Showing posts with label anak kucing. Show all posts
Showing posts with label anak kucing. Show all posts

19 January 2012

Anak Bulus Baru

Mya n Mell Jr
Assalamualaikum...

Hari Selasa lepas, Mya selamat melahirkan 7 ekor baby bulus. Dia mula beranak dalam pukul 10pm. Petang tu, balik dari kerja aku tidur. Sedar dalam pukul 9pm, aku keluar bilik. Si Mya ni duk sibuk ke hulu, ke hilir sambil mengiau-ngiau. Aku rasa dah sampai masa dah Mya nak beranak. So, aku masukkan dia dalam kotak yang memang dah sediakan lama dah. Memula tu dia tak nak duduk dalam kotak tu. So terpaksa la tunggu kat luar kotak sambil belai-belai dia sampai la keluar anak kucding pertama. Bila satu dah keluar, Mya stay dsalam kotak tu.


Beberapa jam selepas dilahirkan.

Sebelum masuk tidur, 4 ekor keluar. Semua putih-putih belaka. Aku ingat dah habis, jadinya tinggal la masuk tidur. Besok paginya bila aku tengok dalam kotak tu, ada 7 ekor. Wow... Banyaknya Mya beranak. Tapi malangnya seekor dah RIP masa tu. Belum keras lagi, tapi dah tak bergerak.  Mungkin Mya tak sempat nak jilat muka anak dia sebab penat sangat meneran. Sedih, tapi tak pe ada lagi 6 ekor. Banyak tu.

Malam semalam aku perasan ada seekor lagi yang nampak cam tak bape nak kuat. Cuba gak suakan kat puting Mya, tapi tak de respon. Petang tadi balik dah RIP juga. :( Hopefully yang baki ni hidup la semua. Dah ramai yang tempah. huhuhu... Kali ni nampak cam teruk sikit Mya beranak. Rasenya lebih 10 jam gak kot. Habis bulu-bulu dia yg putih melepak tu jadi warna lain.


Dah bersih dijilat...

Nota Kaki
1.  Terpaksa bawa Mell balik kampung lagi. Biar duk kampung lama sikit.
2.  Harap-harap semua hidup dengan sihat.
3.  Mya dah start bawa lari anak dia, sorok bawah cage. Sian anak2 bulus kesejukan sebab tak de lapik.

14 December 2011

| Wordless Wednesday : Cat or Skull? |

Assalamualaikum....




30 November 2011

| Wordless Wednesday : Shimy2 Lepak |

Salam....
Shimmy2 the cute kitty


Nota Kaki
1. Ini entri ke 200. Wooohooo...
2. Mlm ni nak tengok Puss in Boots...

09 November 2011

| Wordless Wednesday : Shimy2 in action |

Shimy2 in action...

15 November 2010

| New Kitty in The House |

Salam...

Lama dah rasanya tak update pasal kucing. Banyak sebenarnya berlaku pada Mell n frens. Tapi kali ni nak cerita pasal kucing yang kat kampung.

Malam semalam, sampai kampung dalam kul 10 pm (saya cuti seminggu. wooohoooo). Sampai2 je terus hantar Mell masuk kandang. Sekarang tak boleh biarkan dia kat luar kalau kat kampung. Nanti dia melilau pastu tak tau jalan balik. Masa nak masukkan Mell tu, terdengar suara anak kucing mengiau-ngiau. Ada kucing beranak ke? Dah la mase tu tak bawa lampu suluh. Tak nampak apa la. Lepas selamat masukkan Mell, amik lampu suluh dan mula cari. Suluh punya suluh, jumpa 2 ekor kitty yang masih basah lagi kat atas tanah. Seekor lagi tergantung sebab uri dia tersangkut kat paku. Seekor lagi jumpa dalam kandang. Mak kucing (si kudut) buat tak tau je kat anak2 dia. Biasanya kat kandang diacing ni banyak semut. Nasib baik malam tu gerimis sikit. So tak de la kitty2 ni kene hurung semut.

Lepas kutip semua kitty yg masih basah tu, keringkan ngan tuala. Pastu guna vacuum cleaner yg bleh kuarkan udara panas utk keringkan bulu2 kitty (mak aku tak pakai hair dryer). Kitty yang masih bersambung ngan uri tu, aku potong. Pastu start bagi kat mak dia. Boleh plak si Kudut ni buat bodoh je. Tak nak jilat2 or susukan anak dia. Terpaksa la masukkan dia dalam cage kecik bersama kitty2 tu. Then guide kitty2 tu kat susu Kudut. Tu pon kitty2 ni masih tak jumpa lagi. Ada la dalam sejam gak. Bila dah ada progress sket, tinggalkan dan tawakal je la. Kalau nak hidup, hidup la korang.

Pagi tadi bila bangun tido, keempat2 aktif. Si Kudut ni siap pindahkan anak dia kat port baru lagi. SO 3 ekor hitam, seekor putih. Nampak gayanya cam bulu panjang. Kita tunggu je la nanti ye.


anak kucing comel


white amongs the black...