24 June 2009

|| my best friend weddings ||

Dah lama sebenarnya nak update pasal wed kawan2 aku. Tapi tak sempat. huhuhuhu... bz ngan menda lain. Sementara ada masa nih, nak update sket la pasal kawen2 yg aku sempat p mase musim kawen cuti skolah hari tu.

Majlis pertama, wed Ida n pasangannya Eddy kat kempas. Tarikh 060609. Aku p ngan Jeli, Mozac ngan Dilin. Tapi derang dari Muar la. Jumpa kat kempas. Mase sampai sana, Linda dah siap makan n dah nak balik dah. Sampai agak awal gak la. Dalam kul 1 lebih. Tp yang agak pelik, orang cam tak ramai sangat. Biasanya kalu p dalam kul 1 nih, org sangat ramai, nak cari tempat duduk pun susah. Hmmmmmm.... mayb banyak majlis yg sama kot hari tuh. Makanan kat sini kureng sket. Nasi dia sangat2 pero kata org jawa. Kering sangat. lauk dia pun tak bape sedap. tak lama pastu, Faiz Rahmat ngan hubby dia pun sampai. Zam pun ada gak. Jumpa dia kejup je. Pengantin bersanding lambat. Penat ktaorg tunggu kat luar, terus masuk dalam. Buat cam umah sendiri. huhuhuhu.... Dalam kul 3.30 ptg gak la baru pengantin bersanding. Lambat sebab derang nikah lambat. Lepas dapat amik gambo, kami pun cabut p kluang plak. P majlis Nanue. Marah Ida sebab kitaorg blah awal. Nak wat camner, sape suh sanding lambat sangat.


mengunyah je budak dua nih... mozac n dilin

penat tunggu kat luar, masuk dalam plak

faiz n hubby...

seri pengantin.... mozac amik berkat...

setelah lama kami tunggu... tahniah...

Lepas majlis kat kempas, kami terus p kluang. Wed Nanu ngan hubbynya yg merupakan junior kami. Adik dorm aku mase form 5. Dua2 cikgu. Sampai dalam kul 4.30 ptg. Org dah tak ramai dah. Pengantin pun dah tukar baju dah. Sampai2, masuk jumpa pengantin, baru p makan. Makanan dia boleh tahan la sedapnya. Suke semuanya. Tapi aku sorang je makan. Yg lain diet kot. huhuhuhuhu... Mase nak balik tuh, sorang satu dapat bonjrot (berkat @ bekal @ makanan). Banyak plak tuh. lauk dia sama cam apa yg di hidangkan. Jarang dah skang majlis kawen org bagi bonjrot. Paling2 pun door gift je. (mase ni aku lpa nak kuarkan kamera, so x de la gambo)

Lagi satu wedding, dua minggu lepas. Ipin n Sha, kat Pagoh. Aku drive dr KL. janji ngan Mozac jmpa kat tol Pagoh. Sesampai kat tol Pagoh, dia pun baru sampai. Baru je nak gerak, fariz tepon n bgtau dia pun dah nak sampai. So kami pun tunggu la. Konvoi dari JB ramai gak. 5 kereta kot. So konvoi ke batu 23, pagoh. Fariz, Ijad, Moktot, Kamen, Fatui, Apen, Lokman, Kompot, Hashim, keloi ngan lokman. Mase sampai tuh, Daing dah ada dah. Jauh gak umah dia dr umah Halim. Sampai sana, hujan renyai2. Tak lebat mana pon, tp bleh tahan la. Orang masih ramai mase kami sampai. Pengantin pun baru je nak makan. Snap2 sket gambo, pastu cari tempat makan. Khemah dia kecik, so kene berebut. Lapar beb... Makanan kat sini, buleh tahan la sedapnya. Tengah makan, Rafiz, Boleng n aweknya pun sampai. Abih makan, lepak2 jap, amik gambo ngan pengantin n kami bertolak balik. Sebelum balik tuh, singgah kat RNR Pagoh. Dah lama tak kumpul ramai2 cam ni. Lepak pagoh, borak2, makan2, minum2, update pe yg patut, tukar2 no telefon. dalam kul 6 gak la kami bersurai, kembali ke pangkal jalan. Aku je yg naik KL balik. Dah macam jd org KL plak. huhuhuhu....

contoh suami mithali...

gaya bebas....

with ipin n sha...

makan2 @rnr pagoh


group photo of stj 99ners


PS - Pasni wedding Emi plak kat Seremban. Kalu tak de pape, leh la datang.
PSS - lagi gambar di Facebook dan Picasa

