Showing posts with label kerja oh kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja oh kerja. Show all posts

30 June 2011

| A & E Night Call |



Salam....

Ni 2nd time wat night call. Sebelum2 ni, duk cari pengganti je. Bukan x nak buat, tapi malas je. Huhuhu. Biasanya ada sorang yg memang suka buat night call tukar ngan aku. Tapi kali ni saje nak buat.

Night call kat A&E HKL ni start kul 5pm sampai la 8am. Keje macam orang gila x. Tapi x de la gila sangat. Patient nak kata ramai, tak de la ramai mana. Ada la dalam 150 orang setakat jam 5 pagi ni. Mostly patient asthma.

5pm sampai 12am kerja sorang2 je. Dari kul 12am baru ada sorang penolong pegawai farmasi kerja sekali. So boleh la relaks jap. Sekarang ni patient x ramai. Hopefully terus x ramai sampai kul 8 am...

- Posted using BlogPress from my iPhone

30 July 2009

_| Melayan Budak-Budak |_


Salam semua...

Entri kali ni, aku buat dekat kampung. Kenapa? Sebab hari ni aku off. Hantar adik aku pi interview kerja kat Lembaga Getah Malaysia, Kota Tinggi. Kesian dia, sebab aku dia sampai lambat. Bukan aku sengaja. Perut pagi2 dah meragam. Tensen btol. Nasib baik sempat sampai sebelum interview habis. huhuhuhu.. Berbalik kepada tajuk. Melayan budak-budak mana? Bebudak SMK Sg Abong kat Muar. Kami di jemput untuk mengadakan pameran dan ceramah kerjaya sempena Minggu kerjaya sekolah tu. Sampai2 pagi tu, aku dah kagum. Apa tak nya, dua bijik heli mendarat kat sekolah tu. Satu dari Unit Udara PDRM, satu lagi dari Tentera Udara diRaja Malaysia. Selain dari kami (Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar) pelbagai unit dari PDRM dan Angkatan Tentera ada buat pameran. Sangat kagum sebab sekolah harian biasa, dapat buat minggu kerjaya yg begitu sukses. Layanan cikgu2nya pun 'first class'. Pameran seperti biasa la, tunjuk ubat-ubat yg tak boleh digunakan, camne nak kenal hologram dan pameran dari hospital(kerjaya). Ceramah pulak, pasal kerjaya dalam farmasi ler. Cuma sedikit hangin bila slot kami yg sepatutnya mula jam 11.30pagi ditunda sampai kul 12.30 tgh sebab TLDM tak reti nak berhenti. huhuhuhu...

Makan-makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awur. tempat wajib pergi kalu ade kerja kat muar. menu : Siakap stim, sotonggoreng tpung, kerang rebus, lala masak sambal, sayur = RM42


pelik nama hotel ni. Hotel baru kat Muar. harga pun murah....


penat melayan bebudak n cikgu2. Kesian efi sorang2 mase aku bg talk.

Talk kerjaya Farmasi. Kesian bebudak ni, didera dgo talk sampai kul 1.30 pm. Seb baik Pharmacist n Dietition punya talk best... =p

pameran Tentera. contoh2 periuk api.

pameran PDRM. pistol n senapang....

sesi bergambar ngan heli & motor trafik


Nota Kaki
1. Pas pameran makan mee bandong muar kat Tanjung Agas. Siap tapau bwa balik jb.
2. Pagi2 perut meragam sebab mee bandung pedas sangat. kesian aku....
3. Sila la jemput kami lagi tahun depan ye cikgu...


