak ditemui di seluruh Nusantara. Gamelan berasal daripada perkataan gamel (Jawa Kuno) yang bermakna bermain, dipukul atau palu untuk menghasilkan bunyi-bunyian.

Seni gamelan Melayu di Malaysia dipercayai berasal dari kerajaan Riau-Lingga di Johor dan seterusnya diperkenalkan di Pahang dan akhir sekali ke Terengganu. Skill yang digunakan dalam gamelan melayu ialah pentatonic slendro. Gamelan dikasifikasikan sebagai idiofon dan tergolong dalam genre tradisi.

Alat-alat muzik gamelan melayu terdiri daripada 7 alat utama. Iaitu Bonang, Gambang, Saron Pekin, Saron Barong, Kenong, Gendang dan Gong. Not dalam gamelan adalah
1, 2, 3, 5, 6, i = B flet, C, D, F, G, B flet


BONANG

Bonang juga dikenali sebagai Keromong dan diperbuat daripada campuran tembaga dan timah (perunggu). Terdapat dua jenis bonang iaitu Bonang Barung dan Bonang Penerus. Kedua-duanya terdiri dari 10 gong kecil yg disusun dalam dua barisan. Baris atas dipanggil sebagai Lanang (lelaki dalam bahasa jawa) dan baris bawah dipanggil sebagai Wedok (perempuan dalam bahasa jawa). Ia berbeza dari segi saiz dan pic dimana penerus mempunyai saiz yang lebih kecil dan pic yang lebih tinggi berbanding Barung. Bonang berfungsi untuk memainkan melodi dalam satu-satu lagu. Teknik yang digunakan dalam bonang ialah teknik serentak, bertingkah dan berbunga.

GAMBANG

Gambang pula terdiri daripada 17 hingga 21 bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema. Ia menyerupai Xylophone. Gambang dimainkan dengan menggunakan dua alat pengetuk yang berbentuk bundar dengan tangkai pemegang dibuat dari tanduk kerbau yang dikecilkan sehingga dapat melentur.

SARON PEKING


Saron Pekin juga dikenali sebagai Saron penerus. Peranannya menggandakan melodi pokok dimana ia di ketuk sebnayak 2 kali. Terdiri daripada bilah-bilah yang kecil dan tebal yang diperbuat daripada perunggu. Teknik yang digunakan ialah teknik pendam dan tingkah (bersama-sama Saron Baron). Alat penukulnya diperbuat daripada tanduk kerbau. Berbeza dengan Saron Baron, Saron Peking mempunyai pic yang tinggi.

SARON BARONG


Saron Barong terdiri dari bilah yang nipis dan lebar. Diperbuat daripada perunggu dan penukulnya pula daripada kayu yang lembut. Teknik yang digunakan ialah teknik pendam dan tingkah (bersama-sama Saron Baron). Berbeza dengan Saron Peking, Saron Baron mempunyai pic yang rendah dan diketuk sekali.

KENONG

Kenong juga dikenali sebagai alat kolotomik atau penentu fasa. Kenong diperbuat dari perunggu dan diketuk sekali di hujung setiap fasa/frame lagu. Ia seperti gong, tapi dalam saiz yang kecil sedikit dan diletakkan seperti bonang.

GONG
Gong gamelan terbahagi kepada dua iaitu gong agung dan gong suwukan. Gong agung diperbuat daripada pe
runggu dan menerbitkan suara overtune.

GENDANG

Gendang adalah sebagai penyokong irama dalam esemble gamelan melayu, merupakan jenis Gendang muka dan berbentuk seperti tempayan. Permukaan besar direnggangkan dengan belulang lembu manakala permukaan kecil dengan belulang kambing.

Dahulu, Gamelan banyak dimainkan ketika adat istadat di istana raja. Namun pada hari ini, gamelan dimainkan di majlis-majlis rasmi seperti konvokasyen, perasmian sesuatu acara serta di majlis perkahwinan. Lagu yang dimainkan juga bukan sekadar lagu tradisional sahaja. Lagu-lagu kontemporari juga boleh diperdengarkan melalui alatan gamelan.

Untuk mengetahui bagaimana gamelan dibuat, bolehla pergi ke link dibawah:

Perusahaan Gamelan