12 June 2009

|| Selamat Ulang Tahun Cik Fira ||

Lamanya tak update blog. bz berkursus.... katenya.. padahal mmg malas.... banyak menda nak tulis, tapi entry kali ni khas tuk Cik Wan Syafira. Selamat Ulang Tahun yang ke 27 17. huhuhuhu... Semoga dengan bertambah usia ni, bertambah-tambah la matang ye. Balik msia nnti jgn lpa ole2 utk aku. Hadiah? tgu ko balik malaysia. ni aku bg sneak peak je.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


oleh kerana ko ska kucing kaler oren, aku post gambo si oyen aka merah ni khas utk ko....
selamat hari lahir....

05 June 2009

|| tazkirah bulan ini - Daging : Halal vs Haram ||

Sempena hari Jumaat yang mulia nih, aku nak kongsi sesuatu tentang Halal dan Haram. Cewah.... cam nak bg Khutbah jumaat plak.... huhuhuhuh... Apa yg aku nak kongsi ni, aku dapat dari email kawan aku, tp dalam bentuk komik. Nak try copy n paste (kerja orang malas), tapi tak bleh plak. So, terpaksa la tulis balik.

Perbualan antara David dan Yusof di sebuah kedai menjual daging....

Yusof - Ahaaa... Di sini ada daging Halal.

David - Yusof, boleh bagi tau saya apa itu Halal dan Haram? Kenapa orang Islam begitu teliti mengenai perkara ini?

Yusof - Hmmm... Begini David, Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam. Haram pula perkara yang dilarang dalam Islam. Al-Quran telah menggariskan perbezaan di antara keduanya.

David - Boleh awak beri saya contoh?

Yusof - Sudah tentu. Islam melarang umatnya memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang. Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak asid urik iaitu satu bahan kimia yang bahaya terhadap kesihatan manusia.

David - Betul tu. Asid urik mengandungi banyak toksik semulajadi. Di dalam badan manusia,ia digolongkan sebagai bahan kumuh atau bahan buangan malah diberitahu bahawa hampir 98% dari asid urik ini ditapis dari darah di buah pinggang untuk di buang melalui air kencing. sekarang saya rasa kamu dapat merasai betapa beruntungnya cara penyembelihan binatang dalam Islam.

Yusof - Cuba awak lihat, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama ALLAH yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini akan menyebabkan organ-organ penting lain dalam haiwan tidak rosak.

David - Maksud awak?

Yusof - Begini, sebagai contoh jika organ jantung, hati atau otak rosak atau otak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental di dalam saluran darah dan ini secara perlahan-lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan meyebabkan daging akan diresapi dan dicemar oleh asid urik dan menyebabkanya ia beracun dan beru sekarang pakar-pakar diet menyedari mengenai perkara ini.

David - Jadi kematian haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan dari tubuh dan bukannya dengan mencederakan organ-organ penting lain. Bercakap mengenai makanan ni, kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging babi khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya?

Yusof - Terdapat ayat Al-Quran yang melarang penggunaan daging babi khinzir ini. Malah Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11, verse 8, menyatakan " Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu."
Tahukah kamu juga seekor babi khinzir tidak boleh di sembelih pada lehernya kerana ia sendiri tidak mempunyai leher. Sekiranya babi khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka ALLAH tentunya menjadikan babi khinzir tu ada leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging babi khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun, memberikan kesan bahaya.

David - Sains perubatan mendapati bahawa babi khinzir ini merupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada pelbagai jenis penyakit.

Yusof - Ya, selain itu, mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, kajian mendapati babi khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan bakinya akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.

David - heheheh... Terima kasih atas penerangan kamu Yusof. Baru saya faham sekarang.

Yusof - Sama-sama. Itu memang kewajipan saya.

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (al-Zalzalah:6-8)

Nota Kaki- Ini adalah penemuan sains, ia hanyalah sebahagian hikmah yang ditemui hasil kajian terhadap ilmu yang ALLAH nyatakan dalam Al-Quran. Mungkin banyak lagi, hikmah yang belum tersingkap. Walaubagaimanapun pengharaman babi dan darah, bukan kerana faktor2 ini, tapi adalah semata-mata kerana perintah ALLAH.




27 May 2009

>keluarga angkat<

hari ni dah nak masuk hari khamis. Laju betul mase berlalu. skang ni dah nak masuk bulan 6. Apa yg aku dah buat ek utk tahun 2009 nih? hmmm.... ntah la, kalu ikut apa yg aku tulis dalam blog ni, asyik berjalan je kejenya. huhuhuhu..... sebut pasal jalan, weekend lepas aku hantar anak2 aku p jumpa famli baru. Anak pe? bila aku kawen? baca je la sampai abih....

ni la anak2 aku....

dan lagi....

yang ni baru beberapa minggu... mata pun baru bka...

ni yg wtengah nakal.... tp comel2 belaka...

memandangkan jumlah diacing (kata ganti nama diaorang bagai kucing) kat kampung tuh dah banyak sangat, n aku dah janji nak bg Rafiz kucing. Memandangkan mak dah bising2 nak bg orang, baik aku bg kawan aku dllu. So jumaat tuaku amik off. Balik Kluang dlu amik utk derang. Lepas Jumaat, gerak ke Melaka. Sebenarnya si putih ni sakit sket. Mata dia asyik adaa taik mata je. pastu berair. tuh yg dia sangat sangat kurus berbanding yang lain. n Rafiz plak bersungguh nak jaga dia, so aku bg la the only DSLH utk batch derang. Sebagai hadiah, aku bagi lagi sepasang. So, dua ekor la aku bagi Rafiz utk jaga. sdih2 gak. Tapi aku tau, tuan baru ni akan jaga diacing dengan lagi baik
.

putih n belang

bestnya tidur....

