14 August 2009

[Hari yg panjang]

salam semua.....

Hari nih aku amik EL. Selesaikan apa yg patut lepas apa yg terjadi Isnin lepas. Pagi2 lagi aku dah bgtau bos, tak dtg keje hari ni. Sebenarnya dah bgtau dah nak EL hari nih, tp bgtau kat bos len. Maklum la, opis aku ada banyak bos.

Secara ringkasnya apa yg aku wat hari ni
8.45 am - bertolak ke JPN di wisma
9.00 am - Sampai JPN. Sistem off line. Amik no giliran n isi borang.
9.10 am - Sistem masih off line. tglkan JPN. berjalan ke KWSP untuk amik borang keluarkan duit.
9.40 am - Call JPN. Sistem dah ok. Sambung buat IC
11.00 am - IC sementara siap. Pi CIMB kat jalan segget.
11.30 am - CIMB ATM card siap. Jalan pi Maybak City Square plak.
12.15 am - Maybank ATM card siap. Makan, solat, rehat jap.
3.00 pm - Ke JPJ utk wat Lesen. Ada abg/akak yg baik hati tulung. tak sampai 30 min dah siap.
3.30 pm - Ke Jusco, Tebrau City. tgk wayang (citer setem... best), shoping sket, makan
9.30 pm - Smpi rumah
sekarang - sedang mengupdate blog...

Banyak gak abis duit utk urusan2 nih. IC= RM110, Kad ATM= RM 12 x 2, Lesen = RM 20. ni tak msk urusan CC. Hurm... Pengajaran utk diri sendiri. Jgn keluarkan barang2 dalam toilet lepas nih.

10 August 2009

[cuai]

salam....

Hari ni hari yg kurang baik utk aku. Bengkel Peluang Kerjaya Pasca Khidmat Wajib bg Pegawai Farmasi yg sepatutnya menyeronokkan dan banyak memberi input, jd hambar bagi aku. Kenapa seronok, sebab dapat jumpa kawan2 lama n tak payah keje. Ku sangka seronok sampai ke petang, rupanya sedih di tengahhari... wallet aku dan segala isi dalamnya dan hp sonny ericsson dan kunci kereta hilang kat PICC Putrajaya... Waaaaaaaaa..... sedeh dan terkedu aku. Camner bleh hilang???? Sebab aku cuai kot.....

Baru je 3 ceramah, perut aku dah buat hal dah. Pe lagi, lawatan berjumpa Cik Toi la. Biasanya kalu kat opis, semua barang dalam poket aku tinggalkan atas meje. Sebab ni kursuskan, so aku angkut la semua barang yg ada p jumpa Cik Toi. Nak di jadikan citer, Cik Toi yg ada bukan yg jenis cangkung tp yg jenis duduk. Rase tak selesa bila ada barang dalam poket suar. So, aku kuarkan la segala benda yg ada dalam poket seluar aku. Aku letak semuanya kat blakang aku (kat blakang Cik Toi tuh ada tempat letak barang). Ntah kenapa ntah, kali ni lawatan aku lama sket. Agaknya makan banyak sangat kot semalam. Sampai aku sempat berangan2. huhuhuhu.... Dah siap2 cuci apa yg patut tu, aku kuar la masuk balik dalam dewan. Sampai tempat duduk je, aku raba poket. 'alamak.... aku tggl barang2 dgn Cik Toi'. Aku cepat2 bgn, patah balik. tp bila sampai dalam tuh, barang2 dah takde. Tapi aku masih lagi tenang. Ntah la kenapa, aku pun tak sure. Maybe aku pk yg datang tuh semua gaji ribu.... Takkan la nak amik wallet org lain kot.

