21 October 2009

|sekadar renungan|

Salam....

Sedikit renungan untuk semua....

Dari abu Sa'id alKhudri r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Ajarkanlah kepada orang-orang kamu yang hampir meninggal membaca kalimah La ilaha illallah."

Kitab Jenazah (sahih Muslim : 864)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipeliharanya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta, sehingga sedekahmu itu tambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar dari itu."

Kitab Zakat (sahih Muslim : 970)

Ni aku dapat dari blog En Kamitaken. Suka baca blog dia, banyak info... so nak baca lagi banyak tazkirah, nak tgk gambo anak dia yg comel, sila la ke blog dia...

16 October 2009

|Thom and Mell|

Salam....

Koleksi kucing terbaru. Anak2 Bucuk. Mase gambar ni diambil, diacing baru dua bulan lebih. Comelkan..... Cam aku... huhuhuhu...


pesal kacau kami tdo????

apa tengok2.... saya tau saya comei.... =p

haus la pulak... kita minum dulu...

Nota Kaki
1. Lajunya minggu ni berlalu. Maybe sibuk sangat kot. Tak rase mase berlalu..
2. Teringin nak bawa diacin2 ni ke KL. Tapi, larat ke aku nak jaga... hurmmmm...


15 October 2009

|Bermain dengan Cahaya||

Salam....

Ni gambar dua orang anak-anak buah aku yang nakal. Umur selang setahun jer, kakaknya 7 tahun, adiknya 6 tahun. Suka sangat gaduh ngan aku n adik2 aku yang lain. Gambar-gambar ni aku tangkap mase malam raya kedua. Lepas abih main bunga api, aku suh derang pose depan pelita. Ni antara hasil yang aku dapat. Sila la komen yer....

men bunga api.....

naif...

kakak...

adik...

main-main...

13 October 2009

|Gamat The Musical|


Salam....

Minggu lepas aku sempat menonton teater kanak-kanak kat Istana Budaya. Ini merupakan teater kanak2 yang ke 3 aku tgk selepas Sinbad dan Ali Baba dan 4o pencuri. Tengok teater kanak2 ni memang comel. Tau2 je la budak2 kan. Kagum dengan pengarah2 teater kanak2 ni. Camner la derang bebudak yang nakal2 nih. huhuhuhuhu....

Gamat The Musical ditayangkan pada 3/10 hingga 13/10. Teater ini merupakan produksi teater kanak2 yang 5 pernah dipersembahkan di Istana Budaya. Bermula dengan Siti Di Alam Fantasi yang diterajui oleh Amy Mastura, Ali Baba & 40 Pencuri (Pak Nil), Alladin (Faizal Ismail), Sinbad (Raja Azura) dan yang terkini Gamat yang membawa Amy Mastura sekali lagi. Usaha Istana Budaya ini sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang seni teater. Wah.... cam pengulas seni plak... uhuhuhuhu...

Berbalik kepada teater ni. Kawan aku tukar tajuk dia, gamat gedik. Bukan per, cara keluarga2 gamat ni bergerak tergedik-gedik. Tapi comel. huhuhuhu... Secara ringkasnya, teater ni mengisahkan seekor ibu gamat (lakonan Amy Mastura) yang kehilangan anak-anaknya, Gamma dan Mat. Sepanjang pencarian Ibu Gamat dan bapa Gamat, mereka dibantu oleh pelbagai binatang laut seperti kumpulan ikan, kumpulan ketam dan udang Kara serta tiram yang telah dibantu oleh ibu gamat ketika mereka dilanda wabak. Anak2 gamat sebenarnya diculik oleh kumpulan obor-obor. Tujuannya adalah untuk memerangkap ibu gamat untuk diserahkan kepada sotong kurita yang ingin menggunakan ibu gamat sebagai penawar. Pelbagai rintangan dihadapi tetapi akhirnya ibu gamat berjaya mencari anak2nya. Manakala kumpulan obor-obor dan Sotong Kurita telah dikenakan hukuman membersihkan laut atas kesalahan yang dilakukan.

Pelbagai mesej cuba ditampilkan dalam teater kanak2 ini. Oleh kerana KKM merupakan antara penaja utama, mesej berkaitan dengan penjagaan kebersihan dan isu2 berkaitan H1N1 di selitkan dalam teater ini. Isu berkaitan penjagaan alam sekitar terutamanya berkaitan dengan laut paling banyak ditekankan.

Secara keseluruhannya teater ini memang best. Pertamanya, kami dapat duduk depan. So nampak pelakon2 dengan lebih jelas. Muzik pula dimainkan secara live. Gubahan muzik dan lagu sangat menarik. Pelakon2 pun menyanyi secara live diiringi kumpulan koir/penyanyi latar yang terdiri dari pelajar2 Uitm. Gabungan mereka sangat menarik dan menjadi. Seperti biasa, props mereka memang best. Cuma bagi aku aku, pertukaran antara satu babak dengan babak yang lain tak berapa lancar. Derang ambil masa yang lama untuk tukar props. So aku bagi 4 bintang untuk teater kali ni. Kira ok la tuh. Tapi dari teater kanak2 yg penah aku tengok Gamat no 2 selepas Ali Baba dan 40 pencuri. Harap2 tahun depan teater kanak2 nyer lebih menarik... =p

seperti di dasar lautan... kreatip...

with the girls....

bapak, ibu & makcik gamat.....

barisan pelakon....

Nota Kaki
1. Lepas ni nak tengok Cuci The Musical plak.
2. Batuk tak baik2 lagi. Dah sebotol ubat batuk aku telan, dan berpuluh2 gula2 ubat batuk aku makan.
3. Besok hari terakhir Puasa Enam... hari Kahamis nak beraya... yeay...

11 October 2009

| Raya 2009 |

Salam....

Lamanya dah tak update blog ni. Banyak mende yang nak dikongsi, tapi tak menyempat. Lagipun kat umah baru ni tak de berokban lagi. Tak dan nak masukkan strimik. Kat HKL pun derang dah blok blogspot. So memang tak bleh update mase waktu kerja. Update raya pun baru nak dibuat. Sedar tak sedar dah 22 hari raya dah. Tinggal 8 hari je aku nak menghabiskan baki puasa 6.

family potrait.... abg ngah ngan kak ngah tak de...

Tahun ni aku cuti raya lama gak la. Dalam seminggu lebih. Tahun ni semua beraya kat kampung. Abg ipar aku tak cuti lama, so derang tak balik Gombak. Cuma akak ipar aku je tak de, berpantang kat kgnya. Tapi tak jauh pun, dalam 30 minit je dr umah aku. Sehari sebelum raya, seperti biasa la, tugas2 dah siap2 di bagi2. Aku seperti biasa tukang cari janur (dalam bahasa jawa daun kelapa yg nak buat ketupat). Pastu tukang anyam ketupat. Semenjak abah tak de, aku la yg kene buat. Masa arwah abah ada pun, aku gak yg kene buat, tapi biasanya dia la yg akan tolong.

Pagi2 raya, lepas solat sunat aidilfitri kami pi ziarah kubur arwah abah, atuk2, mbah2(dalam bahasa jawa nenek), ngan abang. Kalu dulu2, pi umah mbah, pastu baru beraya sakan. Sebab semuanya dah tak de, kita p melawat 'rumah' dia la plak. Abang aku lepas beraya ngan keluarga mentua, join kami kat kubur. Dari kubur, terus je pi umah Pak Long belah arwah abah, pastu umah Pak Long belah emak. Habis dua rumah je dah masuk Zohor. Lepas solat Zohor, habiskan beraya umah pakcik2 ngan makcik2 aku. Kebanyakkan sedara mara aku duk satu kampung, so senang sikit. Raya pertama dah boleh cover semua.

beraya ngan binatang... huhuhuhu...
Raya kedua duk umah je. Biasanya raya kedua ni adik2 mak yg duk jauh sket baru nak datang. So hari tu melayan tetamu sambil tgk tv, sambil main2 ngan anak2 kucin yg comel. Raya ke-3 plak aku ngan sepupu2 aku yg ramai pi beraya umah makcik aku kat Ayer Hitam.

melayan anak buah men bunga api...
Mase minggu raya ni jugak, sepupu aku bertunang. Aku dah ditugaskan utk jadi photographer. Hurm, ntah apa2 ntah gambar aku amik. Main belasah je la. Ye la, aku bukannya serius nak jadi wedding photographer. Tapi hasilnya, boleh la tahan. huhuhuhu... Malamnya plak, aku pi beraya kat umah kawan aku kat Kahang Timur. Pi satu rumah tapi, duk sampai kul 12 mlm. huhuhu.... Macam2 cerita keluar. Dari citer2 mase kat sekolah dulu, sampai la gosip2 terkini.