10 July 2009

_| Jalan-jalan Kg Orang Asli |_




Salam semua..... Kemalasan yang amat sangat untuk mengupdate blog ni. Aku tak tau la, camner org bleh update blog tiap2 hari. Ade tu, sehari sampai 2,3 entri. Cukup rajin.... Mungkin sebab aku banyak wat benda sampingan cam tgk tv, main Mafia War kat fesbuk, baca komik online, baca blog orang lain. Tula keje tiap2 hari lepas balik keje. Blog sendiri terbengkalai.... huuhuhuh

Hmmm... weekend lepas, aku join pameran sempena Kembara Mahkota Johor, Jelajah Pedalaman. TMJ ni rajin berjalan. Tiap2 tahun ada aktiviti dia. Kalau tak silap aku yg tahun ni dah edisi ke 11 kot. Ada banyak edisi. Yang biasa2, ada Jelajah Pulau. Yang terbaru ni, jelajah pedalaman. Pergi kampung2 orang asli sekitar Johor. Program start 4-7 Julai lepas. Kali ni ofis aku dijemput untuk buat pameran. Seperti biasa la, aku jugak yg kne pergi. Nak wat camner... SYMP....

Kalau nak diikutkan, kami kene wat dua pameran. Satu kat Mersing, satu lagi kat Kota Tinggi. Tapi aku pergi yg kat Mersing je. Lagi satu team lain yg pergi. Kami berempat (dayah, tuhfah ngan driver) gerak ke Mersing petang Jumaat. Bermalam di mersing dulu. Sampai Mersing dalam kul 6.30 pm. Lepas check in bilik, lepak2 jap p cari makan la. huhuhuhu... Kami makan kat satu kedai makan kat tepi pantai Mersing, Sally's Place. Tempat ni unik sket. Kenapa aku cakap unik, nnti aku citer eh...

tempat makan yg best....

Keesokan harinya, seawal pukul 9.00am dah berkumpul kat Pejabat Kesihatan Mersing. Pergi ke tempat kejadian, Kg Tanah Abang, Mersing dengan org pejabat kesihatan skali. Perjalanan dari Mersing ke Tanah Abang dalam sejam lebih je. Jalan nak masuk pun ok, dah berturap. So takde la sejauh macam mase pameran kat Kg Peta, tahun lepas. (tp bukan aku yg pergi la) Sampai2 je, terus set up booth pameran. Nak dijadikan cerita, tempat terhad la plak. ada 3 jabatan yg buat pameran termasuk satu untuk saringan kesihatan. Khemah yg ada cuma dua je. Bincang punya bincang, dapat la sorang sket. Cukup la sekadar nak letak contoh2 ubat, poster2 yg berkaitan ngan pamplet2. Tempat sangat la panas. Dekat tepi padang dan tak de kipas. Seb baik la ktaorg pakai t-shirt je. sian tgk org2 lain yg pakai uniform, baju batik. huhuhuhu....

ubat2... sape mau beli...

sibuk melayan pelanggan....

tuhfah n dayah mencuba hobi baru...

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tak dela tengah hari pun. Dalam pkul 3 lebih angin dah mula bertiup kencang. Ala, ni angin biasa je ni kot (aku berkata dalam hati) Mase nih cma aku ngan Izudin je ada. Tuhfah ngan Dayah buat aktiviti sampingan. Berkarya katenya. Semakin lama angin semakin kuat. Tiba-tiba khemah kami terangkat. Bergerak jauh plak tuh, ada la dekat 1m. Board tempat letak poster abih jatuh. Pamplet2 habis berterbangan. Board org kesihatan lagi la kesian, sampai tercabut2. Kami apa lagi, terus kemas2 barang, lipat board, simpan2 apa yang patut. Mase tuh dalam pukul 5 lbh. Rombongan tak sampai2 lagi. Lepas hujan reda sikit, pasukan penyelamat sampai. Derang betulkan balik khemah, letak ke kedudukan asal. Oleh sebab TMJ nak datang ke setiap booth, so kne la siap2 apa yang patut. Aku buat keputusan untuk pamerkan contoh ubat ngan pamplet2 jer. Poster tak payah tunjuk. kang kalu ribut lagi susah la plak.
berkemas cam nak balik... lepas ribut reda...