23 June 2009

|| Durian dan Kucing ||

king of fruit

Durian dan kucing? ada kaitan ke? ada... kalu nak tau kene la baca sampai abih... huhuhuh... weekend lepas aku balik kg. Maklum la, skang tengah musim buah. balik tiap minggu pon tak pe. Macam-macam pokok buah-buahan ada kat kg tuh. Arwah abah suka tanam menanam ni. Durian ada, pulasan ada, rambutan ada, manggis ada... macam-macam la. Tapi pokok durian dah tak banyak dah. Tinggal beberapa je. :(

Walaupun tak bape menjadi durian taun ni, tapi umah makcik2 aku banyak. So, buat muka tak malu, minta je la. hahahaha. Anak2 arwah abah mmg camtu, jenis yg tak bape malu sket. Lagi2 kakak aku (mati la kalu dia baca blog ni). Hari tu sampai umah dalam kul 1 am. Maklumla aku keje malam. Oleh kerana durian, sanggup aku drive memalam buta balik Kluang. Ala, buka jauh pun. Dalam sejam lebih je. Kalu bawa cam org giler, tak sampai sejam dah sampai. Sampai2 je, dah nampak durian kat luar rumah. SUKEEEE.... masuk dalam je, terus buka. Abih dua biji gak aku makan ngan adik aku. Klu tak hingat dah malam, mmg nak makan lagi. Tapi takut tak bleh tdo plak. huhuhuh....

sedapnya.... lemak2 pahit... i likee....

gigih mengopek durian....

ni la kaitan kucing ngan durian... huhuhuhu...


..........



Ni nak citer pasal kucing plak. Aku dapat anak lagi. Kali ni 6 ekor plak. Banyakkan.... Kudut lahirkan anak2 dia dalam kandang hari tu (19 Jun 2009). Nasib baik semua ok je. Kali ni diacing2 ni aku dah pisah 2 kandang. Yang jantan2 satu kandang, yang betina2 satu kandang. Kena kawal sket. Kalu tak belambak kucing. Penin kpala mak aku. Anak2 Kudut kali ni cam short hair je aka kucing kampung. Tapi belang2 dia sangat cantek. Ada sekor tu cam kucing bengal punya belang. Suka sangat. Nak tgk gambo... hmmmm. ada sket je. tak bleh amik gambo banyak2. Nanti diacing mati (bleh caya kah?)....

anak2 kudut yang comel2...

close up sket.... cam DSH tp tak tau la tetiba jadi DSLH

ni anak2 cik tam plak... dah sebula lebih (awal mei 09)

PS - untuk buah2 lain, nnti aku update. Banyak yg tak masak lagi.
PSS - ada projek baru utk diacing2 ni..... nnti aku update...

17 June 2009

|| Mana Setangginya? ||


Mana Setangginya? Apa tu? Ni merupakan teater yg sedang dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Baru2 ni (15/06/09) kebetulan aku masih di KL, berkesempatan untuk tengok teater ni. Ni teater kedua aku tgk tahun ni lepas PGLM. Lagi pun dapat tiket free. Sanggup tu balik JB malam, semata2 nak tgk teater ni. Plan asal, lepas abih keje kat Subang terus nak cabut balik JB. Nak di jadikan cerita, mase lunch ngan edu, pij ngan Cha Cha, Abg Ed (cikgu gamelan ktaorg kat IB merangkap komposer bersama utk teater ni) telefon bg tau ada tiket free untuk show malam ni. So lepas lunch, balik umah, tido2 dlu sebelum g IB. Aku gerak ngan edu dr cherasmpastu amik cha cha kat Kg Baru. Sampai IB dalam 7.45pm. Shah dah sampai dah. Pijon sampai lambat sket. Pastu dapatkan tiket dari Abg Ed aka cikgu. Teater start kul 8.30pm. Sebelum masuk, pij kene tegur sebab pakai round neck. (lain kali pakai baju berkolar ye dik, kate akak yg jaga pintu masuk) huhuhuhuh... Sebelum teater start, seperti biasa la, sesi amik gambo.

mana cikgu nih.....

cha cha, pij, me, edu

me, edu, shah, cha cha


Teater ni agak berat sebenarnya. Bak kata cikgu, seberat 50 kg. hahahaha.... Memula tuh memang tak paham langsung. Tapi semakin mase berjalan, semakin aku paham, apa yg cuba nak disampaikan oleh penulisnya. Karya Sasterawan negara, Datuk Noordin Hassan ni dipentaskan selama seminggu lebih (13-21 Jun 2009). Dilakonkan oleh pelakon2 terkenal dan yg tak aku kenal seperti Tony Eusoff, Azizah Mahzan, Shaharudin Thamby dan Mohd Nor Fatih (hanya sekadar menyebut beberapa nama). Semua pelakon dapat membawakan watak dengan sangat baik kecuali heroinnya, cam kureng sket. Pelakon2 extra pon dapat menghidupkan suasana dan jalan cerita. Aku suka watak penari yg macam lalang (tak tetap ngan pendirian, kejap sokong yg baik, kejap sokong yg jahat) dan menggayakan apa yg diceritakan oleh pelakon utama.

antara babak dalam teater...

