24 May 2011

| Krabi : Island Hopping |

DSC_0438

Salam...

Aktiviti hari ke-2 adalah aktiviti di laut. Rancangannya kami akan melompat-lompat ke beberapa pulau dan 2 tempat snorkeling. Pukul 9 pagi kami dah siap2 tggu kenderaan bawa kami jeti. Lupa nak bagitau, waktu kat Krabi ni sejam lewat dari waktu kat Malaysia.

Dari hotel kami di bawa ke jeti dekat Aonang Beach. Kat sana tourist guide dah tunggu. Nama dia Anith. Lepas Anith bagi sedikit penerangan pasal perjalanan hari ni, kami terus naik bot. Bukan bot nelayan ye, tapi bot laju. Bot kami merupakan antara bot yang terawal bergerak. Destinasi pertama, Maya beach. Menurut Anith, Maya beach ni sangat popular. Pantainya akan jadi sesak dengan pelancong. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Lepas penat posing dalam bot, masing2 layan perasaan.

Maya beach memang cantik. Pasir pantai dia sangat putih dan halus. Airnya sangat jernih. Cumanya tak de coral. Kat sini main air dalam 30 minit je. Lepas tu kami ke Pi Leh Lagoon. Kat sini tak mandi pun. Cuma lalu je sebab air dia sangat dalam. Tengok warna air dia pun dah tau. Sangat hijau. Menurut Anith, kedalaman dia ada la dalam 60 meter. Lepas tu kami ke Viking Cave. Viking Cave merupakan gua tempat burung layang-layang bersarang. Tempat ni dijaga oleh kerajaan Thailand. So ada orang yang jaga gua ni. Siap ada rumah lagi kat gua ni. Mereka yang jaga gua ni memang tidur, duduk, makan, masak dan ber**k kat sini. Semua fasiliti termasuk cik toi pun ada.

Dari sana kami terus ke tempat snorkling. Sangat eager nak snorkle ye. Sebab dah lama tak pi. Last snorkling tahun lepas kat pangkor. tu pun tak bape best. Kat sini airnya sangat jernih. Coral tak berapa banyak jenis. Menurut Anith lagi hampir 50% coral mati sebab suhu air laut naik tahun lepas. Semua gara-gara global warming. Tapi ikan sangat banyak. Malangnya kami lupa nak bawa roti. Tapi ada la sikit makanan boleh bagi kat ikan-ikan ni. Sangat tak takut ye ikan-ikan ni. Lepas tu kami ke Phi Phi Island untuk rehat dan makan tengah hari.

Phi-Phi Island ni agak besar la. Ada banyak kedai-kedai, restoren dan resort. Sesapa yang ada duit lebih, boleh la duduk kat sini. Tapi kene booking awal la. Untuk pakej pulak, tak payah susah-susah. Kat kedai-kedai kat area town dia banyak gila pakej. So pilih je la mana nak. Pakej snorkling, pakej diving, pakej island hopping dll. Kene pandai pilih dan tawar.

Dari Phi-Phi Island, kami ke Hin Klarng untuk sambung snorkling. Tempat ni sama cam tempat first, banyak ikan tapi coral tak bape nak banyak. Masa kat sini kami bawa roti, makanya seronik la bagi ikan makan. Terasa cam fish teraphy bila ikan-ikan ni gigit manja tangan. Dari sini kami ke Bamboo Island. Kat sini main-main air dan mandi pantai je. Nak snorkling pun dah penat. So banyak amik gambar dan sesi berendam kat tepi pantai je. Lepas tu kami terus balik ke Aonang Beach semula selepas kepenatan main air seharian.

Lupa nak bagi tau, masa Tsunami dulu, pulau-pulau dekat Krabi ni teruk juga kene. Banyak gak pantai yang dah beralih. Phi-Phi Island teruk juga kena. Tapi sekarang semua dah ok. Kesan-kesan tsunami boleh tengok pada gambar-gambar yang mereka kumpul. Apa yang baiknya, semua pulau ada tempat berkumpul jika berlaku Tsunami.

Malam kedua kami tak buat apa sangat. Lepas makan malam dekat restoren berhampiran hotel, kami pi Aonang Beach untuk survey/shopping barang. Dah penat berjalan, kami balik naik tut-tut. Murah je, 2 bath satu orang. Enjoy gambar-gambar untuk hari kedua.


DSC_0412
ahli mesyuarat tingkap...


DSC_0411
taklimat ringkas dari Anith


DSC_0422
bukan boat kami..


DSC_0712
Bukan boat kami jugak...


DSC_1017
boat kami....


DSC_1035
posing dalam boat...


DSC_0449
Pulau Ayam. Ada nampak rupa ayam x?


DSC_0479
Maya Bay, Krabi


DSC_0497
sangat ramai manusia... so lepak kejap je...


DSC_0518
Pi Leh Lagoon... Tgk perbezaan warna air dia... lagi gelap lagi dalam...


DSC_0534
Viking Cave, Krabi


DSC_0539
Monkey Bay, Krabi. Banyak monyet, so kami tak singgah...


DSC_0543
jernih gilos....


DSC_0113
Ikan banyak...


DSC_0547
anak-anak dugong... =)


DSC_0607
Pekan Phi Phi Island, Krabi


DSC_0608
plan tahun depan... Lesen PADI


DSC_0122
Gambar2 kesan Tsunami


DSC_0627
Bamboo Island, Krabi


DSC_0639
Bamboo Island, Krabi


DSC_0700
us


DSC_0779
sunset dari hotel je... sebab tunggu org lain sampai sejam... buat spoil mood je...

11 comments:

kucingorengemok said...

kamu tak rasa macam leo dicaprio dalam the beach ke? hehe

atengbest said...

KOG-ada la sikit... Huhuhu...

Gil Ra Im said...

ateng, masa kat phi phi island tu, tak naik bukit ke? view kat situ cantik........~

atengbest said...

GRI-tak tau la plak bleh panjat bukit segala bagai.... next trip la... :)

Gil Ra Im said...

ader.. Pee Pee View Point:
http://thetraveljunkielady.blogspot.com/2009/10/from-kuala-lumpur-to-krabi.html

xper la kan. next time, ek?dive skali ;p

atengbest said...

GRI-jom!!!!!

shafie said...

nk pi next year..tp beaches/islands is not my faveret spots.

Unknown said...

Salam...seronok baca blog ni..tak sabar nak ke Krabi next week...enjoys reading and tengok gambar2 yang cantik di Krabi ni...

atengbest said...

chazully-tq... tapi lately dah malas sket.... enjoy ur trip... krabi best, nak cari makan pun senang...

Anonymous said...

pharmacist hosp mana bro?

-tom-

atengbest said...

tom-HKL bro..