beraya di kahang...
Aku naik keje hari Isnin. Kat opis tak buat pe pun. Menyiapkan kerja2 sebelum berpindah dan kemas2 meja. Sedih beb. huhuhuh... Tapi malam Selasa, pi beraya lagi. Ye la, raya kan sebulan. Kawan2 aku ramai gak yang duk JB, so member aku plan utk pi beraya umah derang sebelum aku tinggalkan JB. terharu beb.... Kali ni beza sket. Kami wat stail marhaban. Aku terkejut gak sebab derang tak bagi tau pape. Aku datang ngan rambut tercacak, ngan pakai t-shirt je. Apa2 je la labu... yang penting niat kita kan. huhuhuh... 5 umah je pergi. Start umah pertama pukul 8 pm, sampai umah last dalam kul 1 am. Penat makan dan penat berjalan. Akibatnya, semua masuk kje lambat. Termasuk la aku.... huhuhuhu...



beraya ngan bebudak STJ...

Nota Kaki
1. Besok hari ke 8 aku keje kat HKL. Film Badge ngan TLD Ring (alat2 keselamatan utk org yg kerja ngan radiasi) tak dapat lagi. So hari2 just observed je la.
2. Hari jumaat lepas buat BBQ raya ngan kawan2 di KL. Best.... gambar2 tak dan lagi nak upload kat Facebook.
3. Dah tgk teater Gamat the Musical ngan citer Papadom. Akan review nnti....

04 October 2009

| Announcement : SMSTJ 99ners Reunion |


Salam....

Entri ni khusus untuk bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar 95-99. Sedar tak sedar dah hampir 10 tahun kita meninggalkan alam persekolahan. Banyak pengalaman dan kenangan kita kongsi bersama dari tahun 1995-1999. Hari-hari tengok muka yang sama, belajar ditempat yang sama, makan ditempat yang sama, tidur pun di tempat yang sama. Kat STJ la kita belajar menjadi seorang manusia. STJ jugak la yang membentuk kita sekarang. Oleh itu, sempena ulang tahun ke 10 kita meninggalkan sekolah ni, beberapa bekas pelajar telah merancang untuk mengadakan satu reunion. Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti di bawah...

Tarikh : 5hb Disember 2009 - 6hb Disember 2009 (2D/1N)
Tempat :
Pangkor Bay View Beach Resort, Teluk Nipah.
Bayaran: RM350/person (Twin Sharing Room)


Rough tentative:-

5.12.09:-

8.00am : Bertolak dari kl (Port TBA) with bus

11.00pm :
Arrive Lumut
Naek bot to Pangkor Island
Transport to Pangkor Bay View Beach Resort
Check in

4.00pm :
Telematches Game (Grouping) – Dry -TBA
Own activities.

8.30pm :
BBQ Dinner
Ilmiah Slot (TBA)

12.00pm: Own activities.


6.12.09 :-

8.00am : Breakfast

9.00am : Telematches Game (Grouping) – Wet - TBA

10.00am: Own activities

12.00pm:
Check out
Naek bot back to Lumut
Back to KL by bus

3.00pm : Final says!!

Bayaran
Deposit : RM 150 (sebelum 30/10/2009)
Baki Bayaran/full payment : RM 200 (sebelum 30/11/2009)
maybank acc aku :
inform aku thru email-nazarudinwakiran@yahoo.com atau my hp kalau dah buat bayaran.

Semua wang penginapan, bas dr KL-Lumut-KL, ferry Lumut-Pangkor-Lumut, BBQ dinner, breakfast adalah termasuk dalam harga package. Sesapa yang nak join, sila inform aku, Fariz (012-xxx7101), Najib (017-2414xxx). Confirmation adalah sebelum atau pada 12/10/2009 (untuk tempah bilik-kene cepat sebab mase tu cuti sekolah).

Kepada 99ners, sila ambil tindakan. Lupakan la siapa kita mase kat skolah dulu, otai, prefect,cendiakiawan, whutever click, jbp, anti-jbp/laki/pompuan/social, pembuli, orang kene buli, LKPI, jambu cikgu, jambu senior, dll, hakikatnya kita dah semakin dewasa. Jadi buang segala perasaan prjudis... Lets combine... RM 350 compare to 10 years story, apa la sangat (quote dr sms Fariz)

02 October 2009

|report duty|

Salam... Semalam 1 okt 2009 aku report dty kat hkl. Banyak menda nak cite. Tp memandangkan update gna hp, so x bleh pnjang2. Klu rajin nnti aku cite lg pnjang