Showing posts with label Jogjakarta. Show all posts
Showing posts with label Jogjakarta. Show all posts

05 February 2011

| Cuti-cuti Indonesia : Merapi & Borobudur |

Salam...

Hari kedua di Jogjakarta. Bangun seawal jam 6.30 pagi. Tapi bila buka tingkap, hati dah terang benderang. Cam kul 7.30 pagi kat Malaysia. Pagi2 je dah dapat berita x best. Member yg tertinggal passport semalam x dapat nak join kami. Kenapa? Semua sebab PTPTipu. Sedih dengar.

Pagi kami sarapan ringkas je. Air teh yang disediakan oleh pihak rumah tumpangan dan nasi kuning yang dibeli dari penjual yg menjual sarapan dari pintu ke pintu. Member sorang lagi best, makan nasi kucing. huhuhuhu... Harga sangat murah. Selepas sarapan, terus bersiap-siap. Supir janji nak datang jam 8.00 pagi.

Destinasi pertama melawat Merapi. Alang2 dah sampai Jogja, kene la tgk kesan kemarahan Merapi. Perjalanan dari Jogja ke Merapi ambil masa dalam sejam lebih la jugak. Semakin menghampiri Merapi, semakin nampak kemusnahan yang disebabkan oleh lahar yang dimuntahkannya. Pokok2 habis terbakar, rumah2 habis musnah.

DSC_0307
Kemusnahan di sepanjang jalan menuju Merapi

DSC_0330
Padang jarak, padang terkukur

Tempat yang di tuju merupakan kawasan perkampungan yang telah termusnah. Di kiri dan kanan jalan kelihatan sisa2 pokok yang togel tanpa daun. Cuaca agak panas di kaki merapi. Tapi udara dingin yang bertiup mengimbangi cuaca panas. Memula agak kecewa sebab puncak Merapi tidak kelihatan kerana dilindungi awan dan kabus. Tapi nasib menyebelahi kami bila angin yang bertiup menolak kabus yang menyeliputi Merapi. Sempat la tangkap beberapa keping gambar sebelum awan dan kabus menutupi Merapi semula.

DSC_0333
Kampung yang musnah

DSC_0359
me @ Gunung Merapi

DSC_0326
Laluan lahar Merapi

DSC_0371
Rintihan Merapi 1

DSC_0382
Rintihan Merapi 2

Dari Merapi kami meneruskan perjalanan ke Borobudur. Perjalanan mengambil masa yang agak lama sampai tertidur dalam van. Di pertengahan perjalanan, kami melalui sebuah pekan yang di musnahkan oleh Merapi. Lahar dingin Merapi menutupi kebanyakan kawasan sehingga setinggi rumah. Banyak binaan di kiri kanan jalan musnah. Menurut kata supir, jalan yang kami lalui sebelum ini dilitupi dengan lahar dingin dan terpaksa dibersihkan untuk digunakan semula. Terdapat banyak batu2 besar yang dibawa lahar di kawasan tersebut. Terasa sangat bersyukur tinggal di Malaysia yang bebas dari bencana besar seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

DSC_0396

Borobudur sebenarnya terletak di Magelang, Jawa Tengah. Oleh kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan Jogjakarta, orang luar lebih tahu yang Borobudur dekat Jogjakarta, bukannya di Jawa Tengah. Sebelum tiba di Borobudur terdapat dua candi yang saiznya lebih iaitu Candi Mendut dan Candi Pawon. Menurut supir kami ketiga-tiga candi ini akan membentuk satu garisan lurus. Semasa perayaan Wesak, penganut budha akan berarak dari Candi Mendut kemudian ke Candi Pawon sebelum meneruskan perjalanan ke Candi Borobudur. Di Candi Borobudur barulah sambutan utama dijalankan. Sebelum wujudnya jalan raya, mereka akan berarak menyeberangi 2 sungai, sama seperti apa yang dilakukan di India.

DSC_0562
Candi Mendut

DSC_0554
Candi Pawon

Apabila tiba di Borobodur, kami dikerumuni oleh org tempatan yang menjual pelbagai barang terutamanya cenderamata. Buka seorang dua, tapi berpuluh. Tips di sini jangan sekali-kali sebut nanti. Cakap je ngak mau. Kalau tidak, mereka akan kejar dan tunggu kita bila kita turun nanti. Selagi kita tak beli, selagi tu lah kita tak boleh nak beredar dari situ.