Mase rehat kul 10 am, aku jumpa urusetia kot2 ada insan yg baik hati pulangkan barang2 aku pada derang. Tapi malangnya takde. Derang pun tolong tanyakan makcik2 cleaner ngan pengurusan PICC. Aku plak p makan. Lapar beb... tak sempat nak sarap kat rumah najah pagi td. Pastu wat muka cool je. Bila ceramah dah start balik, aku pinjam HP Duang. Nak try call. Kot2 la orang yg 'jumpa' HP aku jawab. Nannnn adoooo... Jumpa Aini, mnta no Pie. Derang cam terkejut bla bgtau aku hilang barang2 di atas. Pas dapat no, aku pun call Pie (housemate aku), mnta bantuan. Mnta dia deliver kunci aku. Sempat lagi pesan bawa CC yg ada kat umah nga BBand dia. huhuhuhu... Tgk dia bleh tulun plak. Pastu aku call dreba opis, En Sham, dia kate ok jer. Sementara tunggu En Sham sampai (dia dr Alamanda nak ke KKM, bawa KPP p meeting), aku jumpa recieptionist kat lobi PICC, bgtau apa yg berlaku n mnta org2 dia tolong tgk2kan kereta aku. Pastu org pegurusan/security ada dtg tanya2 pe yg berlaku.

Sesampai nya En Sham, aku pun terus bgtau apa terjadi, n kami terus gerak balik ke Johor. En Sham bawa cam org giler. 160 km per hour Jumpa Pie kat Yong Peng Utara dalam kul 2.15 pm. Sempat pau pie RM50. huhuhuhuhu... Pastu pecut balik ke Putrajaya. OTW tuh hujan la plak, so tak sempat la sampai dalam mase yg sepatutnya. KPP yg sorang tuh dah call byk kali. Sampai Opis telefon, terpaksa la aku bgtau perkara sebenar. So tak de la dia marah2.

Sampai2 PICC majlis dah abih dah pun. Tgl bebudak Johor je kat situ. Sorry la kawan2 eh.... benda nak jadi, bkan aku sengaja. Pastu, aku p amik kete, pindah barang2 dalam kereta aku, cari Balai Polis plak. Kenapa pindah barang? Sebab aku sambung kursus kat JKWPKL&PJ. tapi duk kat Cititel. Lepas wat report, terus gerak ke Cititel. OTW tu, sibuk telefon bank2 yg berkenaan utk block CC aku ngan ATM card. Thanks to Zuhra n Ng CT sbb tolong carikan contact number utk dihubungi. Siap bagi guna HP lagi. Terharu aku.... Untuk makan malam mase kursus ni, terpaksa la mnta loan dari derang gak. (dinner not provided since kursus only untill 5pm). Mase aku taip kisah duka ni, perasaan masih terkedu lagi. Nak kate sedeh, ntahla, cam tak jer. Ke aku yg takde perasaan. Tapi rasenya aku dah bleh terima apa yg terjadi. lagi sekali TQ pada rakan2 yg membantu. Tak sangka, ramai gak yg sayang kat aku (tetiba rase sedeh) huhuhuhu....

Nota Kaki
1. Normal ke tak rase pape bla barang hilang?
2. Kene cari HP baru. x bleh hidup tanpa HP.
3. Update perlis ngan hulu langat kene tunda sket, bnyk kerja2 di opis perlu bawa balik lpas ni

06 August 2009

[Cuma 2 Tahun Solat]

Usia yang kita ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun






12 jam siang hari

12 jam malam hari

24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:

18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi..

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam

Dalam waktu 50 tahun :

waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah...amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!

Ingatlah negeri kita…Akhirat

30 July 2009

_| Melayan Budak-Budak |_


Salam semua...

Entri kali ni, aku buat dekat kampung. Kenapa? Sebab hari ni aku off. Hantar adik aku pi interview kerja kat Lembaga Getah Malaysia, Kota Tinggi. Kesian dia, sebab aku dia sampai lambat. Bukan aku sengaja. Perut pagi2 dah meragam. Tensen btol. Nasib baik sempat sampai sebelum interview habis. huhuhuhu.. Berbalik kepada tajuk. Melayan budak-budak mana? Bebudak SMK Sg Abong kat Muar. Kami di jemput untuk mengadakan pameran dan ceramah kerjaya sempena Minggu kerjaya sekolah tu. Sampai2 pagi tu, aku dah kagum. Apa tak nya, dua bijik heli mendarat kat sekolah tu. Satu dari Unit Udara PDRM, satu lagi dari Tentera Udara diRaja Malaysia. Selain dari kami (Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar) pelbagai unit dari PDRM dan Angkatan Tentera ada buat pameran. Sangat kagum sebab sekolah harian biasa, dapat buat minggu kerjaya yg begitu sukses. Layanan cikgu2nya pun 'first class'. Pameran seperti biasa la, tunjuk ubat-ubat yg tak boleh digunakan, camne nak kenal hologram dan pameran dari hospital(kerjaya). Ceramah pulak, pasal kerjaya dalam farmasi ler. Cuma sedikit hangin bila slot kami yg sepatutnya mula jam 11.30pagi ditunda sampai kul 12.30 tgh sebab TLDM tak reti nak berhenti. huhuhuhu...

Makan-makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awur. tempat wajib pergi kalu ade kerja kat muar. menu : Siakap stim, sotonggoreng tpung, kerang rebus, lala masak sambal, sayur = RM42


pelik nama hotel ni. Hotel baru kat Muar. harga pun murah....


penat melayan bebudak n cikgu2. Kesian efi sorang2 mase aku bg talk.

Talk kerjaya Farmasi. Kesian bebudak ni, didera dgo talk sampai kul 1.30 pm. Seb baik Pharmacist n Dietition punya talk best... =p

pameran Tentera. contoh2 periuk api.

pameran PDRM. pistol n senapang....

sesi bergambar ngan heli & motor trafik


Nota Kaki
1. Pas pameran makan mee bandong muar kat Tanjung Agas. Siap tapau bwa balik jb.
2. Pagi2 perut meragam sebab mee bandung pedas sangat. kesian aku....
3. Sila la jemput kami lagi tahun depan ye cikgu...


_| kemalasan melanda |_

Salam semua....

Malasnya skang nak mengupdate blog ni. Feel utk berbloging dah kureng dah. Nak kate tak de idea, ader je menda nak di share. Oleh kerana sindrom malas ni masih melanda, layan je la gambo2 kat bawah ni. Aktiviti aku weekend lepas di umah bonda tercinta.....

1. Petik dan makan buah-buahan tempatan

duku langsat-kakak ngan adik aku yg panjat. Aku jd Photographer jer


rambutan yg kene berebut dengan monyet (tu yg tgl sket tuh)


anak2 buah ku yg rajin menyibuk. Belakang derang tu, semua pokok pulasan....

Ni la rupa buah pulasan. Rase dia sedap sket dari rambutan

2. Mbesik (cangkul/bersihkan dalam bahasa jawa) rumput dan tanam rumput.

aktiviti mengorek lubang utk tanam rumput. Kucing2 ku pun ikut menyibuk....

diacing melompat2 dari lubang ke lubang. ader yg tolong membaja skali

hasilnya.... meminta la sempat tumbuh penuh sebelum raya....

3. Outing dirumah sendiri. Try test amik gambo mikro. subjek-bunga2 ibuku...

orkid ungu....

Orkid kuning

rama-rama. susah gila nak dapat shot yg cantek... any tips...

4. Berkarya. Buat bakul dari kertas surat khabar yg digulung2. Tak penah buat pun, tgk orang buat jer sebelum ni. Mak aku jeles sebab aku buat lagi kemas dr apa yg dia buat. huhuhuhuhu.... tp yg tukang gulung2, adik2 aku....

ni la hasilnya. Bakul ni aku buat ngan penutup dia skali. Tapi tak sempat siap.

Nota kaki
1. Minggu ni bz ngan pameran kat Muar (akan di update)
2. Sempat buat inspection kat Pasir Gudang, tapi report tak buat lagi.
3. Road trip to perlis (again) this coming weekend. Bestnyer....