Rombongan sampai dalam kul 6.00 pm baru rombongan sampai. Tp TMJ tak mencemar duli pun. Gering katenya. Raja Muda Tengku Ismail Ibrahim je yg datang melawat dari satu booth ke satu booth. Pastu ada la sikit majlis rasmi, sikit penyampaian sumbangan kepada org2 kampung. Kemudian sikit acara sukan. Tuh pun tarik tali ngan bola sepak je kot. Raja Muda tak main pon. Tgk dari tepi je. Dalam kul 7.00 pm, acara selesai. Lepas isi perut, kemas2 barang terus cabut. 2 jam lebih perjalanan dari Kg Tanah Abang ke JB. Balik kami ikut Bandar Tenggara. Jalan dia cantik sket la dr Jalan Kota Tinggi-Mersing. Sebab, ada org mabuk. huhuhuhu. Sepanjang minggu ni, aku keje kat Pejabat di Pasir Gudang. Keje tak de la bz maner, tp duk sibuk baca komik. huhuhuhu. Tu pun masih lagi ade org kacau, nak mnta wat pameran lagi weekend nih.

ketibaan Tengku Ismail...

dayah duk explain pada Tengku

group photo... tuhfah n dayah dgn hasil kerja di kg Tanah Abang

Nota Kaki
1. Minggu ni kerja kat Pasir Gudang... sangat benci meredah jem tiap2 pagi...
2. Sat g nak gerak ke KL. Ader org nak belanja makan besar...
3. Aku sukeeee.. kenapa? nanti2 aku update...

23 March 2009

~kursus TOT~

Minggu ni ada kursus 'training of trainer' untuk kempen anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi....Opis aku yg anjurkan... Jadi urusetia yg tak bape setia. huhuhuhu... sebab aku bnyk bz ngan mende lain mase sblum kursus... update 'cuti-cuti malaysia-tioman' akan di selesaikan nnti2. nak mengedit n memilih gambar. Banyak sangat gambo...

23 February 2009

...Know Your Pharmacist...


Hari Ahad yang lepas, ofis aku bersama MPS cawangan Johor mengadakan satu kempen 'Know Your Pharmacist' di Plaza Angsana, Johor Bahru. Objektif kempen ini adalah untuk memberitahu masyarakat fungsi pharmacist dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat. Memandangkan kami ni Pharmacist, so perkara yang di titik beratkan adalah mengenai ubat. Itu sememangnya sinonim bagi masyarakat. huhuhuhu....

Kempen yang bermula seawal jam 10 pagi mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari orang ramai. Aktiviti yang dijalankan adalah pameran mengenai kenali ubat-ubat anda, kenali ubat-ubat berdaftar, kaunseling farmasi, pemeriksaan kesihatan serta kempen derma darah. Ada juga beberapa syarikat farmaseutikal yang mengadakan jualan produk-produk supplement kesihatan dengan harga diskaun yang sangat menarik. Tapi aku tak beli papepun. huhuhuhu. Aku tak derma darah di atas sebab-sebab tertentu. Bukan takut darah okay... aku dah 5 kali derma darah. Tapi sejak 'perkara itu' berlaku, aku dah tak buleh derma darah. Sedeh sangat....

By the way... kempen kali atau lebih kepada 'road show' ni agak berjaya. Booth kami sediakan 100 hadiah untuk kuiz. Belum pukul 4 pm, semua hadiah dah abih. So maknanya lebih 100 orang la yg datang booth kami. Bilangan yang derma darah pun agak memberangsangkan. Orang hoppital target cuma 50 orang je, tp yang derma dalam 80 orang. Lagi satu, aku seperti biasa la, jadi photographer tak bertauliah. huhuhu....

pengunjung yang hadir dalam road show kali ni

booth penguatkuasa farmasi

Bos besar ditemuramah oleh emcee pada hari tersebut, Zila dan Ihsan (thanks guys. tanpa korang, tak meriah program kali ni)

acara jigsaw puzzle yang di adakan semasa program

tenaga kerja yang berusaha keras menjayakan road show 'know your pharmacist'

17 January 2009

.::bowling oh bowling::.