Tiket untuk masuk ke Borobudur adalah Rp 100k untuk pelancong. Lagi sekali kami berlagak seperti warga tempatan dan bayaran yang dikenakan hanya Rp 20k. Murahkan? Walaupun x de la terer ckp, tapi berjaya gak kelentong. Yang penting jangan cakap banyak. Cakap yang perlu sahaja waktu di kaunter. Terdapat pemandu pelancong di kawasan candi. Boleh pilih hendak pergi sendiri atau upah pemandu pelancong untuk memberi penerangan. Kami memilih utk redah sendiri. Lagipun sebelum masuk tu ada cerita sedikit sejarah dan camner nak jalan dalam candi nih.

Sedikit latar belakang Candi Borobudur.

"Borobudur dibangun oleh Raja Samaratungga, salah satu raja kerajaan Mataram Kuno, keturunan Wangsa Syailendra. Berdasarkan prasasti Kayumwungan, seorang Indonesia bernama Hudaya Kandahjaya mengungkapkan bahwa Borobudur adalah sebuah tempat ibadah yang selesai dibangun 26 Mei 824, hampir seratus tahun sejak masa awal dibangun. Nama Borobudur sendiri menurut beberapa orang berarti sebuah gunung yang berteras-teras (budhara), sementara beberapa yang lain mengatakan Borobudur berarti biara yang terletak di tempat tinggi.

Bangunan Borobudur berbentuk punden berundak terdiri dari 10 tingkat. Tingginya 42 meter sebelum direnovasi dan 34,5 meter setelah direnovasi karena tingkat paling bawah digunakan sebagai penahan. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tingkat tertinggi yang berupa stupa Budha yang menghadap ke arah barat. Setiap tingkatan melambangkan tahapan kehidupan manusia. Sesuai mahzab Budha Mahayana, setiap orang yang ingin mencapai tingkat sebagai Budha mesti melalui setiap tingkatan kehidupan tersebut."

Sumber:http://www.yogyes.com/id/yogyakarta-tourism-object/candi/borobudur/


DSC_0436
Sejarah penemuan Borobudur

Seperti yang kita pelajari mase kelas sejarah dulu, kawasan candi dipenuhi denga patung dan stupa. Di dinding2 candi diukir dengan ukiran yang sangat teliti. Kalau x silap cerita pasal ramayana kot. Terdapat banyak ukiran yang dah terhakis. Ada juga patung2 yang hilang anggota badan terutamanya kepala.

DSC_0547
Candi Borobudur

DSC_0445
Candi Borobudur

DSC_0472
Ukiran di dinding candi

DSC_0488
Stupa @ Candi Borobudur

DSC_0449
me@Candi Borobudur

Nasib x berapa menyebelahi kami sebab Borobudur dalam proses baik pulih. Aktiviti pembersihan debu2 merapi sedang dijalankan. Tingkat yang menempatkan stupa-stupa besar yang terdapat patung didalamnya di tutup. Tapi ok la, at least dah sampai sini.

Selepas ke Borobudur kami kembali ke Jogjakarta sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung. Ketika entri ini di taip, saya dalam keretapi menuju ke Bandung. Di jangkakan jam 5.00 pagi baru sampai. Bersedia untuk shopping!!!!

04 February 2011

| Cuti-cuti Indonesia : Jogjakarta |

Salam...

Saat entri ni ditulis, saya sedang berehat-rehat di Rumah Eyang, Jogjakarta, Indonesia. Tapi malangnya x dapat nak publish terus sebab x dapat nak online.


DSC_0299
Rumah Eyang, Jogjakarta

DSC_0274
Depan Bilik kami

DSC_0294

Tiket flight dah lama beli. Tapi rancangan nya baru je buat awal tahun ni sebab Merapi meletus hujung tahun lepas. Lepas merapi meletus tu dah putus harapan dah sebab dengarnya macam teruk. So kami x plan pape pon sampai la awal tahun ni bila member kepada member balik dari Jogja dan bagi tau Jogja dah ok walaupun belum 100% pulih.

Rancanga asal memang nak ke Jogja je. Tapi bila dah siap plan, 2 hari dah cukup utk jalan-jalan kat Jogja. So kami plan utk melangkah lebih jauh ke Bandung. Bila dikira-kira, budget utk cuti-cuti kali ni x sampai pun RM800. Kira murah la tu. Tu pon sebab member yang uruskan ada member kat Jogja dan Bandung.

Perjalanan hari ni bermula seawal jam 5.00 pagi. Flight kat LCCT pukul 7.00 pagi. Lepas self check in je bermula Drama. Member sorang ni lupa nak bawa pasport. Oleh sebab bayaran kat jogja n bandung dah bayar, rugi plak kalau tak pi. So dia beli next tiket which is the next day. Jadinya, dari ber-4 tinggal kami bertiga je.

Sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Adijupta, Jogjakarta lebih kurang jam 10.00 pagi waktu Malaysia. Tapi kat Jogja baru jam 9.00 pagi. Nama je antarabangsa, tapi airport dia kecik je. Nak lepas imigresen pon amik masa sampai lebih 30 minit. Huhuhu...

Sebaik sahaja melangkah kaki keluar, dah ada orang tunggu kami. Lepas naik van, kami memulakan perjalanan di Jogja. Destinasi pertama Keraton Ngayogyakarta. Sepanjang perjalanan, supir kami sibuk bercerita mengenai Jogja. Majoriti penduduk adalah beragama Islam dan merupakan penduduk peribumi. Makanan halal sangat mudah diperolehi. Kebanyakkan penduduk lebih selesa menaiki motorsikal selain daripada basikal, kereta dan beca.

Keraton merupakan istana kerajaan lama sebelum Indonesia menjadi republik. Mengikut cetitanya keraton dibina diantara gunung merapi dan pintu gerbang selatan di mana ia membentuk satu garisan lurus. Pemimpin2 keraton masih lagi mengamalkan tradisi lama. Setiap binaan dalam keraton mempunyai makna tersendiri. Terdapat satu lampu yang sentiasa hidup sejak ratusan tahun. Tidak semua tempat di keraton ini dapat dimasuki kerana terdapat pantang larang. Lupa nak bagi tau, bayaran utk masuk ketaton ni cuma 5 ribu rupiah utk warga tempatan tapi Rp 12500. Jadi kami berlakon jadi warga tempatan utk dpt tiket murah.

DSC_0095
Bayaran Tiket Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

DSC_0019
Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

DSC_0036
Tempat berkumpul Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

DSC_0085
Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat

DSC_0032
Bertafakur

DSC_0084
Bersama bapak2 di keraton


DSC_0070
Antara cenderamata yg boleh di beli di keraton

Destinasi ke-2, perusahaan batik di Jogja. Batik di Jogja merupakan antara batik yg berkualiti. Ini kerana pada asalnya batik dihasilkan untuk kegunaan orang2 keraton. Di sini, kami dapat melihat bagaimana batik dihasilkan. Tidak banyak beza dengan batik yg dihasilkan di terengganu. Apa yang berbeza hanyalah coraknya dan pembuatannya yang lebih halus. Kualiti nya memang bagus kerana setiap kain dibuat dengan tangan dari mencorak hingga batik siap. Sempat la juga beli sepasang kemeja kat sini.

DSC_0111
Cara Membuat Batik

DSC_0119
Penghasilan Batik Jawa

Seterusnya kami dibawa ke perusahaan membuat silver/perak. Sebelum melihat bagaimana barangan perak dihasilkan, kami makan dulu di restoren yg terletak di kawasan perusahaan perak. Kami memesan makanan yg jarang dijumpai di malaysia, ITIK. Saya order itik panggang, manakala sorang lagi order itik goreng. Rasenya sangat sedap dan layanan staffnya sangat first class. Yang paling best harga makanan utk 3 orang tak sampai pun Rp 300000.

DSC_0151
Restoren Sekar Kedhaton

DSC_0137
Es Tembikai

DSC_0146
Bebek Panggang

Lepas makan, terus tgk perusahaan silver. Penghasilan barangan silver disini sangat unik. Benang-benang silver dicorak dengan teliti utk menghasilkan rekaan yang sangat cantik. Setakat ni, x pernah jumpa hasil yg ada kat sini di malaysia. Kat simi x beli apa2 sebab harga yg boleh tahan mahalnya.

DSC_0153
Sangat teliti dan halus

DSC_0181
Beca

DSC_0163
Sedia untuk dijual

Dari perusahaan silver, kami di bawa ke pantan Parangritis. Menurut kata supir kami, di pantai ini tidak dibenarkan mandi kerana pantainya dalam dan ombak sangat kuat. Pasir di pantai ini pula berwarna hitam. Jadinya kami sekadar bermain-main di gigi air.

DSC_0243
Pantai Parangtritis, Jogja

DSC_0222
Pasir dia kaler hitam

DSC_0212
Dilarang mandi disini, ombak kuat.


Kemudian kami ke tempat penginapan di Rumah Eyang. Selepas melepaskan lelah, kami ke pasar Malioboro. Disini terdapat banyak barang2 souvirnir dijual. Pelbagai jenis t-shirt, batik, key chain dan perhiasan dijual. Harga sangat murah dan yang penting kene pandai tawar menawar. Selepas makan malan di Matahari, kami pulang utk tidur.


DSC_0277
Malioboro, Jogja

DSC_0276
Malioboro, Jogja

Ok la. Itu utk hari pertama. Besok kami akan ke Merapi, borobudur dan lain2 kuil yg terdapat di Jogja.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop