13 October 2009

|Gamat The Musical|


Salam....

Minggu lepas aku sempat menonton teater kanak-kanak kat Istana Budaya. Ini merupakan teater kanak2 yang ke 3 aku tgk selepas Sinbad dan Ali Baba dan 4o pencuri. Tengok teater kanak2 ni memang comel. Tau2 je la budak2 kan. Kagum dengan pengarah2 teater kanak2 ni. Camner la derang bebudak yang nakal2 nih. huhuhuhuhu....

Gamat The Musical ditayangkan pada 3/10 hingga 13/10. Teater ini merupakan produksi teater kanak2 yang 5 pernah dipersembahkan di Istana Budaya. Bermula dengan Siti Di Alam Fantasi yang diterajui oleh Amy Mastura, Ali Baba & 40 Pencuri (Pak Nil), Alladin (Faizal Ismail), Sinbad (Raja Azura) dan yang terkini Gamat yang membawa Amy Mastura sekali lagi. Usaha Istana Budaya ini sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang seni teater. Wah.... cam pengulas seni plak... uhuhuhuhu...

Berbalik kepada teater ni. Kawan aku tukar tajuk dia, gamat gedik. Bukan per, cara keluarga2 gamat ni bergerak tergedik-gedik. Tapi comel. huhuhuhu... Secara ringkasnya, teater ni mengisahkan seekor ibu gamat (lakonan Amy Mastura) yang kehilangan anak-anaknya, Gamma dan Mat. Sepanjang pencarian Ibu Gamat dan bapa Gamat, mereka dibantu oleh pelbagai binatang laut seperti kumpulan ikan, kumpulan ketam dan udang Kara serta tiram yang telah dibantu oleh ibu gamat ketika mereka dilanda wabak. Anak2 gamat sebenarnya diculik oleh kumpulan obor-obor. Tujuannya adalah untuk memerangkap ibu gamat untuk diserahkan kepada sotong kurita yang ingin menggunakan ibu gamat sebagai penawar. Pelbagai rintangan dihadapi tetapi akhirnya ibu gamat berjaya mencari anak2nya. Manakala kumpulan obor-obor dan Sotong Kurita telah dikenakan hukuman membersihkan laut atas kesalahan yang dilakukan.

Pelbagai mesej cuba ditampilkan dalam teater kanak2 ini. Oleh kerana KKM merupakan antara penaja utama, mesej berkaitan dengan penjagaan kebersihan dan isu2 berkaitan H1N1 di selitkan dalam teater ini. Isu berkaitan penjagaan alam sekitar terutamanya berkaitan dengan laut paling banyak ditekankan.

Secara keseluruhannya teater ini memang best. Pertamanya, kami dapat duduk depan. So nampak pelakon2 dengan lebih jelas. Muzik pula dimainkan secara live. Gubahan muzik dan lagu sangat menarik. Pelakon2 pun menyanyi secara live diiringi kumpulan koir/penyanyi latar yang terdiri dari pelajar2 Uitm. Gabungan mereka sangat menarik dan menjadi. Seperti biasa, props mereka memang best. Cuma bagi aku aku, pertukaran antara satu babak dengan babak yang lain tak berapa lancar. Derang ambil masa yang lama untuk tukar props. So aku bagi 4 bintang untuk teater kali ni. Kira ok la tuh. Tapi dari teater kanak2 yg penah aku tengok Gamat no 2 selepas Ali Baba dan 40 pencuri. Harap2 tahun depan teater kanak2 nyer lebih menarik... =p

seperti di dasar lautan... kreatip...

with the girls....

bapak, ibu & makcik gamat.....

barisan pelakon....

Nota Kaki
1. Lepas ni nak tengok Cuci The Musical plak.
2. Batuk tak baik2 lagi. Dah sebotol ubat batuk aku telan, dan berpuluh2 gula2 ubat batuk aku makan.
3. Besok hari terakhir Puasa Enam... hari Kahamis nak beraya... yeay...

No comments: