mereka2 yg menggamatkan percutian kal ini
(berdiri dr kiri: Lat, Zana, Azmeer, Ku, Eddie)
(depan : Marin, Sara, Ery, Semah, ChaCha, Atem, Ateng)
(org yg sibuk makan : Salin n Sab)
(berdiri dr kiri: Lat, Zana, Azmeer, Ku, Eddie)
(depan : Marin, Sara, Ery, Semah, ChaCha, Atem, Ateng)
(org yg sibuk makan : Salin n Sab)
The next day, bangun dengan wajah yg ceria. Tapi ada sikit risau sebab gerimis sket pagi tu. Takut tak dapat ke Sipadan. Lepas sarapan, terus ke dive centre. Alhamdulillah boleh g sipadan. So bergerak la kami ke Sipadan dalam hujan yg renyai2. Dari Mabul ke Sipadan ni ada la dalam 30 min. Sampai2 je kene daftar nama dulu. Pastu baru bleh beraktiviti. Terjun2 je aku sangat teruja, kagum, suka. Apa taknya, terjun2 je nampak penyu.Bukan sekor dua. Banyak ok. Ada la dalam berbelas ekor. Dari yg kecik sampai la yg lagi besar dari orang. Tu belum masuk ikan2 yg sangat banyak dan coral2 yangsangat cantik. Shark pun ada ok... tp shark yg kecik la.White Tips shark kot kalu tak silap aku. Pastu nampak kawanan ikan barakuda. Sebijik yg macam dalam National Georgraphic tu. Sangat2 la puas hati. No wonder la, kerajaan jaga pulau ni gila2. Coral dia memang cantik. Hidupan laut dia pun banyak. Sejam snorkling, rase cam kejup je. Lepas rehat makan jap, sambung snorkle lagi. Pindah tempat lain. Yang bestnya snorkle kali nih, cuaca sedikit mendung. So tak de la sunburn sangat. Tapi, coral tak bape clear sangat la. Dalam kul 12,kami gerak balik ke mbul untuk lunch. Petang buleh pergi lagi kalu nak. Tapi kene bayo duit bot sebab pakej cuma cover utk sekali je boat trip. Kejikan? tapi aku, cha cha ngan sem sem tak naik g, sambung snorkle area jeti. Air tengah surut, so coral nampak jelas giler... sangat sukeeee......
Petang tu, kami tak ke sipadan lagi. Bukan tak nak, tp ada program lain. Scuba Diving..... Diving master resort free hari tu je. Besoknya dah ada org booking dia utk amik lesen. Sepatutnya kate salina, Alister, agen kami yg ajar. RM 200 lagi kene kuar utk scuba nih. Tp worth it. Perasaan berada dalam air, dekat dengan ikan2 n coral, sangat la best. Semakin berkobar-kobar utk amik lesen pasni. huhuhu.... yang paling best, nampak penyu depan mata. dua ekor plak tuh. Sangat best. Oh,lpa nak bagi tau, kami (Salina, ChaCha,SemSem, Sarah, Eddie, Lat, Ku,Azmeern aku) di ajar oleh Rika Hirose, japanese lady yg sangat baik. Bebudak pompuan masuk air dlu. Then baru kami. Sandra n sorang lagi diver kat sana tolong mengajar.
Pas diving tuh, sempat la layan sun set lagi. Sun set kat mabul mmg cantik. Cma time kat sini tak nampak matahari yg bulat itu, tenggelam dalam air. Tp still cantek. Malam tu, lepas dinner Eva ngan Herman (kawan-kawan Alister merangkap pekerja SWV) bawa kami jalan2 pi pulau. Melihat2 kehidupan di pulau pada waktu malam. Pasal orang pulau ni, aku story lain kali la....
Pastu tido n ready untuk besok. Kami nak Kapalai plak. Nak tau apa specialnya Kapalai, tunggu la entri berikutnya....
ps-aku balik kg minggu ni...
pss-kat kg dah pasang broadband, leh la update blog semasa di kg....
9 comments:
aduhai...racun tul ni...berangan jerlah nk gi..
mula dengan angan2... mana tau blh sampai satu hari nnti... =p
ooh..giler best!
sangat eksaited, oke bile bace entry kat cni.
insyaAllah..am going there tawun depan. (harap2 lah. hee.)
->tgh cari info pasal Mabul, skali terjumpe ur blog. :)
WST-mmg best giler.... you have to go at least once... tp rasenya sekali tak cukup.... =p
tu la. nampak mcm g skali je tak cukuppp. =)
tp nanti kalau i pegi, as backpacker je. tader stay kat fancy2 resort camnih. pape pun, iskh, mmg sangat x sabaaaaa~! hehe.
thanks for the gamba.very good RACUN utk org2 yg tak pegi lagi.hihi.
wst-mmg best. p backpacker pun ok gak.. sane ada beberapa homestay. stakat maggie/milo segera, banyak kedai2 jual... tak dapat g sipadan, dapat p mabul je pon dah marvelous... nak tgk lagi gambar, p kat facebook aku.... http://www.facebook.com/home.php?#/album.php?aid=2021532&id=1110923873&op=30 tp kene add friend dlu la... =p
encik atengbest,
nak tanya opinion,
ok ke kalau snorkel kat sipadan? nampak clear tak..?
sbb so far, most travel agent ckp rugi klu sape tader diving license g sipadan.. sbb nnti x nmpk coral kalau snorkel..
i dah book utk gi sipadan, tp skang da rase cam reluctant la pulak.
tp nak jugak jejak kaki (dan badan) kat sipadan sebnanya. iskh. pening. pening.
-previously known as WhenSheTalks-
TJL-sape kate x nampak? Dgn air sejernih tu, dr jeti kat mabul pn bleh nmpk coral cntik. Klu dpt masuk sipadan, lagi la best. Lagipn, coral hidup kat tmpt yg matahari bleh smpi. So confirm bleh nmpk. Ikan2 pn bnyk. Penyu pn bnyk jugak. Confirm x menyesal... Klu dpt dive lg best la. Bleh tgk coral yg lg cantek. Nnt klu tenet dah ok, aku up gambo coral kat sane.
ye ke..? yeaay!~ hehe. nnti cecepat upload, okeh? :)
Post a Comment