Bagi aku secara keseluruhannya teater ni boleh tahan la. Ofcoz la tak bleh tandingi PGLM. Tapi olahan pengarah sangat menarik. Dimulakan dengan tarian yang sangat abstrak, kemudian ada sesi muzikal sket, pastu ada unsur monolog sket. Pengarah juga cuba tonjolkan unsur2 mistik dan magik dalam teater kali nih. Muzik dalam teater ni sangat best, bukan sebab cikgu yg buat, tp memang best. Lagi satu aku suka sebab dia buat 'live music' n aku ska orkestra. Props dia pun setanding dengan PGLM. Dan yg best, ada aksi terbang2 si pari-pari.

koreographer yg cantek....

Apa setanggi tu? Apa yg aku paham dari teater hari tu, Setanggi merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan bau yang sangat harum. Setanggi banyak kegunaannya dari pucuk daunnya yang dikatakan buleh dibuat ubat, sehingga ke akarnya yang boleh dibuat jamu. Tapi ada maksud tersirat dalam citer ni.

Secara kasarnya, ia mengisahkan sebuah kaum yang lupakan nikmat yang diberikan oleh Tuhan dan melakukan perkara2 yang bertentangan. Akhirnya kaum tersebut mendapat bala. Nak tau citer sepenuhnya, kene la tgk sendiri kat Istana Budaya. Tiket murah je. Kalau tak sempat, bleh la baca ulasan di sini. Overall aku bagi 3.5 bintang.

16 June 2009

|| tahun yang ke-4 ||


Pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun aku kerja dah.... Hmmmm..... kalu bayi, dah pandai berlari dan tengah zaman2 nakalnya. huhuhuhu..... Rase cam baru je aku report duty kat JKNJ untuk kerja pertama. Sebelum2 ni, tak penah kerja langsung kecuali tolong mak abah kat kebun getah ngan kebun kelapa sawit. Anak kampung katakan, kene la buat kerja kampung.... Seb baik aku ni di anugerahkan otak yg ok sket. Dapat la masuk U, n kerja yg ok loh....

Dalam 4 tahun ni, apa yg aku dah buat ek? Banyak kot. Tahun pertama kerja kat HSA sebagai housemen atau lebih glamer ngan panggilan PRP (provisional registered pharmacist). Panggilan yg pelik. Tapi nak wat camner, dah law letak nama camtu. Mase tu, kami batch pertama yg terpaksa kerja ngan gomen utk 4 tahun (1 tahun housemen + 3 tahun keje ngan gomen) atau lebih dikenali dengan 'compulsory servis'. Mase ni, farmasi swasta sangat2 akan kekurangan orang. Selama 4 tahun takkan ada pharmacist baru di pasaran. huhuhuhu.... tapi skang tidak lagi...

First time datang HSA, macam2 perasaan ada. Gembira, takut, risau, panik. Maklumla ni first time aku keje. Kami bertujuh aku, pinor, duang, hidek, baa, azi, retha lapor diri hari yg sama. Aina, aini, huda, shasha ngan oja report duty dua minggu awal. HSA hospital yg sangat2 busy. Patient mmg sentiasa penuh. Banyak kes pelik2 n banyak benda boleh blajo. Mase ni, semua benda kene blajo. Wp mase kat uni tu dulu mmg blajo, tapi mase keje ni, more pada praktikal. Tapi mmg seronok. Staff farmasi yg baik n kawan2 PRP yg best. Tapi yg paling tak best sebab ada Dr M. KPF HSI yang sangat garang. Oleh sebab HSI tak buka lg mase tuh, so dia sibuk la kacau bebudak PRP kat HSA ni. Seb baik tak penah kene marah ngan dia. huhuhuhu... Kenangan tak bleh aku lupa, kene marah ngan patient kat kaunter. Patient psy... huhuhuh... mase tuh sistem ada problem. So ubat dia lambat sket la sebab gna komputer system. Prescription dr Doktor tak masuk2 dalam sistem. Dia hangin sebab org lain dah dapat. Pastu dia tengking2 aku. Aku wat bodo je. seram sejuk pun ada. Buatnya dia buat menda2 yg tak sepatutnya. Sampai Dr datang nak tenang kan dia kalu tak silap aku. huhuhuhu.... Satu benda yg best Compulsury servis ni, gaji kami sama ngan gaji pegawai. Kalu dulu housemen cuma sapat elaun RM1000 je. Lagi menarik, gaji pun naik gak. Klu dulu starting ngan P1T1, kami start ngan P1T4. Rase sangat beruntung.

