Salam...
Ekornya... Ekornya...
Apa tu? Ayat di atas merupakan antara dialog dalam teater. Semalam sempat meluangkan masa tengok teater. Tapi bukan di Istana Budaya, di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang. Teater bertajuk Mak Dara Nyonya arahan Rosminah Tahir. Sebenarnya teater ini adalah gabungan dua cerita iaitu monolog Mak Dara dan Nyonya dari dua negara (Malaysia dan Indonesia). Gabungan dua cerita yang berlainan genre (emosi dan komedi) ini menjadi bagi saya di mana kedua-dua cerita saling menutupi kelemahan masing-masing.
Teater Mak Dara, lakonan mantap dari Juhara Ayob merupakan monolog mengenai kehidupan seorang wanita tabah, Halimah yang merupakan pengasas Jamu Mak Dara. Naskah yang ditulis oleh Siti Rohayah Atan di garap dengan baik. Monolog dimulakan dengan cerita ketika Halimah diwaktu kecil dan sebelum berkahwin. Suasana perkampunga Jawa di sebuah daerah di Johor dapat dirasai walaupun disampaikan secara monolog. Dengung-dengung jawa dalam penyampaian Juhara juga menjadi walaupun berbahasa Melayu. Walaupun pernah memenangi banyak pertandingan Ratu Cantik/Kebaya, kehidupan Halimah tidak seindah yang dijangkakan. Perkahwinan pertamanya tidak menjadi. Perkahwinan keduanya bahagia separuh jalan akibat campur tangan orang ke-tiga. Cabaran dan dugaan membesarkan anak-anak tanpa suami sungguh menyayat hati. Perniagaan makanannya yang sering di sabotaj oleh orang sekeliling tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga. Akhirnya, perusahaan jamu yang merupakan warisan turun temurun ibunya (Mak Dara) berjaya dan menyatukan semula Halimah dengan anak-anaknya.
Monolog Halimah ini diselang-selikan dengan humor dan komedi dari cerita Nyonya yang merupakan karya dari seberang (Indonesia) oleh Wisran Hadi. Teater ini mengisahkan Nyonya yang sering bertelagah dengan Tuan Saudagar Barang Antik yang mengambil kesempatan membeli harta kepunyaan Nyonya. Bermula dengan batu mar-mar, ke kerusi tamu sehingga la kaki dan betis nyonya. Dalam masa yang sama, Nyonya juga terpaksa berdepan dengan keponakannya yang menuntut harta pusaka kepunyaan datuk mereka yang terlantar di hospital.
Lakonan watak utama iaitu Sherry Abdullah sebagai Nyonya dan Zaifri Hussin sebagai Tuan Saudagar Antik sangat menjadi. Humor yang disampaikan membuatkan penonton tidak kering gusi. Watak keponakan yang dilakonkan oleh Norzizi Zulkifli, Sarimah Ahmad dan Misha Omar dan watak Isteri Saudagar Antik lakonan Farra Fauzana juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing berjaya membuat penonton terhibur dengan komedi yang disampaikan.
Teater ini berlangsung dari 6-12 Julai 2011. Sesiapa yang belum berkesempatan, boleh la dapatkan tiket untuk hari terakhir.
Set Teater yang sangat simple
Juhara Ayob sebagai Halimah
Penuh perasaan...
Emosi...
Saudagar Antik dan Nyonya
Nyonya : Ekornya... Ekornya...
Saudagar Antik : Tak percaya, tanya isteri saya...
Kucing dapur....
Para Keponakan...
Farra jadi kucing
Gelagat gila keponakan
Lagi gelagat gila-gila
Main kejar-kejar
Para pelakon dan Pengarah Mak Dara Nyonya