05 November 2009

|CUCI The Musical|



SINOPSIS

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C'TAN (AC Mizal) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, FARAH (Adibah Noor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.

SUMBER : http://www.cucithemusical.com


dgn poster cuci di IB...

Aku tgk teater ni semalam. Harga tiket boleh tahan la, tak nak duduk atas kayangan punya pasal, apa salahnya berbelanja lebihkan. huhuhuh... Pi tgk ngan Harimi dan Pijon. Lepas keje, makan-makan jap, tumpang mandi kat kolej then terus pergi IB. Tapi yg aku paling tension, aku lupa bawa bateri kamera aku.... Warghhhhhh.... nak meraung, nak menangis pun ada... terpaksa la amik gambo gna kamera HP je.... Sungguh tensi... Semalam teater mula lambat sikit. Mungkin sebab ada tetamu VVIP (kerabat diRaja Perlis) datang. Pukul 8.30pm baru masuk. Biasanya kul 8.00 dah masuk. Ok gak, sempat kawan aku p makan dulu...

Berbalik kepada teater tu. Sinopsis lebih kurang kat atas la. Teater dimulakan dengan nyanyian pembukaan dari ke-empat2 pelakon utama. Tak sangka Hans ngan Vee bleh nyanyi ngan baik. Walaupun tak setanding Afdlin, AC, Awie dan Adibah Nor (semuanya penyanyi), pujian diberikan kepada Hans dan Vee. Walaupun member aku komen, vee punya lakonan cam tak sampai. Tapi bagi aku, mungkin watak dia sebegitu. Nyayian kak Dibah sangat mencuri tumpuan malam tuh. meremang bulu roma. Paling best mase dia menyanyi dengan rambut gaya Diana Ross/ Sahara Yaakob. Kalau la ada CD dia, mmg aku dah beli malam tuh gak.

Insiden di cafe kepunyaan CJ, tempat geng2 cuci buat keje menemukan mereka dengan CJ dan Wira yg seterusnya dikembangkan dengan begitu baik skali. Mula-mula je, penonton termasuk la aku dah gelak terbahak2. Bukan stakat terbahak2, sampai mengalir air mata. Tak sangka derang bleh buat teater musical yg sangat klako. Bukan dialog je yg kelakor, bait2 lagu yang dinyanyikan pun bleh buat aku ketawa. Yang paling tak bleh tahan, tengok derang tahan gelak sebab dialog2 spontan yg derang reka masa tu. Lagi-lagi dialog2 spontan dari Afdlin. Memang klako nak mampos. AC, Awie ngan Hans siap pusing ke belakang, sebab cover gelak.

Jalan cerita untuk 'first half' teater ni, hampir sama ngan movie dia. Tapi, kat hujung2 first half tuh dah lain sket. Jalan citer '2nd half' plak, mmg tak de dalam movie, lebih kepada kesinambungan apa yg berlaku lepas citer tuh. Lepas team Cuci-Cuci kalah sebab disabotaj oleh Fairul (yg menerima bayaran yg lebih tinggi dr hadiah yg ditawarkan) untuk membenarkan team Wira Maju menang, adik beradik ni mula berpecah. Fairul join Wira Maju sebagai pekerja baru, C,Tan plak duk menyalahkan Fairul. Cinta CJ ngan Khai dan Jojo ngan Farah plak semakin berputik. So CJ cadangkan rematch bila tau Wira Maju bayar team lain utk kalah. Dan kali nih Khai jadi Captain dan Farah jadi ahli pasukan ke-4. At the end ............ kene la tengok sendiri. Show masih ada lagi sampai 8 Nov nih. Tapi aku dengar tiket2 yg murah semua dah habis.

Apa yang menarik menyebabkan korang wajib tengok teater ni:

  1. Teater yang sangat kelakar membuatkan semua penonton ketawa tak kering gusi dari awal sampai la abih tapi masih menyelitka pengajaran dan nilai2 murni.
  2. Musik dan Lagu yang sangat best dan dinyanyikan dengan baik oleh semua pelakon terutamanya Adibah Noor. Sangat mencuri tumpuan.
  3. Jalan cerita dia tak sama dengan filem Cuci.
  4. Penggunaan pentas yg semaksimumnya.
  5. Props, Pencahayaan, sistem bunyi, koreografi yang sangat menarik.
  6. Dialog2 spontan yang sangat kelakar dan menjadi.
Yang paling aku suka, transition antara satu babak ngan satu babak yang lain sangat lancar. Mase derang tukar/alihkan props tu, tak dibiarkan kosong. Sama ada watak utama masih beraksi, atau watak2 tambahan buat sesuatu yg ada kaitan dengan babak seterusnya. Lagi satu, setting pentas dia lain sket. Musician duduk kat tengah2 pentas, mean kedudukan pentas dengan penonton sangat la dekat.

So, apa tunggu lagi... Jom tengok CUCI sementara masih di persembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Nota Kaki
1. 5/5 bintang. Setanding dengan PGLM.
2. Pas ni nat tgk Natrah plak.
3. Cikgu Ku Zahir (cikgu gamelan) masuk Hospital Tawakal sebab kene denggi. Hopefully cikgu ok. Makan ubat n minum air banyak2..

4 comments:

Gil Ra Im said...

iskh. nape cam best jer review pasal CTM nih..? huhu. ingatkan x best. muvi yg asal pun x penah tengok lagi. hehe.

atengbest said...

memang best... gelak terbahak2 dari awal sampai la abih...rugi tak tgk...

sham said...

mmg sgt best, harap2 nxt yr derang repeat n cpt2la kluar soundtrack die.

tumpang lalu tuan rumah, tetibe mencelah :D

atengbest said...

klu ada lagi next year, kene bli tiket awal... dapat tiket murah yg seat best... huhuhuhu...

btw sham, mencelah la selalu....