Lepas habis PRP, masing2 balik ke tempat asal. Tak semua stay HSA. Kami di hantar ke serata Johor. Ada yg ke Kluang, Batu Pahat, HSI dan ada yg keluar dari Johor. Aku teruskan kerja di CPF Johor. Jadi enforcer plak. huhuhuh... memula tuh cam tak bape suka. Tapi lelama ok la. sebab ada xtra RM200 banding yg keje kat hospital. Banyak benda baru aku blajo kat sini. Benda2 yang tak belajar mase kat uni. Apa yg aku buat semua berdasarkan Law. Macam kat negeri2 lain, buat risikan, serbuan, siasatan pendakwaan, pelesenan ngan pengimportan. Tapi Johor unik sket. Sebab banyak sangat port, so selalu la jugak kene cover pintu masuk. Sekali skala melarikan diri dari bos. Dari aku masuk, sampai la skang ni aku pegang portfolio yg sama. Tapi aku suka, jalan-jalan jumpa org. Bgtau apa yg boleh n apa yg tak. Tapi kekadang busan gak. Seb baik la ofismate best. Kalau tak mmg dah lama aku bali hospital semula. Tak sangka dah 3 tahun duk enforcement. Banyak menda baru aku blajar dan banyak lagi yg perlu aku blajo (jadi PO huhuhuhuh....). hmmmm... tengok la bape lama lagi aku bleh bertahan kat sini. kalu ada peluang mmg nak kuar... huhuhuhu...

PS - untuk kawan2 yg join retail, congratulation n good luck....
PSS - untuk kawan2 yg stay ngan gomen, teruskan usaha murni anda. gaji pun dah besar skang....

13 June 2009

||shopping||

Minggu ni sangat best. Kenapa? Sebab aku tak masuk ofis selama seminggu (kursus di KL), duk kat Cititel Midvalley, lepak2 ngan kawan2, kursus yg sangat relaks dan yg paling penting dapat shoppingggggg.... bestnya... lama dah rasenya tak shopping baju. Mase duk kat cititel tu just window shopping je. Ada berkenan beberapa baju, tapi apakan daya, tak de saiz. Saiz utk org cumel semua dah abih. Tensen betul.... Tapi dapat la satu tali pinggang kat sana. Tu pun terpaksa beli, sebab aku lupa bawa tali pinggang. huhuhuhuh....

Kursus abih hari khamis petang. Pastu Jumaat aku amik cuti. Saja nak menghabiskan cuti, sambil berehat2 lagi di KL. aku suka... huhuhuhu... Pagi tu bangun lambat2... Bangun2 terus je online. Baca komik, tgk status kawan2 kat FB. Lunch plan nak makan kat kedai nasi ayam kg kat cheras. Sekali sampai, kedai tutup. Keciwa aku... Walaupun ada kedai lain, tp kedai tu gak yg murah n lauk2 dia yg lain sedap. Pas lunch, g kl ngan edu. Malas giler nak drive. Edu turunkan aku kat area MJ. Masuk je Mj, aku p tingkat 2. P gunting rambut. Skang dah berambut baru, pendek dan kemas. tak serabut. Pastu pe lagi, shopping di Sogo lah. Sket je aku beli, baju kemeja, sluar slac, tie ngan sock. T-shirt takde plak yg menarik perhatian. Ada pun takde saiz. menci2....
hasil shopping.... ske...

Lpa plak nak citer.... Malam lepas kursus tuh, aku, Pijon ngan ChaCha p melalak kat Red Box Sogo. Dah lama tak melalak. Tak plan pun. tetiber je rase malas nak balik cheras (ptg tuh hujan lebat, kompem jem). Call pij, call chacha, dua2 on. Melalak la kami di Red box. edu ada gak... cuma dia bilik lain. kekadang je menyibuk ngan kitaorg. Balik umah, hilang sore... huhuhuhu...

karaoke sampai muntah....

PS - Meng'update' blog sambil tgk Greys Anatomy
PSS - Plan malam ni nak g tgk wayang, tp dah kepenatan drive dr muar. Kawan aku kawen (akan di update nanti)