Sebagai persediaan, aku ltk surat khabar siap2 dalam kereta. Takut diacing ni terberak ke, terkencing ke. maklumla, tak penah jalan jauh. Tapi Alhadulillah..... tak berak, tak kencing. Cuma si putih tu muntah sket. mabuk kot...huhuhu..... maklumla tak penah naik kete. Memula tuh bising gak si belang. duk mengiau je. Si putih ni senyap sket. tapi bila dah masuk highway, diacing diam. dah penat kot. so diacing ni tdo atas peha aku sampai la ke melaka sebbaikla diacing ni masih comey2. kalu tak lenguh gak kaki aku dibuatnya. Sampai Melaka dalam kul 5 lbh. Lepas singgah umah Rafiz, tinggalkan diacing (sedeh......) aku teruskan perjalanan p kl. minggu ni kene p kelas gamelan. Minggu lepas dah ponteng dah... hissss... camner la nak terer ni. huhuhuhu...

ps-to rafiz, jaga diacing ni baik2 tau. bior gemuk gebu....
pss-thanks sebab masukkan duit utk tol ngan minyak..... tak menghrap. tp tq....

26 May 2009

>Lagi-lagi Sipadan (Part 5)<

Sipadan Water Village Resort

Hampir sebulan dah tinggalkan Sabah tu.Tapi citer masih tak abih2. Sorry la kalu korang jemu baca. (ada ke yg bacablog aku) Asyik citer sipadan je. Kali ni,aku cuma nak kongsi, belanjake Sipadan. Mana la tau, ada yg berminat nak g Sipadan. Boleh la budget2 apa yg patut.... so budget utk trip kali nih

Pulau - Mabul, Samporna
Tempat - Sipadan Water Village Resort
Tempoh - 4 hari 3 malam
Pakej termasuklah
  • Bot pergi dan balik dr jeti ke resort
  • Penginapan (twin sharing)
  • Makan secara buffet (3 kali)
  • Makanan n minuman ringan di 'diving centre'
  • peralatan Snorkeling
  • 1 boat trip ke Sipadan or Kapalai

Pakej utk non divers- RM950 (normal price dalam RM 1500)
Permit ke Sipadan - RM 40
Extra boat trip ke Kapalai - RM50
Discovery dive - RM200
Kereta sewa (airport-jeti-airport) - RM30
Flight tiket - RM150 (lama aku booking)
Lain-lain - RM800 (makan, shoping, duit minyak, hotel)

Total- kira la sendiri, semua terer math kan....

naik ai asia jer.....

jeti @semporna....

Sipadan Water Village Resort

bilik yang sangat selesa

ps- pesanan penaja
# Permit di pelkan untuk memasuki Sipadan dan kebenaran mungkn tidak diberikan jika telah melebihi quota. Kebenaran dikeluarkan oleh 'Sabah Park' sehari sebelum dan pihak resort tidak dapat memaklumkan kepada tetamu lebih awal. Tetamu yang dibenarkan masuk dikehendaki membayar yuran sebanyak RM 40/day dan perlu bayar di resort. Hanya 120 orang saja dibenarkan untuk memasuki sipadan/day

pss-walaupun agak mahal, tp rase sangat2 berbaloi. One of the best cuti2 yg penah aku p.thanks to salina....

psss-kalau berminat, leh g web page Sipadan Water Village Resort @ www.swvresort.com

21 May 2009

>Citer Sipadan Lagi (Part 4)<


Tak habis2 lagi citer Sipadan aku ni. Maybe ni yang last kot. Bergantung pada tahap kerajinan aku. huhuhuhu.... Hari ke 4, last day di Maul. Bersugguh2 aku bangun pagi nak tgk sun rise. Tau je la kan, kul 6 pagi matahari dah naik dah.terkejar2 anu nak amikgambo sunrie. sekalituh, spek tak jumpa la plak. terhegeh2 aku nak pakai contact lens. Keluar bilik je, matahari dah naik tgi. Sempat la snap beberapa pic matahari pagi di Mabul.

Pas sarapan, plan nak sambung snorkling lagi. tak puas rasenya,walaupun dah 3 hari berendam. sampai kat diving centre, si ramil buat hal plak. die tak nak sediakan googles yg secukupnya utk kami.punya la sakit hati. so berganti2 la guna googles yg ada. sedeh dan geram....

dalam kul 11, dah balik bilik. Kemas barang, bersiap ut chek out. Boat sampai kul 2 pm. so lpas check out, p makan. Makan terakhir di Mabul. Rase sdeh plak. Mase makan ni, Rika dtg bagi sijil. sijil pe? Sijil utk Discovery Dive tula. pengalaman yg sangat best. huhuhuhu....





sesi terjun, berenang n cik pat dalam air.....

Dalam kul 2.00 lebih, boat kami sampai. cm waktu datang, waktu balik ni pun, pekerja2 SWV beratur kat jeti. Terasa cam VIP plak. sungguh2 terharu diraikan sebegitu. Perjalanan boat kali ini cam cepat je. dlam 40 min sampai dah semporna. Pastu meneruskan perjalanan ke Tawau. Singgah Pasar Gantung kat Tawau. Aku tak beli pape pun. Derang je yg shoping sakan. Bebudak laki lain naik flight malam tu, geng2 semah plak keesokkan harinya. aku plak ada lagi satu perjlanan yang panjang ke KK. Bye2 Sipadan.... Bye2 Semporna.... Bye2 KK.... sampai jumpa lagi...


nak balik pun derang tunggu kat jeti.... terharu

bye2 mabul.....

Pasar Gantung, Tawau...

mkan seafood yg sedap skali

vote sipadan (new 7 wondersof nature)