Jumaat. 16/01/2009. Apa istimewanya tarikh ni? Takde pape yang special pun. Cuma tiap2 hari Jumaat, opis aku ada meeting. Tp hari ni dari pagi sampai la ke petang. pagi ada presentation CPE, pastu bos aku membebel sampai kul 12.30. tak lunch aku hr ni. balik umah makan megi je. sedeh....
pastu ptg sambung lak meeting NFA. yang aku sakit hatinya, dah nak kul 5, baru la boss besar masuk. pastu ada la orang tuh yang tanya mcm2. dah meeting drag sampai kul 5.20. dah la aku nak g kl. sakit hati betul aku.menyumpah2 je. huhuhuhu...

apa aku wat kat kl? tuh nextime aku citer. hari ni nak citer pasal boling. sapa tak suka men boling. btul tak. dari last year lagi, si pinor beriya2 mengajak budak2 opis men boling. wat cam monthly game. konon2 tiap-tiap bulan la main. hmmmm.... tapi, sampai dia pindah, tak menjadi menda tuh. bila dia dah pindah, ada plak yg menyambung cadangan tuh. nampaknya ada la sambutan. so far dah dua kali ktaorg main. mase first time tuh, cma 6 orang je main. tp second time hari tuh, 12 orang main. seronok gak la, sekali-skala kumpul bebudak opis dan tak citer pasal keje (macam la katr opis tuh duk citer pasal keje je :) ). kami main kat Danga City Mall. kat JB. dekat je dari umah aku. tak sampai 5 minit pun naik keta. yg best nya main kat sini sebab murah. satu game rm 3 (sebelum kul 6). sewa kasut plak rm2 je. so berbaloi la kan....

terer ke aku main? tak de la terer mana pun. stakat main suka2 je. melepaskan geram n release tension masa baling bola tuh. hahahahah.... tp semalam aku wat keje gile. plan mgu ni tak jadi, sebab tetiba last minit ramai yg kene outstation. tp keje aku abis awal semalam. aku pun membaling la sorang2. siap main 3 game lagi. dan aku wat score paling tinggi penah aku buat. 197. tapi 2 game lepas tuh jatuh merudum. huhuhuhu... tp maintain lebih 100 la. gambar2 akan diupload nnti. aku update guna laptop kawan aku kat kl. gamba2 semua dalam laptop aku, kat jb.

22 December 2008

kerja oh kerja.....

kerja, kerja dan kerja... tulah yang kita buat untuk mendapat sesuap nasi. tak kira la keje sendiri ke, keje makan gaji ke. yg penting keje tu halal. hmmmm....

sebenarnya aku nak citer pasal skop keje baru aku. jadi ala2 kastam kat entry point. buka beg orang, cek barang satu2. kadang rase cam kesian kay org tu. penat dia kemas beg. pastu aku duk bongkar plak. hahahaha... what to do... that's my job. kalu sebelum ni, ktaorang cuma cek bagasi penumpang yg masuk malaysia 2 kali je sebulan. sekarang everyday (isnin sampai ahad, off day isnin ngan selasa the next week) kene ada kat jeti stulang tuh. ada 2 sesi kerja. pagi masuk pkul 10 am, balik 6 pm, sesi petang masuk 1 pm, balik 9 pm.

first day hari tuh cam tak tau nak wat pe. cam risau... aku nak borak ngan sapa, ada ke org nak tegur aku.. huhuhu... biasa la aku... macam2 aku pk.. mase mula2 bos propose utk letak pegawai kat sana, aku antara org yg protes. tp sapa lah kita ni kan. tp bila dah kat sana, everything was fine... orang2 kat imegresen tuh baik2.. dapat la kenal member2 baru dari jabatan lain yang buat keje sama cam aku. geledah bagasi orang. cma cari benda lain2. budak2 imigresen pun tak sombong. yang tak bestnya, busan menunggu feri masuk. lambat.... nasib baik ada banyak majalah2 yg aku langgan yg tak sempat aku baca. aku usung la ke sana.

hmmm... rasenya ok kot keje kat sana. cma tak best nya keje sampai ahad. tgk la camner susunan jadual nnti. harap2 takde la tiap2 minggu kene keje sana. huhuhuhu....